Air Mata Cinta Kenangan Silam



--> (JANJI DIYANA )

--> --> -->
Tikka malam yang sepi, aku sendirian. Merenung rembulan di angkasa dan angin bertiup sepoi-sepoi menjamah pipiku. Lantas, entah mengapa jiwaku terganggu..Kesayup bintang-bintang di dada langit, sebening salju telaga rindu dan bertemankan kejora di malam yang indah beraneka warna, hatiku dibuai, jiwaku gelisah kerana harapan yang disemai sekian lama terlebur juga akhirnya.
Aku terkenang kisah yang lalu,
Kenangan silam pada masa dahulu,
Ku semai dan ku baja setiap waktu,
Agar cinta takkan pernah layu,
Mengharap kasih pada yang satu,
Tapi..ditinggal pergi..aku tertipu,
Memori cinta luka bermula empat tahun lalu,
Masih terkesan di dada,menusuk kalbu….
Amin, kita akan tamat zaman persekolahan kita tiga tahun lagi. Diyana janji bila tiba saat itu, cinta kita akan bersemi dan tak mungkin ada badai yang mampu memisahkan kita kecuali mati…”,kata Diyana semasa keluar makan malam bersamaku di cafe Hotel Riverview,Kota Bharu,Kelantan. “Amin janji Diyana, tamat jer s.p.m nanti Amin akan ke Kuala Lumpur untuk mencari diyana..”,jawabku membalas dan mengukir janji.Tiga tahun berlalu,kami berjaya menamatkan peperangan s.p.m.Aku mengembara dari Kelantan ke Kuala Lumpur semata-mata untuk mekarkan kembali cinta kami yang tak pernah layu dan menyambungkan semula ikatan yang hakikatnya tak pernah putus.. Kerana janji, apabila di lafazkan tiada lagi alasan untuk tidak dikotakan.
Setibanya aku di Bandar kosmopolitan,Kuala Lumpur,aku terus menghubungi diyana dan berjanji akan bertemu di Subang Parade keesokkan harinya.Tiba waktu yang di janjikan,aku ke Subang Parade demi mencari sekuntum damai dihati,bukannya untuk Diyana dan bukan juga untuk sesiapa tapi untukku…. “Hai Amin, apa khabar?”Diyana datang menyapaku dari belakang dengan penuh ‘excited’. “Amin, Diyana tak sangka yang Amin betul-betul datang sini…..,”Diyana dengan ketawa manjanya memulakan bicara.. “Diyana, siapa ni?tak nak kenalkan pada Amin ker?,”aku sambil tersenyum dan kebingungan akan hadirnya Diyana di hadapanku bersama seorang lelaki.
Amin, ini Harith tunang Diyana..”aku menyambut salam yang dihulurkan… “Harith, ni Amin kawan I dari Kelantan…”Diyana kenalkan aku pada Harithnya itu.. “Amin, kitorang akan kahwin empat bulan lagi.” Diyana terus menusuk jantungku.. “Harith, if you don`t mind…”,aku meminta izin Harith untuk bercakap ‘one by one’ dengan Diyana dan Harith benarkan. “Diyana, apa ni?,”aku terus kebingungan. “Amin, apsal soal Diyana macam ni ?,”Diyana membalas dengan penuh kemarahan.
Diyana, Amin pegang janji kita yang lepas tamat s.p.m kita akan bersatu tapi ni apa?,”aku dengan tangisan kecewa didalam hati menunding jari kepada Harith yang menunggu Diyana di tepi kami lebih kurang tujuh meter jaraknya. “Amin,janji tiga tahun lepas??Amin masih ingat?…,”Diyana dengan ketawa seolah-olah janjinya dulu sekadar gurauan saja.
Diyana, Amin tak pernah kawan dengan perempuan selama ini apatah lagi bercinta dan Amin lakukan semua demi janji kita itu, Diyana…” aku dengan berlinangan air mata di mataku. “Amin, maaf…Diyana tak sangka…tak sangka…” Diyana menitiskan air matanya sambil menundukkan wajah sambil memegang erat tanganku. “Dah la, Diyana…jangan menangis…” aku akur..Kakiku melangkah pergi dan dengan penuh keterpaksaan,aku berlalu dari ditu.Aku ke Harith dan menepuk bahu kanan Harith dan terus melangkah kaki.Sempat juga aku menoleh kepada Diyana yang keberatan untuk melepaskan genggaman tangannya pada tanganku.Berlalulah aku dan meninggalkan mereka di situ.
Aku terus mencapai motorsikalku dan memecut ke Bukit Bintang selaju air mata cinta yang menitis kerana hatiku terluka.Setibanya aku di Bukit Bintang,aku meninggalkan motorsikalku di tempat letak kenderaan berdekatan dengan Hotel Royal Park.Aku berjalan kaki melayan sebak di hati dan terus berjalan ke Blue Bar yang berdekatan dengan K.L.C.C.
Selepas berjam-jam aku di dalam Blue Bar,aku pening dan terus pergi dari situ. Aku berjalan kaki ke tempat letaknya motorsikal aku dan mencapainya.Setelah mencapai motorsikalku,dari K.L aku terus memandu pulang ke Kelantan bersama sekeping hati yang luka dan berbekalkan pilu.Berderaian air mataku membasahi sekeping hati yang gersang dan kemarau.Mengharap kasih yang dipuja-puja selama ini sekadar semaian yang sia-sia.Tiada ku duga,janji yang kuanggap lafaz si pujngga cinta rupanya dusta belaka.Sejak dari peristiwa itu,aku trauma.Amat sukar untukku berdepan reality ini yang bunga yang kusiram dan kubaja bertahun lamanya kini mekar dan menjadi sanggul,seri nan anggun di taman larangan.
--> -->
-->
Setahun selepas peritiwa itu,aku terus kesepian dan untuk mengisi ruang kelapangan ini,aku pun menulis cerita ini.Setiap malamku,aku bertemankan linangan air mata bukan kerana Diyana tak setia tapi kerana aku menyesal,terlalu bodohnya aku kerana terlalu setia pada janji padahal seluruh alam mengerti yang janji bukanlah suatu yang pasti.Biarlah,kesetianku selama ini tak dihargai dan itu semua bukan salahku.
Diyana, cintaku untukmu takkan pudar untuk selamanya.Sekali aku mencintai, takkan ada yang kedua kali dan pertama kali terluka, biarlah ku tanggung pedihnya hingga hujung nyawa.”
Tiadaku duga berakhir sebegini,
Kisah cintaku denganmu,wahai juwita dewi,
Pilu hatiku,sakit tidak terperi,
Bagaikan belati,menikam diri…
Apakah erti simpah dan janji,
Andainya merah,inai di jari,
Biarlah aku menyusur pergi,
Diyana,anggaplah aku tiada lagi…

-->
(AZLYN)
Di suatu petang yang sepi.Aku terpaku,merenungi dan menghadap sebujur pusara lantas,bercucuran air mata berlinangan di pipiku.Tanganku meraba-raba tanah yang bertimbusan itu.Air mata saja dapat menggambarkan betapa pilunya aku.Suasana suram disitu umpama kesunyian hidupku.Desiran angin yang membawa debu-debu berterbangan, umpama kegelisahan hatiku menerpa hidup.Alam seakan mengerti keluhan jiwa ini nan meronta meraung sepi.Lalu,awan didada langit mendung,turunlah hujan membasahi aku bersama pusara itu.Hujan seakan turut menangis mengenangkan kesedihanku ini.Terpejam mata sambil serangkai tubuhku mendakap pusara itu dan kenangan tragis yang lalu terimbau kembali……
Assalamualaikum,Amin.Buat apa tu?”,keanggunan lembut suara Lyn kedengaran ditelingaku.Kesepianku selama ini bagai terpadam.Pembuka kata,salam,aku dan Lyn berborak sampai ke malam.Setiap malam aku dan Lyn meluangkan masa bersama di tasik ini.Hanya Yang Maha Esa tahu betapa indah dan bahagianya aku pada malam itu.Segala kisah aku dan Lyn ditopik bualankan.Andai tasik di SS 12 ini dapat berkata-kata,akan ia buktikan kemesraan yang terjalin ini.Lyn hadir disaat keresahan nan kesepianku memuncak.Kehadiran Lyn dalam setiap sepiku membuatkan degup jantungku bagai dirampas dan segala kisah pilu yang dulu bagai tak pernah wujud.Betapa berertinya Lyn dalam setiap nafasku di muka bumi ini.Mungkin Lyn telah diciptakan untuk mengisi taman hati ini atau hadirnya sekadar sandaran saja.Namun,nama Lyn telah terpahat didalam lipatan sejarahku dimana dialah yang mengembalikan keindahan hidup dan menyirami ketandusan hati ini.
Amin, telah lama Lyn pendamkan sesuatu dan malam ni Lyn takkan biarkan ia terus terbuku…..,”Lyn terhenti dan aku tersentak. “Lyn, apsal ni.. cakap saja lah,”Lyn tetap tidak menyuarakan apa yang terbuku itu.Lyn menukar gaya dan topik bualan kami lalu meminta diri untuk pulang dahulu.Lyn berlabuh dengan tenang dan menghulurkan satu bingkisan kepada aku tanpa ucapan dan Lyn terus berpaling.

-->
Aku sempat melihat tepat kematanya dan aku terlihat linangan air mata di mata Lyn.Lyn seakan keberatan dan tak sanggup meninggalkan aku keseorangan.Dalam keterpaksaan,Lyn berlalu pergi…Keberatan setiap langkah Lyn menggambarkan ada sesuatu yang benar- benar bererti yang masih terpendam dihatinya…

-->
Bingkisan,ku buka lalu ku baca.Aku mengerti dan aku amat mengerti,ia menyatakan yang Lyn amat menyintaiku sejak dulu lagi.Cinta Lyn untukku tak pernah terpadam.Pada malam itu,aku juga ingin melafazkan kata cinta kepada Lyn tapi Lyn “pulang” dulu.Sejenak setelah Lyn berlalu pergi,aku kedengaran suara Lyn menjerit, “Aaahh!!!”.. Terus menusuk telingaku.Hatiku digesa agar ke tempat itu,dengan gerakan halilintar dan larian terpantas,aku melulu ke tempat jeritan suara tadi.Setibanya aku di tempat itu,aku lihat Lyn sudah terlantar di atas jalan raya dirempuh dek lori. “Lyn…!!!”aku meraung..Dengan penuh dramatik,aku merebahkan tubuhku lalu mameluk tubuh Lyn sambil air mata cinta di mataku menitis membasahi setiap luka Lyn.Air mata yang menitis dari dua bulatan mataku membuktikan yang Lyn tersegam indah,megah dan utuh di istana asmara di teras hatiku… “Lyn….!!!!”
“Amin,jangan menangis.Inilah Takdir yang perlu kita redhakan.Lyn harap Amin akan tabah meniti hidup tanpa Lyn nanti.Selamat tinggal,Sayang…Selamat tinggal,Aminku tercinta…..”kata-kata terakhir Lyn terucap di bibirnya sambil tangannya mengusap air mata di pipiku.Lyn tersenyum saja,mungkin Lyn mengerti akan maksud linangan air mataku ini… “Amin…,” “Lyn…..,”.Kala malam menjadi suram walaupun tidak aku nafikan yang riuh-rendah bersama kekalutan orang kampung turut hadir..Aku terasa seakan aku mendakap sebujur jasad Lyn di ruang yang amat kelam lagi sunyi. Hanya aku dan Lyn saja di ruangan ini…. “Azlyn….!”
Hujan pun beransur berhenti,serta-merta buaian angin bertiup sepoi-sepoi.Bertiup membawa guguran dedaun kering berterbangan.
Lyn,mengapa harus begini akhirnya? Mendung tiba tak pernah ku duga.Belum sempat aku menikmati curahan cinta bersamamu,dirimu telah berlalu.Hanya Yang Esa tahu betapa seksanya jiwaku tanpa kau bersama.. Lyn,seandainya dapatku putarkan kembali masa lalu,akan aku katakan isi hatiku padamu kerana ia luhur dan terikhlas dariku untuk mu.Aku sedar,walau setiap malam aku menangisimu,dirimu takkan kembali lagi..Pemergianmu mengisi ketetapan Illahi biarpun dirimu masih kuperlukan.Kini dirimu bahagia yang tak pernah dirimu rasai di masa hidupmu.Bahagiamu abadi selamanya.Hari ini aku mengukir janji si pujangga cinta,tertutuplah pintu hati ini,selepas dirimu tak akan aku bercinta lagi.Abadilahmu, semoga dirimu dicucuri rahmat dari Yang Maha Esa.Doaku untukmu akan sentiasa bergema.Selamat tinggal,Sayangku….."
Aku melangkah kaki meninggalkan sebujur pusara itu..Pusara Arwah Azlyn.. Berlalunya aku bersama si air mata cinta kenangan silam. “Azlyn,semoga dirimu ditempatkan dikalangan para Solehah…. Azlyn,selamat tinggal sayangku,untukmu… Al-Fatihah……”.

-->
(RATAPAN TANGISAN)
Aku berlalu dengan penuh kesayuan..Aku pasrah…Setelah dua tahun berlalu,aku masih sendiri.Bagi aku arwah Azlyn tiada pengganti.Kisah antara aku dan arwah Azlyn cukup mengubah dan memberi kesan yang amat mendalam dalam perjalanan hidupku.
Aku kini salah seorang pelajar SeniBina di sebuah IPTA di Perak.
Ramai juga junior perempuan aku yang cantik tapi bagi aku semuanya hanyalah berlian yang menghiasi istana yang terlalu terlarang dan amat menakutkan untukku menyentuhnya.
Walau kisah aku dan arwah Azlyn dah berlalu agak lama,namun setiap
malam aku masih mengenanginya. Setiap kali cinta kenangan silam terimbau, setiap kali itulah air mata lelaki yang di himpit kesedihanku ini mengalir pilu dipipiku.Ku terasakan bagai langit hilang birunya dan ombak di pinggir pantai terus membisu.Bagi ku kini,terlalu sukar untuk mencari perempuan “semanis laici” dan seumpama keistimewaannya dengan arwah Azlyn.Arwah Azlyn terlalu istimewa……
Assalamualaikum,Amin…Dah lama ker sampai?..”,tanya Azlyn tercungap-cungap keletihan sebaik saja samapi di tempat yang dijanjikan.Tasik SS12..Azlyn tanpa berkata apa-apa terus duduk dibangku yang berada tepat dihadapanku.Tika itu,petang yang amat redup.Suasana di tasik itu amat tenang dan sepi. “Amin,suratapa tu..?”, Azlyn menanyakan tentang surat yang berada dalam genggaman aku.. “Lyn,sebenarnya Amin dapat tawaran belajar di London.Esok malam Amin akan terbang ke sana..”,aku dengan berwajah teduh memberitahu Azlyn yang sebenarnya.Kata-kataku tadi nyata mengejutkan Azlyn.Keserian wajah Azlyn terus menjadi mendung seredup awan didada langit.Azlyn mengubah kedudukannya lantas berdiri dengan anggun dan sopan.Pura-pura gembira. “Oooh,mentang-mentang dah besar panjang,dah boleh terbang sana,terbang sini,jadi suka-suka hati lah nak ke mana?hmm,macam mana dengan kawan-kawan kat sini?,”Azlyn dengan gaya bahasa yang agak kebudak-budakkan.. “Lyn,Amin pergi bukannya lama..Empat tahun jer or may be more..Amin takkan lupa kat kawan-kawan Amin kat sini..”,aku cuba menggembirakan Azlyn namun sia-sia saja. Seberapa ketika itu,Azlyn berubah.Pada awalnya seperti tidak menyukai pemergianku menjadi seakan merelakan saja.Namun nada suara Azlyn kian sayu dan sedih..
Setelah sampai ke bilik,aku terus menyibukkan diri mengemaskan pakaian dan barang-barangku.Sementara itu,di bilik Azlyn.Sebaik saja samapi di pinggiran katilnya yang romantis itu,Azlyn terus menghempaskan tas tangannya ke tilam lalu menangis samahunya.Tangisan terus berlagu.Pelbagai persoalan dan penyesalan bermain-main di fikirannya… “Andainya kau tahu akan perasaanku terhadapmu,mungkunkah kau akan terus berlalu?..”Air mata Azlyn menitis layu bagaikan hujan yang membasahi sekeping padang permainan…
Amin,aku relakan kau pergi..”,sendiri Azlyn menerima kenyataan pemergianku.Azlyn merasakan seolah-olah dunianya kian gelap.Tiada lagi tempat untuk bermaja.Orang yang disayangi kian jauh…jauh…dan kian jauh…
Lapangan terbang dengan kesibukkan para pengembara yang keluar masuk.Aku juga antara ribuan penumpang kapal terbang dengan destinasi masing-masing.Sepanjang berada disitu,aku teringat segalanya.Terbayangkan bagaimana Azlyn berlalu pergi dengan penuh kesayuan dan berwajah redup.
Oleh sebab ingatan yang terlalu kuat terhadap Azlyn,aku terus menghubunginya tapi talian sibuk.Dentgan wajah sebal,aku terus ke balai perlepasan.Dalam fikiranku kian berkecamuk dengan pelbagai kenangan.Apa yang berlaku kini adalah natijah atas perbuatan yang lalu.Tetapi,jika hidup ini hanya mengenangkan masa lau,tiada makna juga.
Kapal terbang yang kunaiki bergerak meninggalkan landasan dan kian meninggi di langit yang terbuka.Kerinduan apabila berjauhan.. “Azlyn,andai kau tahu,aku mencintaimu…Aku mengerti setiap titisan air matamu.Namun percayalah,aku bukan berniat sebegitu.Akanku kembalikan keindahan di teras kesedihanmu…,”hati kerdilku meluahkan juga satu kebenaran.Aku bersendirian.Pelbagai kenangan menyerang dan menghimpit perasaan.Natasya yang aku sayangi dulu telah meleburkan impian sebesar gunung.Kata-kata Azlyn kedengaran di telingaku, “Amin,jangan terlau kecewa dengan masalah hari ini hingga Amin lupakan kebahagiaan hari esok,mungkin pada hari esok Tuhan telah sediakan hadiah untuk Amin atas ketabahan Amin hari ini…”.. Azlyn kini mendapat tempat teristimewa disudut hatiku dengan permasalahan yang tersendiri juga. Segalanya bercampur aduk dan amat memberi tekanan pada hati lelakiku.Namun,tiada siapa yang memahami masalahku.Tiada siapa tahu gelodak yang meledakkan jiwa dan menggelgakkan mindaku.
Sebaik saja tiba di kota London,aku dengan luaran yang tenang memasuki pinu utama istitut untuk mendaftar.Bukan aku seorang saja yang mendaftar,aku teerpaksa berbari panjang.Bermula selepas hari pendaftaran,aku terus menumpukan sepenuh perhatianku pada pelajaranku saja..
Siang dan malam bersilih ganti..Waktu kian menyental watak usia..
Hampir dua tahun aku di perantauan.Selama itulah aku tak pernah pulang ke Malaysia walau pada hari-hari kebesaran.Walau bagaimanapun,aku tak pernah terputus hubungan dengan kelurga di kampung.Pada satu hari itu,hatiku berdetik untuk pulang ke tanah air lau aku membuat pertukaran pelajar ke Malaysia.Aku dapat sambung belajar di Perak,di Malaysia.Selama aku berada di London,terlalu bayank perubahan di tanah air hanya aku yang masih menggalas kenangan silam.
Setibanya aku di Lapangan Terbang KLIA,aku tersentak melihat di celahan orang ramai,terpacak seorang lelaki yang memandang tepat kearahku.Joseph.Seorang sahabatku yang paling rapat.Joseph kini seorang juruterbang yang berjaya. “tapi mana Azlyn?..” tanya ku sendiri…“Amin!!!”,jerit Joseph sambil melambai-lambai tangannya.Satu pelukan kerinduan erat terikat antara kami. Sambil ketawa mengejek dan memuji antara satu sama lain, Joseph bawaku pulang ke kampung…………………

Setelah hampir dua minggu aku berada di kampung, aku bersedia untuk ke Perak.Dalam dua minggu itu,hanya sekali saja aku dan Azlyn bertemu.Namun,pertemuan itu akanku kenang hingga hujung nyawa.Satu pertemuan yang menggamit sejuta tangisan dan membentuk satu acuan baru dalam hidupku.Terlalu banyak halangan untuk aku dan Azlyn bertemu.Sebelum ke Perak,aku dan Azlyn sempat berjumpa juga di tasik yang menjadi pemisah antara kami dua tahun lalu..
Ketika aku sedang asyik,termenung sendirian sambil merenung bulan purnama di dada langit yang meninggi,tiba-tiba saja Azlyn tiba dan menyapa aku dari belakang bersama senyuman yang termanisnya.Lalu,bermulalah detik sayu dan mendung didalam lipatan sejarah hidupku..
Selepas dua tahun berlalu, aku telah terputus hubungan dengan Joseph atas kesibukkan aku….
Pada suatu petang yang damai dan tenang,aku pulang ke Kelantan.Aku berjalan berarakkan awan kelabu di dalam hati sambil air mata cinta mengalir pilu menitis di pipiku…Aku berjalan ke Tanah Perkuburan Islam Raja Udang di Kota Bharu.Sebaik saja melangkah kaki kearah satu pusara,kesayuan hatiku kian mengalir…air mata kian menitis dan jiwa semakin sedih.Tiupan angin yang lembut memberikan satu gambaran akan desiran pilu yang bergelora dalam hidupku.Berterbangan daun-daun kering menyentuh sepiku dan aliran angina yang meniup wajahku,menghembuskan tiupan air mata yang amat dingin kurasakan.Baru ku mengerti mengapa Tuhan selalu memisahkan aku dengan Azlyn…Setibanya aku dihadapan pusara itu,perlahan-lahan aku menggosok sepasang batu nisan pusara itu.Lalu aku merabahkan serangkai tubuhku serebah semangatku merenangi tangisan ini..Aku menatap pusara itu dengan penuh penyesalan.Sebujur pusara yang berdingin kelam dan sepi.Kesedihan dalam diriku membuatkan hatiku kuyup dihujani seribu tangisan lalu menitislah air mata cinta kenangan silamku ke bumi menghadap pusara itu…Pusara Arwah Azlyn……
(TEKAD)
Bertahun aku tinggalkan Malaysia,tanpa menoleh kembali kerana aku fikir dengan itu dapatlah aku menghindari diri dari masalah.Tanpa aku sedari aku masih memikul cinta kenangan silam yang berlumut dengan air mata.
Kembalinya aku ke tanah air,Joseph menjadi tujuku.Sahabat yang teragung didunia. Joseph kini bergelar juru terbang termuda di Malaysia mengehsankan rumahnya untuk aku tinggal bersama di Kuala Lumpur.
Seperti terdahulu juga,aku pergi melawat sekebun pilu pusara arwah Azlyn.Kelam dan sayu di situ memaksa air mataku menitis lagi.Ingin saja aku berlalu dari pusara itu,tiba-tiba selembut jari-jemari singgah memegang bahuku. “Bersabarlah, Amin…”
Tanpa diduga Zetty Yelya atau dengan panggilan manjanya Lya muncul disudut kegelapan hati.Aku,Joseph dan Lya teramat rapat ketika di zaman sekolah menengah. Kami bertiga bersahabat erat sehinggakan tiada rahsia antara kami..
“Amin, sampai hati kau balik sini aku beritahu aku..”,Lya dengan muka childish nya memulakan kata sambil seiringan melangkah keluar dari kawasan tanah perkuburan itu bersamaku.Joseph sedia menunggu di kereta. Dalam kereta,banyak gurau senda,melawak dan bercerita menghiasi suasana kami yang berbatu perjalanannya ke Kuala Lumpur.Agak berkurun juga lamanya kami tak keluar bersama..Maklumlah,masing-masing sibuk dengan kerjaya ditambah pula dengan jarak yang selalu memisahkan kami bertiga.Kadang-kadang kami terlupa akan keluhuran jalinan persahabatan yang tak mungkin terputus ini..Joseph atau nama sebenarnya Wan Mohd Alif,walaupun sudah mempunyai kerjaya yang agak cerah masa depannya masih menggalas status bujang.Begitu juga Lya…Kenangan-kenangan sewaktu berada di alam persekolahan dulu menghiasi bibir kami…
Joseph dan Lya adalah sepasang kekasih di sekolah namun demi meneruskan pelajaran,Lya ke Kedah manakala Joseph ke Terengganu.Aku pula menyambung pelajaran di salah sebuah sekolah elit di Kelantan.Kerana berasa janggal ditempat orang,Joseph bertukar ke tempat aku di Kelantan.Terlalu banyak masalah menduga ketabahan Joseph di Kelantan lalu Joseph tertekan dan mencari tempat untuk mengadu.Lya,pujaan hati berada jauh manakala aku pula sibuk dengan hobi menulis dan melukisku.Lantas Joseph berkenalan dengan Nadia dan tanpa disedari mereka mengikat kata cinta.
Setelah tamat S.P.M,aku ke Kuala Lumpur dengan harapan untuk menyatu kasih.Sama lah dengan Lya,Lya ke Kelantan demi Joseph.Namun sayang,hubungan Joseph dengan Nadia bagai irama dan lagu yang tak terdaya untuk dipisahkan lagi.Suatu hari,Joseph,Nadia dan Lya bersemuka lalu kata meleraikan kisah antara Joseph dengan Lya terpatri.Akur dengan keputusan Joseph,Lya membangkitkan sisa-sisa kasihnya dalam erti satu pesahabatan.Namun sebak di dada,Lya mengambil keputusan untuk menyambung pelajarannya di Kedah.
Selama tiga tahun lebih hubungan Joseph dengan Nadia kekal sebagai sepasang merpati putih yang terbang tinggi di awan..Pilunya aku dalam pencarian cinta sejati di Kuala Lumpur,aku lari ke Perak dengan alasan untuk menyambung pelajaranku.Di Perak,aku hanya memikirkan pelajaran semata-mata.
Tamat semester pertama,aku pulang ke Kelantan dan seperti terdahulu,Joseph menjadi tujuku.Sebak dan kesalan membaluti hati Joseph…Takdir….Joseph dan Nadia terlerai akhirnya.Nadia berubah hati dengan seorang kerani di tempat Nadia belajar.Siapa menyangka ikatan yang terbina sekian lama masih mampu mengenal erti perpisahan.Mungkin inilah natijah diatas kekecewaan yang menyelami sudut hati Lya dulu..
Cuti semesterku masih segar sebulan.Aku membawa Joseph ke Kuala Lumpur,agar terluah resah memilu..Aku membawa Joseph ke tempat-tempat yang menjadi tempat aku melepaskan tekanan sewaktu kecewa dulu..Rupanya sebulan sekadar hiasan,cuti semesterku berakhir.Sekembalinya aku ke Perak,sempat juga aku meninggalkan sekeping ucapan kepada Joseph..“No Women No Cry…”..Joseph mengambil keputusan untuk menyambung pelajarannya di Kuala Lumpur.Sekali lagi kami terasing,namun kali ini kami mendapat anugerah dari Illahi..Persahabatan teragung antara aku,Joseph dan Lya kembali erat dalam era kedewasaan.Aku,Joseph dan Lya sama sendirian tanpa cinta hanya persahabatan ini yang mengikat kami dalam istana keluhuran nan megah.Cerita diringkaskan..
Tibalah cuti awam,cuti semester dan cuti Raya.Aku,Joseph dan Lya pulang ke Kelantan demi sebuah persahabatan.Satu janji temu dibuat antara kami bertiga namun sesuatu yang tidak diduga pula mencuba untuk membelah ikatan kami.Aku membuat janji temu dengan Lya disebelah pagi dan Joseph tidak dapat mengikut serta dengan alasan sibuk.Pertemuan menjadi satu realiti.
Di sebelah petang pula,Joseph bertemu dalam satu janji dengan Lya tanpa kehadiran aku .Rupanya Joseph sengaja mengasingkan pertemuan antara kami bertiga agar dapat dia memohon ampun kepada Lya diatas kesalahannya dulu tanpa bayangan aku.Kerana Joseph tahu hatiku telah berperasaan terhadap Lya kerana dua hari sebelum aku dan Lya bertemu,aku telah meluahkan apa yang aku rasa terhadap Lya kepada Joseph…dan sesungguhnya ini adalah benar..Joseph marasakan yang aku menaruh harapan terhadap Lya manakala aku memahami yang Joseph juga menyimpan perasaan terhadap Lya,namun Lya tidak menyedari ini semua.
Cuti amat pendek,Lya kembali ke Kedah lebih awal beberapa hari daripada aku dan Joseph.Aku dan Joseph merahsiakan perasaan masing-masing untuk menjaga keagungan persahabatan kami bertiga.Kami berpecah, Joseph ke Kuala Lumpur manakala aku ke Perak.Dalam perjalanan,bayangan Lya bermain-main di mataku dan kenangan manis aku bersama Joseph turut berlegar-legar di fikiranku.Lalu aku bermain mesej dengan Joseph dan Lya.
Aku :-sebenarnya aku plan nak jumpa bertiga tadi..agar pecah segala sempadan dan agar tak ada lagi rahsia antara kita bertiga..
Lya : -kenapa pulak…selama ni ada rahsia ker antara kita bertiga..?
Lya :-Sorry aku baru samapai rumah ni..Baru boleh cas bateri..Apa maksud kau,aku tak faham la..
Lya :-Amin,kau jangan la buat aku lagi susah hati..Kau sendiri yang cerita kat aku kan,kau masih setia dan tunggu nadia
Aku :-Bukan Nadia la sayang oii…maksud aku loning,di lain kali kita tak perlu lagi jumpa asing2 macam semalam.Aku dan Joseph,kau ah cop sebagai fren,jadi lain kali kami harap kita bertiga akan lebih open,jumpa 3 terus,apa yg kau cakap,aku dan Joseph tahu..tak ada lagi main rahsia apaper antara kita bertiga..Ini yg cuba kami maksudkan.Walau hati setiap kami mungkin berbeza,macam aku,apa yang aku nak berbeza tapi macam kata akak CT,Biarlah Rahsia…mungkin kau tak faham jadi Tanya la apa yg kau tak faham sementara kami di KB..
Lya :-Sorry la tersilap orang pulak maklumlah nama dekat2…entahlah aku pun tak tahu memang la kaorang duk kat KB lagi,masalahnya aku pulak yg duk jauh..Tak apa la kita anggap kosong-kosong je la..kau bersama Joseph ker loni..??
Aku :-Demi Allah tak duduk dgn dia..Lepas solat Maghrib nanti,aku pergi la say goodbye..Sebenarnya banyak lagi aku nak beritahu kau..Tentang Dyana..???haha,,rupanya kau tak faham,Lya..kamcingnya aku nga Joseph,dia pun tak tahu kenapa selalu sangat aku sebut tentang Dyana…alam tahu,Dyana dah tiada…
Aku :-Lya,kau betul2 faham apa yang kami kaksudkan?Aku tak nak kau salah faham dan jadi kurang dgn aku.Pasal Dyana,aku tak tahu macam mana nak cakap.Aku fikir kau faham kenapa selalu aku cakap tentang Dyana kepada kau..
Aku :-Bila kau baca msg ni,mungkin hari dah siang,jadi,Joseph dah gerak..Kau tanya aku kalau Dyana tu salah seorang drpd kawan kita takkan kau tak kenal..Sebenarnya kau teramat la kenal dia lebih dari aku kenal dia..Aku cakap Dyana dah tiada jadi siapa pula yg selalu aku cakap??
Ni la perkara bila tiba masa yang sesuai,aku explain kat kau,bila kita bertiga bersama..jangan fikir sangat tentang ni..
Lya : -memang aku tak baca satu pun lagi..apa masud kau dia dah tak ada..Dia dah meninggal ker…
Aku :-Lya,aku kata ksetiaan dn kjujuran tak dihargai,tp aku ckp juga yg aku tak brharap Dyana terima aku..
Apakah mksudnya?Lya,aku tujukan kasihku bukan utk Dyana tp utk “DIYANA”…
Lya :-bagi aku kau cakap pasal dia dgn aku sebab kau memang betul2 sayangkan dia..sebab tu aku kata kadang2 aku terasa macam nak jumpa dengan dia…
Mesej dari Joseph(Kelantan Virsion)
-Tapi kalu dio stay milih aku,itu buke saloh aku..hhehehe..alo la mu ni,cari gak tino lain blambok lagi,bakpo yeh brehi ko tino hok meme reject mu..wak sekso batin..
-Tu nok oyak prinsip bodo.. semangat yang tak putus asa tu bagus doh,tapi merendahkan maruah kito ore jatey tu hok bodo..tau doh ore toksei,ye mu gi kehei tu bakpo po pakso jah..
-Kalu aku kato aku pun tak leh nok gewe nga ore lain samada Nadia @ Lya jah? Kiro open ni aku kecek nga mu..tapi biar ar gi tu doh mu nok,aku berundur la aku tak sei bersaing nga sain rapat aku sendiri..tak sei potong line mu lagi pun Lya meme tok leh terimo aku lagi..tapi mu janji la kalau buleh dio,jago molek jangan jadi po aku..
-Tapi aku tak fikir pun gi tu dengan jujur aku terus tere aku takut mu frust nga Lya sekali pun aku ngaloh..aku tak sei mu frust supo nga hok Dyana..aku tak sei bersaing…
“Jo, aku dah fikir,aku stop..Tugas aku kat Perak hanya study..Nanti kita jumpa bertiga,aku buka balik cerita ini dan ketika itu mungkin menjadi satu permulaan atau mungkin penghujung untuk cerita ini…..”
“Jo, untuk saat ini aku merasakan perasaanku telah mati…Namun Lya telah menghidupkannya kembali…Dan sesungguhnya aku tahu,ia sama didalam hati kau..Kerana aku merasakan persahabatan kita ini terlalu agung, ia tidak layak dicemari dengan masalah ini..Kau mengalah, aku juga mengalah…Kerana kita berdua tak mampu untuk mengotori kesucian persahabatan kita ini dengan satu persaingan untuk merebut cinta Lya..Kau akur dan aku pasrah..
“Jo, bersama-samalah kita melepaskan Lya…dan izinkan saja Lya membuat satu kejujuran…relakanlah Takdir menentukan semuanya.. Apa yang kita rasakan…yang kita hadapi…yang kita tangiskan…dan segalanya… Biarlah rahsia…..”
Cuti semester aku datang lagi.Kali ini yang ke 5,serentak dengan cuti semester Lya dan cuti rehat Joseph.Kami bertiga mengadakan satu pertemuan semula setelah lama terpisah di Taman Sains yan berada berhadapan Jabatan Sains di Sekolah Menengah Kebangsaan Ismail Petra,sekolah kami dulu..
Kesepian dan kesuraman di taman itu cukup meredupkan hati setiap orang yang berada di situ.Hari pertemuan kami itu adalah hari cuti akhir tahun untuk pelajar-pelajar lain.Sepi….amat sunyi disitu.Deraian angin sepoi-sepoi menerbangkan guguran dedaun kering.Ketika itu juga,ketibaan musin bunga.Bunga-bunga indah mekar menyerikan suasana.Cukup romantis…Aku,Joseph dan Lya datang berasingan ke taman itu.Mungkin Lya dan Joseph ada kejutan untuk aku.Mungkinkah mereka akan datang bersama???????????????????????
Pelbagai persoalan bermain-main di fikiranku. Namun kekuatan rindu persahabatan kami bertiga telah menghapuskan segala ketakutan yang bersarang dalam hatiku.
Aku menaiki kereta Toyota Cilica ku menuju laju ke Taman Sains.Agak tergesa-gesa aku kerana dalam perancangan, setelah bersurainya pertemuan kami bertiga, aku akan terus ke Tasik SS12 untuk berjumpa Azlyn.Inilah kali terakhir aku berjumpa dengan Joseph dan Lya sebelum berangkatnya aku ke London.
Setibanya aku di tempat letak kereta sekolah,sebuah kereta EVO 9 tersegam, berkilau baru saja berhenti.Aku meletakkan keretaku bersebelahan kereta EVO 9 itu,dan terlihat Joseph bersama sejambak bunga keluar dari kereta itu.Kami bersama berjalan masuk ke Taman Sains. Kuntuman bunga Mawar merah dan bunga Tulips putih memijak keceriaan semangatku. Mungkinkah jambakan bunga itu untuk Lya???Namun lidahku terkaku untuk bertanya..
Sebaik saja sampai,Lya siap sedia menunggu kehadiran kami di bangku di dalam taman itu.Dari jauh Lya mempamerkan senyuman termanisnya kepada kami.“Assalamualaikum, Lya..Apa khabar?”, aku menyapa Lya dan terus memulakan perbualan.Aku amat tidak sabar untuk dikejutkan. “Aku dengar kamu berdua ada kejutan untuk aku hari ni….,”
Joseph dan Lya berwajah serba salah serentak memegang bahuku dan Joseph berkata… “Amin, aku harap kau tabah dan…sebenarnya jambakan bunga ini untuk Lya,bakal tunang aku…,”Lya hanya menundukkan wajah.Kata-kata Joseph terus masuk ke telingaku dan menyentuh deria…deria…deria kemarahan dan kesedihan aku..Betulkah aku kecewa???...Lantas,segenggam penumbukku singgah laju ke muka Joseph sebaik saja tendangan pertamaku tepat menerpa kuat ke dada Joseph.Joseph terjatuh dan ingin saja tumbukkan kedua aku menunjukkan belang tapi… “Cukup!!!!Cukup,Amin..!!,”Lya menjerit,tidak tertahan kesabarannya untuk terus berdiam diri menyaksikan dua orang sahabat baik bergaduh..Lalu air mata Lya mengalir,berlinangan dimatanya..
Dengan penuh emosi di kepalaku, “Jo,kita kenal lama.Kau tahu aku suka kat Lya tapi kau….aaaah!!!!”,dengan gerakan terpantas dan terkuat,aku terajang Joseph yang baru saja hendak bangun daripada jatuhan pertama.. “Cukup,Amin..!!!”,Lya jerit dengan penuh linangan air mata.Joseph hanya memaku,sedikit pun tidak membalas serangan aku.Mungkin Joseph akur dengan tindakkan aku..
Aku menunggu, Amin…menunggu…tapi akhirnya aku menyedari satu perkara, kau tak sesayang itu kepada aku..,”aku kebingungan… “Buktinya, nak beritahu saja kau tak berani…bererti kau tak yakin, Amin…kau melipati perasaan itu sendiri..ego…. Ego, Amin…Orang yang kau anggap pengkhianat inilah yang berani meluahkan apa yang dia rasa terhadap aku.,”Lya dengan kesedihan yang bergelodak,sebak di dada memberitahu aku satu kelemahanku yang tiada aku sedari selama ini.Air mata terus mengalir di pipi Lya dan juga berlinangan di mataku…
Sayu pula kurasa…Joseph yang masih terduduk,mencapai tanganku sebaik saja aku menghulurkan… “Jadi inilah kejutan dan tujuan sebenar pertemuan ini diadakan… Aku pun ada sesuatu nak beritahu kamu berdua.. mungkin ini satu kejutan dari aku untuk kamu berdua.Selepas bersurainya pertemuan ini,aku akan terus ke Kuala Lumpur.Aku mendapat tawaran untuk menyambung pelajaranku di London.Esok aku akan berangkat ke London…,”dengan berpura-pura seperti tidak ada apa-apa,aku berkata-kata dan sambil kakiku melangkah pergi.
Dalam keberatan,aku berlalu pergi dan meninggalkan mereka berdua di situ.Sempat juga aku menoleh “Jo,jagalah Lya..dan….Jangan lupa jemput aku ke hari bahagia kamu berdua nanti yer…”,aku meninggalkan mereka dengan satu senyum dibibirku sebagai simbol satu pengampunan untuk mereka dan mereka membalas senyuman dengan penuh kemaafan terhadap aku.
Dalam kereta,sambil menghidupkan enjin kereta,aku medongakkan kepala dan memandang ke arah mereka.Melihat,Lya sedang menangis,memundukkan kepalanya ke dada Joseph.Joseph memandang aku dan melambai kepadaku sebagai erti selamat tinggal sambil perlahan Lya merapatkan diri ke pangkuan Joseph dan Joseph memeluknya..
Dalam perjalananku ke Tasik SS12 dan Kuala Lumpur,…trutttttt,truttttttttt,… telepon ku berbunyi menandakan ada mesej yang masuk..Ku buka, terdapat tiga MMS iaitu dari Joseph dan Lya.Ku buka MMS dari Lya terlebih dahulu.. Lya dengan berwajah redup dan terselit kebahagiaan berkata…..
Amin, aku nak beritahu kau satu perkara, andai suatu saat kau mempunyai rasa sayang terhadap seorang perempuan lain, luahkan saja… Luahkan, Amin.. Jangan sampai ada orang lain yang dapat menawan hatinya..”
Aku tersenyum saja.. Betul juga kata-kata Lya.. Aku tak patut menyalahkan Joseph dalam hal ini..Selepas itu,aku muat turun pula MMS dari Joseph,
Amin, kau perlu tahu bagaimana rasa dicintai dan mencintai orang lain…Bagaimana mempunyai inspirasi kau sendiri…bagaimana rasanya mempunyai Xiao Yin Chi sendiri..Aku dah baca cerpen ke-4 kau,..Amin,kita kenal dari zaman belum lahir lagi dan baru sekarang kau buat aku betul-betul nak menangis…Aku tak peduli,Amin,maafkan aku atas bahasa kasarku,kau terima atau tak tapi yang pasti setelah semua yang kita alami….kau benar-benar sahabatku…dan itu tak akan pernah berubah…”
Aku tersenyum sendiri melihat MMS ketiga,di hantar dari Joseph.Gambar Joseph, Lya dan aku..terdapat satu tulisan yang mengatakan… “JOSEPH, LYA, AMIN DAN SEBUAH PERSAHABATAN AGUNG…..”
Aku teruskan ke Kuala Lumpur selepas memberitahu Azlyn tentang keberangkatan aku ke London
(PENDEDAHAN)
Kini genaplah usiaku 28 tahun.Genap 3 tahun ikatan perkahwinan antara Joseph dan Lya.Genaplah juga 6 tahun Azlyn meninggal dunia.Bahagia Joseph dan Lya,dikurniakan dari Illahi seorang cahaya mata yang bernama Wan Putri Azrien bt. Wan Mohd Alif.Seusiaku ini,aku masih sendirian menjalani hidup ini.Rasanya cukuplah setakat 5 tahun ini aku melarikan diri ke London buat kali keduanya.Aku dah berjaya menjadi salah seorang Architectural Philosopher di London.Aku kembali ke Malaysia untuk meneruskan kerjaya aku.Aku menerima tawaran bekerja di sebuah firma Seni Bina terkenal di Kuala Lumpur.
Sebelum ke Kuala Lumpur,aku pulang ke pangkuan keluargaku di Kelantan. Selama dua bulan aku berada di Kelantan.Aku melawati Joseph bersama isterinya,Lya dan anak sulung mereka,Putri Azrien.Pada terakhir cuti ku itu,aku ke Puchong,Selangor untuk melawati Diyana.
Setibanya aku dirumah Diyana,ayah dan ibu Diyana menjemput aku masuk tapi bayangan Diyana pun tidak kelihatan.Selepas seberapa ketika,bayangan Diyana masih tidak menjelma…Lalu,ayahnya mengajak ku ke tingkat atas rumahnya.Aku tidak berfikir panjang,hanya mengikut..Ayahnya,Encik Zainal membawaku masuk ke dalam sebuah bilik yang agak romantis dan tampak kegadisan, “Ini adalah bilik Diyana..”,kata Encik Zainal.Tepat melangkah,kakiku terhenti..Aku tersentak apabila melihat ruangan bilik yang dihiasi dengan hiasan romantis bersama jambakan-jambakan Bunga Tulips iaitu bunga kesukaan Diyana tertampal 3 keping gambar bersaiz 4 x A4…gambar aku…
Encik Zainal menyedari akan terkejutnya aku itu lalu memegang tanganku untuk duduk bersebelahannya di atas tilam Diyana yang putih itu. “Amin,uncle harap Amin dapat menerima kenyataan ini…Hari ini genaplah 6 tahun pemergian Diyana…” “…Uncle, Diyana kemana..”,Tanyaku yang masih kebingungan dengan suasana dan nada suara Encik Zainal yang agak sayu…Encik Zainal menyerahkan sebuah kotak putih kepadaku.. “Amin,uncle yakin ini adalah peninggalan Diyana untuk Amin.Dalam ni ada sebuah diari Diyana,ia akan menceritakan segalanya nanti,Amin..”.Aku tidak bertanya banyak,hanya merenung tepat kearah kotak putih itu yang berada di dalam pangkuanku ini.“Amin,uncle nak bawa Amin ke suatu tempat…”,Encik Zainal membawaku keluar dari bilik Diyana dan aku terkejut apabila terserempak dengan ibu Diyana bersama berpelukan dengan adik lelaki Diyana sambil menangis tanpa henti.Aku dan Encik Zainal terus saja mendapatkan kereta dan menuju ke suatu tempat.
Hampir setengah hari juga aku bersama Encik Zainal dalam kereta,tiba-tiba Encik Zainal berhenti.Dengan nada yang makin sebak,Encik Zainal menggenggam bahuku.. “Amin,uncle minta maaf kerana tidak memberitahu Amin seawalnya sebelum Amin berangkat ke London dulu….kerana ini semua adalah wasiat arwah….semuanya adalah permintaan arwah Diyana sebelum dia menghembuskan nafas terakhirnya 6 tahun lalu..”, Encik Zainal tidak menahan sebak di dada lalu mengalir pilulah si air mata.Aku amat terkejut…“Hah..!!!!!arwah…..Diyana..!!!????,”aku mula tak tentu arah bagai orang yang kurang siuman.
Aku memandang ke sekelilingku,Tanah Perkuburan Islam,Raja Udang.. Rupa-rupanya Encik Zainal membawa aku ke tempat bersemadinya cintaku yang sebenar…
Teramat sebak untuk aku menulis…Sesungguhnya Allah S.W.T tahu betapa beratnya untuk tanganku terus menulis.Air mata pun berlinangan di kelopak mataku..menitis…sayu..
Perlahan-lahan aku melangkah kaki memasuki kawasan perkuburan itu.Dengan pandangan pertama,aku jatuh hati kepada Diyana dan dengan pandangan pertama juga lah aku dapat menjumpai pusara Diyana.Melutut,aku menangis…Tanganku meraba-raba batu nisan yang terpacak kuat pada tanah.Tercatat nama Nor Diyana bt. Zainal Abidin..Terkaku lidahku untuk berkata-kata.Sunyi dan suram di sekelilingku menambahkan lagi kesedihanku.Ketika itu baru kusedari mengapa Tuhan selalu mengecewakan aku untuk bercinta dengan perempuan lain selepas Diyana dulu..Rupa-rupanya air mata yang sedang mengalir ini menjadi saksi, kasihku masih untuk Diyana…Lalu hujan pun turun membasahi aku bersama pusara Diyana,menjadi satu simbolik akan tangisan cinta agung yang mengalir dari mataku.
Tiada seribu bahasa dapat menilai tepat kesedihan yang melanda remuk hatiku ini.Bunga yang ku sayangi kini menjadi sekuntum bunga angkasa yang dirantai dengan kelopak-kelopak riwayat yang telah tiada.Jika betul aku telah memadamkan suluhan cintaku untuk Diyana dulu, mengapa sinarannya masih membaluti air mataku..??Andainya aku tidak melarikan diri ke London dulu, mungkinkah sempat untukku menjaga dan menyemai kasih bersama Diyana..?? Pelbagai persoalan dan penyesalan menyerabutkan pemikiran ku ketika itu.Sedih dan pilu menggamit duka dan suatu kematian yang mengundang air mata.Tidak tertahan dengan kesedihan yang memerah sejuta tangisan, Encik Zainal menjamah bahuku..“Bersabarlah, Amin…”
Selepas seminggu itu,aku termenung dibingkai jendela.Merenung tepat ke dada langit.Aku terbayangkan wajah arwah Azlyn yang mirip wajah arwah Diyana.Tepat di tengah-tengah bulatan bulan,bercahaya indah wajah arwah Diyana.. terucap dari hati, jujur.. aku mencintai mu, Diyana. Kepala aku menjadi tidak menentu, bersengkanglah mataku untuk malam itu.
Terfikir di benak fikiranku akan bingkisan yang arwah Azlyn berikan kepadaku pada malam terakhirnya di alam dunia ini.Bagaimana Azlyn tahu nama samaran aku??Tiada orang lain selain Joseph, Lya dan arwah Diyana yang mengetahui nama ‘Amin’.Semua kawan-kawanku yang lain memanggilku “Phizy”.Tanpa berfikir panjang,aku baca bingkisan itu dengan teliti…suatu bingkisan pada kali terakhir aku menghirup nafas bersama Azlyn..
Assalamualaikum, Amin..
Walau Lyn tak pernah luahkan namun surat ini akan mengatakan apa dirasa..
This humble nightingale flies to your heart to search a mountain of love. Then may be the wind of Phoenix wathe and staff,i`ll heed you call. I feel such you free the yearning in my heart like a gust of wind piercing my chest.
Heavy is heart that stays,sad is the soul that strays like my hands are tied to the sky and my feet bound to the earth.But alas,Takdir penentu segalanya..Although my love is as boundless, there is no other love for me apart from you.
My Dearest,it`s langer than my very being..When the time does comes, we`ll be as one..And we`ll always in your heart..
Lalu ku baca pula surat peninggalan arwah Diyana….
Assalamualaikum, Amin..
Walau Diyana tak pernah luahkan namun surat ini akan mengatakan apa dirasa..
This humble nightingale flies to your heart to search a mountain of love. Then may be the wind of Phoenix wathe and staff,i`ll heed you call. I feel such you free the yearning in my heart like a gust of wind piercing my chest.
Heavy is heart that stays, sad is the soul that strays like my hands are tied to the sky and my feet bound to the earth.
But alas, Takdir penentu segalanya..Although my love is as boundless, there is no other love for me apart from you.
My Dearest,it`s langer than my very being..When the time does comes, we`ll be as one..And we`ll always in your heart..
Diyana tak sanggup meninggalkan seorang kekasih.. Diyana tak nak Amin meratapi kesakitan Diyana…dan…kematian Diyana..Harith adalah sepupu Diyana.Kami hanya berlakon..kerana Diyana yakin,Amin akan jadikan hubungan tunangan kami sebagai satu motivasi untuk Amin berjaya…kerana Diyana tahu yang Amin tak mengenal erti putus asa.Amin,Diyana juga menangis apabila Amin melepaskan pegangan tangan kita dan berlalu pergi dan terus sepi tanpa berita.Kerana berasa bersalah dan tak sanggup untuk meninggalkan Amin,Diyana wujudkan watak Azlyn..supaya Diyana hanya meninggalkan sorang sahabat rapat..
Maafkan Diyana, Amin…..Selamat tinggal,Sayang…Selamat tinggal,Aminku tercinta…
Baru aku sedari bahawa watak Diyana dan Azlyn adalah orang yang sama.Cintaku yang satu…dan Harith adalah sepupu Diyana yang berada di Kelantan.Arwah Diyana dikebumikan di Kelantan kerana arwah Diyana berpegang pada puisi yang aku dan arwah Diyana lirikkan sewaktu cinta kami bersemi dulu.
Andai Kanda menyepi, akan Dinda menyusur ke bumi Sekebun Bunga..Untuk kita berpijak pada tanah yang sama ,menghirup udara yang sama,melihat fajar yang sama,berselimut embun yang sama dan untuk mekarkan kasih yang sama…dan sesungguhnya..Sayang,ibarat mata air yang mengalir,menyejuk kalbu..Kasih, ibarat mentari diufuk timur,mendakap mesra menggilap jiwa…Kukuhnya cinta kita,tiada badai yang mampu memisahkannya..Murninya cinta kita…akan ku paut hingga akhir hayat..”
Menyedari ini semua,baru ku mengerti,sumpahku dulu terpadam apabila bertemu Azlyn kerana kasih yang Azlyn cuba sampaikan kepadaku adalah kasih yang aku selalu nantikan dari suci hati Diyana.Terbaca aku diari arwah Diyana…
hari ini aku sedih..Doktor Syazwan telah mengesahkan yang penyakit Luekimia ku berada dalam tahap kronik….Segala yang aku akan lakukan,ku harap Amin dapat menyedari akan kehangatan cintaku ini untuknya..Amin, maafkan Diyana…”
Alam juga menyedari bahawa cintaku tetap satu..dari alam persekolahan lagi hingga kini…hanyalah satu..Kemarahan dan kekecewaan yang aku rasai ketika Joseph dan Lya menyatu kasih dulu adalah satu perasaan yang jujurnya sekadar rasa cemburu kerana aku tidak memiliki kasih yang ku mahu dari Diyana.Namun kesedihan tidak akan terlukis andai kita tidak melakarnya..dan..sesungguhnya Cinta sesama manusia tidak semestinya bersatu tapi Cinta Yang Maha Esa ialah Cinta yang abadi dan hakiki..
Kini jalan cerita makin jelas.Siapa Azlyn?,telah dapatku yakinkan diri.Rupanya walau sekian lama telah aku berlari ke langit untuk menghindari diriku dari air mata hanyalah suatu ketentuan Yang Maha Kuasa.Sekian lama aku merantau,aku sedari yang aku tetap menggalas air mata cinta kenangan silam…yang tiada dua atau ketiganya..hanyalah kasih untuk Diyanaku yang satu….selamanya…
Tiba-tiba aku merasakan sesuatu menghampiri aku.Dalam pandangan mataku yang gelap, tiba-tiba satu cahaya itu makin hampir dan makin terang.Aku membuka mataku,rupa-rupanya hari sudah siang.Yang pasti,fajar kian meninggi.Senyuman ku ukirkan sebagai tanda satu kejayaan.Dilema aku selama ini berakhir juga…. “Mak, betul kata mak..Cinta tak boleh dipaksa..”Aku terkenangkan nasihat dan warkah yang bermakna, lafaz dari ibuku..
“Amin, mak dan ayah tiada harta untuk dijadikan pusaka. Hanya pesanan terikhlas dari mak dan ayah sebagai ganti emas untuk kau hidup pada masa hadapan…”
“Amin,sesungguhnya kebahagiaan itu umpama mengutip serpihan kaca yang berteraburan..Ada yang berjaya mengutip banyak manakala ada yang sedikit.Dalam masa mengutip,pasti ada yang terluka….Jika kau mencintai seseorang itu,izinkanlah dia pergi..relakanlah kecewa yang melanda…kerana…jika dia adalah milik kasihmu,pasti dia akan kembali…”
Aku tersenyum saja…dan tiba-tiba senyumanku menjadi sebal.Aku terkejut…. tersentak aku apabila melihat banyak pula katil di sekelilingku…Hah..!?Aku berada di hospital… “Assalamualaikum,Encik Phizy….”,tiba-tiba seorang jururawat menyapa aku dari belakang,Cik Zulaikha..Benarlah,aku berada di hospital.. “Cik Zulaikha,macam mana saya boleh berada di sini..?”,aku kebingungan.
Encik Phizy,malam itu Encik Phizy mengalami satu kemalangan jalan raya.Akibat cedera teruk di bahagian kepala,Encik Phizy koma selama seminggu….”..Ya,baru aku ingat..Selepas aku membaca semua peninggalan arwah Diyana,terasa terlalu menyesal,aku merempit di jalan raya…lepas itu,aku…..
Sejenak selepas aku tersedar,Joseph,Lya dan Putri Azrien tiba melawati aku.Rupanya mereka telah mengetahui akan keadaan aku. “Assalamualaikum,Amin…”, mereka membuka kata.Menjawap salam,kami berbual sekejap..Aku lihat Lya dan Joseph tidak lagi seperti sepasang merpati putih tapi seperti Merak dan Pungguk.Seorang berlagak “Gentle..” manakala seorang lagi pendiam. “Putri,pergi main kat sana,Sayang.. Mama nak cakap sesuatu dengan Uncle Amin…”,tiba-tiba si Pungguk membuka mulut juga.
Sementara Putri Azrien bermain-main di taman permainan yang berada bersebelahan wad,Lya melabuhkan diri,duduk bersebelahan aku manakala Joseph tetap terpacak dihadapanku. “Amin,Lya dan aku sebenarnya bertukar menjadi sahabat semula..”,Joseph merepek.. “Jo,kau cakap apa ni..?”,aku hairan,tiba-tiba pula mereka muram.
“Tiga tahun lepas,alam menjadi saksi kami diijab kabulkan.Selama tiga tahun ini,Lya tetap suci dan aku yang mengotori ikatan kami.Kami tak pernah mengatakan cinta,..Hati Lya selalu meronta,kasihnya bukan untukku dan cintanya untuk orang lain..Begitu juga dengan aku..Kau masih ingat Natasya?Anak kepada Mejar Razak.Dulu selepas aku dikecewakan oleh cinta dusta Nadia,pernah aku mencuba untuk kembali ke sisi Lya tapi hati Lya telah terpaut pada orang lain.”
Semakin cuba aku mendekatinya,semakin kuat pula pautan kasihnya untuk orang itu..Lalu aku mendekati Natasya..Sampai sekarang,aku dan Natasya terikat dengan lafaz cinta dan awal tahun hadapan,kami akan berkahwin.Dan aku bersumpah,Lya masih mencintai orang itu…..Aku dan Lya telah selamat bercerai setahun lalu,Cuma kau je,Amin yang tak tahu..Demi kebahagiaan Lya dan cintaku,kami putuskan untuk melepaskan ikatan perkahwinan ini.. Kami tak nak merosakkan masa hadapan kami sendiri..”,Joseph dengan tabah membongkar rahsia perkahwinan mereka..
Amin,aku dan Lya mengambil seorang anak angkat,Putri Azrien..Untuk menutup mulut dan mengaburi mata masyarakat terhadap goyahnya rumahtangga kami…”.Joseph terus meluahkan segalanya..Lya yang hanya mendiamkan diri,menundukkan kepala sambil menangis.Aku juga turut hampa dan berasa sedih akan nasib malang yang menduga perkahwinan mereka berdua.. “Jo,kau duduklah dulu…Lya,dimana orang yang kau sanggup lepaskan segalanya itu semata-mata kerana dia?Aku pun nak kenal gak siapa lah yang dapat menawan hati kau,Lya..”,aku cuba meredakan tangisan Lya namun sia-sia.
Sebaik saja mendengar pertanyaan aku tadi,Lya terus berdiri dan berjalan sayu…layu ke tingkap.Hanya membisu dan tangisan saja yang menjawap pertanyaan aku tadi.Aku cuba bangun dari katil dan ingin saja aku mendeati Lya yang sedang menangis.Entah mengapa aku merasakan sesuatu yang hangat dalam hatiku…menolakku…tapi Joseh menghalang demi kesihatan aku.
Amin,..!!!”,Joseph yang tak tertahan lagi melihat seorang sahabat,Lya menangis berterusan meninggikan suara kepada aku. “Amin,pernah aku katakan dulu yang aku tidak akan bersaing atau menghalang kau untuk mendapatkan Lya..Lya juga menyuruh kau meluahkan apa yang kau rasa tapi…..Kau sedikit pun tak tak menghalang perkahwinan kami dulu malah kau siap jadi Designer untuk pelamin dan pakaian persandingan kami.Apa,semua yang kau kata kepada aku dulu sekadar lakonan?!!Kau kata Lya penyeri hidup kau,tapi kau tak beritahu dia yang kau sayangkan dia..Kau jangan cakap pula yang ketika itu kau hanya bersandiwara….!!!!!”
Amin,kau ingat kami tak tahu yang kau bina satu memorial di puncak Gunung Jerai,Kedah..Kami tahu itu kau lakukan sebagai lambang kasihkau terhadap Lya kerana Lya pernah beritahu kau yang dia teringin sangat untuk tinggal di Gunung Jerai.Come on, Bro…Be gentle la….”.aku hanya terdiam..Apa yang Joseph cakap itu semuanya betul..
Amin,ketika kau berada di Perak lagi,Lya memberitahu aku yang dia masih tak mampu untuk menyembuhkan lukanya yang aku guriskan dulu.Lya jadi tak percaya kepada semua lelaki,tapi bila kau rapat dengan dia,dia merasakan hatinya hidup semula.Kekosongan hatinya terpahat dalam dengan nama kau,Amin..Lya menunggu kau yang mulakan kata cinta tapi kau diam,Amin….”,Joseph terhenti apabila Lya mencelah…
Amin…Lya tahu Amin mencari seorang perempuan semanis laici sebagai pengganti Azlyn.Kerana hati ini terlalu kuat memaksa Lya, Lya cuba beritahu Amin akan rasa cinta Lya terhadap Amin….tapi….Amin anggap ianya satu gurauan….,”air mata Lya terus mengalir..
Lya,maafkan Amin..Amin sedari itu semua..tapi…Amin takut untuk ambil risiko lagi..Lya pun tahu kan yang kisah Amin sebelum ini teramat la ngeri..Ketakutan Amin semakin menebal apabila Lya kata,sahabat akan tetap menjadi sahabat…tak akan pernah berubah walau terukir istilah cinta dihati..Amin menulis cerpen,agar Lya sedar kemelut yang melanda dan rasa suci cinta yang berputik dalam hati ini,Lya….,”aku mencelah pula.Berlinangan air mataku..Joseph menyedari yang aku dan Lya saling menyalahkan antara satu sama lain,jadi Joseph menyejukkan keadaan.. “Ahah,dah la tu..kamu berdua ni…kalau terus macam ni bila nak selesai…dah..Lya,puas hati?...Amin,kau boleh jalan kan…Jom,kita pergi ke café..aku lapar la…Jom ar…”
Dalam perjalanan ke café,Natasya tiba di hadapan kami. “Abang Amin,dah sembuh…Mak dan Ayah kirim salam…hmmm,Abang Alif pun ada…nak ke café ek..jom ar sekali…’,Natasya dan keluarganya adalah keluarga angkat aku di Kuala Lumpur.Joseph dan Natasya meneruskan perjalanan sementara aku dan Lya singgah sekejap di taman permainan untuk mengambil Putri Azrien.Tiba-tiba Lya bersuara…..
Amin,…”,Lya memegang tanganku.Aku perlahan-lahan menundukkan kepala untuk mengucup dahi Lya…Dengan suasana pagi yang berawan dan dingin serta berpelangi yang indah..dengan kesepian keadaan hospital…cukup romantis…Aku dan Lya berada tepat di laluan “mesra”..Kami di kelilingi bunga-bunga cantik…Tiba-tiba Lya mengalihkan kepalanya sehala angin,mencuba untuk mengelak daripada kucupanku…
Amin….Betulkah Lya gadis yang Amin sayangi…?Betulkah Lya ni gadis semanis laici dan bernilai 100% markah bagi Amin…?,”Lya bertanya seolah-olah sengaja bermain waktu.. “Lya,temani Amin hidup 100 tahun baru Amin beritahu……..”
Selepas semua bersurai,Lya menemani aku kembali ke wad. “Lya,Jo dah balik.. Nanti macam mana Lya nak balik..?”,aku sangka Lya dan Jo datang bersama.. “Kami terserempak di bilik Doktor Syazwan tadi..Kami datang berasingan laa….”,Lya menjawap dengan tenang saja..Seketika,Lya meminta diri untuk pulang.Tinggallah aku berseorangan,namun tiada sepi lagi..kasihnya Lya menemaniku sentiasa..
Sementara di bilik Lya.. “Amin,aku dapat kau tapi..kau tak dapat aku..Lya tak ada cukup masa untuk menemani Amin 100 tahun..Lya tak cukup masa…”,Lya bersuara sambil redup diwajahnya kian menonjolkan watak.Lya berjalan layu menuju ke tingkap dan melihat tepat ke bulan.Terkenangkan kata-kata aku sewaktu ketika dulu, “Lya,tengok diatas sana…Bulan itu selalu ada ketika Amin memerlukannya.Bulan itulah yang menjadi saksi setiap luka dan air mata Amin…”.
Lya menitiskan air mata… “Bulan,kau juga akan menjadi saksi kesedihanku ini..”Lya menutup tingkap dan perlahan-lahan merebahkan badan ke tilam selepas menelan beberapa biji ubat.. “Oh Tuhan,berikanlah aku hidup..Aku cintai dia…tak akan aku melukainya…”.Kedinginan malam itu terus memadamkan jaga Lya dan membuai kenyenyakkan tidur Lya.Hari itu terus berlalu..Mengapa hari yang penuh detik romantis masih perlu berlalu….?...
Fajar meninggi,siang kembali lagi. “Selamat pagi,Encik Phizy…”,jururawat yang cantik ini memulakan rutin dan tugasannya.Jururawat,Cik Zulaikha mengemaskan tempatku dan mengelap simen yang membaluti kaki kiriku.Nasib tidaklah begitu malang,aku disediakan sebuah kerusi roda untuk aku bergerak kemana-mana saja.Dengan kerusi roda inilah dapat aku keluar bersama-sama Joseph,Lya,Putri Azrien dan Natasya semalam.
Aku menaiki kerusi roda itu dan menuju ke taman yang berada berdekatan dengan wad aku ini.Ketika aku berada tepat di tengah-tengah taman yang masih segar dengan bayu pagi yang menyirami bumi,terlintas difikiranku kisah semalam.Tiba-tiba aku merasakan sesuatu yang aneh,mungkin kerana terlalu gembira semalam sehinggakan aku tak menyedari akan keanehan itu..Kata-kata Lya semalam cukup aneh jika di fikirkan kembali..
Kami terserempak di bilik Doktor Syazwan tadi…” “mengapa perlu temani Amin hidup 100 tahun baru Amin nak beritahu?...Betulkah Lya ni perempuan yang bernilai 100% markah buat Amin..?” “kerana bagi Amin,Lya sangat bernilai daripada 100 markah…”selepas mendengar jawapanku semalam,Lya terus membisu…seperti ada sesuatu yang bermain difikirannya.
Satu lagi perkara yang ku rasakan aneh samalam,… “di bilik Doktor Syazwan”..Kalau tak silap pendengaranku,Lya dari bilik Doktor Syazwan semalam sebelum melawati aku.Doktor Syazwan adalah doktor peribadi arwah Diyana atas penyakit Luekimia.Macam mana Lya boleh mengenali Doktor Syazwan?Buat apa Lya berjumpa dengnnya..?Pelbagai persoalan hadir dalam benak fikiranku…. “Confius…!!!”jerit hatiku sendiri.Perlukah aku pergi menanyakan kepada Doktor Syazwan? “Encik Phizy…doktor panggil..dia nak buat last check up..rasanya kalau tak ada apa-apa,selepas tanggalkan simen ni petang nanti,Encik Phizy dah boleh Discharge..”,tiba-tiba Cik Zulaikha bersuara dan terus mengalih pemikiranku.Cik Zulaikha membawaku kembali ke wad,Doktor Ragesh siap sedia menunggu aku. “Good Morning,Encik Phizy..how you feel today? Better..?”,Doktor Ragesh menanyakan khabar…aku mengangguk saja.. “Good,Nurse after this make a appointment to break off the cement and this patient able to discharge..”,Cik Zulaikha hanya mengiakan saja..
Selesai menanggalkan simen dan menguruskan pembayaran,sambil aku mengemaskan pakaian serta barangan aku,Cik Zulaikha datang ke sisiku.. “Encik Amin, opsss..Encik Phizy,ini ada jadual untuk Encik Phizy ikuti.Encik Phizy perlu menjalani rawatan susulan dan kelas latihan Fasioteraphy untuk kaki Encik Phizy tu sembuh seperti sedia kala..ok..”,Cik Zulaikha tersenyum atas kesasulannya memanggil namaku tadi.Aku memandangnya dan berdiri untuk menerima dokumen-dokumen daripada Cik Zulaikha.Tiba-tiba,telepon bimbit Cik Zulaikha berbunyi,dan aku amat mengenali bunyi itu iaitu satu mesej masuk.Cik Zulaikha terus membuka mesej itu.. “Done..?”,aku melihat tepat pada skrin telepon Cik Zulaikha,mesej itu di hantar daripada Doktor Syazwan.
Tanpa menyedari yang aku sedang melihat tepat ke skrin,Cik Zulaikha membalas mesej itu “yup.”Aku fikir mungkin itu adalah cara Doktor Syazwan untuk memikat hati Cik Zulaikha dengan menanyakan tentang kerja Cik Zulaikha.Biarlah….mereka juga layak memiliki suatu kebahagiaan….
Selamat tinggal,Cik Zulaikha…”,aku terus berjalan melintasi pandangan mata Cik Zulaikha yang pada ketika itu hanya membisu melihat aku berlalu pergi.Apa yang ada fikirannya,aku sendiri tak tahu,yang aku tahu mungkin Cik Zulaikha merasakan satu kehilangan seorang pesakitnya atau seorang sahabat kerana hampir dua minggu aku berada di dalam wad,hanya dialah jururawat yang rapat dengan ku.Kami selalu juga berbual tentang kehidupan masing-masing dan kadang-kadang menyentuh bab peribadi.Aku dah tiada sesiapa lagi waktu berada di dalam wad,jadi aku berkawanlah dengan Cik Zulaikha yang selalu ada waktu aku memerlukan dan ketika aku tak memerlukannya.Cik Zulaikha juga berasal dari Kelantan dan berusia 22 tahun,ini menambahkan lagi kesenangan untuk kami berbual kerana masing-masing masih fasih lagi bertutur dalam lograt Kelantan.
Setibanya aku di tepat letak kereta,tersegam cantik kereta Toyota Cilika aku.Joseph membawanya ketika dia datang melawati aku semalam,dan dia pulang bersama Natasya.Ketika aku menghidupkan enjin kereta,tiba-tiba aku merasakan sesuatu yang tak kena dalam perutku..Lapar..Aku gerak dan menuju ke satu café yang berada bersebelahan dengan asrama jururawat.Sebaik saja meletakkan keretaku,aku terus mencari meja kosong.Tak tertahan lagi kelaparan yang meletup dalam perutku.Hanya ada dua meja kosong saja yang tinggal,yang lain telah dipenuhi oleh jururawat-jururawat yang akan memulakan kerja mereka pada waktu malam.Aku duduk di meja yang berdekatan dengan rak buku yang dipenuhi dengan majalah-majalah dan surat khabar.Sambil menunggu pesanan makanan aku di sediakan,aku mengambil sebuah majalah A+D (architecture and design).Tersenyum aku ketika mengambil majalah itu, “ada juga yang suka membaca majalah seperti ini…”,sendiri aku berkata,aku sangka hanya orang yang berada dalam kerjaya ini saja membaca majalah itu.Tiba-tiba…
Assalamualaikum,Encik Phizy…seorang jer ker..?mana watak-watak yang lain?” Cik Zulaikha datang dari arah sisiku bersama sekumpulan jururawat yang baru saja selesai bertugas. “Cik Zulaikha,…Tak payah la berencik-encik ni dengan saya..just call my name,ok..”.Dengan tersenyum manja Cik Zulaikha duduk di bangku bersebelahan dengan tempat duduk aku, “so,janganlah panggil Cik kat saya,saya pun tak suka tau..hhmmm…jadi nak panggil nama yang mana satu?Amin..?”,tersentak dan terkejut aku apabila Cik Zulaikha mengetahui akan nama Amin aku. “Mana Ikha tahu nama Amin saya?..”,aku menyakan untuk satu kebenaran. “Setahu saya nama Amin awak berikan untuk orang yang rapat dengan awak…”Cik Zulaikha atau dengan panggilannya Ikha merapatkan bibirnya ke telingaku dan bersuara seakan-akan berbisik.. “..dan Ikha nak jadi yang terrapat Amin…”..Lagi aku tersentak dan tersedak,nasib baik ketika itu aku belum makan kalau tidak pasti termuntah.“Zu!!!jom ar pesan makanan kau ni…”,rakan-rakan Ikha yang lain memanggilnya Zu saja.Ikha terus pergi ke meja rakan-rakannya yang hanya berada di belakang aku saja.
Sebenarnya aku pun nak memanggilnya dengan nama Zu tapi kalau tak silap ingatanku Zu adalah satu nama kerajaan lagenda cina.Walau Zulaikha berkulit putih macam amoi tapi tak sesuai untuk kemanisan wajahnya itu dengan nama Zu.
Selepas seberapa ketika,pasananku dihidangkan di hadapanku,terbuka luas seleraku.Hanya hidangan biasa,hidangan kegemaranku…Nasi Goreng USA,Fish N Chip bersama segelas Milk Carrot Juice.Di mulakan dengan doa makan,aku tanpa menghiraukan apa-apa,terus makan.Di belakang aku pula ada Ikha yang masih menunggu pesanannya di hidangkan.Ikha dan rakan-rakannya berbual,tergelak-gelak dan bersuka riang…tentang apa pun aku tahu dan aku tak nak ambil tahu sesuatu yang bukan urusanku.
Mungkin tertutup selera Ikha untuk makan apabila riuh rendah rakan-rakannya makin menjadi-jadi lalu Ikha tanpa segan silu berpindah tempat dan duduk di sebelah ku.Ikha juga dengan makanan kegemarannya iaitu Black Paper Chicken Chop Rice bersama segelas Milk Carrot Juice.Minuman kesukaan aku sama dengan minuman kegemaran Ikha.Kami tidak bercakap banyak,menjamah hidangan dengan penuh kesopanan dan adat.Aku teramat segan pada mulanya untuk makan bersama seorang perempuan yang baru saja aku kenali kerana aku telah terbiasa dengan tabiat gelojohku namun untuk menjaga maruahku,walaupun berat terpaksalah aku ringankan juga.Aku makan dengan penuh tertib dan sopan.Ikha menyedari akan ketidak biasaan aku untuk makan lalu Ikha mengejekku “Amin,makan jer la…tak perlu nak control…just being yourself,ok..”.
Selesai makan,aku tanpa perancangan mengajak Ikha untuk keluar menontong wayang bersama-sama aku.Dalam fikiranku,aku hanya mempelawa untuk memulakan kata bukannya benar tapi tak tersangka pula aku yang Ikha bersetuju untuk keluar bersamaku.Telah aku ajak jadi…….Aku dan Ikha menaiki keretaku menuju ke Sunway Piramid untuk menontong wayang.Dalam kereta,kami tidak bercakap banyak.Masing-masing ada sesuatu yang sedang berkecamuk dalam fikiran.Ingin saja aku menanyakan Ikha tentang hubungannya dengan Doktor Syazwan tapi aku tak mahu mencampuri urusan peribadi orang lain.Ini adalah perinsip aku yang sudah berkurun lamanya aku ikuti.
Selepas tamat menontong wayang kami bergerak menuju ke Tasik SS12,tempat yang selalu aku jadikan sebagai pengganti ibuku…tempat aku mengadu segala hal…baik suka atau duka… “Wah…romantisnya tempat ni…”,Ikha dengan penuh keceriaan mengangkat kedua-dua belah tangannya dan memusingkan badan beberapa pusingan.Aku melihat Ikha yang berada dalam keriangan,tersenyum saja aku..Ikha bagai menemui sesuatu yang selalu dia harapkan.Satu keceriaan yang amat mutlak terpancar pada raut wajah manja Ikha.Ketika itu malam kian menebalkan kegelapannya,bulan pula makin terang bercahaya dan unggas berkicau menyeru suatu perasaan.
Ketika melihat gerakkan Ikha yang tak henti-henti kegembiraannya itu,aku memejamkan mata dan mengenangi watak Azlyn yang telah sebati namanya dengan tasik ini.
Sayu dan pilu kian mendakap mersa perasaanku ketika ini,hanya Yang Esa mengetahui akan kesedihan yang melanda.Seribu penyesalan dan berjuta tangisan ku samatkan pada luhur hatiku akan tragis yang telah membina kuat dinding yang berlumut air mataku.Sendiri aku bersuara…..
Detik masa yang berlalu,
Kian menyental watak usia…
Hari berganti hari,
Masih terbayang-bayang selang wajahmu…
Getar jari-jemari,
Saat kutatapi potreitmu..terasa kau disisi..
Kunyanyikan lagu rindu,
Agar terluah resah yang membeku..
Akanku cuba renangi arus sendu ini…
Lalu sepiku bertamukan air mata,
Lantasku gubah bersama lagu sepiku,
Tapi….
Pada siapa harusku tujukan…
Takdir memisahkan kita,
Selagi hayatku masih ada,
Tak akan aku lupakan kenangan bersamamu..
Beradu terasing,sepiku terasa..
Hanya doa dan rindu,
Bisa menemani mu disana..
Sebaik saja aku meluahkan sesuatu untuk arwah Azlyn,aku terkejut apabila menyedari bahawa Ikha sedang merenung tepat ke mataku.Ikha mendengari keseluruhan puisi aku tadi.. “Amin,janganlah bersedih…hhhmmm…biar Ikha sambung ek…”
Dalam resah yang tak berhujung ini,
Keanyam bait-bait rindu untukmu,
Lewat gerimis menangis,
Dan…
Kukirim seluruh kasih sayang,
Melewati jambatan pelangi,
Di kaki langit..
Tak pernah terubat segala resah,
Walau bertamu……sejuta…wajah…”
Redup pula kian menawan keceriaan wajah Ikha. “Ikha, the reality doesn`t measure up to dream..”,aku mencuba mengalihkan situasi watak yang kini berada dalam detik sayu dan sebak.Pada awalnya,situasi ini seharusnya berada dalam keindahan dan keceriaan,bukannya kesedihan seperti ini.Ikha memegang tanganku dan melambai-lambai ke bulan..
Bulan,…!!!Lihat..!!Kami happy jer…Kami dah tak sedih lagi…”,Ikha berkata-kata namun aku tak mengerti apa yang cuba Ikha maksudkan. “Ikha, apa Ikha buat ni…???”,aku bertanyakan kepada Ikha untuk satu kepastian sambil perlahan-lahan aku duduk di bangku. “Amin,sorry la…Amin kata dulu,Bulan selalu ada bila Amin sedih jadi tadi Ikha cuba sedarkan si Bulan tu yang kesedihan tidak selalunya meleraikan sebuah kebahagiaan malah kepahitan,kedukaan dan kekecewaan sentiasa membawa sejuta kemanisan untuk kita..dan..di sebalik segala kepahitan ada penawarnya.”
Selepas dua jam aku bersama Ikha di Tasik SS12,aku menghantarnya pulang ke asrama.Aku tidak singgah kemana-mana hanya terus pulang ke rumah.Dengan kepenatan yang mendakap badanku,aku menanggalkan baju dan terus tidur.
Selepas 3jam aku terlena,aku tersedar apabila telepon ku berbunyi. “Hello…”,aku dengan mengantuknya menjawap panggilan itu. “Hey Amin,ni aku la…Jo..Kau dah sampai kat rumah ker?Kau jaga rumah yer,aku ada projek Mapping kat Sarawak ni.Mungkin minggu depan baru aku balik..”.Aku memutuskan talian selepas mengiakan Joseph dan terus menyambung tidurku.
Siang keesokkan harinya tiba..Aku dan Lya keluar bersama.Kami ke Subang Airport dan membuat Discovery Flight untuk dua orang.Aku dan Lya diterbangkan oleh Juruterbang muda Hafis ke seluruh ruang udara Bandar Kuala Lumpur.
Aku dan Lya teramat gembira kerana dapat meluangkan masa bersama dan yang lebih membahagiakan kami,kenangan terbang bersama ini manjadi satu kenangan yang termanis antara kami berdua.Tak pernah dibuat orang terutamanya sepasang remaja yang saling menyayangi terbang bersama melihat keindahan kota dari pandangan udara.
Selepas itu,kami ke Ulu Yam untuk menikamati keindahan alam semula jadi ciptaan Yang Maha Kuasa.Air terjun yang cantik menghiasi kamar sepi di sudut hati kami.Kicauan burung-burung seakan menggesa kami untuk meluahkan isi hati dengan lebih ikhlas dan luhur dari hati masing-masing.Rasanya tidak perlu ada kesangsian dalam hubungan aku dan Lya,lalu aku menanyakan tentang Doktor Syazwan kepada Lya tapi tiada yang menganehkan,kata Lya dia berjumpa dengan Doktor Syazwan hanya untuk memeriksa kesihatannya lagipun mereka berdua tiada apa-apa hubungan istimewa sekadar pesakit dan perawat saja.Aku sebenarnya bukan cemburu atau rasa iri hati akan hubungan Lya dengan Doktor Syazwan tapi aku berasa hairan,mengapa Lya berjumpa dan memeriksa kesihatannya dengan Doktor Syazwan iaitu salah seorang doktor pakar penyakit Luekimia?Namun aku tidak mahu mencemari detik-detik indah aku bersama Lya ini dengan isu-isu yang mungkin tidak penting.Aku tak mahu Lya berasa kurang selesa akan watakku yang mungkin pada pandangannya berubah,bertambah kuat cemburu atau…..
Selepas menenangkan fikiran di Ulu Yam,kami bergerak pula ke pusat Bandar Kuala Lumpur.Hari sudah menjadi malam,kami berjalan-jalan di tengah-tengah kesibukkan kota,menikmati keindahan cahaya nion yang bersinar beraneka warna.Satu hari yang tak mungkin dapat kulupakan sepanjang hidupku.Waktu seakan cemburu akan kemesraan yang terjalin,aku menghantar Lya pulang.Selepas itu,aku tidak terus ke rumah kerana bagiku waktu itu tidaklah terlalu lewat lagi pula malam itu adalah malam minggu.Aku menuju ke Moon Bar,tempat yang aku tujui ketika kecewa buat kali pertama dalam sejarah hidupku dulu sewaktu……waktu…..Aku tak mahu menenangkan kisah pilu aku lagi.Aku tak mahu menangis lagi dan sesungguhnya aku telah serik dan jemu dengan sandiwara dunia yang tidak henti-henti membasahi pipiku.Sekian lama aku merantau jenuh sebegitu semata-mata untuk menghindari diriku daripada gelora air mata cinta kenangan silamku.Aku ke Moon Bar untuk menemui kakak angkatku,Sammy yang menjadi tuan milik untuk bar itu.Malangnya,kak Sammy “on leave ”,dia pulang ke Sarawak untuk menziarahi keluarganya.
Aku merasakan tiada guna lagi aku merayau-rayau,jadi aku pun terus pulang ke rumah.Sebaik saja sampai ke rumah,aku melihat ada sejambak bunga Tulips di selitkan di pemegang pintu rumahku.Ada sekeping kad ucapan, “Hi Amin,selamat malam….from Zulaikha”.Aku tersenyum saja dan terus melangkah masuk ke dalam rumah sambil membawa bersama jambakkan bunga Tulips pemberian Zulaikha.Di bilikku,aku menempatkan jambakkan bunga Tulips itu di atas set hiasan setelah memasukkan jambakkan itu ke dalam sebuah pasu kristal.Aku merebahkan badan dan kerana terlalu penat,aku terus terlelap.Kepenatan hari itu cukup untuk mengukir senyuman panjangku kerana telah lama aku harapkan untuk keluar bersama Lya.
Sebenarnya,aku mimpikan untuk membawa Diyana terbang sebagai hadiah hari lahirnya yang ke 19 dulu namun aku sedar,manusia hanya mampu merancang,Allah S.W.T yang menentukan segalanya.
Malam berlalu dan siang datang lagi.Hari ini hari minggu,aku tiada temu janji dengan sesiapa.Lya sibuk dengan hobinya,menulis cerpen juga.Aku berseorangan menuju ke Tasik SS12,Subang Jaya untuk mengenangkan kembali kisah lama,kenangan sewaktu ketika dulu.Setiba aku di bangku yang selalu aku duduk,aku terus memejamkan mata untuk menumpukan sepenuh perasaan terhadap kenangan silam.Lantas,berlinangan air mataku,mengenangkan saat bersama Azlyn…arwah Nor Diyana Azlyn.Benarlah kata-kata si pujangga cinta.. “Jarak sepasang cinta yang begini hampir adalah Jarak yang begitu jauh…jauh..”
Walau aku,Azlyn dan Diyana pernah menjadi teramat dekat dan rapat namun antara kami berdua mempunyai satu jarak yang amat jauh,yang memisahkan kami berdua dengan tragis yang amat terkesan dalam hatiku dan titisan air mata yang pasti.Satu perpisahan yang membentuk satu acuan baru dalam perjalanan hidupku ini.
Mengenangkan kisah lalu,aku tersedar satu perkara..Tahap pancainderaku terbatas juga untuk menilai sesuatu yang bukan dalam dakapan pengetahuanku.Sesuatu yang aku tengok tidak semestinya nampak apa yang seharusnya aku lihat.Sekilas ikan di muara tak mampu untukku mengenal jantan atau betinanya.Sejauh mana aku mengembara sekalipun,masih tidak mampu untukku melarikan diri daripada segala masalah dan kenangan…kerana sesungguhnya kehidupan aku akan terus dibayangi luka-duka dan air mata cinta kenangan silam…..mungkin suatu hari nanti segala luka-duka akan menjadi satu kebahagiaan.Kerana aku percaya,setiap kegelapan malam pasti menyinari pagi juga dan aku yakin,tuhan itu Maha Adil.
Aku sedar..
walau cinta kenangan silam amat terkesan,
walau gemersik tuturmu masih kedengaran,
walau wajahmu masih diingatan,
dan alam pun tahu,..
walau setiap saatku aku menangisi pemergianmu,
Nor Diyana Azlyn…
Kau tak mungkin kembali lagi…”
Jiwaku bertukar menjadi sentimental apabila deru angin yang meniup hembusan bayu pusara arwah Nor Diyana Azlyn menyentuh pipiku.
Aku merasakan seperti Diyana mahupun Azlyn berada di sisiku.Mungkin kerana terlalu merindui watak mereka namun apakan daya,sudah suratan,tertulis suatu perpisahan yang mengasingkan dua jiwa.Namun cinta yang aku semai selama ini di batas hati Diyana dan juga watak Azlyn tak akan pernah berubah walau Diyana dan watak Azlyn telah membawa bersama bunga-bunga cintaku pergi.Terkuburya jasad seorang insan yang telah dinobatkan sebagai seorang kekasih akan membawa bersama sekeping hatiku yang menagihkan cinta si pusara asmara.Kematian watak Diyana dan watak Azlyn menjadi lambang kehancuran hatiku,namun tiada dapat ku tahan akan kesedihan yang melanda.Lantas aku pun terbakar,rentung tidak berharga…haruskah aku mengalah???
Sungguh tidak kusangka begini akhirnya,
Kini tinggalku sendiri bertemankan pilu..
Nor Diyana Azlyn,
Dirimu amat kurindu…
Senyum dan tertawamu dulu menghiasi duniaku,
Kini tiada..tiada lagi…
Kebahagiaan setelah dirimu pergi..”
Aku tidak dapat menahan lagi kesayuan yang meledakkan hatiku ini,aku terus berlalu dari tasik itu.Aku pulang ke rumah dan menghabiskan hari mingguku dengan termenung saja.Lantas,terlintas di fikiranku akan satu model projek yang aku buat ketika aku berada di luar negara dulu.Ah,aku meninggalkan model itu di luar negara namun nasib memang tidak selalunya malang untukku,aku sempat membawa pulang drawing untuk projek itu… “The Memorial of Immortality”,inilah nama untuk projek aku.
Projek binaan ini tidak ada lokasi,aku hanya membuatnya untuk mengisi masa lapangku ketika berada di luar negara.Terlintas pula aku,bersebelahan dengan Tasik SS12 ada sebidang tanah kosong dan mengikut perancangan kerajaan,tempat itu akan dijadikan tempat tumpuan para pelancong dengan identiti kemajuan Malaysia.Aku tanpa berfikir panjang,mencapai teleponku dan membuat panggilan ke pejabat,tempat aku akan bekerja keesokkan harinya.Aku bercakap sendiri kepada C.E.O firma itu dan menyaratkan tawaran kerjaku.Encik AR Raja,iaitu C.E.O firma itu tidak berfikir lama dan terus menerima syarat yang aku kenakan.Syarat itu tidaklah terlalu berat hanya perlu menandatangani satu surat perjanjian dimana projek yang pertama akan aku ambil adalah projek membangunkan tanah kosong yang bersebelahan dengan Tasik SS12.Selepas mendengar akan luahan aku terhadap keinginanku untuk membangunkan kawasan itu,Encik AR Raja memahami dan bersetuju untuk mengambil alih tender kawasan itu daripada pihak kerajaan dan memberi tanggung jawap kepadaku untuk membangunkannya.
Ketika malam,aku menyiapkan kertas kerja dan schematic idea serta design process untuk dipersembahkan kepada AR Raja dan para pegawai kerajaan untuk projek itu esok.Aku bersungguh-sungguh menyibukkan diri dengan kerja-kerja penyiapan drawing dan dokumen-dokumen yang perlu sehinggakan melampaui tahap jaga seorang lelaki dewasa yang normal.Sepanjang malam itu,aku tidak tidur.Sebaik saja selesai mengerjakan solat subuh,aku meneruskan lagi kerja-kerja projek sehingga pagi menjelma.Ketika itu aku merasakan begitu bersemangat untuk bekerja terutamanya untuk projek ini.Dengan tidak menghiraukan kepenatan dan rasa mengantuk yang melemahkan badanku,aku bersiap dan terus menuju ke firma AR Raja.Awal aku bertolak kerana telah menjadi lumrah,jalan raya di Bandar Kuala Lumpur ni pasti sesak dengan kenderaan-kenderaan yang bertujuan sama,untuk mencari rezeki dan melaksanakan tugas.
Selepas menjelaskan sedikit sebanyak tentang rekaan aku,para pegawai dan AR Raja Azman sebulat suara bersetuju untuk menjadikan rekaan aku sebagai salah satu aset yang akan mengisi kekosongan tapak projek yang berada bersebelahan dengan Tasik SS12 itu.Kerja-kerja untuk merelisasikan rekaan aku itu turut memerlukan kerjasama dan campur tanganku kerana rekaan aku amat baru dalam industri binaan negara.Untuk membuat Perspective View dan Visualizations pada rekaan aku itu amat susah dan para pelukis mengaku mengundurkan diri untuk membuatnya,untuk mengelakkan projek ini daripada gagal,aku terpaksa menggunakan satu produk teknologi iaitu Computer-aided design (CATIA).Segala masalah telah dapat aku selesaikan.Projek berjalan dan memakan masa 1 tahun setengah untuk menyiapkannya.Kesibukkanku dalam menjalani proses pembikinan rekaan aku ini menjadi realiti amat berat sehinggakan kadang-kadang aku terlupa untuk menghubungi Lya,bertanya khabar.Aku merasakan yang projek ini lebih kuat semangatnya dalam hatiku berbanding semangat Lya iaitu insan yang bergelar kekasihku waktu ini.
Setelah hampir satu tahun projek aku berjalan,aku masih lagi sibuk memantau projek ini padahal aku masih lagi banyak projek lain yang aku ambil tapi yang lain itu hanya projek bangunan pejabat biasa saja.Aku menganggap projek “The Memorial of Immortality” ini adalah projek kemegahan aku.
Suatu hari yang teramat sibuk,aku terlupa untuk berehat dan makan tengah hari.Tiba-tiba aku dikejutkan apabila Joseph datang melawati aku di tapak projek “Amin,jom ar pergi lunch.Dah lama,Bro,kita tak makan bersama.”,Joseph mengajak aku keluar makan bersamanya dan aku bersetuju saja memandangkan perut aku pun dah berbunyi kelaparan.Kami bersama-sama menaiki kereta Evo 9,kepunyaan Joseph mencari tempat makan.Malangnya,setelah berpusing-pusing kami mencari tempat,tiada yang kosong,yang agak selesa untuk menikmati selera.Aku kenal Joseph,dia tidak suka akan keramaian,akan tempat yang amat sesak dengan orang ramai apatah lagi untuk menjamu selera.Aku terfikir,rasanya ada satu tempat yang tidak terlalu ramai pelanggannya pada waktu tengah hari,café yang besebelahan asrama jururawat yang berdekatan dengan Hospital Malaya.Kerana terlalu lama mencari tempat makan,tanpa berfikir panjang Joseph dan aku menuju ke café itu.Sebaik saja sampai,kami terus membuat pesanan dan bersedia untuk menikmati juadah tengah hari kami.
Selesai makan,kami duduk seketika untuk berbual sambil merehatkan badan. “Amin,kau tahu tak yang aku akan berkahwin dengan Natasya?”,Joseph memulakan bualan.Aku hanya menganggukkan kepala saja. “Aku nak kalau tidak menjadi keberatan,kau menjadi pengapit aku nanti yer dan jangan lupa bersama Lya ke majlis aku nanti.Sekarang semua persiapan untuk majlis besar aku dah selesai cuma pelamin saja belum aku pilih.Aku rasa rekaan kau sesuai untuk menjadi pelamin aku.Kau tolong ar aku,Amin”,aku memang rapat dengan Joseph dari zaman sekolah lagi jadi aku bersetuju saja atas semua permintaan Joseph. “Jo,aku akan buatkan rekaan terhebat aku untuk pelamin kau.Tapi jangan lupa,aku buatkan kau pelamin ini atas dasar persahabatan kita jadi kau jangan nak promote sana,promote sini lak…ok”.Kami meneruskan perbualan dengan cakap-cakap kosong dan ada sedikit menyentuh tentang hubungan aku dengan Lya.
Waktu telah melampaui tempoh sebulan,hari persandingan Joseph dengan Natasya tiba.Aku dan Lya menjadi undangan terhormat untuk majlis itu.Ketika semua hadirin tengah asyik menjamu selera,aku dan Lya menghampiri pelamin pengantin dan dalam hatiku bergetar,aku sangka pasti Lya akan menitiskan air matanya tapi nyata sangkaan aku salah.Lya tersenyum saja melihat Joseph bersama Natasya duduk di atas tahta pelamin rekaan aku itu.Aku pula tetap tersenyum dengan melihat pelamin itu yang menjadi sebutan para hadirin akan keunikkan dan kehebatan rekaanku yang menggabungkan elemen-elemen futuristik dan traisional serta terdapat unsur-unsur penyatuan iaitu ikatan yang kuat lagi besar pada sisi kanan pelamin itu yang melambangkan ikatan persahabatan Joseph dan aku yang tidak asing lagi dengan kejujuran dan kerapatan hubungan kami berdua.
Hari kebesaran buat Joseph dan Natasya memakan waktu hingga ke malam.Ramai hadirin yang penuh keceriaan sejajar dengan semangat hari itu.Ramai juga rakan-rakan aku dan Joseph sewaktu di alam persekolahan dulu turut hadir memeriahkan suasana.Sempat juga aku berbual-bual dengan mereka,tertawa menghiasi situasi kami,maklumlah terlalu lama jarak memisahkan kami semua.Antara rakan persekolahan aku dan Joseph agak rapat juga hadir ke majlis itu,Shahrul,John,Faisal,Ruhi dan Jefri.Tidak lupa juga,Ili,Pa`li dan Atiq yang selama ini menjadi rakan terapat untuk aku dan Joseph.Ketika aku berada di Perak dan London,Atiqlah yang menjadi pengganti diriku buat Joseph namun setiap manusia ada perbezaannya.Burung-burung dan unggas malam terus berkicau menyanyikan lagu merdu,sanak saudara dan sekalian yang ada turut merasa gembira. Selamat pengantin baru,semoga bahagia ke anak cucu dan semoga gembira selalu….”
Selepas semua para jemputan bersurai,aku dan Lya tinggal di situ untuk seketika.Sedang asyik berbual dengan Joseph di ruang tamu,kami tersentak apabila Amalia iaitu adik perempuan Joseph menjerit.Pada ketika itu,Amalia,Lya dan kaum perempuan yang lain berada di dapur,mengemas dan mencuci pinggang mangkuk.Amalia berlari tak tentu arah bagai lipas kudung yang sedang mencari kakinya semula.Aku dan Joseph segera mendapatkan Amalia untuk mengetahui apa yang sedang berlaku. “Abang Alif,Abang Phizy,kak Lya pengsan…..”,Amalia dengan ketakutan dan cemas yang berselubungi diri bersuara tersekat-sekat.
Sebaik saja mendengar kata-kata Amalia itu,aku tanpa berfikir dan bercakap banyak terus aku berlari dengan gerakkan yang terpantas aku menuju ke ruang dapur.Joseph seakan tenang saja dan membuat panggilan kecemasan ke hospital yang berdekatan.Setiba aku,aku melihat Lya sudah terlantar di atas lantai, “Lya..!!!”,aku menjerit dan terus merapati Lya.Tanpa bertanya atau bercakap,aku segera mengangkat Lya dan membuat carry Darling lalu terus ke ruang depan rumah Joseph. “Amin,tenang.. Aku dah buat call, kejap lagi ambulan sampai..”,Joseph memegang bahuku dan cuba memberhentikan kecemasan aku. “Gila kau,Jo…Lya pengsan entah kenapa macam ni,kau nak aku tenang!??Nonsense..!!!...dah,biar aku saja bawa Lya ke hospital..!!”,aku segera membawa Lya ke dalam kereta dan terus menuju ke hospital.Itulah kali pertama aku mengguna kelajuan maksimum kereta aku dan kali pertama aku mengguna NOS.
Sampai di ruang kecemasan Hospital Besar Sultanah Zainab Kota Bharu,aku bersama beberapa orang pembantu jururawat menolak Lya masuk ke bilik pemeriksaan. Ketika itu,aku amat cemas.Aku tak nak tragedi bertahun dulu berulang lagi,saat arwah Azlyn menghembuskan nafas terakhirnya dalam pangkuanku.Agak lama juga Lya berada dalam bilik rawatan kecemasan.Setelah lebih kurang setengah jam aku menunggu sendirian,Joseph dan Amalia tiba.Selain aku,Joseph dan Amalia yang paling rapat dengan Lya.Dan Amalia pula telah menjadi adik angkat bagi Lya setelah Lya dan Joseph bercerai dulu.Joseph masih lagi tenang manakala Amalia menangis sayu seakan akan kehilangan seoarng yang disayanginya.Mungkin Joseph tak mahu mencemari semangat kegembiraan persandingannya bersama Natasya dengan air mata atau kecemasan jadi Joseph berpura-pura tenang atau mungkin Joseph lebih mengetahui akan kesihatan Lya daripada aku kerana Joseph dan Lya pernah hidup sebumbung buat sekian masa yang lama. “Jo,mana Natasya?Kenapa kau bawa tak dia bersama”,menanyakan Joseph yang hanya hadir bersama Amalia.Aku cuba untuk bertenang dan….. “Biarlah kes ini antara kau,Amin..aku dan Lya saja tahu…dan Amalia…dia adik angkat Lya,jadi aku tak boleh menghalang dia daripada datang ke sini..”,Joseph masih lagi dalam keadaan yang tenang dan seakan pasrah dengan apa yang terjadi.
Jo,apa kau cakap ni…”,aku cuba mencari kepastian.Aku mengenali Joseph dan seluruh keluarganya sudah sekian lama,aku merasakan ada sesuatu yang Joseph dan Amalia cuba sembunyikan daripada aku tentang kes Lya ini.
Amin,…”,Joseph cuba memberitahu aku tapi Joseph terhenti apabila dua orang jururawat keluar dari bilik pemeriksaan Lya dan menolak sebuah katil beroda yang berselimut putih.Aku dapat melihat jelas,Lya sedang terbaring di atas katil beroda itu menuju ke suatu tempat lalu aku menjerit dan menahan jururawat-jururawat itu, “Nurse,may I know….hhmmmm..kemana Lya nak dibawa??”. “Just follow us,ok..”,salah seorang jururawat itu dengan tidak bercakap banyak menyuruh agar aku dan yang lain mengikut mereka untuk mengetahui kemana Lya akan di bawa.Sebaik saja mengikuti mereka dan berjalan tidak terlalu lama,kami semua sampai ke sebuah bilik rawatan khas,aku sangka.
Tiba-tiba salah seorang jururawat itu berkata “Ni adalah bilik X-Ray,Cik Yelya akan diperiksaan dengan lebih detail mengenai penyakitnya itu kat sini…Awak semua boleh tunggu disini saja.ok..”,aku terkejut apabila jururawat itu berkata mengenai penyakit Lya.
Cik…dia sakit apa??”,aku bertanyakan kepada salah seorang jururawat itu sambil menghalakan jari telunjukku kepada Lya yang sedang berada di dalam bilik itu.Aku sedar yang aku terkejut namun aku lebih terkejut apabila melihat Joseph dan Amalia masih dalam keadaan biasa saja walau mereka sendiri mendengar yang Lya ada penyakit.Cuma Amalia yang terus menangis tanpa henti. “Nurse,saya teman Lya,beritahu saya apa penyakitnya…”,aku tak tertahan melihat kerenah Joseph yang masih terbiasa lalu menarik tangan jururawat itu menuju ke pintu bilik X-Ray itu. “hmm,awak tak tahu yang kekasih awak itu ada Luekimia..?Sayang,orang yang dikasihnya masih terrahsia daripada soal hidup dan matinya…”,jururawat itu menjawap pertanyaan aku dan sambil sedikit mencela hubungan aku dengan Lya,dia menjenguk ke tingkap kecil yang dipahat tepat pada pintu bilik itu.Aku mendengar kata-kata jururawat itu tadi dan segera aku menolak jururawat itu lalu melihat Lya melalui tingkap kecil itu.Aku melihat Lya diperiksa dengan teliti sekali.Tiba-tiba aku merasakan seperti ada sesuatu yang perlu dijelaskan kepadaku.
Jo…!!!!Kau memang sial..!!!”,aku dengan penuh emosi syaitan di kepala menengking Joseph namun Joseph seperti tidak mendengar jeritan aku itu. “Amalia tunggu sini,saya ada hal yang perlu disetelkan dengan Abang Alif..Jo..!!!!Kau ikut aku..!!”,aku terbakar apabila melihat Joseph tenang saja dari rumah lagi,sebaik saja aku menyuruh Amalia terus menunggu Lya,aku menarik leher baju Joseph dan menuju ke suatu tempat yang sesuai untuk satu perhitungan,aku pun tak tahu nak kemana.Dalam perjalanan yang tidak aku ketahui kemana tiba-tiba Joseph menangkis tanganku yang kuat memegang leher bajunya. “Kau apahal ni,Amin..dah gila ker!!??”,Joseph pula meninggikan suara pada aku.
Dari zaman persekolahan lagi,aku sememangnya elergi jika ada seseorang meninggikan suara terhadap aku,lalu aku terus terbakar.Dengan kebisuan,aku menggenggam penumbuk dan sekuat bara yang membakar,penumbuk aku hinggap tepat ke muka Joseph.Semangat kejantanan membuak-buak dalam dada kami berdua,Joseph membalas penumbukku dengan satu tumbukkan yang tepat ke dada aku.Joseph seakan tahu yang dia berada dalam kebenaran.Aku makin berapi,dalam kepala aku,yang ada hanya kesalahan Joseph yang perlu aku setelkan.Kesalahan yang teramat aku benci dalam hidup iaitu apabila ada rahsia dalam satu persahabatan.Ya,memang setiap insan berhak merahsiakan sesuatu,aku tak kisah jika sesuatu itu langsung tidak terlibat dengan aku tapi kali ini……Aku tak tertahan lagi,kemarahan akan sesuatu yang aku anggap sebagai khianat persahabatan ditambah lagi dengan kesakitan yang aku dapat apabila Joseph membalas tumbukkan aku tadi,aku terus menggunakan gerakkan Tomoi yang aku belajar ketika merantau ke selatan Thailand dulu.Lutut dan sikuku bergerak pantas dan serentak membelasah Joseph yang masih berada dalam kesakitan disebabkan penumbukkan pertama aku tadi.Joseph menolak aku untuk memberikan dia ruang untuk menjelaskan sesuatu.
Hey Amin, aku tahu kau marah giler kat aku..aku tahu,kau marah kerana aku menyembunyikan hal kesihatan Lya daripada kau.Ok,kalau aku salah,aku minta maaf.Dan aku harap kau jangan pula melepaskan kemarahan kau pada Amalia,Amalia juga baru saja tahu,aku memberitahunya dalam perjalanan ke sini tadi..”,Joseph menjelaskan hal ini sambil tangan kirinya lurus kearahku,sebagai isyarat agar aku menghentikan gerakkan dan mendengar penjelasannya. “Amin,selama ini aku tak pernah berrahsia dengan kau,baik hal-hal peribadi aku,semua kau tahu…tapi aku betul-betul minta maaf daripada kau,kali ini aku terpaksa.Bukan untuk aku,bukannya untuk Lya atau sesiapa saja tapi untuk kau.Aku dan Lya tahu dan memahami kisah sejarah hidup kau dari dulu sampai sekarang,kami tak pernah melupakan kau walau kau melarikan diri ke serata pelosok dunia.Dan kami tahu akan hancurnya perasaan kau apabila arwah Azlyn meninggal.Semuanya kau tulis dalam cerpen kau,kami baca,Amin.Lya percaya yang dia tak akan hidup lama jadi meminta aku untuk melepaskan dia.Menceraikan dia dulu…dengan satu syarat…Lya tak mahu engkau mengetahui tentang penyakitnya lalu merayu pada aku agar merahsiakannya.Aku memahami perasaan Lya,Lya lakukan ini semua agar dia dapat menikmati curahan cinta daripada kau,Amin..dan dia yakin,perasaan kau terhadap dia akan bertambah kuat dan menguasai seluruh hidup kau jika kau mengetahui yang dia sakit.Lya tak nak kau jadi gila dan melarikan diri sekali lagi seperti mana kau lakukan selepas kematian Azlyn.Amin,aku betul-betul minta maaf..”.
Aku tergamam dan membisu saja mendengar penjelasan Joseph. “Jo,aku minta maaf…sakit ker aku ong-bak kau tadi..??”,aku memegang bahu Joseph dan cuba untuk menenangkan perasaan aku.Aku membiasakan perasaanku kerana ini adalah kehendak Lya.
Jo,kalau kau nak balik,kau baliklah pulang..Amalia dah penat tu..Baliklah,Jo..jangan tinggalkan isteri kau lama-lama.Kau tu baru saja kahwin,..kau baliklah dulu,biar aku tunggu Lya.”Joseph hanya memandang Amalia yang kepenatan.“Amalia,nah ambil kunci kereta ni..tunggu abang kat kantin hospital,kat depan sana tu..”,Joseph memberi kunci keretanya dan Amalia dengan kepenatan yang teramat sangat mengiakan saja suruhan abangnya itu.
Sebaik saja Amalia berlalu,tiga orang doktor pakar keluar dari bilik pemeriksaan Lya.Dan reaksi wajah dua orang daripada mereka amat aku mengenali,mereka berdua seakan keluar membawa bersama satu berita buruk.Seorang daripada mereka bertiga menuju menghala kearah aku dan Joseph… “Encik berdua ni sahabat kepada Cik Yelya kan..Macam ni lah,saya berterus terang saja.Cik Yelya sakit Luekimia dan berada dalam keadaan kronik.Mengikut bidang perubatan,dia sepatutnya telah pergi semalam tapi mungkin semangatnya yang terlalu kuat untuk menikmati sesuatu yang baik pada hari ini dan makbul doanya,dia dapat menghabiskan hari ini dengan selamat.Anggaran perubatan,dia tak dapat diselamatkan lagi namun kita sebagai umat Islam wajib percaya akan kekuasaan Allah S.W.T.hidup dan mati kita atas ketentuan-Nya.Bersabarlah…”,sebaik saja selesai menjelaskan kepada Aku dan Joseph,doktor itu pun berlalu.
Lalu,kami berdua dikejutan lagi dengan kehadiran Amalia. “Amalia,kenapa tak pergi lagi ni..?”,Joseph menanyakan kepada adik perempuannya,dan aku melihat saja kemata Amalia yang sedang berlinangan air mata. “Abang Alif,Abang Phizy,Amalia dah dengar segalanya…”,Amalia lalu terus menundukkan wajah dan memeluk abangnya,Joseph.Aku melihat kesedihan yang melanda mereka berdua dengan penuh ketabahan.Aku tak boleh menangis,ini kehendak Lya agar aku tidak berasa kesedihan.Aku perlahan duduk di atas bangku yang menghala kearah bilik rawatan Lya.Termenung aku sendirian.Mungkinkah peristiwa hitam dulu berulang lagi..?
Aku terus dibayangi peristiwa dulu,disaat pemergian Nor Diyana Azlyn.Sungguh tidak aku menyangka,peristiwa yang penuh dengan titisan air mata dulu akan berulang lagi.Namun aku harus tabah…andai aku jatuh dan mengalah kepada suratan ini,pasti kekecewaan membaluti Lya.Merenung tepat ke pintu bilik itu,aku merasakan sesuatu yang dingin sedang memerhatikan aku.Kedinginan itu kian dekat dan aku pasti ia berada di sebelahku.Aku perlahan-lahan menoleh kekiriku dan melihat Joseph yang masih berpelukkan dengan Amalia.Tiada apa-apa..Namun aku terus merasakan kedinginan,ingin saja aku menoleh kesebelah kananku namun aku takut.Lalu aku menundukkan kepalaku dan memjamkan mataku.Tak tertahan aku menanggung kesedihan ini,lantas air mataku berlinangan dan membasahi pipiku.Hatiku terus diselubungi kesedihan yang tiada walau seribu bahasa dapat menilai kesedihanku ini.Dan sendiri memanggil sayu nama Lya… “Lya……..”.
Tiba-tiba,pintu itu terbuka.Kedinginan yang aku rasakan tadi masih ada malah kian kuat.Melihat tepat ke pintu lalu seorang doktor pakar keluar “Encik…kami dah cuba sedaya upaya kami..Kami minta maaf..”,doktor itu terus saja pergi.Aku mengerti,namun ku tidak sanggup untuk berdiri dan masuk ke dalam bilik itu untuk melihat Lya.Joseph dan Amalia segera masuk ke dalam bilik itu.Mereka membiarkan saja pintu bilik itu terbuka luas,mungkin mereka tahu yang aku tak sanggup untuk menghampiri Lya.Aku menundukkan wajah lalu aku mendengar tangisan Amalia yang semakin kuat.Aku mengangkat pandangan dan melihat menerusi pintu yang terbuka luas itu.Aku melihat Lya di selimutkan kain putih.Aku memerhati,dan seorang jururawat menarik selimut putih itu menutupi wajah Lya.Aku amat mengerti….Lya telah pergi……Sebab itulah aku merasakan kedinginan tadi,rupanya semangat Lya yang cuba menyatakan akan pemergian Lya kepadaku.Aku tak tahan melihat Lya berselimut penuh menutupi badannya lalu aku menutup mukaku dengan kedua-dua belah tapak tanganku.Aku tertunduk,menangis.
Barulah aku mengerti mengapa Lya berjumpa dan memeriksa kesihatannya dengan Doktor Syazwan dulu.Ingin saja aku membuat panggilan kepada Zulaikha dan mengadu akan kesedihanku ini namun Zulaikha telah bahagia bersama ikatan perkahwinannya dengan Doktor Syazwan dan kini berada di Russia.Aku menangis sendiri.
Resah menghimpit kamar hati,
Terlalu sukar untukku menyampaikan,
Ku beri laluan ke dasar hati,
Untuk menghiburkan sanubari,
Aku merasakan segala warna mula pudar,
Aku terindu seketika,
Betapa tingginya harapanku untuk hidup bersamamu,
Kau menjadi milikku,
Kau membuat mimpi menjadi indah,
Betapa dalamnya cintaku,
Pastinya kau sedari,Lya..
Keikhlasan cintaku ini lahir dari hati yang suci,
Namun…….
Ia hanya seketika saja,
Berarak awan kelabu,mentari enggan bersinar,
Langit berwajah duka,rembulan turut menyepi,
Kini engkau tiada lagi,
Bahagialah,Kasih..
Bahagiamu abadi selamanya….
Sekali,bukannya dua kali tapi yang pertama adalah terakhir kali.Cukuplah setakat ini saja kisah lukaku.Selepas selesai semua urusan di Kelantan termasuk urusan pengebumian jenazah Zetty Yelya,aku kembali ke Kuala Lumpur dan mula bekerja seperti biasa,Joseph dan Natasya kembali ke Subang.Jenazah Zetty Yelya selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Raja Udang dan pusaranya terletak bersebelahan pusara Nor Diyana Azlyn diatas permintaan arwah Zetty Yelya(Lya) sebelum dia pergi dulu.
Pada satu malam yang dingin,baru saja hujan berhenti,aku sendiri bertemankan rembulan di dada langit.Berkedipan bintang-bintang di angkasa seakan-akan membawa pengkhabaran,namun sukar untukku ukir suatu pengertiannya.Aku termenung memikirkan sesuatu,mengapa sang bintang dan rembulan itu mampu bersinar untuk waktu yang amat panjang….dan mengapa kasihku tidak sebegitu…??Cinta yang hadir dalam hatiku bagai rembulan bertambah bilangannya,begitu bersinar dan bercahaya kehidupanku.
Pada hakikatnya hujan sudah berhenti,guruh masih kedengaran di langit yang tinggi.Namun keluh resahku merisaukah hati,mengapa jiwaku kuyup separuh mati…?Jiwaku kuyup bertamukan air mata,menitis dijiwa tanpa jelas nampaknya.Air mata menyirami ketandusan hati dan menyental watak usia,ingin saja aku membasuh segala kepedihan luka yang terpendam,pilu tanpa ku rela.Kelukaan mendalam,parah rasanya..Ku mengharap panas ke petang namun hujan menitis ditengah hari.Hilangnya malam,siang tak kunjung tiba,kasih sejati inginku mekar namun layu jua akhirnya.Sepi… Sunyi nan suram….aku merana..
Cintaku,
Ketiadaanmu amat ku terasa,
Bagaikan nyaman tiada pada puputan bayu,
Bagai nyanyian merdu,sumbang tak berlagu,
Nyata keluhan jiwa amat menikam hatiku..
Gugur luruh semangatku mengharungi dugaan,
Namun apa dapatku katakan,
Hidupku perlu diteruskan,
Walau terpaksa meniti titian duri,
Walau terpaksa merenangi lautan air mata,
Walau terpaksaku merentasi arus sepi ini…
Selamat tinggal,Kasih..”
Setiap kegelapan malam pasti menyinari pagi,
dan setiap tangisan yang mendakap rintihan hati,
pasti kebahagiaan dikecapi,akan mekar kasih yang di impi,
Namun,mampukah cinta berputik lagi…?
Mampukah tangisan selama ini ketawa,
Mampukah impian dulu terukir semula,
Mampukah untukku riang gembira,
Kerana luka sekali,kecewa selamanya,
Kerana…
AIR MATA CINTA KENANGAN SILAM
amat terkesan di jiwa…..
(ISTIMEWA)
Lawatan ke Kuala Lumpur kelas 3Taqwa bermula.Inilah permulaan bagi semua pelajar 3Taqwa untuk meraikan kejayaan menamatkan 9 subjek dalam Peperiksaan Menengah Rendah (PMR) termasuk satu subjek tambahan iaitu Bahasa Arab.Lawatan Kelas 3Taqwa,Sekolah Menengah Kebangsaan ISmail Petra iaitu salah sebuah sekolah kawalan khas yang diuruskan sendiri oleh pelajar-pelajar 3Taqwa dan di pimpin oleh guru-guru yang berpengalaman.
Bertolak.Aku berada ditempat duduk belakang membelakangi tempat duduk Joseph dan Lya.Dalam perjalanan,penuh keceriaan pada wajah setiap pelajar.Aku yang pertama kalinya keluar dari negeri Kelantan berasa amat bebas kerana inilah peluang pertama untuk aku melihat dunia luar sejajar dengan inginku untuk melepaskan duka dan pengalaman pilu bersama Salwa dulu.Bermulalah status aku sebagai seorang perantau.Perjalanan ke Kuala Lumpur ini memakan masa selama lebih 6 jam.
Sebaik saja kami tiba di Kuala Lumpur,hari sudah malam,kami semua ditempatkan di sebuah asrama baru di sebuah sekolah menengah di Segambut.Kami senua menghabiskan 4 hari,3 malam penuh di Kuala Lumpur.Banyak tempat yang sempat kami kunjungi.Keriangan demi kegembiraan melakar kenangan yang pasti tidak mungkin dapat kami lupakan sepanjang hayat.Terutamanya bagi Joseph,Lya dan Aku kerana disinilah bermulanya catatan sejarah kami bertiga yang menconteng seluruh kehidupan kami.Joseph dan Lya mengikat kata cinta mereka berdua ketika berada disini,Kuala Lumpur.Mereka berdua seolah-olah meraikan permulaan untuk hubungan cinta mereka disini...dan...disini jugalah bermulanya kisah Air Mata Cinta Kenangan Silam untuk aku hadapi sepanjang hidupku yang mendatang.
Pagi fajar terakhir kami berada di Kuala Lumpur.Semua ahli lawatan sibuk memasukkan bagasi masing-masing ke dalam perut bas.Tiba-tiba Sharul,salah seorang ahli rombongan memberitahu aku yang ada seorang perempuan ingin berjumpa denganku di belakang kantin sekolah.Hatiku berbisik,mungkin tiba masanya untuk aku memecahkan segala tembok silam dan membaiki kesilapan laluku.Sehingga hari itu,aku give up dengan perempuan disebabkan kisah luka aku bersama Salwa dulu yang cukup parah kerana segala kemanisan bertukar dendam dan air mata apabila Salwa jatuh hati pada abang sulungku sendiri.
Aku berjalan ke belakang kantin.Aku tersentak,sepasang mataku membenarkan segala pandanganku melihat seorang gadis dengan hati yang terbuka.Di sebalik hijjab dunia,aku terpegun menatap wajahnya yang ayu,cantik dan lembut.Aku kira,gadis yang terpacak dan ingin berjumpaku ini bukanlah terlalu cantik sehingga mencapai taraf ratu tapi ada sesuatu yang istimewa di mataku.Aku melihatnya sebagai seorang gadis yang sempurna seperti bidadari.Aku terus terbang dalam khayalan......
Lamunanku berakhir apabila tiba-tiba saja gadis yang sedang berdiri dihadapanku mula bersuara. "Hai...nak berkenalan..?..nak nombor talifon ker..?..", aku terkejut,terlau mudah sesi pengenalan antara aku dengan gadis ini.Dalam fikiranku,mungkin sebegini cara orang Kuala Lumpur memulakan suatu pengenalan baru.Aku hanya mengangguk dan mengiakan saja.
"Nama saya Nana..Diyana...awak?"
"Saya Amin..hmmmm....Amin Hafizi..,"
aku serentak menyahut perkenalan baru ini.Setelah Diyana memberikan aku nombor talifon rumahnya,aku dan Diyana bersurai.Sempat juga aku mengucapkan Selamat Tinggal kepada Diyana.Aku tidak memikirkan tentang perkenalan ini kerana pada mulanya aku menganggap Diyana terlalu "negatif"...dengan mudah dia memberikan aku nombor talifonnya padahal kami baru saja berkenalan.
Tamat semua sesi perpisahan,aku dan semua ahli rombongan bertolak pulang ke Kota Bharu.Dalam perjalanan kali ini,semua ahli rombongan dalam kepenatan dan tidur saja kecuali aku,Joseph dan Lya.Joseph dan Lya begitu intim dan paduan kasih yang mereka jalinkan amat aku kagumi.Ketika semua ahli rombongan yang lain sedang terbuai nyenyak tidur,Lya menghadiahi Joseph sebiji lighter.Amat istimewa,terdapat ukiran love pada bahagian hadapannya.Joseph menerima saja.Ketika perjalanan kami semua memasuki negeri Terengganu,kami berhenti seketika di sebuah kawasan air terjun yang cantik dan semula jadi.
Dalam keasyikkan kami semua bersuka ria di bawah junaman air yang segar itu,lighter,hadiah daripada Lya kepada Joseph terjatuh ke dalam air yang dalam.Tanpa berfikir pun,Joseph terus terjun ke dalam air itu untuk mendapatkan kembali benda kesayangan itu.Penuh kesayuan,kami semua tergamam melihat reaksi Joseph yang bermati-matian,terpinga-pinga mencari lighter itu.
Seberapa kemudian masa,Joseph menimbulkan badannya dan berwajah senang sebagai gambaran berita baik yang bermakna suatu kejayaan bagi Joseph kerana berjaya mendapatkan kembali hadiah daripada Lya itu.Senyum sinis aku ukirkan di bibir.Selesai saja lagak ngeri yang berjaya Joseph dramakan,kami semua menaiki bas dan perjalanan ke Kota Bharu diteruskan.
Dalam perjalanan ini,sempat aku berbisik kepada Joseph..
"Jo,gila la kau ni...hanya lighter,Jo...."
"Amin,Lya memberikan aku lighter ini umpama dia menyerahkan hatinya kepada aku.Ia amat bermakna untukku.Akanku jaga....it's larger than my very being.." kata-kata Joseph itu benar-benar membawa rasa terharu dalam hati aku.Terduduk aku..
Aku melihat Lya mengalihkan baringannya ke bahu Joseph.Suasana ketika itu dipenuhi bait-bait cinta yang menyelubungi perasaan Joseph dan suci hati Lya..Akankah mereka ke jinjang pelamin?Yang Esa saja mengetahui akan sesuatu yang tiada kepastiannya.Aku membiarkan saja mereka berdua berdramatik yang ku anggap mencapai tahap romantis yang sebenar.Perjalanan pulang terus bergerak.
Selepas satu minggu berlalu,aku termenung kebosanan.Terlintas dalam fikiranku untuk menghubungi Diyana.Aku terus menghubungi Diyana melalui nombor talifon yang dia berikan kepadaku.Diyana melayani panggilanku dan bermula dari saat itu,aku sering menghubungi Diyana kerana aku sudah tidak mempunyai kawan perempuan lain lagi selain Lya yang sering bersama Joseph,hanyalah Diyana.
Pada suatu hari,aku menyedari yang keistimewaan Diyana yang kulihat pada pertama kali bertemunya dulu masih terasa...dan..jujur...sehingga ke hari ini...ia tak akan pernah berubah.Setiap masa,aku mengingati Diyana.Aku merasakan lukaku selama ini kian pulih dan tembok yang terbina dalam hatiku ini mulai runtuh.Tapi,sekuat di hati aku menidakkan perasaan yang wujud kerana silamku masih terasa sengatnya,pedih tidak terperi.
Hari berganti hari,masa kian berganda,terdetik dalam hatiku untuk menanyakan Diyana akan keanehan sesi perkenalan kami dulu.Diyana mengatakan,dia telah dicabar oleh kawan-kawannya untuk berkenalan denganku dan memberikan nombor talifon.baru aku ingat,sebelum aku memasukkan bagasi aku dulu,sempat aku melayangkan senyuman keramahanku kepada sekumpulan pelajar perempuan di sekolah Diyana yang sedang asyik menjamu sarapan di kantin sekolah pada hari itu,hari terakhir lawatan aku di Kuala Lumpur dulu.Dan salah seorang perempuan itu adalah Diyana.
Ketika itu Diyana juga membalas senyumanku dan dari situlah kawan-kawan Diyana mendapat idea untuk kenakan Diyana.Terbukti dan jelas akan keanehan ini,aku menyedari yang "negatif" Diyana dulu rupanya satu anugerah dari Yang Maha Pengasih untukku yang berada dalam jerat sandiwara dulu.Perasaan yang terlakar dalam hatiku ini kian menyerlahkan watak aku hanya mampu menerima hakikat yang aku telah jatuh hati pada Diyana.Bunga-bunga cintaku mula berputik dan aku bersumpah...akan tiada lagi nama yang bakal aku ukirkan dalam hatiku ini selain Diyana yang satu.
Selepas setahun,Diyana menyusuri Tanah Sekebun Bunga mengikuti ayahnya,Encik Zainal yang mempunyai urusan kerja di Kelantan.Aku dan Diyana berjumpa dalam satu janji temu di Hotel RiverView,Kota Bharu.MAsih aku ingat setiap babak,watak,dialog dan tutur bahasa yang terucap pada malam itu.Tetap segar di ingatanku,pertemuan yang menggamit sejuta kebahagiaan yang aku sangka bakal tiada akhirnya kemanisannya walau sehingga nafas terakhirku,aku hembuskan.
Pada malam itu,Diyana mengenakan penampilan yang cukup menarik dengan kemeja hitam dan terikat rapi rambutnya,anggun.Walau pertemuan itu hanya seketika saja,namun kenangan bersama Diyana akan ku paut hingga akhir hayat.Cahaya lampu-lampu dari siling Hotel RiverView itu sungguh romantik seakan-akan memahami akan mekarnya cintaku untuk Diyana.Detik masa yang berlalu,tidak dapat aku putarkan kembali.Namun,keindahan dan kenangan yang terukir,akanku jaga hingga tempoh persinggahanku di muka bumi ini tamat...
Kusimpulkan...
Dalam masa yang agak panjang,kasih ku labuhkan untuk Diyana hanya sekeping kad raya,sepucuk surat dan sekeping ucapan rngkas yang aku dapat dari Diyana.Masih aku ingat ayat-ayat yang Diyana tuliskan untukku melalui sepucuk surat yang pertama dan sebagai terakhir kalinya dari Diyana kepada aku.
"....saya hendak awak belajar bersungguh-sungguh......kerana saya menghargai persahabatan kita dan saya hendak lihat awak berjaya dengan cemerlang....bila saya habis Form 5 nanti,akan saya cuba cari awak di Kelantan atau saya akan setia menunggu awak di Kuala Lumpur......Amin,cepat lah datang K.L,saya betul-betul gembira jika dapat bertemu dengan awak sekali lagi....." dan sesungguhnya ini semua benar...
Aku mengembara dan kerana Diyana...satu-satunya tujuan utama aku merantau ke Kuala Lumpur selepas tamat SPM dulu.Aku menetap di Subang Jaya kerana Puchong,tempat tinggal Diyana berdekatan dengan Subang Jaya.Aku bekerja sebagai seorang tukang urut di sebuah pusat urut tradisional di SS15.Dalam usia semuda aku waktu itu,terlalu mustahil untuk berdikari di tempat orang namun,aku tekad demi Diyana.Aku berjaya mengaburi mata semua insan yang mengenali aku dengan bekerja,tiada siapa yang mengetahui niat sebenar aku menetap di Subang Jaya.Diyana sukakan kedamaian dan romantik lantas aku gubah identitiku menjadi "Mat Jiwang"...Aku merelakan apa saja yang terjadi padaku demi meraih kasih Diyana.Siapa mengerti dan mengetahui betapa beratnya dugaan yang mencabar semangatku ketika berada di perantauan namun aku kuatkan hati,tabah menghadapi cabaran....demi Diyana dan bermulalah kisah Air Mata Cinta Kenangan Silam dalam lipatan sejarah perjalanan hidupku dalam mencari cinta yang aku hajati.Lalu wujudlah watak Azlyn yang ku anggap mampu membasuh lukaku namun aku akur,tiada pernah terubat segala derita walau hadir berjuta wajah.
Betapa kuatnya cintaku terhadap Diyana hanya Yang Maha Esa mengerti dan mampu menghitung betapa dalamnya kasih ini untuk Diyana yang satu.Kenangan yang aku dan Diyana bersama ukirkan tetap aku kenang walau ianya kurang daripada 5 jam untuk pelayaran cintaku yang melebihi 5 tahun.Ianya akan kekal bukan untuk 15 tahun atau sekadar 50 tahun tapi sehingga "5 soalan ditanya pada rohku oleh malaikat suruhan Yang Esa"...
Aku tahu,kata si pujangga cinta,andai aku betul-betul cintakan Diyana,hapusku melepaskannya,merelakan kecewa yang melanda dan menyokong apa jua keputusan Diyana tapi..........Lagipun aku sedari,walau sampai bilapun,aku akan terus mengharapkan paluan kasih daripada Diyana dan ini tidak akan berubah walau selurauh kehidupan di sekelilingku telah menghalang kerana semua menganggap yang penuh pengertian,Diyana tak akan mungkin aku miliki.Tapi siapakah yang mampu mengerti akan sakitnya hatiku apabila aku mencuba untuk melupai Diyana...dan sesungguhnya walau sesaat pun,tidak pernah aku melupai Diyana.Bagi aku,usaha dan pengorbananku selama ini masih kurang untuk menggenggam walau seurai kelopak kasih Diyana.
Tidak pernah aku terfikir atau bercadang untuk menghentikan perjuangan ini untuk selama-lamanya kerana sesungguhnya putus asa tiada dalam erti hidupku....
Joseph:"Amin,tidak mengenal erti putus asa itu bagus tapi janganlah maruah kita sebagai seorang lelaki jatuh dalam perjalanan kau mencari cinta yang sudah tiada lagi.Kau seolah-olah mengutip cahaya matahari yang jelas sampai kiamat pun tak akan kau berjaya..."
Lya:"Biarlah 5 tahun yang kau alami sebelum ini berlalu..Jangan sampai ianya menjadi makin teruk dan melewati seluruh perjalanan hidup kau,Amin.."
Atiq:"Phizy,nyata dan jelas,cinta kau itu bukan milik Diyana hanya kau yang bodoh,seolah-olah mengharap bumi ini menjadi segi empat!!Phizy,jangan memberi jika tidak diterima.."
Syahrul:"Kau sendiri kata,No Women-No Cry...Phizy,dah orang tak sudi,usah terus mengejar,menyakitkan hati saja..."
Namun aku butakan mata,pekakkan telinga dan cacatkan anggota untuk menerima segala halangan.Aku bukakan hati dan merelakan cintaku yang membara dihati ini untuk menentukan satu gaya keputusan.Dan sesungguhnya kematian bukanlah satu kata akhir untuk sepuncak cahaya cinta.Maruah???Bagi aku,Diyana adalah maruah aku...dan kerana terlalu mustahil untukku raih cinta Diyana,semangat dan usaha perlu aku teruskan.5 tahun bagiku hanya sementara,alang-alang sudah 5 tahun berlalu,mengapa masih perlu berhenti????dan sesungguhnya kisah 5 tahun aku ini tidak walau sekali aku anggap sebagai pemusnah seluruh waktu hidupku kerana inilan acuan yang telah aku pilih untuk meneruskan perjalanan dalam persinggahan duniawi ku ini.
Akanku terus menyemai benih cinta mawar yang ku tahu mustahil untuknya mekar di taman larangan yang dirantai teras buana,digelangi api penafian dan di tempatkan di padang pasir...Kerana...demi Diyana yang satu..akan ku tropikakan panas padang pasir ini untuk memadamkanapi penolakkan dan meleraikan rantai buana...Sesungguhnya inilah nasibku......
(FANTASI IMPIAN KASIH)
Dalam perjalananku ke Kuala Lumpur,aku terfikirkan Diyana.Namun apakan daya,sesudah bertahun pelayaran cinta ini kukibarkan masih teruji oleh Yang Maha Kuasa.Telah aku merantau di segenap pelosok dunia untuk melupakan Diyana tapimakin cuba ku lupakannya makin kuat rindu datang melanda.Aku akui yang cinta sejati tak semestinya di susuli dengan ikatan perkahwinan kerana bertepuk sebelah tangan tidak akan berbunyi.Sekian lama sudah aku sedari,Diyana bukan milikku tapi aku masih tetap mengharapkan paluan kasih dari Diyana.Aku terlena dalam mimipi di antara perjalanan...
Aku menerima kiriman kad ucapan dan sekeping kad jemputan perkahwinan....dari Diyana.Aku baca kad ucapan itu
"Amin,...maafkan Diyana.Sesungguhnya Allah telah menciptakan manusia ini berpasangan...Diyana bukan untuk Amin..Diyana bukan jodoh Amin..Diyana tahu,terlalu sukar untuk Amin menerima hakikat ini tapi inilah takdir kita..dan Diyana percaya,yang terbaik pasti menanti Amin pada masa akan datang...Maafkan Diyana.."
Sambil mataku kian menitiskan aliran piluku,aku membuka pula kad jemputan itu.Betapa sedih,betapa pilu..Hancurnya hatiku apabila tercatat indah nama Diyana sebagai pengantin perempuan dan tentunya bukan namaku sebagai pengantin lelakinya. Tertanya aku sendiri,telah aku layangkan kisah Air Mata Cinta Kenangan Silamku sebagai tanda cintaku kepada Diyana yang tiada akhirnya namun mengapa Diyana masih menikam hatiku??Andai Diyana mengerti,mengapa perlu begini jadinya???Sayu dan rasa kecewa kian menyelubungi hariku.Hanya Tuhan yang mampu mengukur betapa pilunya aku.. Berlinangan air mata menemani aku sepanjang hari itu. Menitis air mataku membasahi sekeping hati yang pilu. Getar jari-jemariku memegang dan menatapi kad jemputan itu.Satu kad yang membawa luka, parah rasanya,tiada siapa yang mampu memahamminya.Sedih....Terbayangkan wajah Diyana dilingkaran mataku yang reputasinya kian menjauh...jauh...menghilang dariku.. Terkenangkan janji dulu untuk bersama membina mahligai cinta, kini hapuskah cinta di antara kita berdua, Diyana..????
Dijemput,… aku keseorangan menghadapi tikaman ini.Aku menghadiri diriku ke majlis persandingan Diyana.Ketika aku melangkah kaki memasuki majlis itu,aku menerima satu panggilan secara tiba-tiba,Panggilan dari Diyana."…Amin,mengapa masih perlu datang andai Diyana telah mati..?" Aku tahu Diyana berkata sedemikian kerana aku matikan wataknya dalam Air Mata Cinta Kenangan Silamku…."Diyana, kerana kasih Amin untuk Diyana tidak akan pernah mati.."
Sebaik saja mendengar kata balas aku, Diyana terus memutuskan panggilan.Aku sedar,tidak seharusnya aku berkata sedemikian kepada isteri orang tapi apa dayaku untuk membohongi hatiku sendiri kerana itulah yang aku rasakan terhadap Diyana…jujur……..
Tiba-tiba, sepasang raja sehari keluar dari rumah dan menaiki tahta pelamin... persandingan Diyana. Aku mendekati pelamin. Memandang tepat ke arah sepasang merpati putih, cukup mencalari hatiku lalu mengalir pilu air mataku dipipi. Sayu... Kekasih hati terijab kabul dengan orang ketiga... Kecewa... Tangis.. Segala harapanku musnah dengan satu lafaz akad dan sebentuk cincin yang disarungkan ke jari manis Diyana. Apakah erti janji andai terserlah merah inai dijari...Sanggulan mawar rupanya bukan untukku. Bunga pujaanku, mekar dijambangan orang, terbenam di taman larangan. Beratnya dimata,sebaknya didadaku,melihat Diyana dalam persandingan.Tidak tertahan melihat Diyana, seiringan pilu di hatiku,aku terus mengalihkan pandangan mata,Diyana tunduk menyembunyikan wajah...Tiada lagi harapan,ditinggal pergi kekasih hati, hanya luka dan pilu si air mata akan terus menemaniku..Aku terus meninggalkan majlis itu yang sepatutnya diisi dengan kegembiraan namun apa yang aku rasakan hanyalah luka..dan air mata ini tidak akan menitis jika hatiku tak terluka.Semoga rahmat kebahagiaan mendakap hubungan Diyana dengan suaminya,Shamsul………………………………………………
Dalam perjalanan pulang,aku menatapi potrait Diyana yang anggun ku hiaskan pada keretaku.Aku sedari,tidak sepatutnya aku terus menangisi Diyana, dia telah jadi milik orang. Sebak ku rasa,aku percaya,Diyana sememangnya bukan milikku. Dan cintaku pada Diyana yang tak akan pudar ini,aku relakan... segalanya...demi kebahagiaan Diyana,seorang perempuan yang teramat aku cintai.
Dua minggu selepas hari perkahwinan Diyana,aku masih dibelenggu rasa kecewa tapi aku juga akur dengan ketentuan Yang Maha Kuasa.Tiba-tiba aku dikejutkan sekali lagi dengan panggilan dari Diyana.Diyana menghubungi aku dan ingin menemuiku di tasik yang dulunya menjadi saksi keagungan cintaku terhadap Diyana.
Pada hari dan waktu yang dijanjikan,aku tiba di tasik itu.Aku lihat Diyana sudah siap sedia menunggui aku di sebuah bangku yang menghadap ke arah tasik itu.Diyana memberitahui aku yang dia sudah membaca keseluruhan cerita Air Mata Cinta Kenangan Silam tulisan ku.Dia mengerti akan kuatnya cintaku terhadapnya dan dia juga berasa serba salah untuk memandang mataku.Aku tahu,cintanya untukku masih ada tapi mungkin ada masalah tertentu disebalik kejadian ini namun ...apakan daya...nasib aku…..
"Segala-galanya sudah terlewat, Diyana.. Pengertian kau itu tak mungkin mampu mengubah keadaan. Aku terpaksa menerima kenyataan yang kau telah jadi milik orang.... dan kau tak sepatutnya menemui aku lagi disini.... Aku tak mahu lagi dituduh menghancurkan kebahagiaan orang lain.."
`Diyana mencelah sambil kelopak matanya kian berlinangan...
"Suamiku telah mengizinkan..Dia yang menyuruhku menemui kau disini..."
"Untuk apa,Diyana..?Segala-galanya telah hancur..Aku redha dengan apa yang telah berlaku...Aku hanya mampu melihat kebahagiaan yang kau bina sekarang.."
Air mata Diyana kian berlinangan....
"Tidak!!Tidak,Amin...Aku tak pernah merasakan kebahagiaannya.."
"Jangan begitu,Diyana.."
Dengan penuh sebak didada, aku berjalan mara kehadapan menghadap tasik itu.
"Satu dosa bagi seorang isteri jika kau bersikap sebegitu,Diyana...Shamsul adalah suami kau,kau harus setia dengannya.."
Diyana bangun berdiri dan memandang aku...
"Amin,kalaulah aku tidak terburu-buru membuat keputusan....mungkin ini semua tak akan terjadi.."
Linangan air mata Diyana kian mengalir sayu...
"Jangan kau kesali ini semua,Diyana...Sebagai manusia,kita tidak mampu menolak kehendak takdir.."
Sayu....
Diyana menangis..Ingin saja aku mendekati Diyana,tapi kami tersempadan,Diyana milik orang..Aku hanya mampu menundukkan wajah agar Diyana tidak akan mengetahui yang aku juga menangisi kejadian ini.Cintaku mahukan Diyana bahagia walau bersama orang lain.Kebahagiaan Diyana adalah lebih penting daripada piluku.Biarlah ku tanggung segala kecewa ini andai itu syaratnya untuk kebahagiaan Diyana..Biarlah aku yang berkorban demi Diyana yang aku cintai.Aku mengundurkan diri.Merelakan segala duka yang mengguris hati ini.
Shamsul pun tba,dan aku sedari tibalah waktuku untuk pergi....dan terus berlalu dari hidup Diyana.Aku tak mahu menjadi sembilu yang memedihkan ikatan antara Diyana dengan Shamsul.Diyana menangis,seakan penuh penyesalan dan rasa bersalah.Penuh keberatan untuk Diyana merelakan pemergianku ini namun apakan daya,waktu tidak mampu diputarkan kembali.
Perlahan-lahan Diyana menyandarkan tubuhnya ke pangkuan Shamsul.Tangisan terus berlagu.Betapa beratnya hatiku untuk meninggalkan Diyana tapi inilah suratan takdir yang perlu aku terima.Pemergian aku ini adalah untuk selamanya. Aku meninggalkan sekeping kesayuan dan kesedihan menhujani detik perpisahan ini. Luka dan piluku menjadi bekalanku untuk sepanjang hayatku dan demi kebahagiaan Diyana......aku pasrah.....
Mimpi...Berakhirlah lenaku..Walau ianya sekadar satu mimpi namun kesedihan yang aku rasakan terbawa-bawa dalam jagaku. "Amin, jom kita gerak..." Joseph mengajakku untuk meneruskan perjalanan yang ketika itu kami berhenti seketika di satu perhentian dalam perjalanan pulang ke Kuala Lumpur setelah selesai segala pengurusan jenazah Lya di Kota Bharu.
Tiba di satu selekoh,perhatian aku pada pemanduan tidak sepenuhnya kerana kisah persandingan Diyana di dalam mimpiku tadi masih terasa sengatnya lalu kereta yang aku pandu hilang kawalan.
Joseph dan Natasya yang mengekoriku dari belakang juga menyedari akan keadaan kereta panduanku yang hilang kawalan.Tiba-tiba,enjin keretaku mati dan brek tidak berfungsi.Aku tidak dapat memberhentikan keretaku lalu ku membelok ke kiri.Ketika itu hanya dapat kudengari bunyi tayar yang pecah dan kaca yang berderai bertaburan.Aku bersama kereta panduanku terbabas ke tepi jalan dan terjunam ke dalam hutan. Telah aku mencuba untuk menyusur keluar dari kereta tapi tak terdaya.Keretaku kemek dan aku tersempit di dalam kereta.Tubuhku menjadi kaku dan aku tidak mampu untuk bergerak lagi.Sempat aku memandang ke luar tingkap kereta yang telah pecah, melihat Joseph dan Natasya berlarian ke arah aku untuk menyelamatkanku. Namun,suara mereka berdua makin perlahan... seakan makin jauh padahal mereka semakin dekat menghampiri aku.Aku rasa mengantuk lalu terpejam mataku dan suara Joseph dan Natasya terus tiada ku dengarkan lagi.
Mataku terbuka lagi dan aku pasti, aku berada di suatu tempat yang indah bercahaya.Seakan-akan dalam fantasi yang pastinya satu realiti. Aku lihat di sekelilingku, cahaya bersinar terang dan kehijauan memayungi selaput sinaran itu. Kedengaran suara sayu dan lembut di belakangku.Aku menoleh ke arah suara itu dan aku tersentak sendiri apabila pandangan mataku melihat tepat tiada sangsi, Diyana menghampiri aku.
"Diyana...",
Aku memanggil tapi Diyana tanpa bersuara hanyalah senyuman yang termanis dari likaran bibirnya terukir untukku.Aku cuba mendekatinya lantas Diyana seakan bermain-main dalam fantasi ini. Dia mengalihkan kedudukannya supaya aku tidak dapat mencapainya. Aku tetap menatap wajah Diyana. Sungguh cantik dan cerah berseri wajahnya.
Diyana hanya tersenyum, lalu dia menghulurkan tangan kanannya kepadaku seakan ingin membawa aku ke suatu tempat. Aku menyambut tangannya,aku menyentuh tangannya yang terasa penuh kedinginan. Apabila tanganku dan tangan Diyana terpaut, Diyana melayangkan satu lagi senyuman kepadaku membawa aku ke suatu tempat.Aku terkejut juga, aku dan Diyana terapung-apung, terbang dikelilingi cahaya indah.
Hanya seketika aku dan Diyana terbang, sungguh indah kurasa..Kami tiba di tempat yang tujui.Aku melihat dengan penuh kebingungan sebuah istana bagai mahligai yang indah terbina megah dicelahan cahaya yang bersinar.
Aku dan Diyana memasuki gerbang istana itu dan berdiri berdua di taman istana.Diyana menundingkan jarinya kearah satu tingkap dan aku memahami yang Diyana ingin aku melihat ke arah tingkap itu.Aku terlihat satu imbasan dan aku pasti,imbasan itu adalah Diyana ketika hidupnya yang di tikam Luekimia dulu.Aku lihat Diyana melalui tingkap itu sedang menulis sesuatu pada sekeping kertas putih.Aku memerhati tepat pada tulisan itu......
"Amin,no matter what will happen to be after this opertion,
i will always love you.But if the Lord really wants me to be with Him..
I have to....
I'm really sorry because i have to broke my own promise….
Amin,please take a good care of yourself.
I’m no longer here to look after you..
i've give you my heart..
Please keep it carefully and forever..
i really wish you were here with me and
give me a little courage but i know,we are too far from each other...
Last for all,i wanna tell you that i'm missing you..
Selamat Tinggal,Sayang....Selamat Tinggal,Aminku tercinta...."
Selepas menghayati kisah pilu Diyana,aku juga turut merasakan kesedihannya.Aku terus melihat Diyana yang masih berada di sebelah ku,memakai gaun putih yang cantik.Aku lihat,Diyana memegang sekeping kertas tulisanku.Aku mengenali tulisan itu,itulah puisi aku yang aku coretkan ketika meratapi kesedihan dan kekecewaan dulu.. puisi untuk Diyana..Laritan Pusara Cinta...
"Diyana,..
Aku laritan satu kehidupan,
Perasaan yang terbina dari satu ketulusan,
Moga kau mengerti satu kesetiaan...
Setelah sekian lama,
Kita menyelami masa,
Kita sedari terlalu berganda,
Namun mengapa masih ada tanda tanya.....
Engkau tahu jarak langit dan bumi,
Pengukur cintaku yang suci ini,
Tapi,…..
Kini engkau sendiri akui,
Cintamu,
Tidak layak aku miliki,
Namun,
Akan aku setia hingga aku mati....."
Diyana menangis..Aku memberanikan diri menghampiri Diyana.Tiba aku ke sisi Diyana, Diyana mendongakkan kepalanya dan menunjukkan wajah.Aku lihat seri wajah Diyana bersama linangan air mata menitis dipipinya..
"Amin........."
Diyana bersuara penuh kesayuan, lantas hatiku juga merasakan satu kesedihan. Aku mengusap air mata yang mengalir pilu dipipi Diyana.... Lalu Diyana merebahkan tubuhnya kepangkuanku. Aku serentak memeluknya. Satu pelukkan yang bercampur aduk dengan penyesalan dan kasih sayang antara kami menjadikan suasana di ruang yang megah betukar menjadi ruang yang romantis dan tenteram. Aku memeluk Diyana dalam mahligai cinta yang di kelilingi fantasi kasih.
………Segulung hakikat yang kuharap manjadi pengisi riwayat hidupku namun sumpah dan kesetiaan yang tiada penafian ini telah menyatukan aku dengan Diyana jua akhirnya.. Walau dalam riwayat hidup aku yang telah berakhir..Aku mencintai mu,Diyana..Kita bersatu jua dalam fantasi impian kasih kita berdua.. Aku mencintai mu…Puteri Nur Diyana Azlyn..Cinta yang tiada akhir..Inilah erti yang aku pegang sampai ku mati..Erti satu lafaz suci cinta..Mencintai mu selamanya,Diyana…………...
Seberapa lama waktu kami berpelukkan …kasih menyatu..Tiada selafaz kata terucap hanya bisikkan hati yang berirama titisan kasih yang selama hidup ini telah berlumut kelam di lubuk hati.Tiada mampu untuk melepaskan ikatan sandiwara dunia yang kejam..Kejam menghukum dua hati tanpa pengertian yang zahir.Dengan berbekalan kesetiaan dan kejujuran,aku dan Dyana dapat bersama dan menyatukan kasih walau pada riwayat yang amat sukar diungkap.. Rahsia keagungan Yang Maha Kuasa…Hikmah yang aku dapat atas segala kesulitan dan kesengsaraan sekian lama ini amat aku mengerti…dan persujud syukur aku kepada-Nya untuk segala hikmah percintaan yang paling bererti ini...
Cinta takkan dapat jika tidak memberi.
Cinta takkan hadir dalam perancangan…
Kerana cinta…
Suci, yang tak mampu dikotori dengan keputusan yang tiada berakal..
Kerana cinta…
Ketentuan Yang Maha Penyayang…
Kerana cinta…
Ketetapan Yang Maha Pencinta…
Dan kerana cinta…
Hanya untuk si pencinta….
Bila mataku terbuka setelah seberapa pantas waktu kuterpejam,ku lihat cahaya yang sebelum ini agak cerah dan romantis bertukar menjadi gelap.Belum sempat perasaan kehairanan aku lenyap,suatu cahaya merah harmoni kuning terang memancar di belakang Diyana. Makin terang… Kian terang… Silau…
Namun jelas dalam penglihatanku,Diyana mula mendongakkan kepalanya.Aku merasakan pelukkannya makin longgar. Pelukkan terus terlerai apabila tiba-tiba Diyana melepaskan erat pelukkannya. Meninggi melayang terapung-apung terangkat badan Diyana.. Tangan kami masih berpegangan. Perlahan-lahan cuba Diyana lepaskan namun aku juga tahu terlalu berat untuk Diyana melepaskan erat pegangan tangan aku dan dia….
Amin,…Jangan kejar Diyana lagi..Teruskan kehidupan Amin tanpa Diyana..Selayaknya Amin untuk dapatkan cinta yang lebih mulia daripada Diyana… Diyana dah tiada..Anggaplah saja kisah antara kita hanya satu mimpi..Lupakan saja segala kenangan yang pernah terukir diantara kita berdua…”.. Lantas aku mengeratkan tangan Diyana,tak ingin aku lepaskannya..
Diyana,Amin sayangkan Diyana..Jangan pergi lagi,Diyana..Jangan aniaya cinta kita lagi.. Jangan pergi,Diyana…”.
Air mata setia mengalir dipipiku.Tiada beribu bahasa yang dapat ungkapkan betapa peritnya aku rasakan tika ini. Diyana perlahan-lahan melepaskan jalin peganganku.. Amin, Diyana juga sayangkan Amin tapi kita tak sama…Kita tersempadan.. Dunia kita berbeza.Walau Diyana tiada dimata Amin lagi,cinta kita tetap akan mekar walau sekadar dihati..”
Tiba-tiba dinding dibelakang Diyana retak dan aku terkejut sendiri apabila melihat semua dinding yang megah terbina bak istana ini mulai merekah.Sayu dan sedih ku rasakan..Air mata terus berlagu mengalir membasahi pipiku..Lautan takkan mampu menampung limpahan si air mata,mentari juga tak tersuluh mendung di jiwaku..Gugur luruh semangatku tanpa terhempas mengharungi dunia.
Amin,jangan menangis..Kesedihan tak mampu mengubah ketentuan Takdir.Usah ditangisi pemergian Diyana ini.Cinta kita tak mampu memecah tembok sempadan di antara kita..Amin,kita dibatasi dua dunia yang berbeza..Cinta kita hanya bekalan jiwa yang mampu memusnahkan masa depan Amin….Amin,…”
Cebisan demi rekahan mulai berderai dan perlahan-lahan terbang melenyapkkan wajah. Diyana juga menganjakkan badan,mengundurkan diri.. Lenyap,kian menghilang perlahan-lahan.Ketika ayu wajah Diyana makin lenyap,gemersik suara Diyana mula bercampur dengan nada tangisan dan sayu.
Amin…Thank you.. Thank you for letting me have only good memories.. And I’m thankful that it’s you I should thank.. You are the sea of my life.. So I’m sorry.. I’m sorry, I can’t stay next to you and sorry, I loved you…Please be happy.. Because I love you, you must be happy… Amin, do you understand me? Will you promise me? That you’ll be happy.. That you’ll be well.. I’m sorry…
Selamat tinggal,Sayang… Selamat tinggal,Aminku tercinta……”
Aku penuh keberatan namun tetap pegangan tangan aku pada Diyana terlucut akhirnya..Aku terus merebahkan tubuh,melutut kesedihan.Aku sangka penderitaan selama ini telah menampakkan sebuah kebahagiaan namun masih juga terasing diufuk tirai dunia.Tangisan terus berlagu sedih,mengalir pilu si air mata,karip menitis membasahi sekeping hati yang kerdil ini.Tidak kuduga,masih terlerai kasih meruntuhkan segala dinding istana.Ku sangka ianya akan terus megah di persada cinta namun lebur,luruh bagai tiada perasaan.I thought there is no distance can keep us apart as long as you’re here in my heart… and I won’t be any tears falling from these eyes ‘cause when love’s true, love never dies…. It stays alive forever…
Ku hulurkan tangan,masih ku ingin memegang jasad Diyana,cinta yang tiada lagi.. Sekelilingku menjadi gelap,tiada kepastian dimana atas,dimana sisi mahupun bawah.Keadaan sungguh menekan minda dan meledakkan jiwaku.Jeritan batinku yang tertikam tiada lagi cahaya yang memayungi pendengaran.Layu terpaku aku tanpa arah yang perlu kutujui dan tiada bayangan hendakku tatap hanya tangisan si air mata setia menemani ketandusan hati yang kecundang ini.Terdengar sayu,perlahan-lahan suara Diyana yang tiada jasadnya…
Amin…Jangan mengalah….Teruskan kehidupan……”
Diyana,bagaimana mungkin dapat Amin teruskan kehidupan ini tanpa kasihnya Diyana…Amin tak mampu meraih tekad tanpa harapan dari Diyana…Amin tak dapat terajui hidup ini tanpa kemudi layaran Diyana….”
Aku meratapi kesedihan tanpa siapa yang menemani disisi…Terus manangis dan aku terus menangis..Tangisan tanpa henti kerana tiada apa lagi yang mampu menghentikannya…Sayu penuh tangisan yang menyedihkan dan memilukan perasaan.Mengutip,terpinga aku mencari-cari petanda sisa kasih yang telah pergi…Serentak itu aku memejamkan mata dan menyelami ke dasar hatiku sendiri untuk melihat,meratapi wajah Diyana,kekasih hati yang masih setia bertahta di lubuk hatiku yang berlumut layu…
Tatkala aku membuka mata,aku dihimpit lagi kekacauan jiwa.terdengar aku bisikan gemersik suara Diyana yang memanggil namaku dan menyuruhku meneruskan kehidupan.Aku lihat disekelilingku,perasaanku terus bergelora dan mataku dikaburi bayangan aku sendiri. Di setiap arah pandanganku,tergantung tanpa tali gambarku sendiri pada dinding yang gelap dan hitam.Gambar diriku sendiri dalam setiap kenangan terindahku pada waktu aku mengecapi kejayaan dalam kehidupanku..Gambar-gambar yang tergantung ini seolah-olah ingin menarik aku kembali ke dunia sebenar aku yang penuh dengan kilauan kejayaan aku.Lalu dengan serta-merta bayangan-bayangan Diyana melayang-layang dihadapan setiap gambar aku itu seolah-olah satu persetujuan dari Diyana untuk aku teruskan kehidupanku yang boleh dianggap sudah berjaya, tanpa Diyana.
Bisikan gemersik suara Diyana makin banyak dan berselang dengan sayu suara tangisanku.Aku jadi makin tertekan lalu suara tangisan aku kian perlahan manakala bayangan Diyana kian jelas kelihatan…. Perasaanku tidak tertahan lagi untuk menanggung segala tekanan ini lantas aku meraung dan menjeritkan nama Diyana…. Diyana…..!!!”
Namun,
Sedenyut nafas,jantungku bertanya,Sedetik rasa,jiwaku berkata,
Permaisuri hatiku entah dimana,Lalu hatiku terasa kekecewaan,
Dan air mata mengalir mengakhiri pipiku…
Selepas aku menjerit,memanggil nama Diyana,perlahan-lahan aku terdengar suara seorang perempuan memanggil namaku.. “Phizy…..Phizy…”,sayu kedengaran.Suara itu seperti suara seorang perempuan tua menangis memanggil anaknya.Aku terkejut,mendongakkan kepala lalu aku mendapat kepastian,suara itu ialah suara ibuku. Gambar-gambar yang tergantung tanpa bertali itu menghilang perlahan-lahan tapi bayangan wajah manja Diyana masih jelas kelihatan..Tiba-tiba semua suara yang kedengaran mula menyepi dan dihadapanku terlihat lakaran-lakaran bangunan yang pernah aku lakarkan sewaktu aku masih belajar di IPTA dulu.Lakaran-lakaran itu berselang seli seakan-akan mengikut satu irama yang rancak.Aku diam membisu,kebingungan dengan senua yang terpancar di hadapanku ini.
Aku mecuba untuk mengetahui apa sebenarnya yang sedang berlaku ini.Apa yang lakaran-lakaran ini cuba beritahu aku,aku sendiri tak pasti…
Tiba-tiba kedengaran suara aku sendiri ketika aku sedang asyik berbual dengan Lya dulu.. Lya,aku akan terus berusaha bersungguh-sungguh demi mencapai sebuah kajayaan.Diyana akan tetap menjadi motivasiaku untuk terus mengecapi misi aku….”.
Aku menjadi bingung namun aku rasa kian bersemangat.Air mata yang selama ini setia mengalir terus mati bersama kedinginan.Aku bangun berdiri dan mencuba untuk menyentuh lakaran-lakaran bangunan yang tak henti-henti berirama.Sentuhan aku hanya sia-sia….Apabila jari-jemariku menembusi lakaran-lakaranitu, kedengaran pula suara ibuku yang berpesan padaku sewaktu ketika dulu.
Phizy, mak dan ayah tiada harta untuk dijadikan pusaka.Hanya segulung pesanan terikhlas dari mak dan ayah sebagai ganti emas untuk kau hidup pada masa hadapan… Sesungguhnya kebahagiaan itu umpama mengutip serpihan kaca yang bertaburan.Ada yang berjaya mengutip banyak manakala ada yang sedikit.Dalam masa mengutip, pasti ada yang terluka…Phizy,jangan disedihkan oleh nasib diri kita…Ingatlah wahai anak,setiap kesedihan yang kita tangisi,pasti dibalas kebahagiaan….”
Aku terus menjadi bertenaga seakan-akan aku dapat kembali semangat perjuangan yang harmoni yang selama ini aku bakarkan dalam usaha meraih kejayaan.. Suara Diyana turut hadir,kedengaran
Amin,teruskan kehidupan..Akan Diyana tersenyum gembira jika Amin bahagia…Diyana menanti Amin di puncak kejayaan kelak….”
Dinding yang hitam dan gelap ini berubah dan menjadi cerah seakan-kakan mengetahui perasaaknku.Seberapa ketika selepas itu,aku dapati aku berada di pantai yang cantik.Terbentang luas laut membiru dan kilauan pelangi di dada awan yang menyerikan suasana…Kedengaran pula suara pesanan dari abang sulungku yang menjadi kalimah azimat aku selama ini… Yesterday is not ours to recover but tomorrow is ours to win or lose..”.Suara ibuku kembali kedengaran di telingaku,bergema memanggil namaku.Aku mencari-cari dimanakah bayangan ibuku tapi hampa,tiada kelihatan.Tiba-tiba dihadapanku terlihat seorang gadis manis sedang bermain-main di gigi air. Aku kenali dia..Diyana…Aku mendekati,berjalan ke arah Diyana yang sedang asyik bermain buih di kaki pantai.
Diyana…”,…
Setelah aku memanggil Diyana,Diyana menoleh ke arahku tanpa terkejut,seperti sedia menunggu kehadiran aku..Diyana berdiri menghampiri aku.Tanpa suara hanya senyuman,Diyana memegang tanganku dan memandang ke arah sebiji batu besar yang terpasak pada pasir pantai di belakangku.Aku sedar,Diyana seperti ingin aku juga melihat ke batu itu.
Tersentak aku terkejut,melihat Lya yang sedang duduk menyipuh,ayu diatas batu besar itu.Amin,Lya minta maaf kerana tak sempat mengucapkan selamat tinggal kepada Amin dulu…Lya juga pohon ampun kerana tidak beritahu Amin akan keadaan kesihatan Lya dan merahsiakan segala rahsia daripada Amin…Amin,Lya dan Diyana memang ditakdirkan untuk menyemai cinta di hati Amin tapi kita tidak ditentukan untuk bersama melihatnya mekar…namun kita akan sentiasa bersama untuk merungkai segala rahsia alam yang menanti di hadapan sana,Amin….”.
Lalu,Diyana menyambung ayat Lya sambil jari-jemari Diyana menjalin erat tanganku…Amin,jangan sesekali Amin menyalahkan Takdir..Hidup dan mati kita telah ditentukan-Nya…Pasti yang terbaik menanti Amin suatu hari nanti……..”,
Diyana pun tersenyum dan Lya perlahan-lahan menuruni batu besar itu,menghampiri aku dan memegang tanganku.
Amin,Lya dan Diyana sudah menghayati setiap episod luka Amin yang Amin luahkan dalam penulisan Amin…Lya minta maaf atas segala yang telah berlaku…Lya tak dapat bersama Amin lagi….janganlah Amin terlalu kecewa dengan masalah hari ini hingga Amin lupakan kebahagiaan hari esok…Mungkin hari esok Tuhan telah sediakan hadiahkan atas ketabahan Amin hari ini…”
Lya dan Diyana menjarakkan diri mereka daripada aku dan melepaskan erat pegangan tangan mereka dengan aku…Lya kian menghilang dan terus lenyap dari pandanganku,sempat juga Lya melayarkan senyuman termanisnya kepadaku..Perlahan-lahan Diyana juga kian menghilang…Aku lihat keadaan Diyana yang makin menghilang itu lalu air mataku mengalir menjalani pipiku.Diyana dengan wajah manjanya mengusap lembut tangisan aku dan gemersik suara Diyana bergema,..
Amin,…jangan menangis…..Jangan menangis,Sayang…..”..
Aku renung tepat ke wajah ayu Diyana….Sambil mengusap air mataku,Diyana merapatkan tubuhnya ke pangkuanku….makin dekat dan makin rapat…Diyana mencium bawah lilitan mataku.Penuh kasih dan sayang kurasakan…Lalu aku memaut,ingin memeluk Diyana namun sedih tetap menghalang…. Serentak aku memeluk serangkai tubuh Diyana, Diyana terus melenyap….menghilangkan watak…. “Diyana……………”
Aku pasrah….aku tundukkan kepala lalu kedengaran suara Diyana dan Lya berbisik-bisik ditelingaku…..
Amin……Bangunlah…Teruskan kehidupan….”
Amin….Sayang….Amin…..Bangunlah…..”
Selamat tinggal,…………….Sayangku….”
Amin….Bangunlah….Selamat tinggal,Aminku tercinta…”
Amin…Bangunlah…Amin….Teruskan kehidupan…”
Lantas aku memejamkan mata,tak sanggup untukku menikmati,melihat keindahan pantai ini tanpa seri kasih wajah Diyana…Tiba-tiba suara ibuku pula kedengaran, memintaku bangun,berselang seli tanpa henti dengan bisikan-bisikan gemersik Diyana dan Lya…Makin lama ku dengari,makin suara Diyana dan Lya perlahan manakala suara ibuku terasa makin kuat.
Aku membuka mataku dan suara Lya serta Diyana terus lenyap tapi suara ibuku tetap kedengaran malah makin kuat dan jelas.Aku terkejut melihat sekelilingku juga berubah,asalnya tadi aku berada di pantai dikelilingi lautan biru menjadi sebuah hospital dan aku dikelilingi dengan saudara mara,Joseph dan Natasya..Aku lihat ibuku sedang menangis sambil memegang tangan kiriku.. “Mak,…”,aku memanggil sambil tangan kananku membelai kepala ibuku.Ibuku terus menoleh ke arahku dan memandangku dengan penuh kasih sayang seorang ibu.Ibu mengukir senyuman sinis kepadaku dan dapat aku lihat semua insan yang mengelilingiku juga turut tersenyum.Aku tahu kenapa..Mereka semua gembira kerana aku sudah kembali ke dunia sebenar aku..Aku dah kembali dari fantasi yang penuh linangan air mata sebenarnya.Ibuku bersuara…..
Phizy…Amin Phizy,syukurlah…Kau telah kembali…”, Lantas Joseph menyampuk disebalik celahan orang… Hah Amin…,Kau bangun pun….Lain kali pandu kereta hati-hati…Jangan duk asyik berkhayal lagi…”
Kadang kala aku menangis juga,
Kerana kutahu didunia ini bukan untuk ketawa,
Ada juga aku ketawa,
Kerana ku sedar betapa berertinya nilai setitis air mata……
The sun’s embered orb watches a breeze…
Pattern the water waves like feathers..
It soothes the mathematical stitches and glides
Along the few high clouds…
Over and under the huge geometry..
A shadow begins to grow…
(puisi Angel oleh Penny Boxall)
Rupanya sudah 3 bulan aku koma dan terlantar di Hospital Sultanah Zainab,Kota Bharu.Nasibku tidak selalunya malang,masih aku miliki ibubapa yang penyayang dan adanya Joseph,seorang sahabat rapat yang sering memahami dan menolong aku.Gurau senda kecil dari adik bongsu turut menyerikan suasana.Kegembiraan membaluti hati semua insan.
Selepas 5 bulan aku berehat saja di wad,aku dibenarkan pulang.Aku pulang ke rumah ibubapaku di Kota Bharu,sebelum melancarkan tindakkan atas setiap rancangan yang telah aku susun.Hanya seminggu aku berada di Kelantan,mendapat keizinan dan restu ayah serta bondaku,aku bersiap untuk ke KLIA untuk merantau ke Itali.
Sebelum ke KLIA,sempat juga aku menziarahi pusara arwah Diyana dan arwah Lya yang masih terurus bersih tanpa rumput atau semak yang selalu subur di kawasan perkuburan.
Loneliness up ahead, emptiness behind..,
Where do I go…
The only sound of the rain, come with the silent melody,
Seems a touching rhythm…
On that time…I’m frozen inside…staring your picture.. the funeral of my heart..
How can I face this world without your love…
Then, the singer finished sing and she walking out,
The singer’s sadly tears felt falling out…
And it’s hard to say how I feel today..
Facing the world and all seem plunge in me…
It’s hard to say that I miss you…..if only…
Since you been gone,I’m not the same..
But it’s hard to say how I feel today
Our years gone by….and I cried….
Perantauan aku kali ini adalah untuk mengumpulkan pengalaman, menambahkan ilmu dan dalam masa yang sama untuk menenangkan fikiranku sambil mencari jelmaan Diyana.
Pada asalnya,aku akan ke Venice,Itali tapi atas sebab-sebab tertentu,destinasi aku berubah ke Berlin,Jerman.Pemergian aku ini adalah mengisi ketetapan Illahi.Tiba di Berlin,mengikut perancangan dan aku mendaftar di Universiti Berlin sebagai seorang pelajar untuk menyambung pelajaranku dalam bidang senibina.Pengajian aku di Berlin berjalan lancar dan telah memakan masa 2 tahun.Selama 2 tahun juga aku tidak kembali ke Malaysia walau hanya sekali….hanya emel menghubungkan aku dengan insan-insan yang tersayang di Malaysia..
Tanpa memijak ke Malaysia,aku teruskan pengembaraan aku,bekerja di Bilbao,Sepanyol.Pada awalnya,agak susah juga untukku membina kehidupan aku di Bilbao kerana bahasa dan gaya hidup yang agak berbeza daripada di Malaysia atau Jerman.Namun,aku tekad demi mencari erti hidup yang sebenar tanpa misteri cinta dan air mata.Hari berganti hari,minggu menunggu bulan dan masa terus berputar,aku dapat memperbiasakan diriku dengan bumi yang kaya dan maju ini.Semuanya berjalan seperti yang telah aku rancangkan.Aku berjaya mengumpul warna-warni pengalaman dan ilmu yang tiada samanya dengan berada di Malaysia.Dalam berhijrah,berada di perantauan, betul-betul membuatkan aku lebih matang dalam kemahiran berfikir dan lebih mengenali diri aku sendiri.Semakin aku merantau,semakin aku tahu yang alam ini adalah pasangan yang paling setia diantara yang paling setia dengan kehidupanku.Aku juga sedar, kesedihanku dulu ada juga terselit kegembiraan dan kekecewaan dulu,masih ada payung kebahagiaan yang menyusuli hidup aku.Benar kata ibuku,setiap masalah yang melanda pasti ada hikmah disebaliknya….setiap kegelapan malam pasti menyinari pagi juga……..
Tiba-tiba pula aku mengenangi ibuku yang kini maju dan berjaya dalam perniagaan butik busananya di Kelantan. Sejak aku di alam persekolahan lagi aku menyedari yang bonda kesayanganku sememangnya tadah dan cekal hatinya demi menerpa hidup yang penuh kemiskinan dan seba kekurangan.Dapat juga ibuku meringankan beban ayahandaku. Pengajian adik bongsuku,Amin Ikmal di tanggung sepenuhnya oleh abang sulungku iaitu Amin Shahidi dan abang kedua iaitu Amin Shaharoddin yang masing-masing kini berada di Kuala Lumpur dan Subang Jaya.Beradik keempat iaitu Amin Ruzaimi setia berada di Kota Bharu,membantu ayahanda dan bonda.
Terindu aku seketika kepada tanah airku, Malaysia terutamanya kampong halamanku iaitu bumi Che Siti Wan Kembang, tanah serendah sekebun bunga. Siti terus berkembang lalu datang si Dang yang mewangi…namun tiada siapa yang mengetahui dimana si Puteri aku bersa’dong berpijak.Terlintas di teras fikiranku,dimanakah bukti megahnya terkuat persaudaraan si Jebat dengan si Tuah yang berikrar mengikat dunia bersama apabila Taming Sari mencungkil suatu dendam dan menyibah selautan darah…dimanakah kesetiaan si pungguk yang selama ini merindui si bulan…???????
Jangan kerana buih yang indah,
Bumi yang nyata kita tinggalkan…
I think the chain broke away,
And I felt it, the day that I had my own time,
` I took advantages of myself and felt fine,
But it was worth the night,
I caught an early flight and made it home….
Aku membuat keputusan untuk meninggalkan segala kehidupanku di Bilbao ini menjadi satu sejarah yang akan terus tercatat dalam lipatan sejarah pengembaraanku. Tanpa apa-apa halangan,aku meninggalkan perantauan dan terus kembali ke Malaysia. Cukup jauh aku berfantasi salama ini dan tibalah masanya untuk aku kembali menyinar. Muncul masanya untukku mengembalikan senyuman dibibir manis ibubapaku dan memerah kudrat, memajukan bangsa dan negara aku. Sudah bertahun aku merantau, mencuba berlarit ke langit untuk menghindari diriku dari hidup yang berliku-liku.Aku yakin,aku telah cukup bersedia untuk menghadapi segala musibah yang bakal menjelma. Telah aku menemui diri aku yang sebenar dan ini semua ku jadikan bekalan dalam meniti perjalanan sebuah kehidupanku kelak.Namun tidak dapat aku nafikan, aku mengaku yang aku masih lagi memikul kenangan silam dan walau sejauh mana aku merantau,selama mana telah aku mengembara,Diyana tetap bertahta di hatiku apatah lagi dalam benak fikiranku.Adakah ini sebuah tugu kesetiaan????tapi siapa yang menyedari ini semua,,,? Tabah tetap aku cekal menerima hakikat,takdir Yang Maha Kuasa.
And you didn’t hear..all my tears through my joy…
All my hopes through my fears….did you know..??
Still I miss you somehow…
But you put a dart,through my dreams,
Through my heart…
And I’m back where I’m started again..,
Never thought it would end…
Aku tiba di KLIA,Malaysia dan terus ke Kelantan. Setibanya aku di Lapangan Terbang Sultan Ismail,Kota Bharu,adik bongsuku sudah sedia menunggu.Ceria wajah adik bongsuku tika aku memandangnya.Mesra dengan panggilan Adeeq,Adeeq datang, mendekati aku sambil suaranya ku dengar gembira memanggilku.Tiba-tiba seorang kanak-kanak perempuan melulu,berlari kearah aku sambil memanggil aku pak cik.Rasa terkejut aku hanya sekejap saja lalu berubah senyuman kerana kanak-kanak itu aku kenali,iaitu Puteri Azrien.Ceria wajah manjanya…Lalu aku merebahkan tubuhku dan memeluknya.Bangun,aku berdiri sambil mendukung Puteri Azrien dan bersalaman dengan Adeeq. “Adeeq..mak dan ayah apa khabar..?”,Adeeq hanya menjawap dengan senyuman dan terus membawaku pulang ke rumah.Dalam perjalanan, “Abang…mak dan ayah sedang menunggu abang kat rumah…tak ada apa-apa yang tak ada daripada yang ada..masih ada..,”..Kiasan demi siratan menghiasi perjalanan.Walau psykologi Adeeq masih di tahap permulaan dengan berpaksikan medium kata-kata,aku tetap gembira di hati.Semoga Adeeq akan menjadi seorang yang berprinsip kental.Hidup dengan rasional bukannya emosional.
Sampai dirumah,ayah dan ibuku sudah siap sedia menungguku di pintu masuk rumah bersama senyuman kegembiraan menyambut kepulangan aku.Bersalaman dan berpelukkan memulakan kisah.Hari terus berlalu,banyak kisah yang dikongsi….bersama bercerita.Suka hilai,tawa riang terus menghiasi suasana.Terasa bagai aku tidak mahu lagi saat ini berakhir.Perlahankan detik ini…kerana aku tahu,….esok,ia akan pergi….kerana hidup ini tetap berjalan dan waktu akan terus berputar.
Demi bondaku,aku membuat keputusan untuk bekerja di Kota Bharu saja.Sekadar permulaan saja,aku perlu mengenengahkan namaku dahulu sebelum membuka firma senibina aku sendiri.Aku perlu menguasai selok-belok pasaran bidang ini sebelum langkah kususn untuk melebarkan sayap perkhidmatan aku sendiri.Penuh dengan waja si semangat,aku bekerja dengan motivasi yang tinggi…Masih aku pegang,sekuat di hati kata-kata Diyana ketika melayang dalam fantasi dulu yang “Diyana akan menantiku di puncak kejayaanku kelak.”.Siapakah Diyana yang Diyana sebutkan itu….?aku sendiri tak tahu…Jadi,seharusnya aku mengejar kepastiannya..kerana aku inginkannya…itu saja.
Dengan aku tidak merantau lagi dan hanya bekerja di Kota Bharu,dapatlah aku menjaga keluargaku dan menyaksikan sendiri Puteri Azrien iaitu anak angkat kesayangan arwah Lya membesar dihadapan pancar inderaku. Selalu juga aku berpesan kepada Puteri Azrien….
Yin..ingatlah..ikat kuat dan simpul matilah di hati…
Apa yang kita tengok tidak semestinya nampak apa yang harus kita lihat…..
Yang sering kita bayangkan, tidak semestinya sama dengan kenyataan…..”
Apabila masalah terus bermuara difikiran,
Beban kita rasakan terlalu menyakitkan,
Terasa bagai tiada jalan penyelesaiannya…
Tiada pembelaan lagi….
Namun,
Benarkah ianya satu musibah..??
Atau….seikat kebenaran yang memulakan segulung kehidupan…???.
Pelbagai lautan dugaan,cabaran telah aku renangi dan banyak tawa riang telah aku hilaikan kegembiraannya.Benarlah kata si pujangga cinta,cinta sejati tak semestinya dapat bersama. Tragedi Lya,Diyana mahupun Azlyn masih aku kenang kerana semuanya telah ku nobatkan sebagai sebahagian daripada sejarah perjalananku dalam persinggahan di dunia ini.Kenangan ini tidak mungkin terpadam dan tidak akan terulang lagi…. Sedangkan tempat jatuh lagi dikenang,inikan pula cinta yang terbina di hati.Tidak ingin aku lepaskan satu-satunya nyawa cinta ini.Walau masih aku kusapi setiap tangisan itu namun air mata ini telah kering untuk mengalir lagi.Aku telah matang dalam mengisi erti hidup yang sebenar.
Kesedihan tidak akan terlukis,
Andai kita tidak melakarnya….
Walau berjuta kertas,warna tersedia,
Tetap kosong masih putih jika kita tidak mencantingnya….
Bertahun dah berlalu dari kisah berair mata,tekad dan usaha menjadi panggung kejayaan.Amin dah berjaya mendapatkan gelaran A.R dan telah membuka 2 firma.Satu antaranya di Kota Bharu,Wameza Design untuk bidang reka bentuk dalaman bangunan dan satu lagi,AreMean Arkitek di Subang Jaya yang beroperasi dalam bidang senibina. Mengikut rancangannya,setelah dia berjaya membuka hatinya untuk menerima kilauan cinta,akan dia tubuhkan satu lagi syarikat perniagaan.Nama telah siap di ilhamkan iaitu AreMean Motion Picture.Syarikat ini bakal melebarkan sayap perniagaannya dalam bidang reka bentuk grafik dan seni animasi.
Terpandang aku pada jam di dinding dan ada seutas,terikat kuat pada pergelangan tangan kiriku.Menunjuk waktu tepat untuk pulang ke rumah.Tika itu,aku berada di Wameza Design atas urusan kerja dan peribadi.Sedang aku berkemas di ruangan pejabatku, tiba-tiba Joseph menalifon aku memberitahu yang dia, Natasya dan anak perempuan mereka,Nor Aliya Izzati akan tiba di Kota Bharu malam ini untuk menyambut ulang tahun Puteri Azrien yang akan berlangsung pada keesokkan harinya.Kata Joseph lagi,Natasya membawa sama sepupunya,Nor Mardiana bersama kawannya iaitu Nurul Syakira..
Amin,aku dah tengok Mardiana dan Syakira tu,boleh tahan gak…cantik,comel dan cun…Mereka berdua baru jer grad Diploma Senibina kat UiTm Perak.Amin,si Mardiana tu pelik sikit tau,pendiam tapi bila dia mula bercakap,aku tak faham langsung.. kata bini aku si Tasya ni,Syakira sesuai untuk kau…peramah dan suka berterus terang..”
Jo, kau kenal aku kan macam mana…kadang-kadang aku rasa serba salah lak…”
Amin, aku kenal kau lama…Aku tak kata samada Mardiana atau Syakira yang sesuai dengan kau…Citarasa kau,apa yang kau nak….kau sendiri tak tahu…Aku hanya mencuba untuk menolong kau,Amin…”…
Kalau tidak silap matematikku, sudah tujuh(7) kali Joseph dan Natasya cuba menjodohkan aku dengan pelbagai latar belakang.. Kadang kala aku rasa simpati pula kepada semua perempuan yang tersepit menjadi mangsa, berdrama. Masih aku ingat semua nama perempuan yang pernah Joseph dan Natasya tari dan gayakan kepadaku…. Ezmarilda Azlina,Nur Anas Seana,Siti Qistina,Emy Azlyn,Diana Sofia,Audrey D’yana Cheung,Dyana Aquavella,Afiqah Aziana dan Syafaizatul Amiera.Pelbagai biodata dan semuanya miliki bayangan nama Diyanaku.Mungkin Joseph sengaja mencari jelmaan Diyana sebagai kunci pembuka pintu hatiku.Serba salah pula aku rasa.Mak dan ayah aku juga tidak berdiam diri.
Amin…mak tahu sejarah kau sebelum ni tapi kau tengok sendiri, hikmah di sebalik derita kau…apa lagi yang kau nantikan.. apa lagi yang kau inginkan.. Bila lagi kau nak bina keluarga kau senkdiri,Amin…”Bondaku…Zaiton@Zainun bt. Yunus…………..
Ayah tahu,Amin..Kau mungkin masih trauma untuk bercinta lagi atas seagala yang telah berlaku pada diri kau tapi sampai bila… sampai bila kau nak terus mengalah..??”
“Kau kenalah juga fikir tentang kami,keinginan kami untuk menjadi wali,tengok kau naik pelamin…macam abang-abang kau,dengan pilihan sendiri..Kau asyik bekerja,macam mana nak jumpa jodoh..Ayah yakin,dah tiba masanya kau fikirkan tentang masa depan kau,Amin..kalau tidak..kau akan ketinggalan..kau bukannya di zaman persekolahan lagi..”Ayahandaku…Samat@Zakaria b. Timun……………………….
Alam…adakah kau mengerti kisah aku ini???Apabila bidadari menangis darah diatas bunga kekejaman yang mekar…aku yang tersekat nafas…kabur pandangan mata..kudrat terbakar..manahan sempadan yang kian menebal dan mengganas di hati ini…”
You almost made me cry again this time,
Another false alarm, red flashing lights..
Well this time I’m going to watch myself die……
I think I made a game to play your game,
And let myself cry…I buried myself alive on the inside,
So I could shut you out
And let you go away for a long time…forever…
Tiba hari ulang tahun Puteri Azrien.Penuh meriah dan suasana yang benar-benar riuh dengan tawa riang para hadirin mengembirakan Puteri Azrien.Sedang aku asyik memerhatikan suasana yang berjaya menangkap pandangan aku, Natasya datang mendekati aku bersama seorang perempuan. “Amin,ni Nurul Syakira,kawan sepupu I si Mardiana..Kira ni berasal dari Terengganu.Hah,Kira…ni Amin,kawan rapat abang Alif i..Kamu berdua kenal-kenallah yer…I ada kerja sikit kat sana…”Natasya terus pergi.Baru saja inginku membuka mulut,si Mardiana datang menyapa si Kira dari belakang.Sudah lama sebenarnya aku memerhatikan si Mardiana. Dia adalah pelajar kesayangan bekas pensyarah aku di UiTM dulu.Nor Mardiana,berwajah sayu manja,mata bulat,mukanya innocent dan kulit putih kacukkan Malayu-Cina.Kata bekas pensyarah aku itu,Mardiana pelajar yang bijak dan istimewa.Aku pasti ada sesuatu yang istimewa tentang perwatakkkan Mardiana sehingga Natasya sendiri mengatakan bahawa Mardiana ini lain dari yang lain.Apa yang lainnya,aku tak pasti.
Hey Kira…Siapa ni??Ooo…kau adjust lelaki ek…,”
Usik Mardiana sambil mamberikan jelingan sangsi penuh misteri kepada Amin.Aku masih memerhatikan tindak balas dari sahabat aku ni.
Hah Nana…ni Amin,kawan abang Alif…hmmm,Amin,ni Mardiana,adik sepupu akak Tasya…..”Balas Kira serentak memaut rapat Mardiana ke sisinya.
hai Yana…,”Sapa Amin ,bersalam perkenalan membuka kalimah mesra.
Panggil Diana…Ooo..inilah encik Amin, si arkitek Sepanyol bersara…hmm,kalau betul observance saya,Amin ni super senior kitaorang kan..Masa Archifest,kat Perak dua(2) bulan lepas…Saya nampak abang…saya nampak Amin..”pemerhatianku makin menarik apabila Mardiana mula menyerlahkan watak sebenarnya.
Abang senior..Assalamualaikum..saya Nor Mardiana Yusman Yeoh dan nama yang senior bagi…Amoi…nak Tanya sikit..sebagai batch archifest 2007,Amin,sudah 2 tahun di London,Berlin dan bertahun-tahun jadi designer kat Bilbao …kenapa ,masih berpasak di khatulistiwa apabila 4 musim menerima tanpa alasan..?”
So,Diana tahu tentang saya..?”jawap Amin,tenang..
Yer…tertulis semuanya dalam novel Amin kan….” Balas Mardiana bersahaja..
Hmm,teruja pula saya rasa..Diana perlu korek dari awal agar Diana tahu apa yang ingin saya beritahu,suatu yang saya sendiri tak tahu…sebagai jawapan bagi pengetahuan yang ingin Diana tahu kerana kini Diana masih kurang tahu…”
Kira hanya tergamam dan berdiam diri saja..Nampaknya Amin mula menerjah ayat-ayat yang dipanah laju dari Mardiana,rasanya buku telah bertemu dengan ruas.Manja dan ramah usikkan Mardiana kian menghidupkan otak Amin.Disebalik itu juga,aku sedar yang Mardiana cuba membongkar rahsia hidup Amin.Semakin rancak pula perbualan antara Amin Hafizi dengan Nor Mardiana.
Diana faham,kan?”
yap..Amin,..air dalam periuk jika dikacau cantik,mendidih,menarik perhatian…”
tak jemu si Mardiana menduga Amin.
Diana,setiap bunga mekar nan merah pasti daunnya berwarna hijau..ada bukti penyebabnya..”pertanyaan terus berbalas dengan persoalan.Dan disebalik pertanyaan itu ada misinya tersendiri maka,persoalan yang dibalas sebagai jawapan juga terselit percubaan dalam membaca fikiran dan perasaan.Adakah semua ini fakta yang cuba mereka berdua perdendangkan atau sekadar madah yang membawa erti sebuah perasaan?… Aku tak pasti..
Mendengar Amin dan Mardiana mula mesra berbual dalam penuh kiasan membuatkan Kira kebingungan, tidak mengerti apa yang sedang Amin dan Mardiana bualkan.Lalu Kira meminta diri untuk pergi mengikuti acara dalam jamuan.
Sebaik saja Kira pergi, Amin dan Mardiana terus menyambung perbualan mereka dimana setiap ayat yang mereka tuturkan pasti tersirat maksudnya,tidak terlalu menerus perjelaskan ertinya.Tetap ada,walau sedikit innuendo pada perkataan yang mereka suarakan.
Amin,17 rakaaat malam bersama siang masih berbaki 7 mencukupi putaran sehari..”
Diana,you’re something lar…ok,rumput yang hijau pasti derhaka ke kuning apabila tagihkan cahaya..”
Cara Mardiana berfikir mempengaruhi perwatakkannya.Tidak terlalu berbeza sikapnya dengan gadis remaja lain tapi kemahiran Mardiana memanipulasikan setiap ayat dan perkataan yang membuatkan Mardiana berbeza.Ditambah lagi kebolehan Mardiana dalam mengumpamakan dan menggantikan perkataan dalam usaha mengekalkan maksud asal membuatkan Amin berasa Mardiana adalah insan yang hebat.
Bagi si Tasya dan Aku semua ini tak normal tapi bagi Amin,ini adalah satu medium perantaraan yang menarik dan membuatkan Amin terasa ingin lebih mengenali Diana.Dalam seronok Amin berbual dengan Diana, Amin terlihat di leher Diana terikat seutas rantai perak yang berloketkan kunci emas.
Terkejut juga aku melihat rantai itu.Rantai itu adalah rantai yang aku tinggalkan di UiTM Perak ketika aku ke Archifst,dua(2) bulan lepas.Sengaja aku mahukan kepastian dengan menanyakan Diana tentang rantai berloket kunci emas itu.
Sebenarnya saya pakai rantai ini sebagai tanda perasaan saya terhadap orang yang sengaja tinggalkan rantai ini untuk saya….bertungkus lumus saya mencari latar belakang tuannya tapi sayang,sekarang tuannya seakan telah buta dan seperti sudah hilang ingatan..”
Aku sedar yang Diana cuba menyindir aku…rupanya Diana telah mencuba mencungkil bait-bait cintaku melalui rantai itu.
Amin,saya dah banyak dengar cerita tentang Amin dari mulut abang Alif,kak Tasya dan dari kawan-kawan lama abang Alif…”tiba-tiba pula terasa seperti suasana menjadi suram,perasaan jadi sentimental dan fikiran menjadi serius.
Kenapa berusaha jenuh sebegitu…..siapa tuannya dihati Diana?”
kerana rantai ini ditinggalkan untuk saya…”
Diana,tuan rantai itu bukannya buta atau hilang ingatan…tapi sudah jemu melihat kehancuran…berendam air mata…dan penat sudah otaknya memikul kenangan…”
Rasanya …semua tu hanya alasan…bukankah rantai ini dah ada penama..dan rantai ini sememangnya ditinggalkan untuk penama itu..atau..hanya untuk purnama?”
Aku juga menyedari yang Diana,Mardiana memiliki jelamaan arwah Diyana. Caranya berjalan,senyumannya dan jelingannya…Sopan lembut tutur bahasanya..Cara perkenalan antara aku dengan Mardiana juga lebih kurang sama dengan sejarah pertemuan kali pertama aku dengan arwah Diyana dulu.Hatiku berbicara sendirian…
Diyana Sayang..
puncak kejayaan telah Amin tawan,muncul jua Diyana akhirnya..
Selamat kembali kasihnya Diyana..
Kerana janji,tiada alas an untuk dimungkiri…
Sememangnya Diyana tiada pengganti….dan…
Restuilah cinta Amin berputik lagi…”
Namun aku sedar,Mardiana tetap Mardiana bukannya Diyana.Lya atau Azlyn.Selama ini hatiku mati,kini cinta berputik lagi…dan kewujudan perasaan ini hanya untuk Mardiana bukannya untuk Diyana,Lya mahupun Azlyn.Tidak akan mungkin aku mengkhianati cintaku terhadap Diyana atau Lya..
Mardiana adalah kasih yang baru yang telah membuka pintu hatiku dengan Kunci Emas yang bakal mencatatkan sejarah baru dalam alam percintaanku yang baru.
Nun disana,aku bersama isteri tersayangku,Natasya dan ibubapa Amin,asyik, memerhatikan Amin.Aku mula berbicara…“Pak Cik,Mak Cik dan u,Tasya…saya tahu,sejak zaman sekolah lagi,Amin hanya mencintai seorang perempuan saja..iaitu arwah Diyana.Walau arwah Diyana dah tiada,cinta Amin terhadap arwah Diyana tak pernah mati.Tengok,sudah berabad lamanya Amin tak melayan perempuan semesra itu…tapi kali ini,Amin siap boleh bergelak ketawa pula dengan si Mardiana…. mungkin Amin dah berubah….”

Hidup ini mesti ada perubahan…

Kita harus berani untuk berubah…

Dan menerima perubahan….
Lantas Natasya menyampuk, “Oh ya,kata si Kira tadi,Mardiana dan Amin pernah berjumpa di Perak,dua(2) bulan lepas dan bulan lepas pula mereka berdua bertemu di majlis bezday Aliya Izzati…tapi sebelum ini,mereka hanya bertentang mata,tak pernah pula berkenalan apatah lagi berbual…”
Aku tak tahu apa yang aku rasakan tika ini.. “Amin,ok la yer….Dah lewat nie..Diana nak kena balik KL…sekarang juga..ada hal penting kat sana..”.
Perlahan-lahan Diana menyusun langkah seakan menanti untukku memanggilnya. Keajaiban terjadi, ditakdirkan Illahi, kami bercakap melalui hati kerdil ini.
Bisikan hati kami….aku dan Mardiana…………………………………………………
Hatimu:“Amin,engkau telah menerima hakikat..tapi..kenapa masih tak mampu melawan sedikit penipuan..?”
Hatiku:“Bukan sangsi atau mengalah…cuma purnama menggelapkan pandangan…”
Hatimu: “Kenapa tidak kesetiaan menerangi penglihatan..”
Hatiku:“Kerana harapkan Kunci Emas membebaskan tuannya….”
Hatimu:“Yang terkurung di dalam penjara janji..?masih berantai..?”
Hatiku:“Rantai telah terlucut…tapi…tangan masih terikat ke langit,kaki terpasak ke
bumi….tak mampu bergerak..”
Hatimu:“Sedangkan dalam lena masih boleh beralih…inikan pula di dalam jaga…”
Hatiku:“Demi hati yang dibakar,rentungnya tidak dihargai membuatkan diri ini terus memburu petandanya…rebah jiwa ini mengutip serpihannya sehingga diriku jauh di tinggalkan….”
Hatimu:“Apa salah mereka…..?”
Hatiku:“Maafkan aku…kekuatanku telah terkurung..tak mampu lagi menyental kelemahan..untuk biarkan saja debu itu pergi….”
Hatimu:“Aku bukan engkau..tapi aku mengenali dirimu…maafkan aku…aku perlu pergi..aku akan terus pergi jika masih terbina kesangsian…
Selamat tinggal…Amin..”
Hatiku:“Selamat tinggal,Diana…”
Hatimu:“Aku akan tinggalkan kau buat selamanya kalau kau tak halang aku…’
Hatiku:“Dari dulu lagi aku rasa kita kan dapat bersatu…kenapa terlalu berat ni…mungkin kita tak ada jodoh,Diana…”
Hatimu:“Memang jodoh ketentuan Tuhan…tapi Amin,kita diberi akal dan perasaan untuk membuat keputusan..”
Hatiku: “Diana,aku takut….aku tak mahu ambil risiko lagi…aku tak nak rasa kehilangan lagi…tak nak menangis lagi…”
Hatimu: “Amin,hidup dan mati kita ketetapan Tuhan…”
Hatiku: “Tapi maut boleh di cari…”
Hatimu: “Amin…kita serupa..”
Hatiku: “Diana…aku tahu..”
Hatimu: “Ada hati…”
Hatiku: “Aku pun..”
Hatimu: “Ada perasaan..”
Hatiku: “Aku pun..”
Hatimu: “tapi…”
Hatiku: “Tapi apa,Diana…”
Hatimu: “sebenarnya Diana…aku tak nak tahta Diyana..”
Hatiku: “Diana,istana baru telah tersegam menanti engkau untuk beradu…”
Hatimu: “..urm…Amin….”
Beberapa langkah Diana tetap bergerak lalu Diana terhenti seperti bisikan hatiku tadi telah menyekat hasratnya untuk pergi.Diana menoleh kepadaku dan mengukir satu senyuman….“Amin,Diana nak stay sini…nak buka AreMean Motion Picture….”Aku betul-betul faham akan erti kata-kata Diana itu..Tanda Kunci Emas mula bersinar..Aku sudah jumpa apa yang aku inginkan.
Kelebihan atau kekurangan Diana sudah tidak dapat aku ungkapkan kerana ia semua telah disematkan ke dalam lubang kunci Pintu Hati Emas untuk membuka laritan mimpi untuk berakit ke langit.
Jenuh sebegini
Pena setia menari
Mencoret pelbagai fantasi
Mencipta seribu mimpi..
Pelbagai episod telah melewati hidupku
Berjuta tangisan telah mengalir pilu
Membentuk irama rentaknya beribu
Tekad kudrat ku perah,menulis apa yang terbuku….
Terlalu jauh sempadan telah aku renangi
Setebal mana tembok telah aku lintasi
Kerana janji bukanlah suatu yang pasti
Kerana Takdir,aku pasrah sepenuh hati…
Tetap menggalas kenangan mengukir acuan
Memikul keperitan bagai tiada kemanisan
Tersimpul kuat penderitaan disebalik pengorbanan
Misteri percintaan,membongkar rahsia kehidupan….
Ranjau liku berduri,menyengat intan bertubi
Akur,aku berdiri,bekalan pilu menyelubungi
Kesabaran membuah erti,sebalik segala duka yang ku tangisi
Menanggalkan ngeri sebuah mimpi yang takkan terulang lagi…
Beduk pagi memecahkan ketegangan sunyi
Fajar berseri,memancarkan watak mentari
Kegelapan hati,terbias mengikat memori
Cinta yang suci,tetap mekar seindah pelangi
Sehingga mati akan tetap mewangi……
sir…one messege receive…,” tiba-tiba talifon aku berbunyi.Aku buka dan baca mesej itu.Aku akui kata si pujangga cinta yang cinta bahagia tak semestinya berkubur bersama satu kematian.Mesej itu tertulis…..
Jo…Mardiana….Aku dah jumpa Diyana…akhirnya…terakhirnya…berakhir….”
(PEMBEBASAN)
Dua tahun hubungan erat terjalin antara aku dengan Mardiana. “Abang,cantikkan bulan malam ni…Diana harap suatu hari nanti Diana dapat menyaksikan terangnya bulan bersama Abang sekali lagi sehingga Diana tertidur…Dan tika Diana buka mata keesokkan harinya,Diana harap orang pertama Diana nampak adalah Abang….akan Diana peluk Abang seerat yang boleh agar detik itu tidak terlalu pantas berlalu…”
Bertangkai janji dipatrikan dan pelbagai sumpah nyanyian sumpah menghiasi hubungan aku bersama Mardiana.Kadang-kadang aku sendiri tidak pasti mampukah setiap janji yang bertalikan sumpah selama ini dapat dikotakan atau tidak.Hanya kesetiaan dan kejujuran yang dapat memastikan segala kesangsian.Persujud syukur aku kepada Illahi yang telah pertemukan aku dengan seorang puteri sempurna kelahiran kaum Hawa.Namun kini,air mata masih mengalir dan menitis dari mataku.Mengapa…..???????
Mengapa,Diana…?,”
Pada saat bulan terang menyinari malam,aku dan Mardiana membuat perhitungan.
“Abang….Diana rasa semuanya dah jelas…Abang fikirlah sendiri..”, penuh Ketenangan Diana cuba mencalar keibawaan aku.
“Diana….apa salah Abang..??”
Terlampau banyak persoalan bermain-main dalam fikiran aku tika ini…
“Abang carilah sendiri..Jika ada silap dari Abang,pandai-pandailah Abang selesaikan..”Diana masih cuba menguji kesabaran aku.
“Tapi…apa sebenarnya salah Abang? Telah Abang persujudkan maruah Abang pada Diana.Kenapa Diana buat Abang macam ni…?Apa salah Abang….?Diana…Diana dah berubah…”
“Diana tak berubah,Abang..ini adalah diri Diana yang sebenarnya.Bunyinya Abang menyesal jer bersama Diana selama ni…”
“Abang tak akan pernah menyesal dengan apa saja yang telah Abang lakukan..”
“Diana sebenarnya dah bosan dengan Abang…dah B O S A N…”
“Bertungkus lumus aku cuba penuhi apa saja yang kau minta..Aku curahkan segala kasih sayang,segala kemewahan dunia pada kau,Diana..ini yang aku dapat??Ini balasan kau kepada aku?Apa yang lakukan selama ini hanya untuk melihat kecurangan kau!?untuk menyaksikan kau keluar berkepit dengan lelaki lain??Itu yang kau balas,Diana!!?”
“Selama ini Diana tak pernah rasa happy bersama Abang…”
“Diana,kau janjikan kejujuran…Aku balas dengan kebahagiaan..”
“Diana tak pernah merasakan kebahagiaan itu...Abang tak ikhlas dengan Diana”
“Apa lagi yang kau mahukan,Diana..?”
“……”
“Ketika kau kemalangan dulu,aku yang tiba dahulu daripada ambulans.Ketika rumah kau tenggelam banjir dulu,aku pergi bersama Joseph berikan kau ubat…sebab tika itu kau kata kau demam.Aku redah banjir untuk kesihatan tanpa berfikir akan keselamatan aku….masih kau bertanyakan akan keihklasan aku!!???..what the fish!”
“Jadi Abang nak mengungkit..???nak Diana ungkitkan juga?”
Kalau ada….silakanlah…”
“……”,Mardiana hanya mampu menundukkan wajah.
“Biar aku yang cakap…Ketika aku bertarung nyawa di hospital dulu,kau ke parti Eiyta.. Ketika aku nak berangkat ke Sepanyol tahun lepas, orang yang teringin sangat aku tatap adalah kau..kau tahu itu semua tapi kau masih pergi bercuti dengan Fazmin..Pedih….”
“Diana tak mampu sayangi Abang seperti Abang sayangikan Diana…Diana dah cuba..tapi..”
“oh…jadi sebab ni sampai kau sanggup tanggalkan kunci hati emas yang dulu aku kalungkan ke leher kau….”.
Lalu Mardiana menghulurkan genggaman tangannya kepadaku.Aku capai dan aku lihat..Dia mengembalikan rantai leher yang berloketkan kunci hati emas kepadaku…Aku mengerti..aku cukup mengerti..
“Abang…Diana tak boleh pakai rantai ni lagi…Diana minta maaf,Abang Amin..”
“Diana….hidup aku porak peranda kerana kau.Kalau aku maafkan kau sekarang, mampukah kau mengembalikan persahabatan aku dengan Joseph yang terpisah hanya kerana kau..???…mampukah kau mengembalikan setiap masa yang telah aku bezirkan bersama kau,Diana..?”……………….
Angin bertiup perlahan-lahan sambil merembeskan air mata dimataku..pada malam itu..pada malam satu Syawal.Aku pandang Mardiana yang masih terpaku berdiri menghadap si bulan.Aku lihat,air mata Mardiana mengalir pilu penuh penyesalan.Hatiku yang telah terbakar,panas terus membeku.
Jujurnya,aku tidak sanggup untuk melihat Mardiana berduka apatah lagi menitiskan air mata.Walau berapi emosi di kepala,sayang tetap terpaut di hati. “Maafkan aku,Diana…”Mardiana hanya membisu.
Tiba-tiba aku terkenangkan saat terakhir aku bersama Joseph.Ketika itu aku tengah bersiap-siap untuk keluar dinner bersama Mardiana dan Joseph menalifon aku.Talian yang terhitung pertalian….sebuah ikatan….
“Min,jom ar keluar..Kita pergi makan then kita main snuker.Dah berbelas kali aku ajak kau tapi kau tolak aje…jom ar..”
“Jo,sebenarnya Diana tak bagi aku berkawan dengan kau lagi…”
“oh…dia kata aku playboy…jahat…kaki perempuan…apa lagi yer?terpulang pada kau,Amin.Kau percaya aku atau kau lebih percaya si Diana….Diana tak bagi kau berkawan dengan sebab aku tahu rahsia dia..Aku nampak la,Amin”
“Rahsia ape,Jo…kau nampak apa.Jo??”
“Mardiana tak jujur..Dia curang..Dia ada boyfriend lain la,Amin.Aku nampak mereka berkepit kat mall..”
“Jo!!!kau jangan memandai buat cerita!!!blah la,Jo…!!”,aku terus memutuskan panggilan bersama dengan persahabatan aku dengan Joseph.
Bermula dari saat itu,aku tidak lagi menghubungi Joseph apatah lagi berjumpa. Aku bodoh kerana terlalu meninggikan Mardiana padahal maruah aku dipijak-pijaknya. Dibakar…rentung tidak dihargai.Aku sedih…berseorangan merasakan kepedihannya….
“Abang….Diana minta maaf...”
“Untuk apa…?”
“Ampun….”
“Jadi….selama ini kau sengaja sakiti hati aku..kau sengaja buat aku marah supaya kata putus keluar dari mulut aku dan aku lepaskan kau.Ok,kau nak kan…”
“Abang…Diana betul-betul minta maaf…”
“Kau yang memilih..kau yang membuat keputusan untuk jadi macam ni.Sungguh tidak aku sangka..”
“Diana tak nak Abang merindui Diana…Biarlah Abang tinggalkan Diana dengan penuh kebencian agar abang tidak terus kecewa…Diana hanya kesiankan abang yang bergelumang dengan rasa sedih.Diana tak sangka pula Abang jatuh cinta pada Diana…”
“Tapi kenapa begini jadinya,Diana…….?”
“Kerana…aku bukan tercipta untuk kau…”. Mardiana perlahan-lahan menyusun langkah merapati aku. “Diana minta maaf… selamat tinggal…”.
Aku kaku..Tidak dapat bersuara lagi…Lalu aku hanya menundukkan wajah tanda merelakan saja keputusan Mardiana. Namun sempat juga aku memaut tangan Mardiana..
Aku pasti ini satu kesilapan..Kau ada alasan lain…?
Pasrah…Akur dengan kemahuan Mardiana…Aku rela melepaskan Diana…
“Selamat tinggal,Diana….”.
“Selamat tinggal,Abang Amin……”.
Aku juga berlalu….melepaskan pegangan tangan…Meninggalkan suatu kenangan pada malam satu Syawal. Selama tinggal,Sayang…”.
Keesokkan harinya,selepas bermaafan sekeluarga,aku terus ke KLIA untuk ke dubai atas urusan kerja.Hanya aku yang mengetahui tujuan sebenar aku ke Dubai.Untuk menyambung kembali persahabatan yang hakikatnya tidak pernah putus.Terbayang-bayang difikiranku peristiwa semalam pada waktu Mardiana mengembalikan rantai yang berloket kunci hati emas itu.Kisah pada malam satu Syawal.
Sungguh tidak pernah aku sangka,ini balasannya kepada aku atas segala yang telah aku lakukan untuknya.Aku sangka dia adalah sempurna jelmaan Arwah Diyana tapi aku silap.Semuanya hanyalah sandiwara dunia.
Tiba di Dubai.Aku dijemput oleh Shahrul dan dibawanya aku ke hotel. Min,kau rehat dulu yer…Esok aku datang lagi…”.Aku tidak dapat melelapkan mata,pelbagai perkara yang menyerabutakan fikiran aku.Aku bangkit dari katil,menuju ke tingkap. Berada dihadapan tingkap yang cantik dengan gaya senibinanya yang terbaru itu,aku termenung memandang keindahan kota Dubai.Pemerhatian penuh pengertian.Perhatian penuh kepedihan….dan kesedihan…lagi…
Sedih bila aku mengenangkan nasib yang melanda diriku selama ini.Aku tidak pernah lagi dapat merasakan kebahagiaan untuk jangka waktu yang panjang.Baru saja mengukir senyuman,duka terus menduga.Terlalu banyak peristiwa yang mencengkam hidupku sejak pada zaman persekolahan dulu lagi.Hingga dewasa,seusia ini pun,hidup aku tidak pernah kering dengan aliran air mata.
Masa kian pantas menelan waktu.Telah tiga(3) bulan aku berada di Dubai. Mengikut jadualku,aku masih berbaki dua(2) bulan di Dubai.Semua urusan kerjaku telah selesai dan kini hanya tinggal misi untuk sebuah persahabatan.
Malam datang lagi dan aku hanya termenung dibingkai tingkap kediamanku. Memikirkan cara yang lebih dramatik dan berkesan untuk segulung kemaafan.Tiba-tiba Shahrul menalifonku,
hello Amin,esok aku ada buat parti kat rumah aku.Kau datang ek…Joseph pun akan datang…”.
Aku hanya mengiakan saja.Sebaik saja panggilan Shahrul tamat,aku menerima satu pesanan ringkas dari Joseph..
Selamat hidup di Dubai tiga bulan..Jumpa esok,Bro…”.Aku tersenyum saja..
Thanks,Jo…”.
Genap lima(5) bulan aku berada di Budai dan semua misi aku selesai dengan jayanya termasuk misi untuk menenangkan perasaan daripada peristiwa pada malam satu Syawal.Kembali ke Malaysia.Dalam kapal terbang menuju ke Malaysia,aku tersenyum sendiri bila mengenangkan adegan aku dan Joseph ketika di parti Shahrul. Rupa-rupanya Joseph benar tentang Mardiana.Joseph juga telah sedia mengetahui tentang peristiwa pada malam satu Syawal itu.Senyuman aku tiba-tiba saja berubah muram apabila aku baca MMS dari Mardiana yang baru aku terima.
Abang…maafkan Diana..Sudah sebulan Diana selamat menjadi seorang isteri kepada Abang Sufian.. Doakan Diana bahagia sampai mati,Abang…bye..”.
Wajah cerianya cukup meredupkan ceria wajahku.Tiada apa-apa lagi yang perlu aku buktikan sekarang.Semuanya sudah jelas…Semoga kau mengecapi kebahagiaan yang kau tidak pernah rasakan ketika bersamaku dulu..Salam sejahtera untuk kau,Mardiana…..
Ketika itu,aku sudah tiada apa-apa perasaan terhadap Mardiana tapi….. Allah Maha Mengetahui,air mataku tetap menitis.Tidak mudah untuk aku melupakan apa yang telah Mardiana calarkan setiap harapanku.Cinta yang terlalu kuat aku persembahkan padanya dulu rupanya masih ada perkataan kecewa terselit diantara aku dan Diana. Pilu….Sayu….
Tiba di KLIA, Malaysia.Aku berjalan seorangan menuju ke tempat rehat untuk merehatkan badan seketika. Kakiku terus melangkah namun fikiranku serabut. “Oppss….sorry..,” bila tumpuan tiada, semua tidak betul.Tiba-tiba saja aku terlanggar seorang perempuan.
“hmmm…macam kenal…A..Amin..?”,perempuan itu memulakan bicara.
“Ikha…?”,rupa-rupanya perempuan itu adalah Ikha,jururawat aku dulu.
“mana husband?”,aku melanjutkan bahasa.Ikha hanya membalas jawap dengan wajah yang redup dan tenang. Ikha berjalan perlahan-lahan…lemah layu pergerakkan kegadisannya menuju ke bangku yang berda di hadapanku itu. Aku juga melabuhkan badan terus terduduk di atas bangku itu bersebelahan Ikha.
“Amin,sebenarnya dulu Ikha ke luar negara bukan mengikut siapa-siapa.Ikha tak pernah jadi isteri kepada sesiapa.Ikha lari daripada dia.Dia permainkan Ikha.Sejak Ikha tahu akan setiap kecurangan dia,Ikha terus lari dan terus menetap diluar negara tanpa menoleh ke tanah air walau sekali.Bertahun Ikha laritkan kehidupan Ikha di tempat orang dan rasanya kini,tiba masanya untuk Ikha mengadap realiti sebuah kehidupan.”
Oh…sabarlah,Ikha..,”rupa-rupanya masih ada insan yang terkepit kecewa seperti aku.
Kami terus membongkar rahsia tentang seseorang dan kadang-kadang berkongsi pengalaman berada diluar negara sehingga membawa hari ke malam.Asyik berbual hingga ke awal pagi lalu kami pun bersurai dan masing-masing berlalu membawa haluan sendiri.Sempat juga aku dan Ikha memberikan nombor talifon masing-masing. “Mungkin pada suatu hari nanti kita boleh berbual lagi,Amin..”Aku terus pulang ke Subang Jaya manakala Ikha pulang ke Petaling Jaya.
Hidup ini penuh dengan rahsia yang tidak pernah duga.Rupa-rupanya Ikha mengenali Mardiana.Mereka berdua adalah rakan sekelas semasa di alam persekolahan dulu.Ikha juga memahami kisah aku dengan Mardiana.Peristiwa malam satu Syawal adalah hasil nasihat Ikha kepada Mardiana agar menjelaskan semuanya kepadaku. Katanya Ikha,sejak dulu lagi Mardiana hanya berasa simpati terhadap aku bukannya perasaan sayang apatah lagi cinta.Pada mata Mardiana,aku hanya seorang lelaki yang tagihkan simpati seorang perempuan.Aku sedar,terlalu bodohnya aku merelakan hatiku dipermainkan untuk jangka waktu yang agak panjang…dua(2) tahun lamanya…
Semakin hari semakin banyak pula masa aku luangkan bersama Ikha. Berubah menjadi kenangan bukan sekadar sejarah.Terasa di hati…setitis kebahagiaan daripada selautan air mata silam. Masih ada rupanya erti bahagia dalam hidup ini untuk aku. Alhamdulillah……..
Termenung aku mengenangkan pelbagai peristiwa yang telah aku lalui untuk mengecapi kebahagiaan dan kejayaan. Peristiwa pilu berakhir pada malam satu(1) Syawal tujuh(7) tahun lepas.Nikmat Syawal dapat juga aku rasakan…Mardiana dan suaminya bahagia juga ke hujung nyawa.
Namun hujung nyawa mereka pada tujuh(7) tahun lalu.Kini mereka berdua selamat kembali ke sisi-Nya.Penat aku mengusap tangisan…Air Mata Cinta Kenangan Silam. Terlelap aku di atas helaian penulisanku.Seketika terbuai..aku tertidur.Tidak lama pun..Baru saja separuh lena,aku dikejutkan.
“Abang….Abang…bangun..mari sahur,Abang.Si Azlyn ngah tunggu Abang kat dapur..”
“Papa….meh la makan…”
“Baiklah…Ikha..ok..ok..papa datang ni..”,tiba-tiba Azlyn datang mengheret tangan aku.
“Papa,nanti esok kita balik kampung Mama ker kampung Papa?”
“Azlyn…Esok kita balik beraya kat kampung Mama dan kampung Papa..betul tak, Abang..?”
“Betul,Sayang…seretak….bersebelahan je kan…Dah lama Abah dan Ma tak jumpa Azlyn..cucu kesayangan katakan...”.
Kebahagiaan tidak mengenal usia,
Juga masa….kerana kita hanya mampu merancang,
Hanya Yang Maha Kuasa mampu menentukan segalanya….
Setiap langkah dan masa yang telah kita lampaui,
Setiap tangisan dan hilaian yang pernah kita alami,
Pastinya ada maksud sebuah pengalaman….
Sebuah kehidupan yang tiada erti kekejaman,
Atau keindahan ini akan terus menguji insan,
Kerana kita yang merasakan kecantikkan atau keburukkannya…
Dan…setiap penilaian itu bergantung pada penilai yang menilainya…
Kehidupan dan kematian hanya menjadi lumrah,
Untuk suatu kehidupan yang baru menumbuhi alam ini…
Ratapan dan rintihan menjadi pengisi sebuah perasaan,
Yang hanya membawa erti kehidupan yang sebenar,
Tanpa kesangsian untuk dinilai dan dirasainya….
Namun…setiap kegelisahan dalam merempuhi alam ini,
Adakah ianya naluri manusia biasa yang menjadi fitrah,
Untuk setiap nafas yang dihembuskan pada langit…???
Sejarah dan kenangan akan terus menjadi latar belakang,
Dalam setiap langkah akan kita lalui pada masa akan datang………


1 comment:

  1. semoga memjadi ingatn pada kenangan untuk semua...terima kasih kerana sudi membaca...jika sudi lg,tinggalkn komen korg ea kt sini.... :)

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Geng'S