MY CERPEN 01

Setia Bulan Menangis (ENCIK BULAN)
Penulis : Hafizi Samat

Pada kala hujan renyai menyirami bumi, airmata membasahi hati. Berlumut kelam dijiwa ini tanpa setitis embun yang seharusnya menyerikan taman hati. Aku sendirian merenungi rembulan dari anjung jendela, renungan keramatku tepat menembusi dada langit lalu terlihatlah secebis kenangan yang amat megah bertahta di istana pilunya sekeping hati.
         
“Bulan, kau menjadi saksi betapa pilunya aku. Kau juga saksi tika aku bersama Diyana pada masa lalu dan engkau jugalah saksi akan titisan si airmata yang setia mengalir pilu dipipiku ini..”

          “Amin, malam ni Si Bulan tersenyum pada kita,…Sebenarnya esok Diyana akan ke California follow Daddy, sebulan saja. Pagi esok kami akan terbang ke sana… Amin tak apa-apa,kan?...” “Diyana, malam ni juga kita tengok alam ni tenang saja, tanpa keresahan hanyalah kebahagiaan….,” sambil aku mengalihkan pandangan mata ke sekeliling taman. “Amin, apa yang kita tengok tidak semestinya benar belaka….,” bijak tutur kata Diyana, si gadis cantik dari kota metropolitan ini. Akan aku merinduimu selalu, Diyana…

          Pada malam keesokkan harinya, aku terserempak dengan Diyana bersama seorang lelaki ditempat letak kereta, perkarangan Mid Valley. Katanya Diyana akan ke California tapi mengapa masih berada disini…? Aduh.., bisanya menusuk terus ke jantungku ini. Aku perlahan-lahan meninggalkan mereka namun jelas, Diyana tersedar akan adanya aku ini. “Amin, tunggu dulu!..Amin, kenalkan ya ini Harith, boyfriend Diyana..”, sambil tangannya menggenggam erat tangan Harith. Aku hanya mampu menundukkan kepala, memalingkan wajah. “Amin, Diyana tahu yang Amin ada menaruh perasaan pada Diyana tapi tolonglah sedar, layakkah Amin bersama Diyana? Maaf Amin, mulai hari ini anggaplah saja yang kita tidak pernah ketemu, apatah lagi untuk kenal. Selamat tinggal si pujangga jalanan..”. Aku hanya mampu mendengar kenyataan yang keluar dari mulut termanis Diyana. Diyana terus saja berlalu bersama Harith dengan menaiki sebuah kereta mewah. Aaahhh… Pedihnya aku rasa..hatiku diguris..dikelar..calar..luka dan parahnya aku terasa dijiwa.

          Selama empat (4) tahun kami bersaksikan terang rembulan, membina tembok kasih dengan pelbagai janji dan sumpah. Rapuhnya tembok cinta ini, tiada pernah aku sangka kerana aku penuh percaya, kami membinanya dengan sepenuh jiwa. Namun aku sedar satu hakikat yang nyata, jiwa yang bersama membinanya dulu jugalah yang telah melumpuhkan dan memusnahkan segala harapan. Cinta sememangnya tidak boleh dipaksa dan cinta juga membutakan segala mata.

          Atas segalanya yang berlaku,aku sedar akan kehebatan kuasa Yang Esa dan kita juga dikurniakan akal untuk membuat keputusan yang rasional. Dustalah, jika aku tidak kecewa tapi sungguh tidak berbaloi untukku terus meratap dan menangisi kesedihan ini. Diyana, gadis kesayanganku yang anggun pada rupa dan manis pada tutur katanya amat berbeza pada hakikat peribadinya. Aku sedar, aku hanya insan biasa yang tiada apa-apa utnuk dibanggakan hanyalah kekurangan yang telah mendustai cinta suci aku sendiri.

          Betapa sedih, betapa pilu hatiku ini melihat martabat cinta Diyana. “oh Bulan, engkau kini menjadi saksi pada keluhan jiwa nan hati yang menderita ini. Kau ambillah kenangan aku bersama Diyana ini…Engkau simpanlah mereka sebagai bukti kasih yang didustai dan cinta yang terluka. Engkau sahaja yang ada kini, Bulan, kuharap kau akan terus bersinar dan menemani aku hingga hujung nyawaku di bumi ini…”

          “Diyana, hancurnya hatiku ini mengenangi dirimu. Semoga kau bahagia dengan cintamu itudisamping dirinya. Diyana, benar kata kau, apa yang kita Nampak itu adakah sebenarnya yang harus kita lihat. Aku harap akan sempurna mendakap hubungan kau dan dia. Selamat tinggal kenangan, selamat tinggal gadis kesayanganku, Diyana….”. Pengalaman aku bersama cinta Diyana jenuh mengukir gurisan jiwa yang berembunkan harapan yang telah beku.


          Aahhh..kenangan lalu… Lalu aku menutup jendela sambil airmataku menitis ke pipi. Perlahan-lahan aku meninggalkan anjung jendela dan menuju ke katil. Kedengaran…gemersik suara.. “Amin, usahlah kau menangis lagi kerana tangisan bukanlah suatu yang mesti. Kesedihan akan tetap terlukis andainya engkau terus melakarinya. Selagi nadi kau masih berdenyut dan nyawa masih sebati di dada, Amin, kau mesti teruskan hidup walaupun berat, terpaksalah kau ringankan juga. Walau kau terpaksa meniti titian duri merentasi selautan airmata bersama sekeping hati yang terluka dan harapan yang telah menjadi debu berterbangan. Percayalah, akan tiba waktu untuk kasihmu erpadu, akan terbinalah titian cahaya ke langit dan terjalinlah jambangan mawar yang mengharum seperti yang engkau ingini selalu. Kesabaran tersembunyi kebahagiaannya andai penantian disusuli pengabdian kepada Yang Esa….”..siapakah itu..?

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Geng'S