KERANA ALYSSA


KERANA ALYSSA (rekaan penulis semata)
Episod 01 : Kumpulan 6 A

Waktu malam. Sejak dua (2) bulan lepas, hampir setiap malam aku merenung keawan. Bersandar di bingkai jendela didalam bilik aku, sambil mendengar lagu-lagu rock kapak 90’an dan digimikkan dengan cahaya lampu tidur yang malap kekuningan. Tatap dan terus aku merenung tepat ke dada langit yang sedang pekat dengan kegelapan malam. Kisah demi teladan terbayang, bermain-main di mataku. Alam juga tahu, terlampau banyak peristiwa yang datang dan pergi dalam setiap nafasku selama ini. Deruan angin sehalus sutera cina, bertiup menjamah pipiku dan terus membelai pergi sang bayu embun ke barat dan gemersik kicauan malasnya unggas yang berbisik di telingaku turut menghiasi suasana ini. Ditambahkan lagi dengan terang cahaya rembulan membawa aku terkenang semula kisah-kisah yang lalu. Terbuai aku seketika bersama kenangan yang cukup terkesan dijiwa dan membawa aku ke hari ini.

“Amin..! Dah siap ker? Andy dah sampai tu…,” “Dah, mak…,” riuh pagi dirumah ayah aku. Seperti biasa, Andy akan singgah ke rumah aku terlebih dahulu sebelum ke sekolah kerana rumah aku berada diantara rumah Andy dengan sekolah kami. Aku dan Andy sering dikatakan awam seperti adik-beradik. Perwatakkan dan gaya hidup kami hampir sama, kemana saja, kami pasti bersama. Melangkah kaki, dengan menaiki motorsikal “klasik” aku, aku dan Andy ke sekolah bersama-sama. Di sekolah, aku dan Andy bergerak secara berkumpulan. Kemana saja, kami mesti bersama. Kumpulan kami ini dinamakan “6 A” yang terdiri daripada enam (6) orang classmate kami iaitu Amin (aku), Andy, Amir, Aira, Aisyah dan sepatutnya Alyssa yang telah berpindah ke Kuala Lumpur awal tahun dulu.

Ketika berada di dalam kelas, kami hanya ada buku rujukkan dan buku latihan di atas meja. Menelaah dan melatih tubi semestinya menjadi pengisi waktu-waktu yang terluang setiap hari. Dan hari ini pula, cikgu tidak masuk ke kelas kerana sibuk dengan majlis Hari Guru 2004. Penyalahgunaan kemudahan sekolah amat kerap berlaku, ucapan dan hadiah disediakan untuk para pelajar memberikannya kepada guru-guru mereka tetapi kegilaan awal remaja telah mengaploitasikan suasana ini. Para junior asyik memberikan hadiah dan bunga ini kepada senior-senior dan ada juga pelajar yang mengambil kesempatan ini untuk memberikan hadiah kepada pasangan kekasih mereka. Pelbagai telatah dan gaya mengisi zaman persekolahan kami.

Dalam asyik membuat latih tubi, kami berlima tanpa Alyssa sering dikejutkan dengan ucapan-ucapan istimewa dari junior-junior kami dan paling tidak dapat aku lupakan ucapan dari junior tingkatan dua. Mereka memberikan ucapan khas dari bilik informasi sekolah, “kepada abang Amin dan abang Andy yang tampan membuat latihan di tingkatan 5 ar-razi, kami si jelita sekolah dari tingkatan 2 al-bhiruni dengan penuh kasih sayang mengucapkan salam teramat istimewa kepada abang-abang berdua….bla..bla….” tersenyum saja aku. Di sekolah, nama kami sering menghiasi bibir-bibir para guru dengan masalah disiplin kami dan juga kecemerlangan kami. Kami berlima bukan budak skema , setiap minggu, ada saja rungutan dari para guru tentang kami samada baik juga buruk. Nama dan kredibiliti aku mulai tersohor apabila aku dilantik dengan undian majoriti pelajar sebagai pengerusi dan jurulatih Persatuan Bulan Sabit Merah (PBSM) sekolah manakala Andy pula memegang jawatan Sarjan Mejar (S.M) untuk kadet polis sekolah. Sesi persekolahan hari ini hanya diisi dengan meriahnya suasana sambutan Hari Guru Sekolah Menengah Kebangsaan Ismail Petra.

Ketika pulang sekolah, seperti setiap hari juga, kami berlima akan ke Restoren Kak Mah di susur jalan belakang sekolah kami untuk sesi makan tengah hari dan menyiapkan kerja rumah yang diberi jika ada. Pukul 3 petang, kami bersurai dan terus pulang ke rumah masing-masing. Jam enam petang kami berkumpul sekali lagi untuk aktiviti riadah di Taman Rekreasi Tengku Anis dan sebelah malam pula, kami si lelaki akan ke Taman Darul Naim untuk mengulangkaji pelajaran manakala si perempuan pula mengulangkaji pelajaran dirumah masing-masing sahaja. Lain kata, kami amat kerap bersama dan hampir tiada langsung rahsia antara kami berlima. Merekalah sahabat ketika suka dan teman berduka juga. Setiap hari, setiap masa, sebeginilah rutin kami dalam persediaan untuk menghadapi S.P.M, 2004. Al kisahnya Alyssa pula yang berada di Kuala Lumpur juga turut menyibukkan diri dengan mengulangkaji pelajaran. Masih aku ingat kata-kata keramat Alyssa kepada aku dulu, “Amin,kita mesti belajar bersungguh-sungguh kerana hanya pelajaran yang boleh menjamin masa depan yang cerah untuk kita…”. Antara kami berenam, Alyssa adalah pelajar yang paling cemerlang, paling manis dan paling baik. Kesempurnaan watak Alyssa dalam kisah hidupku ini telah membangkitkan bait-bait cinta di hatiku. Mungkin kerana keakraban kami ini telah mencambahkan satu perasaan di dalam hati ini. Alangkah bahagianya aku andai aku dapat hidup bersama Alyssa hingga hujung nyawa namun, mimpi tidak semestinya menjadi kenyataan.

Haihh… Tersenyum aku sendiri apabila mengenangkan saat-saat bersama lima sahabatku ini terutamanya tika bersama gadis kesayanganku, Alyssa. Dalam jadual harian aku yang padat dengan persediaan SPM, sering juga aku dan Alyssa berbalas surat. Sementara itu pula, aku tahu yang setiap ahli kumpulan kami ini juga mempunyai rasa cinta antara satu sama lain. Andy dan Aira, masing-masing menyimpan rasa cinta nun jauh di dalam hati mereka dan sebegitu jugalah dengan pasangan Amir dan Aisyah namun kami semua terpaksa merahsiakan dan menyembunyikan perasaan kami kerana kami cukup sedar, masanya belum sesuai untuk mengenali apa itu cinta.

Akhirnya, dengan persediaan yang mantap, kami dapat menyelesaikan SPM dengan cemerlangnya. Kami berlima telah berjanji untuk ke Kuala Lumpur selepas SPM ini untuk melawati Alyssa. Namun, atas alasan yang tersendiri empat daripada kami membatalkan lawatan ini kecuali aku kerana aku ada sepatri janji dengan Alyssa ..“Amin, kita akan tamat zaman persekolahan kita tiga tahun lagi. Alyssa janji bila tiba saat itu, cinta kita akan bersemi dan tak mungkin ada badai yang mampu memisahkan kita kecuali mati…”,kata Alyssa semasa keluar makan malam bersamaku di cafe Hotel Riverview, Kota Bharu,Kelantan. “Amin janji Alyssa, tamat jer s.p.m nanti Amin akan ke Kuala Lumpur untuk mencari Alyssa..”, jawabku membalas dan mengukir janji. Tiga tahun berlalu, kami berjaya menamatkan peperangan s.p.m. Aku mengembara dari Kelantan ke Kuala Lumpur semata-mata untuk mekarkan kembali cinta kami yang tak pernah layu dan menyambungkan semula ikatan yang hakikatnya tidak pernah putus.. Kerana janji, apabila di lafazkan tiada lagi alasan untuk tidak dikotakan.

Setibanya aku di Bandar kosmopolitan, Kuala Lumpur, aku terus menghubungi Alyssa dan berjanji akan bertemu di Subang Parade keesokkan harinya. Tiba waktu yang di janjikan, aku ke Subang Parade demi mencari sekuntum damai dihati, bukannya untuk Alyssa dan bukan juga untuk sesiapa tapi untukku. “Hai Amin, apa khabar?” Alyssa datang menyapaku dari belakang dengan penuh ‘excited’.
“Amin, Alyssa tak sangka yang Amin betul-betul datang sini…..,” Alyssa dengan ketawa manjanya memulakan bicara. Sambil berbual dan bergurau senda, kami berjalan terus ke Fridays untuk makan malam.

Sungguh indah melepaskan rindu ini. Alyssa dengan padanan kebaya putih berbunga emas cukup membuatkan aku terpesona. Kemerduan lembut bicara manjanya dan keanggunan susun langkah perjalanannya pasti memukau segala mata yang singgah memandang. Alangkah bertuahnya aku, dapat bersama seorang bidadari dewi yang menjelma dalam watak gadis kesayanganku, Alyssa.

Jam di tangan aku menunjukkan waktu 9 malam. Aku dan Alyssa meninggalkan Subang Parade dan menuju ke Sunway Pyramid untuk menonton wayang “Berlari Ke Langit” lakonan Rosyam Nor dan Fasha Sandha. Tika berada didalam panggung, keasyikkan cerita di layar telah menyeru suara-suara cinta di hatiku untuk menyanyikan satu lagu cinta. Bagi aku, wayang yang sedang aku layarkan bersama Alyssa ini lebih bermakna daripada cerita yang sedang di tayangkan itu. Masih di dalam panggung menghadap skrin, tiba-tiba Alyssa yang duduk disebelah kanan aku ini memegang tangan aku. Aku lihat kearah matanya yang hitam pekat itu, lalu hatiku berkata, cinta berbalas juga. Alyssa melepaskan sinis senyumannya kepadaku dan terus mengalihkan pandangannya ke skrin. Aku tidak merancang atau berfikir, dengan serta merta tangan kananku memaut erat Alyssa ke pangkuanku. Rasa yang tidak pernah aku kenali sebelum ini tiba-tiba terasa di hati, apakah nama untuk perasaan ini??? Mungkinkah ini yang di katakan cinta?? Ada apa dengan cinta?? Ya..benar…cinta…datanglah seribu kegembiraan di dunia ini, tidak akan sama dengan kebahagiaan yang dibawa dek cinta ini. Waktu amat mencemburui keindahan ini, selepas Alyssa pulang ke rumahnya, aku terus kembali ke hotel dan mengintai-ngintai peluang pekerjaan di dalam akhbar. Aku membuat keputusan untuk menetap di Subang dan bekerja disini agar lebih mudah untuk aku bertemu dengan Alyssa.

Aku bekerja sebagai seorang tukang urut di sebuah pusat urut tradisional di SS15. Dalam usia semuda aku waktu itu, terlalu mustahil untuk berdikari di tempat orang namun, aku tekad demi Alyssa. Aku berjaya mengaburi mata semua insan yang mengenali aku dengan bekerja, tiada siapa walaupun lima sahabat terdekat aku yang mengetahui niat sebenar aku menetap di Subang Jaya. Dalam perjumpaan kali kedua aku dengan Alyssa di Taman KLCC, aku dapati yang Alyssa sukakan kedamaian dan romantik lantas aku gubah identitiku menjadi "Mat Jiwang". Semua pekerja di tempat kerja aku itu menertawakan aku. Aku merelakan apa saja yang terjadi padaku demi meraih kasih dari Alyssa. Siapa mengerti dan mengetahui betapa beratnya dugaan yang mencabar semangatku ketika berada di perantauan namun aku kuatkan hati, tabah menghadapi cabaran. Setiap hari, hanya kerja ada dalam jadual aku tiada lagi aktiviti lain selain kerja, mengumpul duit. Apabila dikatakan tukang urut spa, pasti ada saja yang menguji kejujuran kerja kita namun segala dugaan dan pencabulan maruah ini aku harungi dengan hati yang bersih dan cekal, bukan untuk aku dan bukan untuk sesiapa tapi hanya..
kerana Alyssa………………………………………………………...…..……..(tamat episod 01)


Episod 02 : Irama Tiga (3) Pasang Hati (rekaan penulis semata)

Hampir lima (5) bulan aku berada di Subang Jaya meraih cinta si Alyssa dan bekerja sebagai tukang urut. Walaupun berat, atas sebab-sebab keluarga terpaksa aku tinggalkan perantauanku dan kembali ke kampong untuk menjadi seorang pelajar tingkatan enam rendah. Erat hubungan aku dengn Alyssa teruji lagi. Walau jauh, kami akan tetap berhubung dan inilah ikrar kami berdua. Perjalanan hidup sebagai seorang pelajar tingkatan enam rendahku tidak terlalu istimewa dan berjalan seperti pelajar-pelajar lain juga. Hanya enam bulan aku bersekolah di kampong dan aku mendapat tawaran program diploma di sebuah IPTA untuk kemasukkan Disember 2005. Alam remaja aku dan semua sahabatku bermula disini.

Disember 2005. Kami berlima telah membuat keputusan untuk menyambung pelajaran dan mengintai keindahan kehidupan sebagai seorang remaja. Aku dan Aisyah keluar dari Kelantan untuk melanjutkan pelajaran kami ke peringkatan universiti. Aku sebagai pelajar dalam program Diploma Senibina manakala Aisyah dengan program Diploma Perakauan di IPTA yang sama, UiTM Kampus Perak. Sementara itu, Andy ke Serawak dengan program Diploma Kejuruteraan Mekanikal dan Aira pula dengan program Kejururawatan di Melaka. Hanya Amir yang setia berada di Kelantan dengan program keusahawanan dan Alyssa pula ke UiTM Shah Alam dalam program Diploma Rekabentuk Dalaman. Langkah demi langkah bersilang keramat perantau, kami terus melangkah menuju alam yang baru dan lebih mencabar.

Semester pertama aku di Perak, tidak banyak masalah yang aku lalui. Seperti pelajar-pelajar lain juga, aku dapat kawan-kawan baru. Bersama kawan-kawan seperjuangan inilah aku menjalani kehidupan baru di kampus ini. Diantara beramai kawan itu, aku mulai berkawan baik dengan beberapa orang pelajar iaitu Jay, Ian, Keyo, Hafiz, May, Bob, Yed, dan Syakawi. Kemana saja kami akan bersama. Aku sebilik dengan Jay dan yang lain hanya besebelah saja dengan bilik aku ini. Walaupun aku senang dengan adanya kawan-kawan baru ini, aku tidak melupakan sahabat-sahabat yang lama terutamanya sahabat dari kumpulan 6A. Setiap kali ada kelapangan waktu, aku sering ber-“sms” dengan Alyssa, gadis kesayangan aku yang satu. Semester pertama ini tidaklah terlalu sibuk, dengan pelajaran tidak pernah aku abaikan, aku juga tidak lupa untuk mengejar cinta yang satu terhadap Alyssa.

Ketika itu minggu ketiga semester pertama, aku ke Shah Alam utnuk meraikan hari jadi Alyssa. Dalam janji temu, aku dan Alyssa berjumpa di Dataran Shah Alam berhampiran dengan Perpustakaan Shah Alam. Sungguh teruja aku untuk berjumpa Alyssa. Hampir setengah jam aku setia menunggu dan jam ditanganku menunjukkan tepat pukul 5 petang. Tiba-tiba Alyssa tiba, berjalan tegak menuju kearah aku, berbisik sendiri dihatiku, “oh permaisuriku sudah tiba….Datanglah kemari ke pangkuanku,Sayang..” Alyssa datang dengan rambut yang terurai kebahu dan berbaju kurung berwarna biru cair berjalan menujui aku dengan senyuman yang termanisnya. Lembut watak kegadisan Alyssa amat memukau sepenuhnya pandangan aku. Rupanya ada juga gadis secantik ini dalam dunia realiti, aku fikir hanya didalam fantasi saja. Maha hebat kuasa Tuhan yang telah menjelmakan ciptaan-Nya yang amat indah ini.

Apa saja untuk mu,
Tidakku hiraukan waktu,
Katakana saja akanku laksana,
Permaisuri,kau bertahta dijiwa..

Apa saja untuk mu,
Kedasar lautan biru,
Bertaruh nyawa andai kau dampar mutiara,
Di hari lahir mu..

Kita menuju gemilang asmara,
Tiada cinta standing kita,
Aku rela sehingga ke akhirnya,
Tunaikan segala mimpi mu,ratuku…

Untukmu oh kasih,
Ku cuba meraih bintang di angkasa,
Walau tak terdaya akanku ikhtiarkan,
Untukmu oh kasih,
Gembira berseri selagi ku bernyawa
Untukmu oh kasih ku korban kan apa saja

Apa saja untuk mu,
Akanku ubah caraku,
Jikalau itu yang kau mahu
Apa saja demi kebahagiaanmu

Bukan ku pinta yang luar biasa,
Cuma secebis janji setia,
Inilah lagu cinta kita..
Hanya yang terbaik untukmu selama-lamanya…
( “Apa Saja” daripada K.R.U )

Tika bersama Alyssa sepanjang hari itu, aku terfikir yang aku sanggup dibutakan sebelah mata agar tidak aku memandang keindahan lain. Cukuplah bahagia dengan memandang terus ke gadis kesayangan ku ini saja, Alyssa yang satu. Ketika makan alam, aku dan Alyssa berada di Nando’s, terpatrilah satu ikrar janji. Dengan aku mengalungkan seutas rantai perak berhiaskan bentuk hati, aku dan Alyssa berjanji untuk sehidup dan semati. Setiap nafas kami, setiap kali itulah lafaz cinta kami berbisik di antara hati kami berdua. Sungguh keramat janji dan ikrar kami sumpahkan kerana cinta tiada akhirnya. Sepanjang waktuku bersama Alyssa ini, mengukir kemanisan yang tidak mungkin aku berdaya melupakannya. Andai hilang segala kenikmatan dibumi, berbakilah satu untuk aku, iaitu Alyssa.

Bermula kali itu, setiap hujung minggu aku akan menemui Alyssa di Shah Alam. Setiap minggu, ada saja kenangan manis aku bersama Alyssa, tiada pernah walau sekali berduka semuanya indah belaka.

Kehidupan ketika ini semua indah untuk aku, ditambahkan lagi pelajaranku juga semakin cemerlang. Walaupun aku asyik dengan asmara cinta bersama Alyssa, pelajaran tidak aku abaikan kerana inilah satu-satunya amanah keluarga aku pada aku. Aku tinggalkan semua perisa hidup seorang remaja lelaki, hanya ada untukku adalah pelajaran dan cinta yang satu ini…cinta Alyssa.

Sementara itu pula, Andy telah membuat keputusan yang menggegarkan seluruh ahli keluarganya yang telah lama memasang harapan pada Andy apabila Andy telah berhenti belajar di Serawak dan Andy mengembara ke Subang. Berbekalkan kredibilitinya, dia terpilih untuk mengikuti satu program yang ditawarkan oleh sebuah kelab penerbangan untuk menjadi seorang juruterbang. Jauh disudut hati Andy pula, Andy masih tidak pasti akan ketepatan perasaannya terhadap Aira lalu Andy menjalinkan hubungan cinta dengan seorang gadis yang baru, Nadia Manakala Aira pula tetap teguh berpegang pada perasaan cintanya terhadap Andy yang tiada berbalas itu. Aira menyimpan diam sahaja perasaanya itu dan hanya memikirkan soal pembelajarannya saja. Aira berimpian besar untuk menjadi seorang jururawat yang memiliki rasa cinta pada kerjayanya itu. Aira menjalani hidup terus selama 4 tahun tanpa cinta dan tanpa rindu, yang ada hanyalah kerjayanya yang mengisi kekosongan waktu. Sementara Andy pula, suka dan duka terus mewarnai hidupnya bersama cinta si Nadia.

Kisah cinta antara Andy dan Nadia telah banyak memberikan aku (Amin) pengajaran sebenarnya tapi ketika itu aku masih lena terbuai dek cinta Alyssa. Pelbagai kisah duka terjadi dalam percintaan Andy dengan Nadia apabila Takdir telah menempatkan jarak yang jauh antara mereka berdua iaitu Andy berada di Subang manakala Nadia di Kota Bharu, Kelantan.

Pancarindera manusia terbatas, selama 3 tahun Andy dan Nadia mengikat kata cinta, pelbagai pengorbanan yang telah setia Andy salurkan kepada cinta si Nadia yang dianggapnya sebagai ratu yang tiada ganti lagi. Kepalsuan atau kebenaran akan cintanya Nadia itu hanya Yang Kuasa mengetahui namun tetap jelas terjawap apabila janji dibalas dusta, sayang dibalas benci, pengorbanan tidak dihargai dan kesetiaan dibalas kecurangan. Adakah ini cinta???...dusta!!!! Sebak dan kesalan membaluti hati Andy …Takdir…. Andy dan Nadia terlerai akhirnya. Nadia berubah hati dengan seorang kerani di tempat Nadia belajar. Siapa menyangka ikatan yang terbina sekian lama masih mampu mengenal erti perpisahan. Mungkin inilah natijah diatas kekecewaan yang menyelami sudut hati Aira dulu. Percayalah pada perasaan sendiri.
-
Tibalah kita dipenghujung persimpangan,
Di penghujung jalan cinta antara kita berdua,
Terpaksalah aku merelakan,
Tidak terdaya aku untuk menghalanginya,

Kerana aku tahu,
Cintamu bukan lagi milikku…
Kerana dihatimu untuk kembali kepadaku,
Bagai menanti purnama jatuh ke riba,
Beratnya dimata sebaknya didada,
Melihat engkau bersama si dia…

Kau pernah berkata,
Cintamu adalah selama-lamanya kepadaku,
Rembulan menjadi saksi, janji tinggal janji..
Tidak akan ku rayu untuk kau kembali kepadaku,
Walau dihatiku terasa rindu…

Gadisku, sebelum kau melangkah pergi,
Ke pangkuan teman baru yang kau sanjungi,
Lihatlah kemataku lihatlah kepadaku,
Lihatlah airmata di mataku,sayang..
( “Janji Tinggal Janji” daripada K.R.U )

Keliru, Andy tertanya sendiri di benak fikiran, apakah masih tiada kejelasan akan cinta suciku kepada Nadia…? Apakah masih tiada bukti akan kejujurannya…? Apa lagi yang masih tidak Andy lakukan kepada Nadia…? Sedangkan nyawanya sendiri sanggup sedia dia gadainya. Pedih tidak terkata akan luka yang amat bias pada kecurangan yang tidak pernah disangkainya. Lebur dan runtuh cinta yang dibina. Pelbagai persoalan tertanya di fikiran Andy bagai tiada lagi jawapan untuk mendamaikan hati ganas meraung kesakitan apabila cinta si Nadia yang selalu dianggapnya cinta mati telah didustai. Adakah masih ada pengertian didalam kehidupan ini akan makna sebenar pada istilah agung…cinta..?

Tiga (3) tahun ikatan cinta antara Andy dan Nadia terlerai juga. Kenangan-kenangan manis ketika Andy bersama Nadia hanya menggamit pilu dan pahit serta pedih bagai belati menikam lubuk sedihnya hati Andy. Semuanya ditinggalkan sebagai sejarah yang paling buruk untuk Andy. Tinggallah Andy sendiri sepi tanpa cinta, walaupun berat terpaksalah diringankan juga untuk meniti sisa-sisa hidup yang masih ada.

Akur Andy dengan suratan Takdir, menerimanya sebagai tiket untuk kemanisan cinta akan datang yang mungkin tiba. “jangan kita terlalu kecewa dengan masalah hari ini hingga kita lupakan kebahagiaan hari esok, mungkin hari esok Tuhan telah sediakan kita hadiah atas ketabahan kita hari ini…”. Tiada lagi sisa-sisa hati untuk Andy bercinta lagi dalam jangka terdekat ini. Andy hanya mampu menahan sebak didada dan mengusap airmata yang mengalir pilu dipipinya tika terbayang selang saat-saat manis dan pengorbanannya kepada Nadia dulu yang telah dipersiakan. “Amin, aku akan buktikan kepada seluruh keluarga Nadia dan Nadia sendiri yang aku akan tetap boleh Berjaya dalam hidup ini tanpa Nadia. Aku ingin dia tahu yang kecurangannya kepada aku ini adalah satu kesilapan besar buat Nadia. Dengan merah darahku mengalir ini, demi Tuhan, inilah janji aku.. dan andainya suatu hari nanti Nadia datang untuk tagihkan kembali cintaku, aku bersumpah aku tidak akan terdetik walau sekali untuk bersamanya lagi…”. Selamat tinggal cinta dusta,si Nadia!.

Kisah cinta kami berenam hampir sama sebenarnya. Al kisah antara Amir dan Aisyah pula berlaku tanpa aku (Amin) sedari pada awalnya. Walaupun Aisyah belajar di kampus yang sama dengan aku tapi kami jarang bertemu. Amir dan Aisyah masih merahsiakan perasaan masing-masing kerana kurang percaya dengan perasaan sendiri juga seperti kisah antara Andy dan Aira juga. Dulu, Amir pernah melafazkan kata cintanya kepada Anis iaitu seorang gadis kampong yang sedang belajar di sebuah IPTS di Kota Bharu.

Mereka berdua berkenalan dalam satu pertemuan yang tidak dirancang. Hampir 2 bulan mereka berkawan lalu tersentuh Amir pada watak lemah lembut Anis dan menimbulkan keberanian dihati Amir untuk mengikat kata cinta bersama Anis. Mungkin kerana watak Amir pula yang agak panas baran itu membuatkan Anis menolak lafaz cinta daripada Amir pada awalnya lalu kesungguhan Amir dalam mengejar cinta si Anis mulai menyerlah apabila pengrbanan demi pengorbanan Amir salurkan ikhlas kepada Anis. Hampir 2 bulan, Anis pun membuat keputusan untuk menerima lamaran cinta Amir terhadapnya. Kesungguhan dan keikhlasan Amir pada cintanya Anis telah mencairi hati Anis dan mereka bersama mulai membuahkan bait-bait cinta bersama.

Sementara itu pula, Aisyah mengikat kata cinta bersama Sufian iaitu watak lelaki yang begitu baik dan jujur dari pandangan mata yang Aina kenali di Perak. Kisah cinta antara Aisyah dan Sufian dengan aman dan sempurna pada awalnya lalu mengukir pelbagai kenangan manis antara mereka berdua. Namun, kisah percintaan mereka terlerai juga selepas beberapa bulan apabila datangnya syaitan difikiran Sufian yang memaksa Aisyah untuk menyerahkan permata maruah tubuhnya pada hari Valentine itu. Kekuatan iman didada Aisyah telah menebalkan semangat Aisyah untuk menepis segala kata manis pujuk rayu Sufian itu. Selepas itu, Aisyah merelakan untuk melepaskan kata putus pada hubungan yang berbau nafsu semata ini. Perit dan serik dengan cinta yang berkalis nafsu itu, Aisyah trauma untuk bercinta lagi dan hanya meneruskan kehidupan sehingga tamat pengajiannya di kampus tanpa bayangan lelaki mahupun cinta………………………………………………………………………..……(tamat episod 02)

Episod 03 : Tiga Hati Mati (jiwa luka) (rekaan penulis semata)

Seperti satu rutin, setiap cuti akhir semester aku tidak seperti para pelajar lain yang segera pulang ke kampong masing-masing. Aku dengan alasan untuk mengembara, menghabiskan cuti akhir semesterku di Subang bersama gadis kesayanganku, Alyssa. Dengan tidak menjenguk ke kampong walau semalaman, aku menggunakan sepenuh cuti untuk bersama cintanya si Alyssa. Ketika itu, hanya satu yang bertahta difikiranku, Alyssa. Walau hilang segala kemanisan didunia ini, kenangan bersama Alyssa akan tetap menyurahkan nikmat ke seluruh kehidupan aku. Walau hilang semua rakan akan pasti ada wajah cinta Alyssa yang sentiasa menemani aku. Oh bidadari, hanyalah engkau seorang yang aku mahu. Tiada dua atau tiga, hanya kau yang satu.

Namun, lekat segar dibenak kenaganku di hari amat perit yang tiada bandingannya aku kesakitan yang satu ini. Cuti akhir semester 5 aku telah mencatat sejarah pahit diantara kenangan-kenangan manis yang ada di ingatanku apabila bunga yang satu yang aku puja setiap waktu, yang aku rindui setiap nafasku dan yang aku cintai di setiap penjuru hatiku ini telah menumbuhkan duri yang tajam setajam asahan belati kejutaan tahun. Tiada sakit yang wujud didunia ini kecuali mati. Tiada walau beribu peribahasa yang mampu siratkan kehancuran hatiku ini apabila jelas kecurangan berdrama dimata aku. Keindahan yang aku canang selama ini hanya menjadi racun yang tiada penawarnya walau dikais di seluruh gunung di dunia ini. Benarlah kata Bonda, sesuatu yang paling kita sayang adalah satu kepihan yang amat. Sesuatu yang paling kita jaga bakal memakan diri sendiri.
Ketika itu, suatu malam yang damai di kota Shah Alam. Alyssa mempelawa aku ke majlis makan malamnya bersama rakan-rakannya. Hampir 7 bulan Alyssa menjadi seorang model kepada syarikat kasut dan syampu terkenal, jarang sekali kami dapat keluar bersama diwaktu malam. Sibuk katanya. Dan kali ini, aku tidak melepaskan peluang untuk makan malam bersamanya di Hotel Concord, Shah Alam. Kata Alyssa, kami akan ke majlis itu berasingan kerana dia akan kesana dengan penajanya. Aku tidak membantah kerana difikiranku, walau apapun berlaku, malam itu akan tetap menjadi sejarah yang tidak mungkin aku lupakan sepanjang hidupku ini pastinya satu kenangan megah indah yang tidak akan berulang lagi.

Detik permulaan untuk satu kenangan hebat, tiba jam 9 malam di Hotel Concord, Shah Alam. Aku pekena kemeja putih, seluar jeans hitam dan berkasut pierre cardin putih, melangkah masuk bersama sekeping kad jemputan. Meriahnya suasana dimajlis ini amat membuatkan aku teruja. Dengan terang cahaya lampu, di alunkan muzik jazz dan gaya pemakaian yang cukup cantik yang didadankan oleh setiap para tetamu yang hadir. Dalam aku meninjau-ninjau, membilang kecantikkan majlis ini, Alyssa pun tiba bersama seorang lelaki sambil berpegangan tangan, penajanya barangkali. Ketibaan Alyssa ini disambut bagai hadirnya seorang artis dengan begitu meriah sekali.

Tika majlis bermula, aku tidak dapat bersama Alyssa kerana dia kelihatan sibuk sekali. Nun jauh disana, aku lihat Alyssa keseorangan seketika, dan inilah peluang aku untuk bercakap dengan Alyssa. Aku segera menghampiri Alyssa, Alyssa dari jauh melayangkan senyuman sinis manisnya kepada aku. “Alyssa…cantik awak malam ni…”, sapaan aku untuk memulakan bicara. “oh…terima kasih, Amin..”, Alyssa menjawap dengan tenang. Tiba-tiba latar muzik berubah dan semua pasangan segera berdiri dan menari. “Alyssa..jom kita menari berdua..”, dengan sinis senyuman, Alyssa segera bangun berdiri dan memulakan langkah romantic menari bersamaku. Ya… inilah saat yang paling indah. Aku kira, inilah masanya untukku memeluk serangkai cinta Alyssa.

Lalu, aku merapatkan tubuhku kepada Alyssa dan tiba-tiba, dushh!!! satu penumbuk jantan laju tepat singgah ke pipi aku. “Cis..!lelaki jalanan..!! berani-beraninya kamu menggoda Alyssa,”, bingung aku, siapa pula lelaki ini. Keadaan di majlis ini menjadi tegang. Muzik terhenti dan semua hadirin memandang ke arah aku, Alyssa dan lelaki itu. “Alyssa,” aku tertanya sendiri. “Bro, yang kau pula siapa?”, aku bertanyakan lelaki misteri kononnya ini. “Alyssa, siapa si buruk ni..?,” “entah sayang, Lisa tak kenal pom..tetiba jew dia mai tarik tangan Lisa…”, jawap Alyssa seolah-olah tidak mengenali aku. “oii..ni majlis hari jadi aku, aku tak mahu kau buat kacau kat sini..lebih baik kau pergi dari sini sebelum aku panggil polis..!” ganas juga amaran lelaki itu sambil menunding jari ke arah pintu keluar dari hotel ini. “Alyssa…apa semua ni..?”, Tanya aku kepada Alyssa, mahukan penjelasan. “Amin..kita tak ada apa-apa pun…Kau tak layak dampingi aku…apa kau ada!? Dasar lelaki jalanan..!”, balas Alyssa yang agak keras untuk aku yang mengenalinya sejak zaman persekolahan dulu lagi ini.
“Alyssa..dulu kau kata kau cintai aku…”, belum habis aku berbicara datang pula lelaki misteri itu menyampuk, “Hahahaha…..gadis secantik Alyssa mahu bercinta dengan mat rempit selekeh macam kau…!oi sampah..kau jangan nak bermimpi disini la…hahaha”. Akur, melihat juga Alyssa yang sedang memeluk erat lelaki itu dan menciuminya di pipi, sakit melihat gelagak mereka berdua. “Sayang, tak perlu risau kat sampah ni..jom la kita menari…”, “jom Alyssa…”, aduh, kata-kata Alyssa bagai pedang tertusuk di dada aku dan semua hadirin yang menontoni aku mentertawakan aku dengan sungguh menjengkel sekali. Terasa terlalu hina untuk aku berada disini lagi lalu aku melangkah keluar daripada panggung sandiwara ini.

Aduh, sakitnya ku rasa. Apakah semua ini? Apa yang terjadi ni? Peristiwa yang aku sangka paling manis rupanya paling pahit untuk aku telan hakikat sebenarnya ini. Ya, aku miskin, mat rempit, tapi adakah ini balasan untuk aku? Selayakkah aku diperlakukan sebegini? Berderai airmata dimataku mengiringi langkahku keluar dari majlis berduri ini. Aku meninggali majlis itu dengan penuh kesakitan, luka akibat perbuatan Alyssa. Sungguh tidak aku sangka, gadis selembut watak Alyssa yang aku kenali bertahun sudah itu melakukan sebegini, sehinanya kejam kepada aku. Adakah satu dosa untuk aku yang dilahirkan dalam keluarga yang miskin ini untuk memiliki cinta? Apakah ini Takdir untukku, seorang pejuang cinta? Pelbagai peroalan dan penyesalan bermain-main diminda aku.

Tiada lagi manis di dunia ini, hanyalah pahit semata. Remuk hatiku amat terkesan dalam lipatan sejarah kehidupanku. Salah aku juga yang terlalu meninggikan watak Alyssa dalam hatiku. Tika manis, keindahan yang amat dapatku rasai namun tika pahit sebegini, kesakitam yang perit aku terpaksa hadapi dan rasai. Tidak.. tidak.. Alyssa, ini pasti adalah satu kesilapan. Mimpi segalanya. Sesekali terjamah dihatiku untuk menidakkan segala kenyataan ini. Terlalu berat untuk aku mengakui kenyataan yang menyakitkan ini. Alyssa, akanku juang cintaku ini sehebatnya, akanku curahkan segala kemewahan dan akanku simbahkan kenikmatan dunia untuk kau, Alyssa. Jika itu yang sebenarnya yang kau mahu sebagai tiket untuk mengejar cinta mu itu.

Berlinang airmataku menemani aku kembali ke Perak untuk menyambung ke semester 6. Hati pedih dan fikiran bercelaru, masih mampukah aku untuk bertahan? Kelapangan hanya sekejap, semester 6 aku bermula. Permulaan yang baik dapatku jalani dengan berbekalkan hati yang ingin kuat melawan Takdir. Hari berganti hari dan minggu bersilang bulan, semangatku makin goyah. Pelajaran aku makin merosot. Saat paling pahit, aku dan Alyssa makin jelas terbayang dimataku sehingga menghancurkan segala kedamaian fikiranku ini. Aku mengambil ujian akhir semester 6 aku dengan berlinang airmata dan jatuh menitis ke atas kertas ujianku. Basah dipipi, kuyup dihati berlumut kelam dijiwa. Perbuatan Alyssa yang menghina cinta suci aku amat mematahkan sayap ketenangan aku. Memegang segala janji Alyssa seperti aku berpegang di dahan yang rapuh. Alam sudi menjadi saksi untuk segalanya.

Dulu Alyssa pernah berkata yang cintanya adalah ke mati untukku, akulah juga raja yang bertahta dihatinya, akulah yang dia puja dan akulah segalanya tapi kini, aku sedari, kekayaan adalah segalanya bagi cinta si Alyssa. Alam menjadi saksi yang setia, janji tinggal janji. Kiranya aku sememangnya akur dengan Takdir ini tapi luka tetap berdarah dihati. Orang yang aku sayangi lebih daripada segalanya ini telah menduakan aku dan menjatuhkan aku.

Hampir sebulan sudah semester ke 6 aku tamat. Keputusan ujian akhir semester 6 aku menunjukkan kejatuhan dan kemerosotan seteruknya untuk aku. Aku tidak dapat menerima kenyataan ini lalu mengambil keputusan untuk mengambil cuti satu semester sebelum menyambung pelajaranku di UiTM Shah Alam pula dan memilih untuk bekerja di sebuah firma arkitek di Ipoh. Di Ipoh, aku menjalani kehidupan yang sepi tanpa cinta dan setiap malam airmata yang mengalir pasti di pipiku. Sakit tidak terperi atas kecurangan Alyssa bagai tiada lagi penawarnya di dunia ini. Siapa yang mampu menyangka apabila bunga yang aku siram setiap waktu sejak 5 tahun dahulu kini mekar dijambangan orang lain.

Termenung sesekali aku sendiri, merenung tepat ke langit dan berfikiran terbuka di minda, melapangkan fikiran. Tika aku bersendirian merenung nasib di bawah hamparan langit yang luas ini, Andy menalifon aku dan kami sempat berbual seketika tentang kisah sahabat kami seorang lagi itu yang berada di Kelantan, Amir.

Al kisah Amir dan pasangan terpujanya Anis juga mengalami nasib yang hampir sama dengan kisah aku dan Andy yang ditinggalkan dek kekasih hati. Anis memutuskan hubungan cintanya dengan Amir kerana keegoaannya mulai memuncak apabila Amir berstatus pekerja sedangkan Anis seorang graduan IPT. Anis memandang dengan penuh keaiban untuk terus bersama Amir yang kiranya amat menjengkelkan baginya. Tidak membalas atau melawan, akur sahaja Amir dengan keputusan Anis. “Dah la,wak…saya rasa semacam jew la hubungan kita nie..saya rasa saya tak ada masa dengan awak. Lagipun saya dah ada yang lain yang lebih pandai jadi awak jangan kacau saya lagi..”, kata-kata Anis yang pastinya tidak mungkin Amir lupakan walau bertandang sejuta wajah. Penghinaan ini cukup membuatkan hati Amir gugur luruh dan kesakitan tidak terperi namun mengalir airmata yang pasti di pipi Amir.

Amir meneruskan perjalanan kehidupan ini tanpa cinta dan sepi keseorangan. Benar kata-kata sesetengah pujangga cinta, hidup sendirian kadang kala lebih baik daripada berpasangan namun jauh di sudut hati kami bertiga yang ditinggalkan kekasih ingin untuk menakluki hati setaman bunga yang bernama cinta untuk menyirami ketandusan hati ini. Kami iaitu aku (Amin), Andy dan Amir yang akrab bersahabat ini menerima nasib berairmata yang sama iaitu terseret di panggung sandiwara cinta sebagai liku permulaan kami untuk melangkah ke alam remaja ataupun awal dewasa ini.


Dimanakah sumpah janji untuk setia ? masihkah ada manis dalam percintaan ? masih adakah perkataan setia dan selama-lamanya di dunia ini? Tertanya kami sendiri bersama di kaki langit yang tentunya telah menjadi saksi untuk segala kemelut yang melanda remuk hati kami bertiga yang berketandusan cinta dan dipermainkan oleh watak kesayangan sendiri.

“kenapa aku kau tinggalkan, Nadia ?”
“kenapa aku kau tinggalkan, Anis… ?”
“kenapa aku kau tinggalkan, Alyssa…?”

“kenapa kau masih tidak sedari, Andy ?”
“kenapa kau masih tidak sedari, Amir.. ?”
“kenapa kau masih tidak sedari, Amin…?”

Pedih dihati kami moga Tuhan dengari rintihannya. Setiap kegelapan malam, moga Tuhan sinari siangnya. Hanya kepada Tuhan, tempat setia untuk kami mengadu, semoga hati kami selalu tabah dan cekal, kuat mengharungi dugaan ini……………..……….(tamat episod 03)


Episod 04 : Metropolitan (rekaan penulis semata)

Sementara jauh daripada kisah sekumpulan sahabat ini, masih ada seseorang yang mengamati segala kisah yang berlaku dari jauh. “Amin, semoga kau mengerti akan perasaanku kepada mu ini….”, seorang watak perempuan yang menumpang nama dalam drama kehidupan Amin dan sahabat-sahabatnya. Diyana… watak kecil antara Amin, Andy, Amir, Aisyah, Aira dan Alyssa. Mereka semua adalah rakan sekelas semasa berada di tingkatan tiga (3) dahulu. Diyana ada seorang gadis manis, bertubuh kecil yang berasal dari Ipoh, Perak dan terpaksa bersekolah di Kelantan atas sebab pekerjaan ayahnya yang selalu bertukar tempat. Pada awal tingkatan empat (4) dulu, Diyana cuba menghampiri kumpulan 6A tapi atas sebab loghat bahasa yang berlainan, keakraban mereka dengan Diyana agak terbalas. Ketika berada di tingkatan empat (4), Diyana agak lemah dalam subjek Matematik oleh sebab Amin dan Andy adalah pelajar paling cemerlang untuk subjek itu di sekolah, mereka dan Diyana selalu juga mengulangkaji bersama-sama. Tentunya ada maksud yang tersirat didalam hati Diyana untuk merapati diri dengan Amin selain daripada demi pembelanjaran itu.

Selepas tamat SPM, Diyana berpindah pula ke Puchong, Selangor. Lalu, hubungan antara Diyana dan kumpulan 6A menjadi renggang. Namun, teknologi memangkinkan hubungan mereka tatkala mereka sering berhubung melalui laman social dan laman sembang. Dan yang pastinya hubungan antara Diyana dan Amin tidak pernah terputus. Nun jauh di dasar hati Diyana terukir cantik nama Amin sebagai watak lelaki kecintaannya sejak diawal pertemuan kali pertama mereka dahulu.
Atas sebab kekuatan yang hebat pada cinta Amin untuk Alyssa telah menyanggupkan Diyana untuk merahsiakan sahaja perasaan tulusnya terhadap Amin itu. Walau tampak mustahil bagi Diyana untuk meraih cinta Amin namun kesetiaan, terbelit erat memegang kuat perasaan Diyana itu dari dahulu sehinggalah ke suatu hari yang belum pasti. Ketika usia meningkat dewasa ini, perasaan Diyana terhadap Amin itu masih kebal walau telah dimamah masa, lalu memaksa dan menggerakkan jasad Diyana untuk mengintai-intai jejak kisah Amin dari jauh tanpa Amin sedari. Keagungan cinta Diyana kian terbukti apabila setiap perasaan atau rasa yang menyelubungi Amin, dapat jelas Diyana juga merasai. Malam atau siang dihati Amin pasti juga Diyana merasainya dengan sempurnanya.“Amin….akan Yna simpan diam perasaan ini andai benar Alyssa adalah watak cintamu….” , berbicara sendiri dihati Diyana untuk setiap rasa pasrahnya. Setiap malam, hanyalah si Bulan yang setia tuli mendengari rintihan demi keluhan hati Diyana. Namun, sesal…. tidak pernah walau sekali Diyana rasakan kerana mencintai Amin. Ya.. mungkin benar kata si pujangga cinta, “cinta tidak harus memilikki..”

Al kisah Amin pula yang hampir lapan (8) bulan bekerja di Ipoh. Amin membuat keputusan yang agak berat sebenarnya untuk Amin berhenti bekerja di firma itu dan menyambung semula pembelanjarannya di UiTM Shah Alam. Ya, alam pekerjaan sememangnya ketara berbeza daripada alam persekolahan walaupun alam pekerjaan lebih mencabar apabila tanggungjawap yang kita galas makin berat dan besar tapi semua itu warna-warni di alam pekerjaan yang tentunya lebih seronok daripada alam persekolahan yang penuh dengan politik dan cacat celanya. Impian untuk menjadi seorang Arkitek yang hebat dan rasa semangat untuk menebus kembali maruah Amin yang telah dicalarkan dengan pelbagai isu sebelum ini telah membuatkan Amin ingin terus bangkit untuk menjulang segala darjat ilmu dan memusnahkan segala kebodohan dulu. Berat untuk kaki Amin melangkah keluar daripada firma itu seberat hatinya untuk meninggalkan suasana firma itu yang penuh keceriaan.

Tatkala kaki Amin melangkah keluar dari firma itu, pengarah dan peneraju utama iaitu Ar Raja, sempat memberikan kata-kata hikmah yang pastinya tidak akan pernah padam dalam benak ingatan Amin. “Amin… Ular yang menjalar di akar, tidak akan hilang bisanya malah makin hebat sentakkannya… dan Amin… lepaskanlah segala permainan dunia supaya meraih kemajuan kerana ingatlah, setiap kejayaan itu perlukan pengorbanan…”. Senyuman Amin lemparkan untuk segala khidmat nasihat dan bimbingan seraya kaki Amin melangkah menghadapi dunia yang penuh dengan segala kemungkinan yang tiada pasti. Namun segala kejadian telah azali tertulis dari ketentuan dari Yang Maha Kuasa keatas setiap kehidupan. Sisa-sisa nafas yang masih ada ini, kita sebagai manusia tidak akan pernah terhindar daripada melakukan kesilapan, walau bagaimanapun hidup ini mesti diteruskan untuk mencari dan menyelesaikan segala yang telah ditakdirkan.


Setibanya aku di stesen perhentian bas di seksyen 17, Shah Alam, aku di jemput mesra oleh seorang sahabat yang dulunya tinggal serumah bersamaku ketika sama-sama belajar di Perak. Di Shah Alam ini, aku akan tinggal bersamanya yang juga didiami oleh beberapa rakan seperjuangan aku. Kami bergabung sekali lagi selepas terpisah hampir setahun dulu kerana diantara kami semua yang sama-sama belajar di Perak dulu dibawah penjagaan Encik Mior, hanya aku seorang saja yang telah mengambil keputusan untuk menangguhkan pembelajaran dan bekerja dahulu sebelum ke Shah Alam. Kegembiraan remaja dapat terserlah diwajah kami semua apabila dapat bergabung sekali lagi di wilayah yang lebih besar dan makin mencabar ini.

Minggu pertama aku di Shah Alam terlewat dengan bersahaja kerana sesi pembelanjaran di UiTM akan dimulai rasminya pada minggu hadapan. Aku akrab dengan semua seisi rumah yang berjumlah sepuluh (10) orang pelajar terutamanya tiga (3) diantara mereka iaitu Jay, Ian dan May. Satu minggu pertama ini, waktu tertinggal jauh dengan keriangan kami raih di setiap masa. Kami beramai-ramai bersiar-siar mengililingi kota sambil mengenali selok belok kota Shah Alam ini yang boleh dikatakan agak ganjal bagi aku yang baru pertama kalinya menjejakkan kaki disini.

Pada malam Sabtu sebelum UiTM dibuka semula, selepas isyak, aku bersama dua (2) orang sahabat karip iaitu Jay dan May keluar meninggalkan rumah kira-kira jam Sembilan (9) malam untuk ke Bandar Shah Alam, menikmati keindahan kota yang sedia terhias dengan gemerlapan sinar neon dan memerhati ketenangan kota dibawah lapangan langit yang dipenuhi bintang-bintang yang berkilauan mesra di atas sana. Kami bertiga (3) memasuki Bandar Shah Alam dengan menaiki motorsikal sendiri meninggalkan tujuh (7) orang rakan serumah kami yang lain kerana mereka selalu sibuk dengan aktiviti tersendiri. Ya..agak ganjal juga rasa dihatiku apa Ian tidak dapat ikut serta kami berfoya-foya ke bandar kerana dia juga miliki aktiviti tersendiri pada malam itu. Kami berempat termasuk Ian jarang sekali berpisah dan selalu kami bersama walau kemana saja kami pergi. Barangkali Ian masih riang bersama teman wanitanya atau dia juga ikut serta bersama enam (6) orang rakan serumah kami itu, aku juga tidak pasti. Keakraban kami berempat cukup jelas ternyata apabila keriangan akan terasa kehilangan serinya apabila salah seorang daripada kami tiada bersama. Namun kami mengerti, “privacy” setiap manusia perlu dihormati kerana setiap manusia itu milikki keperibadian tersendiri.

Jam di pergelangan tangan kiri aku menunjukkan waktu hampir dua (2) pagi. Puas..dan penat, kami bertolak pulang ke rumah sewa yang berada kira-kira empat (4) kilometer sahaja dari Bandar Shah Alam ini. Sebelum tiba ke rumah sewa kami, sempat juga kami bertiga singgah di sebuah kedai india-muslim untuk bekena nasi lemak sebagai jamuan tengah malam setelah penat berfoya-foya sebentar tadi. Hampir satu (1) jam kami meluangkan masa di restoren itu, perut kenyang hati pun senang..Kami bertolak pulang.

Setibanya kami di rumah, mereka bertujuh masih belum pulang. Kami segera naik ke tingkat atas rumah untuk bermain permainan komputer dan sudah menjadi kebiasaan apabila ada saja masa terluang, kami bertiga akan menghabiskan masa dengan bermain permainan komputer ini. Lebih kurang sepuluh (10) minit kami leka bermain, mereka bertujuh itu pulang dan tiba di rumah. Kami hanya menunggu di ruangan tamu di tingkat atas rumah untuk bertanyakan kepada sesuatu kepada mereka. Kemushkilan difikiran kami amat mendesak kami untuk bertanyakan mereka bertujuh tentang aktiviti yang setiap malam mereka ikuti itu.

Selepas itu, A.G, iaitu salah seorang isi rumah kami yang juga menggikut aktiviti pada setiap malam itu naik ke tingkat atas untuk menggunakan komputer May untuk melayari internet. Sementara itu, aku dan May berpakat untuk menanyakan soal aktiviti rahsia itu kepada A.G manakala Jay hanya diam membisu di bingkai jendela merenung ke dada langit. Renungan Jay itu seakan ada sesuatu yang amat berat yang sedang bermain di kepalanya. Melihat keadaan Paijan yang tiba-tiba saja terdiam seraya May menghampiri A.G dari belakang dan memulakan pertanyaan. Satu demi satu kata May merencanakan bicara dan A.G pula memberikan respon yang agak memuaskan. Oh, rupanya mereka sedang mengikut program keusahawanan yang diasaskan oleh sepupu kepada “Z” iaitu senior satu (1) semester kami di Perak dulu. Satu peluang perniagaan terkini iaitu peniklanan dan pemasaran secara elotronik gajet berserta satu sistem perniagaan rangkaian atau dengan kata lainnya, “network marketing”.

Penerangan secara bersahaja dari A.G membuat aku dan May asyik dan memahami setiap perincian sistem dan konsep pemasaran yang ditawarkan oleh syarikat itu yang pastinya sebuah syarikat rangkaian bumiputera. Asyik aku melihat dan cuba memahami lebih dalam akan lakaran-lakaran sistem pemasaran yang dijelaskan oleh A.G. Sendiri hatiku berkata, “sejak bila pula A.G ni pandai berucap..?” .

Terlintas difikiran aku, mungkin ini yang sedang difikirkan oleh Jay. Selepas memberikan penjelasan, A.G turun semula kebawah, tiba-tiba Din dan Ian pula keatas, ke bilik aku. Senyuman dan keceriaan wajah Ian cukup mengatakan yang dia juga telah berdaftar dan menjadi sebahagian daripada ahli perniagaan ini. Din juga berkata yang Jay juga akan didaftarkan keesokkan harinya. Kami bertanyakan pelbagai soalan dan sesi perbualan bermula hingga ke subuh. Tatkala semua ahli rumah sewa kami sedang tidur, aku dan May masih berjaga. “May, macam mana…kau nak join ker benda alah tu?”, aku menanyakan May dan May hanya mengiakan saja. Kata May, dia hanya ingin membantu Jay kerana perniagaan ini perlukan “skill” berkomunikasi yang mantap dan Jay agak lemah sedikit dalam berkomunikasi dengan pihak awam. Inilah peluang aku untuk mendapatkan pengalaman dan juga aku difahamkan yang perniagaan ini amat mudah untuk mendapatkan pulangan yang lumayan. Suatu ketika dahulu, aku dikecewakan dek Alyssa kerana aku seorang lelaki yang tidak berharta, dan mungkin inilah peluang aku untuk membeli semula cinta Alyssa.
Aku dan May sebulat ingin menyertai perniagaan ini, dan tentunya lebih menyeronokkan apabila semua ahli rumah sewa kami juga menyertai perniagaan ini. Sekurang-kurangnya kami dapat menempuhi segala cabaran ini bersama-sama. Setelah keputusan dibuat, aku dan May melelapkan mata.

Petang menjelang, dan mataku terbuka melihat hanya aku dan May sahaja yang tinggal di rumah ini pada ketika ini. Mungkin mereka yang lain sedang bergerak untuk memulakan perniagaan mereka. Aku mengejutkan May dan terus ke bilik air untuk mandi. Setelah bersiap, aku dan May meninggalkan rumah untuk mengenakan makanan di kedai yang berdekatan. Sedang asyik kami menjamu selera, “ Min, kau ada ker modal untuk daftar business ni..?”,“tak ada lagi,May… kau pula macam mana,dah ader ker..?”, aku memalingkan soalan kepada May semula. “aku nak jual chips poker aku la…cukup la kalau setakat nak daftar pakej yang paling murah, rm 549 kan..”. aku hanya mengiakan saja dan meneruskan menjamu selera. Jauh dalam fikiran aku, dimanalah hendak aku mencari modal untuk menyertai perniagaan itu bersama rakan-rakan aku?. Alngkah ruginya aku jika aku tidak dapat turut serta dalam perniagaan ini. Aku tekad untuk mencari modal walau ke lubang cacing sekalipun kerana ini adalah peluang aku untuk membuka mata Alyssa yang aku juga boleh peroleh kekayaan dengan usaha aku sendiri. Selesai menjamu selera, aku dan May segera pulang kerumah. Di dalam bilik, aku segera melayari internet dan ke laman sembang manakala May pula ke laman sosial untuk menjual chips poker untuk membuat modal menyertai perniagaan itu.

Nama Alyssa tetap terpahat dihatiku yang telah menewaskan kewibawaan aku sebagai seorang lelaki dan inilah masanya untuk aku membuktikan yang aku bukannya lelaki tidak berguna dimata masyarakat. Namun bagaimana cara untuk aku mendapatkan modal untuk menyertai perniaagan itu sedangkan aku tidak mendapat pinjaman PTPTN kerana kejatuhan keputusan ujian akhir semester dulu. Sementara May pula sudah mendapat buyer manakala aku pula masih buntu dan membawa kami sampai ke malam. Tiba hari malam, kami dipelawa oleh semua warga rumah sewa kami untuk menyertai mereka ke port yang diadakan berhampiran dengan rumah sewa kami itu. Kami semua kesana pada jam 0830 malam.

Disana aku terpegung melihat sesi closing yang sedanga ranjak dijalankan untuk setiap meja. Bersebelahan aku juga ada seorang ahli yang sedang closing dan menempakkan kejayaan. Makin meronta jiwa aku untuk menyertai perniagaan ini apabila Chik iaitu salah seorang warga rumah sewa aku yang juga telah mendaftar terlebih dahulu daripada Sham telah mengumumkan kepada kami semua yang dia telah mendapat lima pairing untuk malam itu sahja yang bernilai RM 500. Keuntungan dan pulangan dalam perniagaan ini dibayar mengikut jumlah pairing yang diperoleh oleh setiap ahli. Setiap pairing dibayar RM 100 iaitu nilai yang pairing bonus yang paling tinggi di dalam Malaysia pada ketika ini.

Telah banyak kajian dan penamatan yang telah aku dan May lakukan siang tadi untuk mendapatkan kepastian akan kesahihan perniagaan ini. Dan kami dapati syarikat yang di sertai oleh mereka ini adalah yang terbaik dalam senarai syarikat MLM dan siasaskan oleh bumiputra. Melihat May menyerahkan wang kepada Lai iaitu seoarang ahli rumah kami yang juga ditugaskan oleh Chik untuk mendaftarkan ahli-ahli baru, aku teruja untuk mendaftar juga. Namun, modal masih aku tidak punyai lagi. Oh Tuhan, dimanakah harus aku temui modal untuk mengubah hidup aku ini. Terbayang-bayang selang wajah Alyssa yang cukup memberikan aku impak yang kuat untuk mengubah hidup, lalu, terbayang pula wajah-wajah kumpulan 6A. Oh ya, Andy berada di Kelana Jaya, mungkin boleh membantu aku untuk dapatkan modal itu.

Jiwa aku untuk meyertai perniagaan ini makin membara apabila ditayangkan kereta-kereta mewah sebagai bukti yang perniagaan ini sememangnya benar. Yang paling menampar jiwa aku apabila seorang leader hebat menayangkan kereta Toyota celica yang juga kereta idaman aku sejak dulu lagi. Aduh..semangat makin bergelora dan membuak-buak untuk memintas modal untuk menyertai perniagaan ini hingga membawa aku ke lewat malam.

Pada jam tepat 0200 pagi, aku meninggalkan port dan menghala ke apartment Andy dengan menaiki motorsikal Honda Wave 100-turbo seorang diri dengan niat untuk meminjam sejumlah modal. Sebelum perjalan ini, aku singgah di stesen minyak petronas dan mengisi full . Sebenarnya aku belum pernah lagi memandu sendirian ke rumah Andy, ditambah lagi waktu malam sememangnya aku agak elergi. Aku pula jenis tidak dapat menghafal jalan dan mata aku rabun. Namun keupayaan untuk mencari modal aku teruskan dengan berbekalkan semangat utnuk mengidup hidup aku yang selalu dipandang hina kerana aku seorang yang papa. Wang simpanan aku yang dapat aku menabung ketika bekerja di Ipoh dulu sudah habis aku belanjakan dalam mengubahsuai motorsikal aku dan membayar yuran pengajian. Teknik dan kiraan untuk mendapatkan pulangan dalam perniagaan networking ini telah aku fahami dan membuatkan aku berani untuk meminjam modalnya dari Andy.

Ditakdirkan Illahi, perjalanan aku ke apartment Andy menelan waktu yang amat panjang kira-kira lebih empat (4) jam sedangkan jaraknya tidaklah terlalu jauh. Aku tersesat dalm perjalanan hingga membawa aku menghala ke pusat bandar Kuala Lumpur. Apalah nasib tubuhku menerima halangan ini, aku cekal mencari jalan keluar dari kesesatan ini dan membuahkan hasil apabila telah aku dapat dari pemandangan yang jauh apartment Andy. Setibanya aku di rumah Andy, kedengaran laungan azan subuh dari masjid yang berdekatan. Kedatangan aku disambut baik oleh abang Andy yang juga tinggal disitu. “Andy mana ea..?”, aku menanyai Andy yang tidak menampakkan bayang. Oh.. Andy sedang bersiap untuk pergi bekerja kebetulan pula pada hari itu Andy dijadualkan terbang pada awal pagi. Nasib seakan tidak mengizinkan aku untuk meneruskan hajat untuk meminjam sejumlah wang modal daripada Andy. “Min,kau lepak-lepak la dulu ea..tengah hari nanti aku balik, kita lunch bersama..”, katanya Andy seraya melangkah kaki mencari rezeki. Haihh, apa daya aku.
Menjelang tengah hari, aku masih terbeliak segar biji mata menunggu Andy pulang sambil berbual mesra dengan abang Andy, Oppie. Jam di dinding apartment Andy menunjukkan waktu 0130 petang dan Andy selamat pulang dari kerja. Tersenyum aku apabila melihat Andy yang baru saja pulang dan fikiran aku mula aktif mengenangkan niat aku untuk meminjam sejumlah modal daripada Andy mungkin tercapai. Andy tidak bersembang panjang, dia terus ke biliknya dan menukar pakaian untuk bersama aku dan Oppie keluar menjamu selera tengah hari. Kami ke sebuah restoren yang berhampiran dan mengenakan hidangan tengah hari. Selesai makan, kami berbual-bual dan seraya itu aku meluahkan hasrat untuk meminjam sejumlah modal itu kepada Andy. Namun, hasrat aku hampa. Andy tidak dapat membantu kerana dia sudah berbelanja agak besar pada bulan itu dengan membeli sebuah motorsikal dan juga memerbaiki keretanya. Aduh, sememangnya nasib aku tiada cerahnya. Berbekalkan perasaan hampa dan buntu fikiran untuk mencari sumber yang lain untuk mendapatkan modal itu, aku mengambil keputusan untuk pulang ke Shah Alam.

Tatkala Andy dan Oppie menghantar aku ke tempat letak motorsikal yang aku tempatkan motorsikal aku, kami semua dikejutkan dengan satu musibah yang paling berat dalm kisah aku mencari modal ini. Meracau aku seketika apabila motorsikal aku hilang dan sudah pastinya telah dicuri. “Tidakkkk….” , apalah malang nasib aku ini, modalnya tidak dapat, motorsikal aku pula hilang. Segera aku menalifon ibu aku dikampung dan memberitahu kejadian ini. Fikiran aku mula tidak menentu, resah duka menyelubungi hati. Segera Andy mencuba untuk menenangkan aku namun, apa lagi yang mampu aku lakukan selain berteriak kesakitan hati ini. Hasrat tidak terlunas malah satu-satunya harta aku didunia ini pula ditarik Tuhan.

Tidak berguna juga kalau aku terus meraung, kami segera ke balai polis yang berdekatan untuk membuat laporan kehilangan ini ke pihak yang berkuasa. Aku sedar, walau aku membuat laporan ini, motorsikal kesayangan aku itu terlalu mustahil untuk dijumpai lagi namun apa lagi yang mampu aku lakukan. Aku pasrah manakala Andy dan Oppie pula berasa serba salah pula dan menyalahkan diri mereka sendiri atas kejadian ini. Mereka tekad untuk mencari sejumlah wang untuk aku sebagai melunaskan hasrat aku tadi. Hanya 20 minit sahaja, tiba-tiba Andy menghulurkan aku sejumlah wang. Andy dan oppie telah menghubungi 9 orang sahabat-sahabat aku di kampung termasuk Amir supaya me-bank in seberapa yang termampu oleh mereka untuk aku. Kuasa persahabatan.

Terpaku dan tergamam aku seketika melihat usaha dan kasih seorang sahabat yang sedaya upaya membantu aku untuk meraih apa yang selalu aku inginkan. Dalam seketika itu, Andy sempat berpesan kepada aku bahawa dia pertaruhkan kepercayaan dia terhadap aku untuk menjadi penjamin atas peminjaman ini dan serunya untuk aku menggunakan wang itu kearah kebaikan. Setelah itu, sebuah kereta yang dipandu oleh Teh dan membawa tiga orang rakan aku termasuk May dan Jay datang untuk membawa aku pulang ke rumah sewa kami. Mereka juga turut bersimpati atas kehilangan motorsikal aku yang teramat bermakna bagi aku itu.
Setibanya aku di rumah sewa, segera aku memberikan wang modal itu kepada Lai untuk mendaftarkan diri. “Min…aku tahu terlalu payah nak kau dapatkan modal ini..jadi, kau kena buat la business ni betul-betul ya…”, Lai juga Lai memberikan sepatah dua ceramah ringkas sebagai kata-kata permulaan dalam business yang penuh cabaran ini. Nasib aku baik, nama aku didaftarkan tepat dibawah May yang juga termasuk didalam rangkaian Jay. Gempurrr….!!!! Berbekalkan semangat untuk mengubah hidup dan memalingkan segala tomahan dan hinaan masyarakat terhadap sosial-ekonomi, aku terus melangkah bersama rakan-rakan seperjuangan dibawah trademark kumpulan kami iaitu Boss .

Semangat membara, bermodalkan pakej yang paling kecil iaitu rm649, aku terus berniaga. Asyik berniaga, kadang terlupa juga akan pelajaran. Mungkin inilah nasib aku seorang perantau yang tidak akan mungkin teguh dilanda ombak metroplitan. Tidak sampai seminggu, aku telah mendapat pulangan sebanyak enam pairing bonus yang membawa nilai rm600. Terdetik untuk aku membayar balik modal yang telah dipinjami Alif kepada aku dulu tapi aku terlintas idea untuk membeli sebiji motorsikal dahulu agar mudah untuk aku meneruskan perniagaan. Aku telah meminta penangguhan pembayaran balik modal itu dari Andy dan Andy mengizinkannya. Dalam lena aku terbuai kemasukkan dan pengeluaran wang yang begitu banyak, aku lupa akan pelajaran dan lupa akan persahabatan diantara aku dan Andy. Namun, jauh difikiran Andy, dia mengetahui yang aku sedang asyik berniaga. Terlebih asyik aku berniaga apabila aku tidak pernah tewas dalam pendebatan diatas table-talk dan membuahkan hasil yang memberansangkan setiap. Ketika dirumah pula, aku leka bermain laman sembang dan disitulah tempatnya aku berlatih berkomunikasi. Dan ini adalah rutin aku.

Meraih pelbagai kejayaan dalam perniagaan, aku tekad untuk berhenti belajar. Apa mungkin dapat aku segala kemewahan jika aku terus menjadi seorang pelajar ?. satu semester tamat dan keputusannya tidak memberansangkan seperti terdahulu namun aku tidak walau sedikit menghiraukannya. Hanya business di fikiran aku tika ini. Datanglah satu malam yang damai, tika aku asyik mengedalikan beberapa orang downlines aku, Andy menalipon aku untuk berjumpa di restoren yang berdekatan. Walau asyik dengan perniagaan, persahabatan agung antara aku dan Andy masih kuat dihati cuma kadang terlupa. Aku dan Andy meluang masa bersama untuk malam itu sampai ke awal subuh dan pelbagai isu kami olahkan bersama. Sempat juga Andy melayangkan satu persoalan yang amat berbisa aku fikir dan sumpah, walau sampai saat aku menulis juga masih segar di ingatan aku tentang persoalan itu. “Min, apa ya sebenarnya bekalan kita untuk masa hadapan..?..Andai kau diberikan dua pilihan untuk memilih antara saliran paip kerajaan yang bersih dan terrawat atau sumber air perigi yang kolot dan hanya cukup-cukup makan jer…mana satu kau pilih, Min..?”, aku segera menjawab, “Andy, masa hadapan..mm..pengalaman dan ilmu kehidupan dan aku juga memilih saliran paip air kerajaan walau masa hadapan tidak lagi pasti tapi aku akan sediakan tangki yang mampu menampung seberapa banyak air..”.
Aku lihat Andy tiada respon dan hanya wajah bersahajanya. Apa mungkin jawapan aku itu tidak seperti yang dia harapkan tapi itu adalah jawapan yang keluar dari warasnya fikiran aku.

Hari berlalu dan tarikh bertambah angka dengan laju tanpa sempat aku mengira. Pelbagai rintangan dan pengorbanan aku serahkan pada perniagaan aku ini dan hanya perniagaan ini selalu aku cakna tanpa ada lagi aktiviti lain selain network marketing. Masuk semester kedua aku di Shah Alam, tanpa dipengaruhi dengan watak-watak lain, aku membuat keputusan untuk menangguhkan pengajian aku selama satu semester sebagai amaran untuk aku berhenti daripada belajar dan juga sebagai isyarat untuk aku terus sepenuhnya fokus pada perniagaan aku ini. Penangguhan ini dapat tentangan hebat daripada pihak pensyarah dan juga rakan-rakan studio-mate aku namun, aku tekad demi mengubah hidup. Siapa lagi yang lebih mengerti akan sakitnya hati aku apabila aku selalu dipandang hina oleh perempuan yang aku sayangi hanya sebab aku miskin.

Dengan misi retired-young, aku teruskan perniagaan ini dengan lebih rancak. Dengan teknik closing yang lebih mantap dan isi-isi yang lebih dewasa, bukan sekadar untuk wang ringgit akan tetapi soal hidup dan masa hadapan bangsa melayu. Aku lebih gemar menelaah buku-buku motivasi dan buku-buku yang berkaitan dengan network marketing untuk menambahkan lagi bisa pada sengat closing aku. Makin hari makin ramai downlines aku milikki hampir 200 frenchise yang bertapak dibawah aku. Dalam proses percambahan perniagaan ini, telah banyak kisah-kisah yang aku hadapi. Jay dan May yang pada mulanya bergabung bersama aku menerjah segala rintangan dalam perniagaan ini telah membawa haluan masing-masing dan telah menghentikan perniagaan mereka secara rasminya. Lalu, aku di ordinasikan oleh Din yang juga upline kepada Jay dan May.

Percaturan yang Din stratergikan pada rangkaian aku mendapat fedback yang teruk daripada downlines aku kerana mereka semua lebih terbiasa dan senang dengan stratergi yang aku, Jay dan May jalankan sebelum ini. Atas sebab masalah salah faham dan teknik pemikiran yang tidak sehaluan dengan Din, rangkaian aku hampir hancur dan ada juga yang mati . Masalah ini membawa aku untuk kembali mendapat khidmat nasihat dan stratergi daripada Jay yang mengordinasi rangkaian aku secara rahsia. Pergelutan dan pimikiran yang tidak sehaluan ini, amatlah dikesali kerana dulu kami semua sekepala dan bersama namun tatkala masing-masing mengejar pangkat, nama, duit dan populariti, kami berpecah. Jay dan May mula keluar dari rumah kami dan bertapak di satu rumah yang aku juga tidak ketahui. Berikutan tragedi perpecahan ini, Daniel juga ikut keluar daripada rumah dan menetap di asrama kampus.

Keserabutan dan perselisihan pendapat ini membuatkan aku kebingungan. “Ian…macam mana ni..semua dah pecah…tidak sehaluan lagi..apa harus aku lakukan?”, aku menanyakan Ian yang ketika itu asyik melayari laman sembang bersebelahan aku sementara isi rumah kami yang lain masih terbuai mimpi.
“Min, kau milikki kehebatan dalam kemahiran berfikiran meski kau dibawah Din, kau harus membuat keputusan sendiri..kau yang berhak atas perniagaan kau sendiri.. ayuh kita capai impian dan ubah hidup kita, Min..”. kata-kata seringkas itu telah membuatkan semangat aku membuak-buak bagai gelegak gelodak gunung berapi. Kata-kata Ian itu cukup memberikan aku semangat juang yang tinggi untuk meneruskan perniagaan ini. Kadang masa, terlintas juga dibenak fikiran aku, adakah jalan yang aku pilih ini adalah jalan yang sebenarnya ?, apa mungkin ibubapa aku senang dengan keputusan aku ini ?. Namun, aku hidup serumah lagi sebumbung dengan semua ahli perniagaan ini, mustahil jika aku tidak terpengaruh walau sedikit dengan cara pemikiran mereka.

Perpecahan antara isi rumah aku ini menjambakkan kerinduan sesama kami namun demi impian, persahabatan kami mulai goyah. Ini yang aku rasakan. Kami semua terlalu kebal dengan ego masing-masing, namun impian kami tetap satu iaitu ingin mengubah hidup. Pada awalnya, kami semua sebulat suara menyalahkan pihak kampus kami terdahulu atas sebab kontroversi dari pihak pensyarah kami dulu yang telah menjatuhkan maruah dan dedikasi kami sebagai seorang pelajar. Mereka mengaploitasikan dan memanipulasikan dengan politik yang kuat keatas markah dan keputusan ujian akhir semester kami dulu sehingga lebih daripada separuh jumlah pelajar batch kami terpaksa membiayai kos pembelanjaran sendiri kerana pinjaman pelajaran kami dihentikan atas sebab keputusan ujian akhir semester kami yang merosot teruk. Kami bersama andaian masing-masing cuba untuk menegakkan kebenaran namun, kami bagaikan mentimun yang ingin menggolek si durian, namun kami yang tergolek. Sememangnya kemusnahan jiwa aku yang dilukai dek Alyssa memberikan kesan pada ujian akhir semester aku dulu namun, nasib rakan-rakan aku yang lain juga turut teraniaya dengan kuku besi pihak pensyarah. Andai kami tidak diberhentikan pinjaman, mungkin kami tidak akan mengintai peluang perniagaan ini tapi, kami bersyukur sejenak apabila memikirkan hal ini disudut yang berbeza. Sekurang-kurangnya kami menemui peluang yang lebih hebat untuk mengubah hidup kami.

Jalan raya terlampau sunyi,
Untukku terus bermimpi,
Mataku belum mengantuk lagi,
Bawa kemana saja ku pergi…

Tunjukkan ku bulan gerhana,
Tiada siapa nak ku jumpa,
Benda yang tiada ku sangka ada,
Oh tak mengapa tak mengapa…

Walau semalam gundah gulana,
Hari ini hari mulia,
Tak pernah ku rasa sebegini,
Seperti mati hidup kembali…

Bawa ku hilang dari ingatan,
Hari ini sehingga esok,
Tak pernah daku rasa begini,
Seperti mati hidup kembali…

Angkasa penuh dengan berlian,
Kucapai sebelah tangan,
Sebalik awan ada cahaya,
Bercahayalah selamanya…

Aku tertawa seorang diri,
Darah yang mengalir terhenti,
Fikiran ku melayang-layang,
Tiada siapa yang perasan…
( “mati hidup kembali” daripada Buttefinger )

Bakat dan kredibiliti Amin diasah lagi, Amin terpilih untuk menjadi ketua production syarikat MLM itu dan membuatkan Amin lebih bertanggungjawap ke atas pergerakkan syarikat di sekitar Shah Alam. Bertungkus lumus Amin berkhidmat untuk memastikan penjualan frachices dari syarikat berjalan lancar dan meluas. Percambahan rangkaian Amin juga tidak ketinggalan mengalami revolusi yang besar. Amin bertambah semangat apabila disediakan insentif-insentif besar dari pihak syarikat kepada ahli-ahli yang aktif dan cemerlang dalam hasil jualan yang tinggi. Berbekalan pemangkin semangat untuk mengubah sosioekonomi hidup sendiri, Amin bersama-sama Ian dan rakan-rakannya yang lain terus melangkah, semakin jauh dan kian meluas. Satu tanggungjawap besar untuk meeka semua apabila syarikat menobatkan mereka semua sebagai leader untuk sekitar Shah Alam.

Sedikit sebanyak goyang juga semangat aku apabila Ian terpilih untuk membawa nama syarikat dan menguasai pasaran di sebelah utara Malaysia pula. Perpisahan ini membuatkan aku hilang seorang sahabat lagi. Selepas May dan Jay pergi atas sebab-sebab tersendiri, Takdir memisahkan aku dengan Ian pula. Mungkin Takdir cuba untuk mendedikasikan diri aku agar aku bekerja lebih tulus bersendiri. Langkah demi stratergi aku lancarkan atas rangkaian aku dan membuahkan hasil yang kian cemerlang dari semasa ke semasa. Desakkan hidup dan ironi cinta, kasih yang mendera aku untuk lebih menekan diri sendiri dalam mengejar impian yang satu ini. Impian aku untuk menjadi seorang arkitek hebat di Asia ini telah terbeku dan hampir lenyap dari teras fikiran aku. Siang mahupun malam, hanya network yang berlegar-legar difikiran aku tanpa ada yang lain. Peristiwa di Hotel Concord dahulu cukup memberikan tamparan yang kuat kepada aku, dan inilah masanya yang tepat lagi sesuai untuk aku membuktikan kepada Alyssa yang aku juga mampu berjaya dalam kehidupan ini walau tanpa kasihnya. Setidaklah aku seperti yang selalu dihinainya selama ini.

Hubungan aku dengan Andy mulai renggang bukan kerana kami bergaduh tetapi kesibukkan dan tanggungjawap aku yang semakin besar ini membataskan waktu untuk aku bersama Andy. Sebegitu juga dengan hubungan aku dengan seisi keluarga aku di kampung, seolah-olah aku membuang keluarga juga sahabat handai semata-mata network ini.
Kelenaan aku pada network ini mulai disedari oleh beberapa orang downlines aku, “Abang Amin, Fieda tengok abang dah banyak sangat berubah…”, bias kata-kata Fieda walau sedikit tidak aku mengendahkan. Walaubagaimanapun, impian tetap terus diburu walau akan hilang segala cahaya didunia ini, sinar harapan dan kilauan impian akan tetap menerangi alam. Namun, Allah Maha Kuasa, bisa menentukan segalanya. Apa juga yang bakal dihadapi pada masa akan tiba, semuanya telah ditentukan-Nya. Terdetik di fikiran aku yang kini aku sedang mendaki dan kian hampir kepada puncaknya. Lalu, aku terasa sejuk hati dan mensyukuri segala hikmah yang bagainya sedang membayar setiap kepingan hati aku yang telah hancur dulu. Dalam keretakkan hati ini, aku cuba membalutinya dengan dendam dan semangat. Amal ibadat tidak aku lupai kini, setiap petang diantara waktu magrib dan isyak, aku memunjatkan harapan dan kesyukuran pada setiap perjalanan hidupku selama ini berselang dengan zikir (1 000x) sehari atas segala rahmat-Nya. Namun fitrah aku sebagai seorang pengiat seni ini tetap melekat dihati namun, apa yang mampu aku lakukan, “dengan nama Allah yang Maha Penyayang lagi Maha Pengasihani, tiada tuhan diantaranya selain Engkau, wahai tuhanku, sesungguhnya telah aku menzalimi diriku sendiri…ya Tuhan…andai ini satu kesilapan, hentikanlah segalanya dengan hebatnya dan kiranya ini adalah kebenaran yang sejati, lonjatkanlah aku kehadapnya dengan setingginya.. sesungguhnya Kau yang mengatur segalanya atas kehidupan yang luas ini…”.......................................................................................................( tamat episod 04 )


Episod 05 : Inikah Takdir (rekaan penulis semata)

Sedang asyik Amin berusaha sekuat kudrat pada perniagaannya, al kisah para sahabat Amin juga menghadapi perubahan. Andy yang sedang bekerja dibawah sebuah syarikat penerbangan swasta, meneruskan hidup tanpa pernah memikirkan soal untuk bercinta atau berpasangan. Kehidupan amat selesa dan bahagia dari sudut luaran Andy pamerkan namun, siapa dapat mengetahui dengan persis hakikat yang sebenarnya. Memang benar, setiap manusia yang telah dicipta-Nya disediakan berpasangan namun sesekali kita merungut jiwa juga atas segala kehancuran hati. Jodoh dan pertemuan telah ditakdirkan namun kita dikurniakan-Nya akal dan perasaan untuk membuat keputusan. Mungkin pada setiap sudut keluasan dunia ini, telah terbina jodoh untuk kami namun mungkin masa masih tidak menemukan kami. Mungkin diantaranya masih ada keindahan dan damai sekeping hati yang mampu menyuburkan sekuntum taman hati yang sedang menunggu saat mati di musim luruh ini. Kesepian surat cinta selama ini akankah mampu membahagiakan kehidupan ini, hanya tuhan Yang Maha Kuasa mampu mengatur segalanya.

Adapun cerita cinta Andy yang masih berlumut kelam setelah dikecewakan oleh Nadia dahulu, Andy tetap bahagia dengan kehidupannya sekarang. Suatu hari, Andy tidak bekerja dan hanya meluangkan masa cutinya di rumah dengan bermain PES, Andy tersentuh hati untuk melayari internet dan membuka profail laman sosialnya untuk mengintai-ngintai peluang pengenalan baru. Tika itu, Andy terlihat profail Aira yang sudah lama tidak Andy lawati. Lalu, Andy membuat keputusan untuk mencuba menghubungi Aira dengan beberapa mesej pendek sebagai permulaan untuk satu hubungan yang usang. Namun, mesej-mesej Andy itu tidak dibalas oleh Aira, mungkin dia kesibukkan atau mungkin juga dia sudah melupai Andy. Segala kemungkinan amat dikesali oleh Andy disaat dia menagihkan sebuah cinta tulus dari seorang wanita.
Andy tidak pernah terfikir untuk berhubungan cinta bersama Aira sekadar ingin melegakan kesepian hidupnya dan teramat ingin untuk berteman terutamanya dari kasih seorang wanita. Kelembutan tutur kata yang dibawa oleh watak Aira sememangnya tiada berganti walau kami telah bertamukan sejuta wajah baru. Kenangan-kenangan Andy bersama para sahabat berlima ini terutamanya tika bersama Aira sering bermain-main dimata Andy seakan-akan memanggilnya. Gemersik suara dendangan Aira selalu berbisik ditelinga Andy terkadang dia mengenangkan saat-saat indah sewaktu remaja dahulu. Tika seawal remaja dahulu, kami semua senang dan bahagia tanpa dendam, kekeceweaan dan hanya senyuman keriangan menghiasi setiap diari kehidupan kami. Namun, kita tidak mampu melawan putaran waktu yang tidak pernah akan terhenti. Alam berubah kerana manusia, manusia berubah kerana manusia dan kehidupan ini juga turut berubah dan seharusnya kita juga perlu berani untuk berubah dan menerima perubahan.

Bosan bersendirian dirumah, Andy membuat keputusan untuk keluar berfoya-foya di pasarraya yang pastinya akan menghilangkan kesepiannya. Keriuhan dan kesibukkan para pengunjung pasaraya ini telah menyantas sedikit kesemakkan yang bersarang difikirannya. Di Sunway Pyramid, Andy berjalan sendirian tanpa hala tuju, sekadar ingin menghabiskan waktu yang membosankan ini. Masuk dan keluar sahaja Andy ke setiap butik-butik dan hanya meninjau-ninjau. Lalu, tergerak hatinya untuk ke bahagian pakaian lelaki. Ketika berada di atas escalator , dia terserempak dengan susuk tubuh berwajah yang dikenalinya namun tidak sempat untuk dia menyapa, wanita yang menaiki escalator bersebelahannya itu telah pun sampai ke atas.

Terbias difikiran Andy mengenai susuk wajah wanita itu, seakan dikenalinya namun wajah wanita itu masih kurang jelas dimatanya. Gerak hati Andy mendesaknya untuk mencuba menjejaki wanita itu, lalu Andy segera menaiki escalator dan menghala kearah laluan wanita itu. Terpinga-pinga Andy tatkala sampai di tingkat atas, mencari wanita itu. Mungkin hanya hampa sebagai jawapan untuk pencarianya itu. Namun, kata hatinya terlalu kuat memaksa Andy untuk terus mencari wanita itu. Andy merasakan suatu perasaan yang hebat yang sedang bergelora di hatinya tika memikirkan wanita itu. Namun, keluasan kompleks membeli belah ini cukup untuk mengatakan yang Andy menemui jalan buntu untuk menemukan semula wanita itu. Seingatan Andy, wanita itu masih muda, susuk tubuh yang kecil, bertudung putih dan berkebaya bersama seorang rakan yang berambut pendek, berbaju kurung biru cair dan memimpin seorang kanak-kanak lelaki berumur kira-kira 10 tahun. Siapakah wanita itu ?...bertanya Andy sendiri.

Penat mencari dan berjalan-jalan bersendirian, Andy melangkah keluar dari kompleks itu dan menghala pulang ke rumahnya. Ketika memandu keluar dari kompleks itu, Andy melalui melintasi satu perhentian bas. Laju tertoleh Andy ke arah perhentian itu apabila terlintas di hujung jelingan matanya ternampak susuk tubuh wanita yang di carinya sebentar tadi. Segera Andy memberhentikan keretanya dibahu jalan, dan menuju kearah wanita itu. Dalam kesibukkan ramai orang yang sedang menaiki sebuah bas yang baru sahaja berhenti itu, pandangannya pada wanita itu terlindung seketika. Sebaik sahaja pandangan Andy jelas, belum sempat Andy melihat dengan jelas wajah wanita itu, wanita sudah pun berada di dalam bas itu. “ah..fail betul la…”, keluh Andy sendiri.


Memandangkan Andy juga masih kebosanan tanpa apa-apa program atau aktiviti untuk sepanjang hari itu, dia membuat satu keputusan yang boleh dianggap gila bagi sesetengah pihak. Andy berkeputusan untuk mengekori bas itu untuk memastikan, siapakah watak disebalik tudung putih itu. Setiap kali bas itu berhenti untuk menurunkan para penumpang, setiap kali itu jugalah Andy berhenti untuk memastikan wanita itu masih dalam pandangannya.

Sehingga pada satu perhentian berhampiran dengan balai polis USJ, wanita bertudung putih bersama seorang wanita berambut pendek dan seorang kanak-kanak itu menuruni bas. Andy segera memberhentikan kereta jazz nya dibahu jalan di belakang bas itu dan pandangannya menerus tepat pada wanita bertudung putih itu. Andy memberanikan diri untuk bertegur sapa dengan wanita itu. “maaf cik…tumpang tanya..”, seraya soalan Andy ajukan membelakangi wanita itu, wanita misteri itu segera berpaling tepat memandang Andy. “ ya, cik….”. tergamam Andy seketika seakan melihat susuk wajah seorang puteri dari kayangan yang bertandang riang ke bumi untuk memetik sekuntum mawar biru. “Aira…?”..tiba-tiba saja bibir Andy menyuarakan sewatak nama. “Andy…?”, tersenyum dan berwatak bersahaja dari wanita misteri itu. Wanita itu sememangnya tiada misterinya lagi, watak seorang sahabat yang sudah lima tahun dipisahkan masa. Wajah kegembiraan dapat disaksikan pada wajah kedua-dua watak ini, “Azrien…awak balik la dulu ea dengan Syamil…saya nak sembang jap dengan mamat yang perasan hensem ni…”, kata Aira menyuruh rakannya bersama kanak-kanak itu pulang terlebih dahulu sambil mengajuk-ajuk Andy. Perasaan gemuruh dan gembira sudah pastinya sedang dirasai oleh kedua-dua watak ini. Mereka berdua berbual mesra di pondok hentian bas itu hingga membawa waktu ke lewat petang. Dan bermula pada saat itu, hubungan antara Andy dan Aira terjalin semula. Hubungan persahabatan yang hakikatnya tidak pernah putus.

Tiada lagi masa atau waktu kebosanan bagi Andy tatkala dia telah menemui sumber ilhamnya yang menjadi teman tika dia memerlukannya. Bermula pada hari pertemuan semula di escalator itu, membawa kepada hubungan cinta yang kembali bertaut. Untungnya masing-masing masih tidak berpunya dan mungkin mereka juga tetap utuh memegang kuat pada perasaan mereka yang mulai tumbuh pada seawal zaman persekolahan dahulu lagi. Kiranya dulu, cinta yang diamalkan pada zaman persekolahan adalah cinta monyet sahaja namun bagaimana pula dengan kisah cinta antara Andy dan Aira ini, mungkinkah ini dikatakan jodoh atau cinta sejati ?, hanya tuhan yang mampu menentukan segalanya. Sebagai manusia biasa, kita tidak mampu menolak kehendak takdir. Kian waktu memakan hari dan tempoh, cinta antara Andy dan Aira makin berpaut erat terbuktikan dengan ukiran nama watak kecintaan masing-masing di hati mereka yang semakin hari semakin jelas terukir cantik, terpatri indah dan terpahat lekat dihati.

Cinta pertama dahulu kini bersemi semula. Penantian yang disusuli kejujuran benar-benar membawa kebahagiaan namun terlalu awal untuk kita menjangkakan segalanya. Mungkin inilah permulaan pada warna-warna cinta antara Andy dan Aira. Perasaan gembira sebagai sepasangan sahabat yang terlalu lama dipisahkan waktu telah mulai berubah rentak dan berirama cinta sepasangan manusia biasa. Sedangkan dahulu, pernah Aira berpatah hati untuk menunggu paluan cinta dari Andy namun kesetiaannya membuahkan hasil. Aira pernah menganggap bahawa cintanya itu membuatkan dia gila, seperti sedang mengejar bayangan sendiri. Makin dikejar, makin laju bayangan itu berlari. Terlihat pada bayang itu, seakan semakin hampir namun apabila cahaya datang, lenyap serta merta.
Harapan yang sudah lama terbeku di palung hati Aira mulai hangat dan membara semula sedangkan dahulu pernah sesekali Aira memutuskan untuk tidak terus menanti. Baginya penantian ini suatu penyeksaan yang teramat tajam menusuk remuk kerdil hati kegadisannya itu. Takdir penentu segalanya. Maha Kuasa Tuhan, cinta sejati kembali berpaut dihati.

Memilikki semula cinta yang usang itu, seri pada wajah kelakian Andy turut sama kembali di rautnya. Wajahnya mulai reti untuk tersenyum walau sekadar sinis yang mampu diukirnya, sebagai permulaan untuk babak cinta ini. Ia telah memadai menggambarkan keriangan hati Andy. Adapun Andy telah menemui teman hatinya, persahabatan antara Andy, Amir dan Amin yang mulai goyah dengan beralas pelbagai masalah tersendiri membuatkan tiada walau seorang antara sahabat yang memangku kepulangan hasrat cinta Andy untuk dikongsi bersama. Dalam keriangan sendiri Andy itu, Amir menghubunginya dan memberitahu suatu hal yang amat penting untuk kami semua. Dalam kesepian antara kami masing-masing, tanpa diketahui ramai, Amir telah pun juga bertemu dan mengikat semula kata cinta sucinya bersama seorang gadis yang amat kami kenali pada suatu ketika dahulu juga. Amir memberitahu seraya meminta Andy untuk menjadi pengampit pengantin bagi hari kebesarannya pada awal Jun nanti. Kira-kira dua bulan lagi. Amir bakal menaiki pelamin indah bagai singgahsana bersama teman hidupnya yang terjodoh untuknya, Aisyah.

Sememangnya benar kata si punjangga cinta, cinta takkan datang kalau tidak dicari, Cinta takkan dapat jika tidak memberi.Cinta takkan hadir dalam perancangan… Kerana cinta… Suci, yang tak mampu dikotori dengan keputusan yang tiada berakal.. Kerana cinta… Ketentuan Yang Maha Penyayang… Kerana cinta… Ketetapan Yang Maha Pencinta… Dan kerana cinta… Hanya untuk si pencinta….

Kisah Andy yang menyandar gelaran pilot ini sememangnya tidak pernah semewah yang sering diperkatakan awam. Dia menggalas satu tanggungjawap yang besar dalam kehidupan ini. Oleh sebab hanya dia setakat ini yang boleh dikatakan berjaya diantara beradiknya yang lain, terbuka ikhlas hati Andy untuk menyara dan meringankan bebanan keluarganya. Dia mengambil sebahagian besar bebanan keluarganya dengan membiayai semua pembelanjaan pembelajaran di universiti adik perempuannya dan abangnya itu. “aku ingin persiapkan keluarga terdahulu sebelum aku membina sebuah keluarga baru”, darjat kasih Andy pada keluarga itu membuatkan kami semua bertunduk hormat pada prinsip itu. Terikhlas dari luhur hati Andy untuk menggalas tanggungjawap merubah nasib isi keluarga ini terkadang seakan menyisihkan kebahagiaannya sendiri namun, bagi Andy, tiada lagi saat terindah dan bahagia untuknya selain melihat senyuman kebanggaan ibunya dan sinis kemegahan ayahnya.

Kehebatan peribadi Andy pada kasih keluarganya kadang kala menjadi isu penyebab untuk pertengkaran dan pertingkahan lidah antara Andy dan pasangan cintanya, Aira. Bukan memaksa, Aira seakan tertekan apabila berada diantara satu persimpangan agung ini. Aira yang sering bersama rakan-rakan sekerjanya berasa amat cemburu apabila semua rakan-rakan sekerjanya sudah pun membina keluarga, berkahwin. Bagi Aira, umurnya sudah cukup matang untuk melangkah ke satu lagi alam, iaitu alam berumah tangga bersama lelaki yang bertahta dihatinya, Andy. Namun, pendirian ini bercanggah sebulatnya dengan pemikiran Andy yang lebih mementingkan keluarganya daripada kehendaknya sendiri.
Rimas dan bosan kadang kala menyelubungi jiwa Andy apabila sering saja diulangi subjek yang sama dari Aira, soal perkahwinan. Kesabaran Andy amat luar biasa, dia hanya memekakkan telinga dan membutakan mata sahaja apabila subjek kahwin di perbualkan oleh Aira. Terus menerusan dia cuba memperjelaskannya, namun jiwa wanita sememangnya amat complicated untuk di uraikan. Mungkin ini adalah warna-warna percintaan Andy dan Aira.

Adapun selalu saja masalah dan bertingkahan lidah berlaku, cinta yang kuat antara Andy dan Aira sememangnya kian bersemi. Pergaduhan kecil itu menambahkan lagi kekuatan pada cinta yang satu. Kecelakaan kadar pemikiran sebegini sepastinya tidak akan meluntur suatu rasa cinta hati kecuali kehinaan perbuatan zina atau najis dadah yang mampu menghancurkan seluruh jiwa yang bercinta. Inilah kuasa pada cinta yang telah tuhan kurniakan. Kehebatan pada kuasa cinta mampu merubah kandang menjadi istana, menukar amarah ke ramah, hitam kepada putih dan merubah benci menjadi sayang. Sama cantik sama padan, istilah kepda sepasangan merpati putih yang sedang menerbang tinggi di awan, Andy dan Aira.

Nun menjauh dari kota yang aku dan Andy diami, tersudut kisah antara Amir dan Aisyah yang telah mengikat kata putus untuk bersama melangkah kealam perkahwinan pada Jun nanti. Amir yang masih amatur dan berada dalam keadaan tegang kudrat yang sedang bertungkus lumus membina perniagaan keselamatannya, di anugerahkan hadiah yang paling berharga dari tuhan Yang Maha Esa, iaitu sekuntum hati suci Aisyah. Kisah percintaan mereka sememangnya kurang jelas dan terpinggir dari pengetahuan aku dan Andy kerana kami berlokasi yang berasingan dan hanya berbual di talian sahaja. Mahupun sebegitu, kami tidak pernah terputus hubungan walau di pisahkan jarak yang jauh sebegini. Amir yang melalui pelbagai suka duka dalam kehidupan awal dewasanya masih gagah memperjuangan kehidupan berdikarinya sendiri walau sekadar berada di tempat sendiri tanpa mengekori perjalan hidup serperti aku dan Andy yang suka merantau ke negeri orang.

Pertemuan semula Amir dengan Aisyah diperkatakan semula kepada kami ketika kami bersama menggamitkan suasana di hari persandingan sahabat kami ini di Kelantan. Aisyah yang sudah lelah merantau, membuat keputusan untuk sekadar tinggal dan membina sebuah kehidupan baru di Kelantan. Aisyah mulai bekerja di sebuah syarikat pemotoran dan ditugaskan dalam bahagian pampasan dan ganti rugi pengguna. Kemajuan kendiri Aisyah mahupun Amir kian mantap apabila mereka dipertanggungjawapkan dengan pelbagai tugasan penting dari syarikat masing-masing.

Pada suatu majlis pelancaran sebuah model baru keluaran syarikat tempat Aisyah bekerja, Amir yang sedang kelapangan waktu di sekitar itu membuat keputusan untuk menghadiri diri ke majlis pelancaran itu. Amir pergi ke majlis itu bertemankan seorang teman sekerjanya iaitu Aman yang juga telah mengaku saudara dengan Amir. Keakraban mereka sememangnya tidak di nafikan lagi, segala suka walau duka, sering dikongsi bersama. Tatkala kami, seisi kumpulan 6A dipisahkan dengan haluan kehidupan masing-masing, Aman jugalah yang menjadi tempat mengadu dan telinga yang setia mendengar keluhan nan luahan perasaan Amir pada setiap rasa yang dia hadapi. Segala kisah dan peristiwa yang Amir lalui dari hujung rambut hingga ke telapak kaki, pasti setiap sudutnya Aman mengetahui dengan persis.
Sikap Aman yang tidak pernah menyangkal atau menetang segala kerenah Amir itu, membuat Amir senang berurusan dengannya dan kami sebagai sahabat lama Amir juga senang berkawan dengan Aman yang membawa watak ringan dan ramah dengan semua orang.

Di majlis pelancaran itu, Amir dan Aman yang berpakaian kemas dengan pekenakan jeans gelap dan berkemeja seragam syarikat mereka, menyapa dan berbual mesra dengan kenalan-kenalan mereka yang juga turut menghadirkan diri ke majlis itu. Nun jauh di sudut sana, kelihatan kak Lina dan Aisyah yang menyibukkan diri melayan dan memberi penjelaskan tentang model terbaru keluaran syarikat itu. Amir yang masih berbual mesra dengan kenalan-kenalannya itu, tidak menyedari yang Aisyah sedang memerhatikannya dari jauh. Pada ingatan yang kuat dalam kenangan Aisyah akan susuk wajah Amir, tertanya sendiri Aisyah, adakah lelaki yang sedang diperhatikannya itu adalah Amir, satu kenalan rapatnya suatu ketika dahulu. Mungkin kerana sifat kegadisan timur yang sebati dalam jiwa Aisyah, membuatkannya berasa segan dan malu untuk terus menyapa Amir, tersudut Aisyah membisu dan hanya memerhatikan Amir dari rusuk majlis itu sahaja. Merenung dan terus merenung Aisyah pada lelaki yang seiras teman lamanya itu, mencuba mengingati semula raut wajah lelaki itu. Tepat pada lintasan pertama di akal waras Aisyah akan susuk lelaki itu, itulah wajah kekasihnya dahulu iaitu Amir. Terusik di jiwa Aisyah untuk melulu saja ke hadapan Amir dan memanggilnya namun seribu pertanyaan berserebaut di akalnya. Suatu yang tidak mustahil tika itu jika Aisyah berprasangka yang Amir sudah berteman setia atau saja sudah berkahwin. Perpisahan yang melanda antara mereka itu telah menebalkan sempadan antara dua jiwa ini. Suatu perasaan yang aneh mula menyelubungi jiwa Aisyah dan kerinduan kepada kisah cinta lama mula bergetar di hatinya dan mula mengira masa untuk menyapa watak lelaki yang masih tiada berubah walau dulu, mereka dipisahkan seribu detik dan tuju kehidupan yang berlainan.

“Oh tuhan…andai dia si lelaki yang terpamer dihadapan aku ini adalah si cinta aku yang terdahulu, temukanlah matanya pada hati aku disini. Dan sekiranya si dia itu adalah haram untuk aku, butakanlah segera pemandangan ini agar aku jauh terhindar dari kemungkaran. Jika benar dia adalah jodoh aku, aku rela menjadi miliknya semula…”

Sendiri Aisyah memeluk setia kenangan-kenangan dahulu yang terbayang selang di matanya. Mengelamun seketika Aisyah terbuai didalam kenangan. “Amir, minggu depan saya akan ke Perak. Awak tak apa-apa kan ?...saya janji, saya akan segera temui awak bila saya pulang sini nanti..”, berasa bersalah dan terkilan membuatkan Aisyah hampir menitiskan airmata seraya terkenang janjinya dahulu yang telah dia mungkiri. Benar, lidah terlalu mudah mematrikan janji namun setelah terlitupi masa yang usang, mustahil untuk diri terus mengotakan janji itu. Tiada pernah walau sekali terdetik dihatinya untuk memungkiri janji namun, kehancuran dan lelah pada cerita cinta diperantauannya dahulu telah membina trauma yang kuat dalam hatinya untuk bercinta lagi. Kehadiran watak kesayangannya semula ini telah mencuba untuk menyuburi taman hati Aisyah yang telah berlumut usang itu namun, jiwa yang pernah dilukai itu masih terpenjara dek kenangan pilu dulu. Termenung sahaja Aisyah dalam keramaian itu, yang jelas dirasainya hanyalah kekosongan.

Cerita luka setiap insan pastinya tidak pernah terdaya untuk dilupakan namun, jiwa yang sedang terpinga-pinga mencari kedamaian ini, masih kuat, mampu untuk bercinta lagi.
Tumpuan penulis dipalingkan kepada watak Amir dan Aman yang masih asyik berramah mesra dengan kenalan-kenalan mereka di ruangan hadapan permis pelancaran itu. Sedang asyik berbual, pandangan hujung jelingan Amir menampakkan seraut watak gadis yang pernah dia kenali suatu ketika dahulu. Ternyata jelas watak Aisyah didalam ingatan Amir masih terang tercatat, “Aisyah…?”, Amir sememangnya jelas dengan lintasan pertama itu. Namun, langkah berhati-hati perlu di dahulukan daripada nafsu. Segera Amir menanyakan kepada salah seorang pegawai yang bertugas di majlis itu yang sedang bersembang di kelompoknya itu, menanyakan tentang watak gadis itu. Ya, siapalah mungkin tahu, perpisahan yang telah lama antara mereka berdua itu telah mewujudkan sempadan yang haram untuk Amir tembusi lagi. Siapalah mengetahui diantara itu, watak gadis itu telah berpunya atau masih available . Jelas dengan maklumat bermakna yang diberikan oleh pegawai itu, Amir segera menghapuskan segala pemandangan atau perbualannya lalu, kakinya melangkah menuju kearah Aisyah. Berbekalkan sifat normal seorang lelaki dan kenangan, Amir terus menghampiri Aisyah yang sedang terduduk melihat kedatangannya itu. Senyuman sinis dilayangkan oleh Aisyah membawa erti yang menyenangkan hati Amir. Mungkin benar kata hati Amir, yang gadis itu adalah kenalannya dahulu, Aisyah.

Tatkala jasad mereka makin menghampiri antara satu sama lain, masa bagai terhenti seketika, degup jantung didalam bagai bergetar selaju cahaya petir yang turun menyambar dari langit ke bumi. “Assalamualaikum, cik Aisyah ker ?...”, bicara permulaan Amir pada watak gadis yang penuh ketimuran itu. Aisyah membalas dengan senyuman dan mulai terasa ketenangan dihatinya apabila jelaslah tika itu, lelaki yang sedang diperhatikannya itu adalah kenalan lamanya. Segera Aisyah bangun berdiri, berhadapan dan melihat kemata Amir. Berbisik sendiri di dasar hatinya, “izinkanlah aku menatap matamu, wahai Amir, sebagai penawar rinduku padamu yang telah bertahun aku rasakan ini..”, “pertemuan semula ini mungkin hadiah dari tuhan kepada aku diatas luka yang ku gantikan tabah selama ini…”, Amir juga merasakan suatu perasan yang telah lama dia mimpikan.

Keriangan yang sepasang merpati putih ini rasakan sebahagia yang tiada pernah terlintas difikiran mereka berdua. Kemeriahan majlis pelancaran model kereta itu terasa seperti hilang dan diganti oleh tuhan dengan rasa manis dan bahagia suatu pertemuan semula ini. Tuhan Maha Mengatur segalanya, walau jauh terpisah waktu, tiada mustahil bagi-Nya.

Pertemuan semula itu telah membawa kepada satu hubungan yang panjang antara Amir dan Aisyah. Hampir setiap hari mereka berdua meluangkan masa bersama. Sarapan pagi bersama, menjamu hidangan makan tengahhari bersama dan juga sesi minum petang bersama. Tatkala mula hubungan yang semakin erat dan menelan waktu yang berpanjangan, Amir mengutuskan mesej kepada aku dan Andy dengan hasrat untuk bertemu dan berbincang suatu hal. Aku dan Andy sebulat suara untuk pulang ke Kelantan dan menemuinya pada satu malam yang hening. Ketika itu, pada awal malam bulan Mac, kami bertiga bersemuka di Family Kopitiam yang berada di Pengkalan Chepa, Kota Bharu, Kelantan. Di awal pertemuan itu, kami berbual-bual biasa sahaja. Sebaik saja pesanan tersediaa di atas meja, kami bertiga menyalakan rokok dan menandakan suatu perbualan yang lebih serius akan dimulakan.“wahai sahabat-sahabatku berdua, yang dikenali di zaman sebelum tumbuh dan terus bercambah tersisir di serata pelosok dunia yang satu ini,..”, Amir memulakan bicara dengan penuh ketelitian. Hening dan damai ini turut memberikan satu impak pada suasana yang memangkinkan rasa kematangan.
Amir mencuba untuk menanyakan kami tentang hasratnya untuk melanjutkan hubungannya bersama Aisyah ke peringkat yang lebih matang. Dia menanyakan pendapat kami, apakah betul dengan keputusannya untuk memasuki alam kedewasaan ini yang pastinya terlalu asing diantara kami semua. Amir ingin melamar Aisyah sebagai permaisuri hatinya dan terkadang merunsingkannya juga tatkala terfikir akan keputusannya itu. Bagi aku dan Andy yang tidak pernah terdetik didalam saraf pemikiran kami soal perkahwinan ini sememangnya terlalu janggal untuk kami memberikan pendapat apatah lagi seperti aku yang masih hidup sendirian tanpa berteman isitimewa dari kaum hawa. Namun harapan Amir untuk mengukuhkan lagi keputusannya itu, kami mencuba memberikan buah fikiran dan pendapat termampu dari kami berdua. Pada detik awalnya, kami juga terkejut apabila Amir menanyakan soal perkahwinan ini. Terlalu muda bagi aku untuk melangkah ke jinjang pelamin, sememangnya sebegitu juga pada pendapat tulus Andy namun kami tidak mahu melukai mahupun menambahkan lagi kerisauan Amir, kami hanya menyetujui akan tindakkan Amir itu. Kawan ingin membina masjid, sebagai kawan, kami menyambut hasrat sucinya itu dengan hati yang senang. Pihak keluarga dari kedua-dua belah pasangan ini juga telah bersilatulrahim seeratnya antara satu sama lain dan semestinya tiada masalah yang besar yang terjadi antara hubungan Amir dan Aisyah selama masa ini.

Perbincangan bertukar menjadi kata ucapan semangat kami kepada Amir untuk terus ke jinjang pelamin. Mungkin dengan ikatan perkahwinan seawal ini dapat mematangkan kami bertiga soal kehidupan yang lebih bertanggungjawap ini. Sebetulnya aku dan Andy turut merasakan kebahagiaan apabila Amir iaitu salah seorang sahabat agung kami ingin berkahwin. Cuma sedikit terkilan dan kecewa aku sendiri dihati apabila menyedari soal perkahwinan Amir ini. Seorang sahabat aku telah pun mampu untuk berfikir soal perkahwinan sedangkan aku, masih tidak layak untuk berfikir soal itu, mahupun bermimpi kerana aku masih menjalani hidup ini tanpa kekasih dan aku juga masih tiada kawan perempuan yang rapat apatah lagi untuk mencari calon isteri. Adapun manusia serisng berkata, kisah yang lalu usah dikenang andai membawa duka dihati namun, sesungguhnya kejatuhan demi kehancuran seluruh nikmat kehidupanku akibat peidhnya luka dihati yang di guris dek Alyssa dulu masih terasa sakitnya dan masih jelas parutnya. Aku masih lagi mencari cinta dan bukannya mencari perempuan.

Sementara itu, terbisik suatu suara tangisan manja gadis selembut bayu yang membelai bumi. Diyana yang masih terpinga-pinga mencari baki kasih Amin terus mengharap dan menanti. Namun, penantiannya ini tiada siapa yang mengetahui sampai bila dan apa yang bakal terjadi. Adakah kepastian akan suatu kebahagiaan yang bakal menjadi jawapan atas penantian Diyana ini, atau hanya airmata yang setia menitis ke pipi seorang gadis lembut ini yang menagihi kasih si pujaan hatinya. “Amin…Diyana teringin sekali untuk bersama Amin…bernafas pada udara yang sama, berselimut putih pada kesejukkan bayu yang sama, memiliki hati yang sama dan terindah kasih pada cinta yang sama…Amin, sesungguhnya Diyana selalu bermimpi untuk sentiasa dekat ke hatimu, Amin tercinta…”. Bisikan tulusnya hati Diyana selalu kedengaran namun pada siapa yang harus dia sampaikan. Benar, cinta tidak semestinya memiliki namun kita sebagai manusia sentiassa sahaja teringin untuk bersama dengan watak yang dicintai. Takdir dan ketentuan tuhan, terlalu benar dan tiada sebarang makhluk yang mampu mengubahnya. Datang atas nama cinta si Diyana, pucat luluh wajah seri hilang terbawa kesedihan hati dengan layunya susuk badan bagai tiada kulit tercerai tulang, seketil sirih sebiji lenga, rasa pilu pada malangnya nasib yang tertulis sebegini untuk hikayat nyawa watak Diyana yang tersudut menangis sendiri.

“Ya Allah…Berikanlah aku keredhaan dengan putusanMu dan berikanlah akan keberkatan dalam apa-apa yang telah dipastikan hingga aku tidak ingin mendahulukan apa yang Engkau akhirkan dan tidak pula membelakangkan apa yang Engkau dahulukan…”, menangis sendiri Diyana didalam setiap doanya. “ya Allah…perhatikanlah kami kebenaran dengan yang benar dan berilah kami jalan mengikutinya, dan perhatikanlah kami kebatalan dengan yang batal, dan berikanlah kami jalan menjauhinya…”. Sendiri Diyana mencuba untuk menahan tangisannya namun, kuat tertampar dek hayunan asmara yang kecundang ini, memaksa Diyana untuk menitiskan airmata juga. Walau seraya kesakitan ini cukup Diyana mengerti akan nilai setitis airmata namun, airmata terus mengalir pilu membasahi sebujur pipi Diyana. Dalam kesyahduan malam yang hening terbisik sayu siulan unggas bertamukan cahaya bulan yang meninggi ke dada langit yang gelap, Diyana yang berasa terlalu susah hati pada cinta yang tidak berbalas dari watak kecintaannya yang satu it uterus menerus menangis tanpa henti. Menangis Diyana semahunya bagai telah tiada segala penawar akan lukanya itu. “ya Tuhan…sampai bilakah lagi harusku meratapi kesedihan ini…kurniakan lah setitis kebahagiaan dari limpahan rahmat-Mu agar mampu untuk aku mengukir suatu senyuman…”, rintihan demi keluhan terus berlagu dibibir manis jambu Diyana.

Katanya manusia sezaman, cinta yang lahir pada bangku persekolahan adalah cinta monyet yang tidak akan pernah jujur dan berkekalan. Adapun sebegitu kata orang, meski telah berbuih kata pakar motivasi menrungkai istilah cinta monyet ini hingga tulisan demi penulisan pecah berkeping-keping bagaikan begitu sampai pada maksud cinta si rremaja ini. Namun, harus sebeginikah pada pandangan mata kasar bahawa airmata terus menitis di pipi. Sedangkan terl;alu ramai orang sezaman ini tidak memperdulikan setiap keluhan mahupun rintihan pada suatu yang bernama cinta monyet ini. Adapun begitu, mengapa harus airmata terus mengalir pilu di pipi Diyana yang telah menjadi mangsa cinta. Mungkin inilah yang dikatakan cinta sejati walau bercambah pada usia yang terlalu muda untuk mengenali erti cinta namun, terbawa rasa cinta itu hingga ke usia yang sepatutnya seraya dengan kaki yang terus melangkah menerpa kehidupan ini. Tidak pernah hadir walau seketika cuma untuk kata cinta kali kedua bagi watak suci Diyana sejak dia mengenali Amin. Bermula pada zaman seawall remaja hinggalah ke zaman yang matang ini. Cintanya untuk Amin tidak pernah luluh sehingga ditelan dek waktu yang panjang.

Hari berganti, Diyana membuat keputusan untuk memberanikan diri, pergi ke hadapan kenyataan. Walaupun berasa berat, terpaksalah Diyana ringankan juga. Diyana membuat keputusan yang muktamad untuk berhadapan Amin dan meluahkan apa yang dia rasakan terhadap Amin selama masa ini. Sudah tidak tertanggung olehnya untuk terus menyembunyikan perasaan sendiri dan menangisi penyesalan ini untuk setiap waktu. Maka berbekalkan sebujur kejujuran didada, Diyana mendapatkan komputernya dan cuba untuk menghubungi Amin melalui laman sosial. “Salam…Amin, adapun kini kamu sememangnya teramatlah sibuk dengan perniagaan kamu dan Diyana tahu Amin tiada masa yang terluang. Kiranya ada dicelahan waktu, dapat kite bertemu apabila lama sudah kita tidak bertemu,Amin..”. Sebaik sahaja mesej Diyana layangkan ke profil Amin, termenung Diyana menunggu jawapannya sambil gundah dan gementar tarasa didalam hatinya. Apa yang terjadi jika Amin bersetuju untuk menemuinya, pakah telah bersedia untuk dia meluahkan isi hatinya,apakah dia telah persiapkan diri untuk menerima segala jawapan yang dibalas oleh Amin nanti. Beribu persoalan yang menghantui pemikiran Diyana. Menunggu dan terus menunggu. Penantian demi penantian.
Seberapa ketika terlewat masa di tinggalkan berlalu, “Wasalam…ok, esok jam 3 petang kat Oldtown, plaza Shah Alam…be there ya..bye..”, seringkas dan cukup bermakna bagi Diyana.

Hari berganti melewati waktu sehari semalam, dan tibalah saat yang dijanjikan untuk pertemuan antara Amin dan Diyana yang telah hamper 6 tahun tidak berjumpa. Berjaya juga Diyana mengitai dibalik celahan waktu Amin yang sesungguhnya teramatlah rapat. Bergerak Diyana menaiki kereta pemberian ayahandanya, Datuk Zainal. Dengan memandu sebuah kereta fairlady, Diyana menghala ke tempat yang dijanjikan Amin itu dari Puchong dan mengikut kata pakar jalan raya kota, perjalan itu akan menelan masa selama 20 minit tanpa halangan dan kesesakan. Sementara itu, berlainan pula dengan suasana di rumah Amin. Sepi dan tiada suara hanyalah putaran-putaran lagu jiwang yang didengari. Semua warga rumah Amin sedang lena dibuai mimpi dan tatkala itu, mereka semua sepastinya sedang kepenatan setelah semalaman tidak tidur. Semalaman mereka semua bertungkus lumus bersengkang mata membincangkan perihal kemajuan dan stratergi perniagan mereka itu hingga membawa matahari pagi beralih tegak ke atas kepala. Sebegitu juga pada perwatakan tubuh yang bergelar Amin, yang sedang asyik merehatkan diri dan fikiran di biliknya yang berada di tingkat bawah rumah itu. Sayup kedengaran dendangan lagu-lagu mengulit kedamaian dan ketenangan yang membuatkan semua warga rumah itu mendapatkan buaian musik yang mengasyikkan dan melenakan.

Dalam perjalanan menuju ke tempat yang telah dijanjikan itu, Diyana yang memandu berseorrangan itu tenang terlihat pada raut serangkai wajah manisnya. Apabila Diyana hampir separuh perjalanan ini, dia terdetik dihati untuk menghubungi Amin sekadar untuk remind dan menanyakan khabar. Diyana cuba menghubungi Amin dengan talipon bimbitnya tqapi tidak dijawap walau telah beberapa kali dia memanggil. Mungkin Amin sedang bersiap atau telah dalam perjalanan ke tempat itu. Bersangka baik adalah semanisnya dalam agama. Tetap mencuba tapi gagal, lalu Diyana yang sedang memandu itu terleka seketika apabila mencuba untuk terus menghubungi Amin buat kali ke 4.tanpa pernah diduga oleh serangkai tubuh kuning putih bagai peranakkan jawa ini, kereta panduannya itu hilang kawalan dan tersasar ke sebelah kanan jalan. Terkejut Diyana apabila datangnya sebuah lori yang laju dari jalan yang bertentangan dan membunyikan hon yang panjang. Tangkas Diyana mebidas kawalan dan situasi cemas itu makin hebat setelah Diyana membalas kawalan steringnya ke kiri, datang pula sebuah motorsikal dari belakang. Kecekapan Diyana memandu harus dipuji apabila dia masih dapat selamatkan diri itu.

Diyana melepas nafas panjang setelah mampu keluarkan diri dari mara bahaya dan keretanya kembali dalam kawalannya lagi. Diyana yang telah memperhentikan keretanya di lampu isyarat bersebelahan itu, atas sebab kecemasan tadi, keretanya terlebih satu setengah meter dari garisan putih itu kelihatan tenang. Rupanya malang terus memburu tubuh Diyana tanpa erti penat dan berperi-kemanusiaan. Kurang dari 15 meter berjalan dari kecemasan tadi, Diyana didatangi sebuah treler yang memecut laju mengejar lampu isyarat hijau di sebelah kiri. Treler itu membelok ke kanan dengan laju dan tiada pernah Diyana menyangka yang keretanya itu berada dalam keadaan yang membahayakan. Treler yang membelok kearah Diyana itu tersasar sedikit dari putarannya yang mungkin disebabkan timing yang kurang masak, terus menyeret kereta yang dipandu oleh Diyana itu. Sekelip mata sahaja tradi terjadi, memecahkan segala suasana. Kereta Diyana diseret dan berputar hingga ke tengah simpang. Dasyat dan ganas kejadian itu membuatkan beberapa pengguna jalan raya yang juga berada berhampiran dengan tempat kejadian itu menjerit semahunya.
Rasa cemas dan terkejut melihat kejadian itu, membuatkan semua pemilik mata yang memandang terus tergamam dan kaku. Pemandu treler itu menyedari akan kemalangan yang dilakukan itu segera memberhentikan trelernya di bahu jalan.

Begitu cemas dan terkejut rasa yang memeranjatkan semua insan. Sementara itu pula, al kisah si mangsa yang berada di dalam kereta itu amat dikesali. Diyana yang berasa sangat cemas dan kelam kabut didalam keretanya itu mencuba untuk keluar dan beredar dari keretanya itu tapi malangnya pintu kereta tidak dapat dibuka. Orang ramai yang melihat keadaan Diyana yang masih sedarkan diri itu turut mencuba untuk membantu namun peralihan pamandangan mereka terus membuatkan mereka semua menjauhi kereta Diyana. Selang beberapa saat, kereta Diyana mulai terbakar tanpa letupan yang berlaku. Kebakaran itu mencemaskan lagi semua orang yang berada disekitar tempat kejadian itu. Keadaan Diyana pula yang masih panik dan mencuba untuk menyelamatkan dirinya itu, tampak pucat dan tidak bermaya lagi. Kelihatan darah mengalir laju didahi Diyana mungkin akibat daripada terhentak pada stering keretanya tika menerima sentakkan yang kuat sebentar tadi. Dalam keadaan yang hampir berputus asa itu, Diyana menjerit, “Amin!!!” dan terus menyiku berkali-kali dan memecahkan cermin tingkap keretanya itu untuk membolosi diri daripada keretanya yang sedang marak terbakar itu. Beberapa pemuda lelaki yang miliki sifat berani yang berada dicelahan orang ramai itu segera mendekati Diyana dan membantunya keluar dari keretanya. Tanpa berfikir panjang, pemuda-pemuda itu memapah Diyana dan membawa Diyana ke susur jalan. Sebaik sahaja Diyana dibawa ke tempat yang selamat antara kejadian itu, api yang menjilat kilat keretanya itu kian marak dan meletuskan satu letupan yang kuat. Tidak menghiraukan kereta yang musnah sepenuhnya dijilat api dan letupan itu, Diyana dibawa ke hospital yang berdekatan.

Sementara itu, dirumah Amin pula, semua warga rumah itu sedang lena diulik mimpi indah. Tidak sebegitu pula didalam mimpi Amin, terkejut pada keadaan tubuh Amin apabila dia didatangi mimpi yang buruk. Amin bermimpi, bayangan sebuah rumah yang teringin dia tinggalkan di belakang mulai runtuh sedikit demi sedikit. Namun apabila setiap bayangan yang digelar mimpi itu adalah suatu khayalan dan mainan syaitan sahaja. Kadang-kadang kita juga didatangi mimpi indah ada kalanya mimpi buruk. Sering juga kita didatangi mimpi yang berulang-ulang namun, tafsiran mimpi yang bersepah dijual dipasaraya, memaksudkan pelbagai erti. Apa pula bezanya diantara mimpi yang membawa petunjuk dan mimpi yang menjadi sandaran tidur sahaja. Segala terjemahan mimpi tidak mampu merubah takdir.

Mata terbuka dan seraya itu hati tertanya-tanya, apakah yang membuatkan Amin berasa seolah-olah ada sesuatu yang masih tidak Amin lengkapi untuk hari ini. Amin tidak terfikir pula yang dia telah memungkiri janjinya untuk bertemu dengan Diyana pada petang itu. Tersedar Amin dan semua para ahli rumahnya tatkala matahari juga sedang tenggelam dan ini adalah rutin yang selalu terjadi dirumah Amin itu. Mereka seperti keluang-man yang memperjuangkan nasib sendiri dari awal malam hingga ke awal pagi dan terkadang menjelang subuh, mereka masih juga berjuang. Apakah sudah tidak mempunyai waktu siang oleh mereka atau mungkin lumrah bagi remaja seusia mereka untuk bekerja dibalik waktu normal. Mungkin juga ini adalah cara mereka yang tersendiri untuk memburu gelaran somebody dan merubah nasib diri sendiri.


Setiap manusia itu punyai dasar pemikiran yang tersendiri. Hari yang dilewati kian mencecah waktu malam dan mereka semua seisi rumah itu sibuk persiapkan diri untuk memulai kerja dan lebih mudah untuk digambarkan tentang pekerjaan mereka, mereka lebih senang menggelarkan diri mereka sebagai networker. Berbekalkan semangat untuk merubah nasib keluarga dan diri sendiri, mereka terus melangkah maju ke hadapan untuk mencapai impian tersendiri. Bertemakan retired young, mereka bertungkus lumus sekuat kudrat dihati, berkobar-kobar semangat yang membara bagai melangkah dipesisir matahari, mereka terus bertolak ke port yang menjadi tempat untuk bekerja.

Sementara keadaan yang amat berbeza pula di hospital yang menempatkan satu watak gadis manja yang manis, Diyana. Hiba dan patah hati Diyana rasakan tika ini. Dia berasa sangat bersalah pada Amin kerana menyangka yang dia memungkiri janji untuk bertemu dan bersemuka dengan Amin yang telah lama tidak berjumpa itu. Manakala berbeza pula pada Amin, yang tidak pernah walau sekali terfikir tentang janji temu antaranya dengan Diyana itu. Kesibukkan Amin dalam mengejar impiannya itu, membuatkan Amin terlupa akan watak sepi Diyana yang sedang terkandas dan mendapat rawatan di hospital itu. Dalam menunggu untuk mulakan post-moterm, Amin tiba-tiba terlintas di fikirannya yang dia ada janji temu dengan Diyana sebenarnya namun waktu telah berlalu. Tiada kuasa didunia ini yang mampu untuk memutar semula waktu yang telah lewat. Namun apa lagi yang boleh Amin lakukan, mereka berdua hanya berhubung melalui laman sosial dan tidak mempunyai nombor talipon masing-masing. Mengeluh panjang Amin dimeja post-moterm yang berasa sedikit bersalah dan terkilan. “haihhh…”, Amin melupakan serta merta soal Diyana dan terus member tumpuan sepenuhnya pada agenda yang ingin dibincangkan sebentar lagi itu.

Apalah jenis penderitaan yang terus menerus menduga watak kecil dan lemah ini, bagai sudah tiada kenikmatan untuk meneruskan kehidupannya, Diyana. Sesungguhnya berdebar hati Diyana pada awalnya untuk bertemu Amin sian tadi namun rasa itu Diyana buang menjauh agar terluah resah yang telah lama membeku itu. Malangnya nasib Diyana kerana tidak terdaya melawan takdir yang telah kemas tertulis bahawa pertemuan antaranya dengan watak cintanya itu, Amin, gagal. Namun nasib diertikan sekali lagi, Diyana bernasib baik juga kerana terselamatan sepenuhnya daripada kemalangan jalan raya siang tadi yang boleh mengorbankan nyawa sebenarnya. Belum sempat untuk Diyana tersenyum atas diri yang terselamat tadi, airmata jernihnya menitis ke pipi. Jelas dan nyata, ada perkhabaran buruk dari doctor sebentar tadi. Meratapi kesdiahan suatu rahsia itu, Diyana menangis. Amin…dimanakah kau kini..teringin sekali untuk aku menatap wajah kamu…aku tidak punyai waktu lagi untuk terus menanti mu…hadirlah dan menjelmalah engkau disisiku wahai Amin yang sentiasa aku cintai..”. hampir kering airmatanya, Alif dan Aida tiba bersama sejambak bunga Tulips putih, kegemaran Diyana.

Sebaik sahaja Andy dan Aira mengetahui tentang kecelakaan jalan raya yang melibatkan Diyana itu, segera mereka berdua bergegas ke hospital. Kehadiran Andy dan Aira membuat Diyana berasa sedikit ketenangan walau masih berbaki duka dihati dan fikirannya. Andy sempat melihat airmata Diyana yang mengalir perlahan dipipinya itu sebelum Diyana mengusapnya sebaik sahaja menyedari kedatangan Andy itu. Diyana tahu yang Andy sempat melihat airmatanya itu, senyuman sinis Diyana berikan kepada Andy tanda isyarat akan suatu rahsia disebalik airmatanya itu. “Apa khabar kau,Yana…kau OK ker ni?”, permulaan kata bicara oleh Andy sambil mencapai kerusi yang telah disediakan oleh pihak hospital untuk pelawat pesakit.
Sambil berbual mesra antara tiga sahabat ini, pelbagai topik mahupun tajuk diperkatakan hingga membawa peralihan waktu yang panjang. Kebetulan juga pada hari itu iaitu sehari selepas kejadian dasyat yang menimpa Diyana itu, Andy dan Aira cuti. Tiada walau sekali Andy membuka mulut untuk menyebut nama Amin kehadapan Diyana kerana lebih mengerti akan watak Andy pada keadaan Diyana itu dan sudah pastinya perasaan serta mood si pesakit cantik ini akan berubah tatkala tersebut nama Amin didalam perbualan itu. Sebaliknya Aira yang jauh tidak mengetahui selanjutnya tentang kisah yang timbul disebalik nama Diyana dan Amin ini.

Setiap luahan dan puitis rasa yang bergelodak di jiwa Diyana, hampir semua dapat jelas diketahui oleh Andy yang setia berhubung rapat sebagai sahabat karip itu melalui emel-emel yang sering di hantarkan terus ke peti emel Andy. Boleh juga dikatakan yang Andy seperti diari buat Diyana yang ditulis, diluah dan segala yang dirasakan tercatat kemas. Namun hubungan akrap antara Andy dan Diyana ini tidak diketahui oleh Amin juga Aira. Mungkin tiada sebab untuk Andy memberitahu soal ini kepada Amin juga Aira. Walau apapun, kisah penderitaan Diyana itu ditulis kemas oleh Andy didalam satu karya penulisannya sebagai himpunan dan takungan airmata Diyana yang digelarinya dengan nama Mekarlah Wahai Azalea. Dalam percubaan Andy dan Aira untuk membawa sedikit sebab untuk Diyana tersenyum, jelas menemui jalan buntu. Mungkin Aira menyedari bahawa ada sesuatu yang perlu Diyana jelas kepada Andy dan semua itu mungkin juga terhalang apabila dia terus berada di hadapan mata. Mencari helah dan alasan, Aira meminta diri untuk keluar dan pergi sendiri membeli makanan. Sifat Aira yang memahami akan suatu hal yang tersirat itulah membuatkan Andy terpaut kasih pada Aira.

Berlalunya Aira dari katil pesakit manis, si Diyana itu memberikan satu isyarat untuk membongkar satu rahsia. Rahsia yang telah menyebabkan airmata Diyana mengalir ke pipinya sebentar tadi. “Yana…aku sedia untuk mendengar segalanya..”, matang watak Andy inilah yang membuatkan Diyana senang dan selesa untuk meluahkan segala macam cerita suka atau dukanya kepada Andy. Sambil perlahan airmata Diyana kembali mengalir dipipi, rahsia Diyana ungkapkan kepada Andy yang selalu manjadi pendengar yang setia. Segala hal yang mematahkan hati Diyana itu diluahkan sejelasnya kepada Andy dan irama puisi airmata menemani luahan jiwa ini. Watak yang datang lengkap bersama tubuh yang bernama Diyana ini sememangnya sinonim dengan watak lembut yang sentiasa mengalirkan airmata jernih dan tulus. Suram dan damai suasana di wad itu menambahkan lagi kesan sentuhan jiwa yang pastinya membuatkan setiap manusia yang dapat membayangkan jelas keadaanya, pastinya turut sebak dan tersentuh di nurani. Apatah lagi Andy yang benar-benar berada diantara nyata dan ilusi si penulis ini. Memahami dan akur dengan segala luahan Diyana itu, Andy juga berjanji untuk memegang kuat amanah yang ditinggalkan Diyana kepadanya itu dengan sepenuh nyawa dan airmata lelaki Andy turut mengalir. “Terima kasih, Andy…kau ingatilah suatu hari nanti, kau pernah ada sahabat yang bernama Diyana ini…”, sambil airmata Diyana mengalir, terlenanya dalam kesedihan.

Keesokkan harinya, sekali lagi Andy ke hospital melawati Diyana dan kali ini dia datang berseorangan sambil memimbit sebuah laptop. “Yana,kau nak buat apa dengan lappy ni..”, dengan berwajah bersahaja, Andy memberikan Diyana lappy itu. Segera Diyana mengambilnya dan menghantar sekeping mesej kepada Amin.

Sebagai saksi atas segala luahan hati Diyana, Andy hanya mendiamkan diri sahaja melihat dan terus memerhatikan perbuatan Diyana itu. “Amin… maaf..Yana tak tepati janji temu kita kelmarin. Dan dengan utusan terakhir ini, kita akan terus tersempadan dan Yana tidak akan mencari Amin lagi…Selamat tinggal, Amin…”,tulisan Diyana buat penghabisan untuk kisah penderitaannya dihantar terus ke peti emel Amin. Andy yang menyedari soal itu hanya berdiam diri dan mengakui sahaja segala keputusan yang Diyana lakukan. “Yana..benar, kau tak mahu dia mengetahuinya?..”, Andy mencuba untuk memastikan Diyana tidak membuat keputusan yang terburu-buru. Diyana hanya menganggukkan kepala. Mungkin ini adalah takdir sebujur jasad sekeping hati dan semerah darah yang mengalir pada tubuh yang datang atas nama Diyana. Masa terus berputar dan tragedi kemalangan jalan raya itu semakin menghilang daripada ingatan Diyana.

Lewat masa berlalu, hari berganti hari dan minggu mulai digelarkan. Kisah demi kisah berselang pelbagai kenangan yang sudah pasti mengisi ketetapan tuhan yang telah mengatur segala kejadian didalam kehidupan ini. Pemikiran penulis pula beralih kepada perihal Amin yang masih berada disekitar Shah Alam. Asyik dan sungguh bersemangat Amin menerjah segala halangan dan dugaan yang cuba menghalanginya untuk mencapai impian yang selalu dia mimpikan itu. Dalam setiap pergolakkan yang terjadi didalam perniagaan Amin itu, positif Amin jadikan segalanya sebagai batu pelonjat semangat untuknya terus melompat lebih tinggi dan mencapai impiannya. Setelah kehilangan pada penglihatan susuk Ian, Jay dan May yang menjadi watak penting dalan setiap detik kenangan Amin, Amin berasa sangat sepi. Walau jujurnya ada sahaja rakan-rakan yang lain, yang juga asalnya dari kumpulan Meorajani, namun, keakraban antara mereka tidak sama. Siapa lagi yang mampu untuk bersama dan sekepala dengan Amin yang sudah sekalian tahu bahawa Amin adalah watak remaja yang istimewa. Istimewanya Amin sering kali disalah ertikan pada pandangan yang kabur, hanya jauhari mengenal menikam.

Penceritaan menenggelamkan kisah diantaranya dan menimbulkan lagi watak Amin yang sering menukarkan diari hidupnya kepada penulisan cerpen dan novel bagi meluahkan apa yang terbuku dihatinya. Masih segar di ingatan aku, Julai ‘09, aku mendaftarkan diri secara rasminya kealam perniagaan rangkaian dan pengiklanan ini. Berbekalkan niat dihati untuk merubah nasib keluarga dan sendiri, aku terus melangkah dan membiarkan saja kebelakang semua cabaran yang mencuba untuk menumpulkan semangat aku. Berkat usaha yang matang dan ikhlas tanpa sebarang penyelewengan, aku dapat pulangan modal hanya beberapa hari sahaja. Permulaan yang baik dalam sejarah perniagaan aku ini membuatkan aku ghairah dan semakin berani untuk membuat sebarang keputusan tanpa meminta pandangan daripada sesiapa saja. Namun, segala kekayaan dibumi ini adalah milik tuhan dan diberikan percuma sebagai balasan atas usaha yang telah disusuli dan hanya pinjaman yang sementara sahaja. Hampir setahun berlalu dan segalanya berjalan lancar tanpa gundah atau masalah yang besar. Namun disebalik kemewahan yang timbul diantara kepenatan bekerja ini, tanpa disedari, tanggungjawap yang digalas dibahu ini makin hari makin besar dan bermakna. Dan didalam situasi ini, hubungan aku dan semua ahli kumpulan 6A juga mulai retak beribu alasan haluan hidup yang tersendiri.

April ’10, adalah bulan yang amat memenatkan oleh aku. Sepandai tupai melompat, akhirnya jatuh ketanahan juga. Target yang telah diberikan oleh Din selaku leader diantara kami semua. Kegagalan yang telah aku lakukan ini amat mengecewakan pihak atasan dan juga turut dirasai ole kumpulan-kumpulan dibawah jagaan aku sendiri.
Kerjasama yang diberikan oleh semua lapis downlines aku teramatlah bagus namun target atau anggaran hasil jualan kami merosot. Namun kekecewaan ini dipositifkan apabila aku mendapat ketua gerakan yang rajin dan hebat bernaung di bawah jagaan aku. Jentera utama juga tonggak utama rangkaian aku adalah Haikal, Ayie, Shahrul, Fieda, Awatif, Zetty dan Suzy. Mereka semua bukan sahaja membawa watak sebagai downline tapi juga sebagai rakan terrapat aku tatkala aku kehilangan watak rakan seperjuangan seperti Ian, Jay dan May. Antara jentera utama aku ini telah aku kenali dari pelbagai situasi namun sebahagiannya juga aku baru sahaja kenali. Harapan dan kepercayaan antara kami semua membeuatkan kami semua rapat dan kuat. Kekuatan hubungan antara kami bukan kerana diikat oleh level tapi kami sempat menumbuhkan ikatan persahabatan yang ikhlas antara kami semua. Tidak pernah aku terfikir untuk berkawan dengan mereka semua namun atas sebab niat dan harapan yang sama, kami menyatu dan bergerak bagai serumpun kekawan.

Kemarahan Din terhadap aku dan kebawah atas sebab gagal untuk mencapai yang telah ditetap itu terserlah megah pada raut wajahnya. Walau apa saja alasan yang kami cuba terangkan, sudah pastinya maki yang dibalasnya. Kami tidak pernah ingin untuk mogok atau berhenti malah kami berasa makin bersemangat untuk terus meraih kejayaan. Kebetulan pula tika ini majoriti rakan-rakan(downlines) sedang mempersiapkan diri untuk menghadapi ujian akhir semester. Situasi menjadi kian tegang kerana ramai daripada rakan-rakan(downlines) adalah pelajar di IPT di sekitar shah alam ini, seperti Shahrul dan jentera utamanya, Ziera pula yang masih belajar dibangku sekolah dengan Ziera yang makin hampir dengan SPM manakala Shahrul pula bakal menduduki STPM. Pelbagai faktor yang munasabah ini timbul kerana stratergi perniagaan ini telah aku silap jalankan dengan membuat perniagaan yang bermusim. Namun aku telah melayangkan pelbagai harapan kepada semua rakan-rakan(downlines) aku dan sepastinya aku tidak pernah lupa. Setiap musibah yang datang menggelorakan kumpulan aku, kami hadapi dengan tenang dan setiap kali masalah timbul, kami dapat selesaikan dengan aman dan bonusnya pula kami menjadi lebih akrab dan rapat.

Cara aku menyelia semua rakan(downlines) utama aku itu dengan menjadikan mereka itu sahabat yang terdekat, kandang kala disalah ertikan oleh mata manusia sampingan. Kekacauan terjadi apabila keakraban aku dengan rakan-rakan(downlines) perempuan seperti Fieda, Awatif, Ziera, Zetty dan Suzy. Perwatakkan yang aku bawa dengan lebih lembut dan flexible pada mereka ini telah disalah ertikan oleh para sidelines dan uplines. Ada yang menganggap sebagai gangguan seksual, ada juga yang mempersoalkan soal level malah ada juga yang mencemburui kami. Namun semua anggapan ini dibuat oleh orang yang melihat dan bukannya dari pengamatan atau juga dari wataknya sendiri. Jelas nyata seuma anggapan yang tidak munasabah ini terhasil dari perasaan-perasaan negatif yang bersarang dibenak kalbu mereka yang berkenaan itu. Aku tidak pasti apa sebenarnya punca kepada semua helah jahat ini, aku telah menganggap semua rakan-rakan(downlines) aku ini sebahagian daripada keluarga aku. Dan Fieda, dia memanggil aku “abang” kerana dia juga telah menganggap aku sebagai abangnya tapi hanya dengan panggilan mesra ini, ada juga orang yang menyalah ertikan. Pengertian yang salah ini pula dibesar-besarkan hingga aku lunyai dipukul oleh kata-kata maki dari para uplines. Luluh semangat aku seketika selepas aku dimaki dihadapan sideline aku sendiri.


Aku sering dilihat bersama Fieda iaitu adeeq angkat aku sendiri. Fieda mempunyai pelbagai masalah fizikal dan psikologikal apabila melangkah kealam perniagaan sebegini. Dan antara watak yang paling hampir dengannya adalah Ayie dan aku saja. Walau kami berbeza jantina, namun Fieda lebih tulus meluahkan setiap rasa didadanya kepada kami. Ayie juga mempunyai masalah tersendiri justeru itu, Fieda lebih banyak meluangkan masa bersama aku dan semua ini telah dilihat rambang oleh sidelines dan uplines. Adapun fitnah terhadap hubungan aku dan Fieda belum terdiam, aku dikatakan menjalin hubungan pula bersama beberapa downlines dan sidelines aku sendiri pula. Apalah nasib aku yang memegang watak ramah dan merendah diri ini. Benar, aku bukan sahaja rapat dengan downlines aku malah aku juga selalu melepak bersama sidelines aku juga terutamanya dari golongan perempuan. Mungkin atas sebab sifatku yang ramah dan suka berbual mesra dengan sesiapa saja ini membuatkan mereka semua selesa untuk meluahkan apa saja yang terbuku. Apa salah aku. Antara mereka pernah memberitahui aku yang mereka tidak ada tempat untuk mengadu suatu hal, sepatutnya mereka berkongsi apa saja duka mahupun suka dengan uplines mereka sendiri namun keadaannya adalah sesetengah daripada uplines mereka lebih mementingkan level sebagai uplines yang mempunyai gap.

Perbezaan level ini memang mempunyai kelebihan namun apabila ada uplines yang terlalu menjaga gap ini, secara tanpa disedari, kehormatan dan rasa percaya dari kalangan downlines akan menipis dan kian terpadam. Namun, aku tiada kuasa untuk berkata apa-apa, aku hanyalah serangga. Aku juga masih baru dalam segala hal tentang perniagaan ini namun, aku sedar dari segala pengamatan dan pemerhatian yang sering aku pelajari apabila ada saja pergolakkan yang berlaku didalam perniagaan ini, pastinya aku akan mencari punca dan alasannya. Sesekali aku terfikir juga, apakah aku ini jauh ketinggalan daripada rakan-rakan aku yang lain. Sedangkan kami hanya berbeza beberapa hari saja dari tarikh pendaftaran. Sepatutnya kami yang awalnya bermula bersama-sama ini, akan naik atau maju secara bersama tanpa ada perbezaan yang melampau jauh tapi, apa yang ikhlas aku rasakan, seolah-olah aku ini tidak pernah mengenali mereka dan juga aku merasakan yang aku ini jauh lebih bodoh daripada mereka tentang perniagaan ini sedangkan aku tidak pernah terlupa untuk bertanya, belajar dan membuat pembacaan bagi mengutuhkan lagi ilmu aku. Inilah nasibku.

Segala cabaran jiwa ini, aku ambil dan simpan diam dijauh ke dasar hati. Aku teruskan kayuhan semakin laju dan semakin bersemangat demi mencapi cita-cita. Pada penghujung bulan April itu, kami yang mengetuai setiap kumpulan dibawah Din berkumpul dan bersidang. Dalam persidangan ini, masalah di uraikan dan sasaran baru ditujukan. Pertama kalinya aku tersenyum apabila Din mengatakan insentif syarikat terbesar akan disalurkan kepada ahli-ahli yang Berjaya mencapai sasaran yang telah diberikan untuk bulan Mei nanti. Senyum aku aku disekat serta merta apabila Din mengumumkan sasaran hasil jualan franchise kepada setiap ahli persidangan itu. Aku disasarkan untuk memperoleh sekurang-kurangnya 5ribu kerana syarikat akan menyediakan lubang pelaburan yang hebat bagi sesiapa saja diantara ahli persidangan ini yang Berjaya mencapai sasaran ini. Pelaburan kali ini amat dinantikan oleh sesiapa sahaja sebenarnya, pelaburan yang amat bernilai untuk masa kini dan juga masa hadapan iaitu sebuah “studio house” di Kota Damasara bagi setiap sasaran yang dicapai. Syam bagaikan memberikan aku semangat untuk mencapai sasaran itu. Cukup aku mengerti, andai aku dan juga sidelines aku yang paling dekat yang juga berada di bawah kaki Din iaitu Ucop, sekiranya kami berdua mencapai sasaran sebuah rumah itu, kekuasaan Din akan menjadi lebih kuat.
Inilah lumrah. Sekiranya aku dan Ucop berjaya mendapatkan insentif tersebut, Din juga akan memperoleh insentif itu hanya kerana usaha dan perahan kudrat dari aku dan Ucop. Namun begitu, kami tidak mencemburui Din kerana kami sedar, kami berada dibawah kaki Din. Sehari selepas persidangan itu, pada siang itu, aku termenung sendiri didalam bilik aku sambil mendengar putaran-putaran lagu kegemaran aku. Aku termenung sendiri memikirkan soal sasaran yang telah dipertanggungjawapkan keatas aku semalam. Pening aku memikirkan stratergi untuk mencapai sasaran itu. Apa mungkin rakan-rakan(downlines) aku dapat bersama-sama aku mengejar sasaran ini sedangkan ramai dianatara mereka sedang sibuk untuk menghadapi ujian akhir semester mereka. Perangkaan dan stratergi aku susun berhati-hati dengan matang bagi memudahkan bagi aku dan juga rakan-rakan(downlines) aku untuk mencapai sasaran itu.

Tersandar aku ke dinding bilik aku mengeluh sendiri. Terlalu banyak rintangan dan penderitaan yang telah aku lalui dan hadapi sebaik saja melangkah kealam perniagaan ini. Beribu kenangan pahit diantara manis berselang ke mata aku. Walau kini jujurnya aku berasa amat lelah dengan segala sasaran dan dugaan ini tapi bila aku mengenangi semula peristiwa-peristiwa yang telah menghiasi saat aku menjalankan perniagaan ini, aku berasa rugi andai kata aku melepaskan dan memberhentikan perjuangan ini. Sejak dari permulaan lagi, aku tidak pernah sunyi dengan cabaran dan dugaan. Bermula dari peristiwa kehilangan Eva iaitu motorsikal kesayanganku dalam kisah aku mencari modal, setelah sesat dalam perjalanan selama hampir 3 jam, motorsikal pula hilang dicuri. Selepas itu aku kehilangan pula para sahabat agung, Andy dan ramai lagi ketika aku lena kesibukkan berniaga. Perpecahan persahabatan antara rakan-rakan aku yang sama belajar di IPT di Perak dahulu dan setelah itu, aku berasa kehilangan lagi apabila Jay dan May keluar dari rumah yang sama-sama kami cari ini. Adanya Ian yang sementara waktu saja kerana dia juga telah dihantar untuk berjuang ke utara tanah air. Peristiwa aku kepenatan hingga termuntah apabila mencari idea dan ketenangan selepas dimaki teruk oleh Din sememangnya tidak akan pernah aku lupai. Kejatuhan demi kejatuhan aku rasai, aku juga telah pernah dihalau dari port apabila hasil jualan franchise aku merosot teruk. Sebahagian besar downlines aku hilang dan berhenti pada awal kebangkitan aku dulu, turut menguatkan lagi semangat aku untuk terus maju. Segala penderitaan jiwa dan fizikal aku alamai selama ini adalah tiket untuk aku terus maju dan menerus melangkah lebih jauh. Aku ingin melompat lebih tinggi.

Dalam penyadaran aku ini, Shah dating kepadaku secara tiba-tiba. “Min, aku rasa jiwa kau lebih kepada seni bina dan bukannya pada perniagaan ini..maaf jika aku terkasar bahasa..”, kata-kata Shah menusuk terus ke dada aku namun aku tersenyum saja. Aku hanya berdiam diri. Lalu aku memutarkan lagu Gemuruh nyanyian Faizal Tahir yang menjadi lagu semangat untuk semua ahli-ahli dalam perniagaan ini. “Shah…tuhan akan memperhentikan aku dari benda ini andai aku tersalah langkah…hanya tuhan yang tahu segalanya..”. segera aku mempersiapkan diri untuk ke port ddan mempersidangkan staratergi dan teknik yang telah aku fikirkan sebentar tadi kepada semua downlines aku. Sempat juga aku lihat Shah, yang hanya tersenyum apabila aku menjawap kata-katanya tadi. Apakah yang sebenarnya Shah sedang fikirkan. Aku juga tidak pasti. Hanya aku tahu, aku mesti terus mencapai kejayaan dalam apa saja yang aku lakukan demi aku sendiri, ibubapa aku di kampong, demi mentor-mentor aku iaitu papa Meor, papa Raja juga mama Ani dan aku mesti berjaya dalam hidup ini demi dendam pada cinta Alyssa. Akulah Pzy_Boss.

Aku terus melangkah. Tiada lagi penyesalan dan tiada juga kesangsian, aku terus melangkah. Langkah disusun dan kaki terus menjangkau rentak, memijak pada semangat yang membara. Cara dan stratergi digubah lalu disusun, tindakkan disusuli dengan ikhlas demi mencapai sasaran dan cita. Keadaan di port kelihatan semakin rancak dan aura juang terpancar jelas diraut wajah setiap leader. Namun, tidak dinafikan sama sekali, raut wajah rakan-rakan (downlines) jelas tertekan dan keletihan. Kadar waktu dan masa seakan makin bergerak laju sehingga kami semua terkejar-kejar. Masa tidak akan memperdulikan orang yang mengabaikannya juga masa tidak akan menanti orang yang mengejarnya. Memperlihatkan pula pada watak aku yang semakin tenggelam dimata para leader setelah aku gagal mencapai hasil jualan yang telah disasarkan pada bulan lepas, aku mencuba untuk bangkit kembali dengan memperkuatkan jentera dan daya kesungguhan bagi mencapai sasaran untuk bulan ini pula.

Datanglah suatu malam yang gelap bercuaca baik, di port. Aku mempersidangkan para jentera utama aku yang terdiri daripada Ayie, Haikal, Fieda dan Awatif untuk mengulas dan menggumpalkan percaturan baru untuk sasaran bulan Mei ini. Malam itu adalah hari ketiga bulan Mei, namun hasil masih tiada. Aku memulakan persidangan ini dengan progress talk pada hasil yang tidak memuaskan itu. Aku percaya kepada semua rakan-rakan(downlines) aku sebenarnya yang mereka juga sama dengan aku yang telah berusaha bersungguh-sungguh namun hasilnya masih tiada mungkin tiada rezeki lagi. Namun berpegang pada cara yang telah diturunkan dari pihak atasan, ulasan dan nasihat perlu diadakan juga. Setelah hampir dua jam kami semua berbincang dan menyusun stratergi juga amanat, kami mulakan pula sesi perbincangan dan perbualan secara tidak rasmi dan lebih santai. Dalam perbualan ini, sempat aku memberikan Ayie dan Haikal amanah bagaikan aku tidak lagi akan mengetuai mereka semua. Dan aku juga merasakan ada kelainan dalam percakapan aku. Berasa terlalu berat untuk mengalihkan pandangan mata yang ingin tetap menatap wajah mereka terutamanya Fieda yang telah menjadi seorang downline tersayang aku itu. “Abang…kenapa ni..semacam jer..”, Tanya Fieda yang merasakan sesuatu yang aneh pada kelakuan dan percakapan aku. Aku hanya tersenyum saja, aku juga tidak mengetahui apa yang terjadi. Mungkin ianya tidak bersahaja atau mungkin ada sesuatu yang tersirat.

Dalam seberapa ketika waktu beredar, aku berasa sakit dalam perut aku. Kebiasaannya aku dapat menahannya tapi kali ini, aku tidak berdaya bertahan dan terus berjumpa Din untuk meminta izin untuk pulang kerumah. Lantas, aku meminta sideline aku untuk menghantar aku ke rumah seraya itu aku meninggalkan port dan aku merasakan yang aku akan meninggalkan port untuk tempoh yang lama. Sampai dirumah, didalam bilik aku, aku bersandar sendirian memikirkan apa yang telah aku makan sehingga sakit sebegini rupa. Oh, aku termakan cili api yang berada dalam hidangan makan malam aku sebentar tadi sedangkan aku telah dinasihati oleh pakar kesihatan aku untuk tidak memakan makanan pedas terutamanya cili api. Justeru, aku menghubungi Ucop yang lebih arif tentang selok belok Bandar Shah Alam ini untuk menanyakan hospital yang berdekatan. Memandangkan ekonomi yang kurang cemerlang, aku membuat keputusan untuk ke hospital kerajaan sahaja daripada ke hospital swasta walaupun jaraknya lebih jauh daripada hospital swasta. Malang terus mendatang, dalam keadaan yang amat terdesak itu, sebiji kenderaan pun tiada dirumah kerana semua kenderaan dirumah telah dibawah oleh seisi rumahku ke port dan ada juga yang ke Seksen 13 untuk menghadiri mesyuarat bersama leader-leader tertinggi kumpulan. Dalam harapan yang patah itu, aku buntu sambil menahan kesakitan yang teramat sangat ini.
Malang nasib aku ini tidak terlalu kejam, kebetulan pula Ian berada di sekitar Shah Alam ketika itu untuk menghadiri mesyuarat bersama leader-leader tertinggi itu. Lalu, aku menghubungi Ian meminta tolong. Aku sedar aku masih lagi mempunyai rakan-rakan yang lain selai Ian yang juga warga rumah itu tapi tidak aku lupakan yang mereka semua tidak sebaik Ian walau telah lama kami tinggal serumah. Dan ketika aku dalam kesakitan itu, kelihatan jelas satu kenyataan yang membuatkan aku terfikir sejenak namun kesakitan yang aku tahan ketika itu, menglalaikan aku. Kelihatan Ian, Ucop, Awal dan Fad tiba kerumah meninggalkan port dan mesyuarat penting itu demi aku, seorang sahabat ini. Mereka semua mulai panic dan tidak tahu untuk berbuat apa-apa kerana mereka tidak mengetahui akan penyakit yang aku alami ini kecuali Ian yang pernah bersama aku ketika aku sakit sebegini sewaktu berada di Perak dulu. Ian mulai tegas lalu, menghubungi “Z” yang ketika itu berada dalam mesyuarat itu dan menyuruh “Z” menghantar sebuah kereta dengan segera untuk membawa aku ke hospital. Tika itu, aku lihat Ian sangat tegas dan itu membuatkan aku terharu. Melihat mereka semua dalam kebuntuan dan tidak mahu mengganggu mesyuarat itu, hadir Ian bersahaja menghubungi “Z” dan serentak mengganggu mesyuarat itu. Aku sempat dengar yang Ian sangat tegas dam menjerit dalam talifon kepada “Z” kerana “Z” keberatan untuk meninggalkan mesyaurat itu hanya kerana untuk menghantar kereta demi keselamatan aku. “hey..pergi mampus punya mesyuarat..member aku sakit ni!!..”, jerit Ian.

Seketika berlalu, tiba-tiba kedengaran sebuah kerea sampai dihadapan rumah. Amin tidak mampu untuk berdiri lagi, wajahnya kelihatan pucat putih, layu badan bagai bercerai tulang dengan daging. Aku terkejut juga melihat kereta yang sampai itu, Lai membawanya pulang. Mungkin atas sebab persahabatan, Lai memberanikan dirinya untuk membawa pulang kereta itu sedangkan dia tahu, dia tidak memiliki lesen memandu dan dia juga tidak pernah memandu juga sebelum ini. Sikap Lai itu, aku puji ikhlas. Tanpa berfikir panjang atau mengadakan sesi pujian ke atas Lai, aku bersama rakan-rakan yang lain, memapah Amin ke dalam kereta dan terus membawanya ke Hospital Tengku Ampuan Rahimah, Klang.

Sampai di hospital, aku dibawa ke ruangan pesakit luar. Dalam menunggu giliran itu, aku tahu para sahabat aku ini pastinya dalam kepenatan, aku menyuruh mereka pulang sahaja namun Ian dan yang lainnya berkeras untuk menemani aku hingga ke paras selamat selamat. “Min, kami yang bawa kau kesini dan tentunya kami juga akan membawa kau pulang..”, terima kasih sahabatku. Dalam kesakitan yang tidak tertanggu oleh tubuh aku ini, aku diberikan suntikkan ubat penahan kesakitan oleh doctor yang bertugas. Setelah selamat aku disuntik, kesakitan yang aku alamai itu hilang serta merta. Sempat aku melihat di kelendar yang tertampal di dinding ruangan itu, hari ini telah masuk hari keempat bulan Mei dan jam yang tergantung pula menunjukkan waktu tepat jam 4:17 pagi. Entah kenapa tuhan memperlihatkan segala babak ini dimata aku. Bermula daripada babak aku bersama downlines aku, sideline, “sahabat” dan tarikh. Mungkin itu adalah tarikh pada pandangan aku buat kali terakhir. Sekali lagi aku menyuruh mereka semua pulang sahaja dan meninggalkan aku sendirian di hospital ini keraqna aku berasa mengantuk sangat dan ingi saja aku tidur di hospital ini. Melihat pada keadaan aku yang semakin pulih itu, mereka merelakan diri untuk meninggalkan aku sendiri disini. “Min..kalau ada apa-apa, kau terus hubungi aku ya..”, kata Awal yang hanya 7 bulan aku kenali tapi terasa bagai telah bertahun kenal dan kami memang rapat. Mereka lalu pergi meninggalkan aku.


Aku yang masih kuat dan sudah merasakan azab kesakitan tadi, tersenyum lebar. Penderitaan aku sudah menghilang. Tapi aku sedar, senyum aku ini tidak akan bertahan lama. Tentu saja ada yang tidak kena, setahu aku, berpandukan pengalaman lama aku, kesakitan aku tadi tidak dapat dilenyapkan dengan semudah ini. Dalam langkah yang lebih berhati-hati, aku membuat persiapan untuk segala kemungkinan yang boleh berlaku nanti. Dengan keadaan badan aku yang masih lemah setelah muntah berulang-ulang kali semalam, aku mencari mesin ATM untuk mengeluarkan sejumlah wang simpanan untuk pembayaran bil hospital sekiranya aku terpaksa ke ruangan kecemasan nanti. Setelah mengeluarkan wang, aku juga top-up talifon aku untuk memudahkan aku menghubungi sesiapa saja sekiranya aku terlanjur sakit sekali lagi. Setelah semua persiapan yang aku fikirkan lengkap, aku ke kantin untuk bersarapan. Hanya mampu untuk perutku menelan, sebuku roti dan secawan milo panas.

Setelah selesai makan, aku kembali ke ruangan menunggu sekadar untuk melelapkan mata. Dalam aku bersandar lega dikerusi yang telah disediakan itu, terfikir aku untuk menghubungi abang aku yang berada di Subang Jaya, Eddy. Selesai saja menghubungi Eddy dan memberitahuinya tentang keadaan aku ketika itu, terlintas difikiran aku akan satu watak yang aku telah lupakan, Diyana. Entah kenapa tiba-tiba saja terfikir untuk menghubungi Diyana tapi rasa malu dalam diri aku atas perbuatan aku pada Diyana membataskan aku untuk menghubunginya ketika itu. Hampir sejenak aku terlelap, aku dijagakan dengan satu tendangan kuat didalam perutku seolah-olah kaki bayi yang menendang rahim ibunya. Tercelik aku seluasnya dan menahan kesakitan yang amat sangat ini. Sakit. Amat sakit. Segera aku kembali ke ruangan pesakit luar itu untuk mendaftar sekali lagi. Kiranya ketika itu, ubat penahan kesakitan yang telah disuntikkan kebahu aku sebentar tadi telah hilang penawarnya. Tapi kesakitan aku kali ini lebih sakit, lebih mengganas bagai ada gelora api yang membara yang marak membakar perutku didalam.

Setelah mendaftar, aku terpaksa menunggu giliran pula. Dalam menahan kesakitan itu, hanya terfikir dibenak fikiran aku, dimanakah segala manusia yang telah mengikat kata persahabatan bagai saudara dengan aku selama ini, sehingga aku terpaksa menanggung kesakitan ini seorang diri. Dimanakah orang yang selalu kata untuk menjaga aku, memastikan impian aku tercapai dan dimanakah juga segala manusia yang tinggal sebumbung dengan aku. Dimanakah mereka semua, oh ya, mereka semua sedang mencari duit dan mengejar impian sendiri. Dusta segala janji. Baru aku sedar tika itu, walau beberapa rakanku telah menghantarku sebentar tadi, aku sedikitpun tidak kisah, yang aku paling terkilan, yang lain, yang masih tidak mengambil tahu keadaan aku, yang selebihnya selain daripada mereka berempat tadi. Sedikit sedih terasa dihatiku, lantas aku terindukan persahabatan antara aku dan Andy. Menyesal aku membuang persahabatan itu. Kini, jelas, memandang hubungan aku dan keramaian isi rumah aku itu, membuatkan pandangan yang hina seolah-olah memandang babi didepan anjing.

Kesedihan aku pada persahabatan palsu itu dipalingkan semula pada kesakitan yang aku sarat hadapi tika ini. Oh tuhan, apa musibah yang aku hadapi ini. Sakit tidak terperi dek tubuh aku yang layu pucat luluh wajah seri hilang terbawa kesedihan hati dengan layunya susuk badan bagai tiada kulit tercerai tulang, seketil sirih sebiji lenga, rasa pilu pada malangnya nasib yang tertulis sebegini pada sisa hikayat aku tika ini, tersudut menanggung musibah ini. Berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul segala cubaan ini.

Selepas pemeriksaan kali kedua itu, situasinya sama sahaja, doctor hanya memberikan aku suntikkan ubat menahan kesakitan. Beberapa jam selepas itu, sakit aku kembali lagi. Aku mencuba untuk menguatkan diri, menafikan segala cubaan ini namun tidak tertanggung dek serangkai lesu tubuh aku ini lagi. Aku hubungi abang aku sekali lagi, kerana tika itu, aku perlukan seseorang yang mendampingi aku. Aku sudah tiada siapa-siapa lagi, dalam ingatan aku ini, pada hari itu yang telah menjelang waktu malam, hari Selasa, sedang berlasungnya event untuk syarikat perniagaan yang aku sertai itu dan tentunya semua rakan-rakanku yang terdekat sedang sibuk menguruskan event itu. Seberapa ketika, dalam keadaan aku yang sedang sarat menahan kesakitan yang amat sangat ini seperti hampir terputus nyawa dari jasad, tersudut sendiri di luar pintu ruangan kecemasan. Tiba-tiba abang aku tiba bersama tunangnya melulu memapah aku yang hampir tersungkur ke bumi menahan kesakitan.

Segera Eddy menalifon Bunda di kampong dan menjelaskan keadaan aku yang teruk ini. Kelihatan Eddy juga buntu untuk menolong aku, dia bagaikan terputus fikiran dalam keadaan yang kalut ini. Bunda aku menyuruh Eddy membawa aku ke ruangan kecemasan hospital dan sepintas itu juga Eddy membawa aku dengan seribu langkah kecemasan. Sampai ke katil kecemasan itu, berbekalkan sisa-sisa nafas yang masih ada pada aku ini, aku menjelaskan kepada pembantu hospital yang bertugas di ruangan itu tentang semua kesakitan aku dan semua sejarah kesihatan serta sempat aku merelakan andai aku perlu dibedah untuk menyelamatkan aku. Beberapa orang doctor tiba ke katil aku dan membuat perbincangan dengan beberapa orang pembantu hospital disitu. Lalu, aku lihat Eddy dan tunangnya diarahkan keluar dari ruangan kecemasan itu, namun aku tidak pasti kenapa mereka diarah seperti itu. Tiba-tiba datangnya seorang jururawat bergarisan biru dikepalanya menghampiri aku dan terus menyuntik aku. Seberapa ketika selepas terkena suntikkan itu, aku merasakan mata aku terlalu berat untuk terus terbuka. Lalu, kesakitan yang aku tanggung sebesar langit tadi terus hilang serentak mataku tertutup rapat.

Mataku terbuka lagi. Syukur kepada tuhan yang Maha Kuasa, izin-Nya aku untuk terus bernafas di bumi ini. Rupanya aku telah kehilangan satu hari dan satu malam didalam keadaan tidak sedar diri. Tersenyum aku apabila aku menoleh ke sisi kanan dan kelihatan wajah manis sinis Bunda aku yang sedang erat memegang lenganku dengan penuh sifat penyayang seorang ibu. “Bunda…bila sampai?”, “Petang tadi, Min…”, balas Bunda kesayanganku. Terharu rasa dihatiku, Bunda yang jauh di kampong kini sudah berada didepan mata. Aku rasakan sakit semalam bagai hilang kesannya apabila dapat manatap wajah Bunda. Turut berada di sisi katil ini, Awatif dan Dira(sideline) yang tercegak berdiri sambil melemparkan senyuman kegembiraan melihat aku yang baru saja membuka mata ini. Apa yang berlaku ketika aku memejamkan mata sehari sebelum ini, hanya mereka yang tahu. Fikiran aku tika ini masih tidak stabil dan masih terasa pening berpusing dikepala. Mungkin sebab kesan ubat pelali yang dikenakan ke atas aku apabila sesi pembedahan perut dijalankan semalam. Fikiran aku tidak menentu dan mataku juga kabur, mungkin ini adalah keadaan yang biasa bagi seorang pesakit yang baru saja selesai menjalani pembedahan. Kelihatan dihujung bucu katil aku ini, Dira sedang mengambil gambar aku yang terlantar diatas katil ini lalu aku memintanya untuk mengambil gambar aku bersama Bunda namun Bunda pula yang enggan. “Bunda…bolehlah ea..buat kali terakhir…”, rayuku kepada Bunda untuk bergambar bersama namun apabila difikirkan semula, aku juga tidak mengerti kenapa aku mengatakan “buat kali terakhir” tadi. Tanpa berfikir panjang, Dira segera mengambil beberapa keping gambar aku bersama Bunda tercinta.
Mungkin ubat pelali itu tadi masih menaburkan kesannya didalam tubuhku ini dan membuatkan aku terpejam mata sekali lagi. Tidak lama aku rasakan, lalu mataku terbuka lagi dan kelihatan seorang doktor lelaki sedang duduk di sisi aku. “Dik…masih sakit?” “Ya, Doc..”, lalu dia tersenyum dan menyuruhku untuk menekan satu butang hijau yang sedang berada di dalam genggaman aku tika ini. Katanya dia, andai aku terasa sakit, teruslah aku untuk menekan butang itu. Aku hanya menganguk saja. Terpinga juga aku seketika, kelibat Awatif dan Dira sudah tiada sedangkan aku hanya memejamkan mata hanya seketika tadi. Mungkin hanya aku yang merasakan bahawa aku hanya memejamkan mata seketika namun hakikatnya hampir 5 jam daripada waktu Dira mengambil gambar aku bersama Bunda tadi. Dalam keadaan yang terpinga itu, tiba-tiba sahaja aku berasa sakit lalu aku tanpa sangsi menekan butang hijau yang dikatakan oleh doktor lelaki itu tadi. Terkena panahan ubat dari butang hijau itu, aku berasa tenang dan mengantuk. Aku tidur lagi. Namun, sesungguhnya, Allah Maha Pengatur segalanya yang berlaku dibumi atau di langit yang luas. Takdir telah tertulis sebelum bumi diciptakan-Nya, dan setiap ciptaan-Nya walau apa pun juga, tiada kegagalan atau kecacatan yang tersirat. Aku bersyukur, rapatkanlah aku kepada-Mu, wahai Tuhanku yang teguh dijiwa, hanya Kau yang satu. Aku memejamkan mata kali ini adalah untuk selamanya……………………

Pernah ada rasa cinta antara kita kini tinggal kenangan,
Ingin ku lupakan semua tentang dirimu,
Namun ‘tak lagi ‘kan seperti dirimu oh bintangku….
Jauh kau pergi meninggalkan diriku,
Disini aku merindukan dirimu,
Kini ku cuba mencari penggantimu,
Namun ‘tak lagi ‘kan seperti dirimu oh kekasih…
( Saleem – Hanya Tinggal Kenangan )

Jika ku tak bangun esok pagi, Sayang ku kau jagalah diri,
Sentiasa ingatkan hati, Dirimu amat ku cintai,
Andainya dihimpit kesusahan, Sujud dan mohon kepada Tuhan,
Agar diberikan bimbingan, Meniti hidup bersendirian,
Kalau ada yang sudi mengganti, Sayang lepaskanlah aku pergi,
Kerana sayang seistimewa mu berhak dicintai dalam hidup,

Sayang,
Tiada apa yang kekal didalam dunia ini,
Namun yang aku pasti, Walaupun aku tiada nanti,
Cintaku…akan kekal abadi….
Kuberharap kau takkan lupa, Mengirimkan bekalan doa,
Jumpa lagi disana nanti, Jika ku tak bangun esok pagi….
( Yusry KRU – Jika Ku ‘Tak Bangun Esok Pagi )

… ……………………………………………………………………………….(tamat episod 5)




KERANA ALYSSA (sekadar ilusi penulis)
Episod 06 : Aku Mahu Hidup (istimewa)

Terlantar dalam kekusutan,
Umpama tiada harapan,
Terlalu banyak kesilapan,
Terlanjur ku lakukan,…

Ku tahu aku selalu terleka,
Ku tahu aku ‘tak sempurna “lima”,
Kini rasa insaf tersedar dari godaan dunia,
Aku mahu kembali ke jalan yang sebenar,…

Tekad sedaya upaya agar Dikau sudi terima,
Tinggalkan segala yang sudah,
Ku didalam gelisah, berdoa,
Agar Kau ampuni segala dosa,…

Hatiku tidak akan berubah,
Dengan yakin aku bersumpah,
Aku bersujud agar Kau ampuniku,
Ampunilah aku…

Inginku mengubahkan cara,
Jadi insan yang lebih setia,
Merintih dengan airmata,
Menyerah jiwa dan raga,…

Apabila sudah tiba masanya,
Nyawaku tiada di dunia,
Ambillah aku dekat pada-Mu,
Hanya itu saja pintaku…

Walau tidak mungkin mampu,
Penuhi segala harapan-Mu,
Namun aku merayukan,
Pengampunan dari-Mu, Tuhan…

Aku hanyalah manusia biasa,
Yang terkandas di perjalanan,
Ingin pulang ke pangkuan,
Aku sedari kesilapanku…Ampunilah aku…

( KRU – Ampuniku )


Mataku terbuka, degup didalam dadaku tidak lagi aku dengarkan namun aku tetap percaya yang aku masih bernyawa. Kelihatan disekeliling aku suatu dinding besar melitupi segala pandangan. Dinding yang berwarna hijau lembut deco green ini kelihatan seperti syurga yang selalu diceritakan oleh ustazah ketika aku bersekolah rendah dahulu. Tapi perhiasan dan kemasan pada setiap penjuru dinding ini seperti pernah aku lihat sebelum ini, mereka seperti suatu sifat ruang unit rawatan rapi di hospital kerajaan Malaysia. Ya, benar aku berada didalam hospital sekarang tapi, sejak bila pula aku berada disini? Bilakah waktunya aku sakit? Siapakah diriku ini?. Mencuba aku untuk membuka mulut dan bertanyakan kepada seorang jururawat yang sedang berlegar-legar dihadapan mataku ini tanpa berbuat apa-apa namun, lidahku seperti kaku membeku, mulutku bagaikan dijahit rapat tidak terbuka dan seluruh anggota badanku terasa terpaku bagai dipasak kebumi serta leherku digantung ke langit. Tidak mampu untuk aku melakukan apa saja. Apa yang telah terjadi kepada tubuhku ini ?. Kenapa semua ingatan aku bagaikan lenyap tidak terkesan lagi di fikiran aku ini. Mengeluh sendiri aku dan terpinga kebingungan dalam mencari alasan untuk semua yang terpamir dihadapan mataku ini.

Wayang berputar bagaikan suatu episod yang panjang. Buntu aku dengan perihal keadaan aku disaat ini. Sakit dalam kepala aku. Seraya hati bertanya, kebingungan bertandang tanpa disangka-sangkakan. Apakah yang sedang aku alami sekarang ini, apa mungkin segala gambaran dan tayangan ini adalah suatu mimpi atau khayalan yang berputar terpancar zahirnya ke iris mata penglihatan aku ini. Dalam kebingungan yang berterusan mendilemakan kewarasan fikiran aku ini, aku masih tercari-cari akan suatu maksud untuk semua cerita ini. Masih jelas aku terlihat kekalutan dan operasi didalam situasi tempat yang sedang pegun jasadku terdampar ini. Aku lihat para jururawat dan para pakar kesihatan sedang menjalankan peranan masing-masing dengan tekun dan teliti sekali. Tiada sebarang perjelasan yang tepat untuk merungkaikan segala pertanyaan yang terkumpul dibenak fikiran aku ini. Teringin sekali rasanya aku untuk menanyakan para manusia yang wujud dalam pandangan sekitar aku ini akan segala tanda tanya yang timbul namun malang nasib yang tertanggung dek tubuhku tika ini, masih aku kaku dan bisu untuk mengucapkan walau sepatah kata dari bibir ini. Masih juga aku menanti dengan penuh harapan agar ada walau seorang diantara keramaian manusia ini yang mendatangi aku untuk memeriksa dan mungkin dapat untuk aku meneruskan pertanyaan ini dengan isyarat mata atau juga bahasa-bahasa isyarat lain yang mampu menggambarkan setiap pertanyaan hatiku ini.

Terima kasih tuhan, seorang jururawat muda mendatangi aku dengan berwajah sebal seakan turut bersedih melihat keadaan aku yang terpinga sesat di antara persoalan ini. Sebaik sahaja tiba ke hujung katil aku ini, jari jemarinya menjalar ke kaki aku dan terus mencapai jari kakiku. Aku terfikir, apa benar dia adalah seorang jururawat?. Genggam jari kaki aku, dia melayangkan senyuman sinisnya tepat ke jelingan mataku yang terpaku pada pandangan ini. Tanpa sepotong ayat atau seumpamanya, dia memalingkan wajahnya dengan rela yang perit dan terus berlalu tanpa menoleh ke aku lagi. Apa tidak dia melihat keserabutan jiwa yang aku alami tika ini, atau mungkin tidak mereka semua disini memperdulikan aku lagi. Mataku masih tercelik dan tidak pernah tertutup ini, sedangkan mereka tidak mendapatinya. Aku berasa hairan, lalu aku membangkitkan tubuhku dari baringan yang sungguh tidak selesa ini. Aku bangun separuh badan dan keadaannya masih tidak berubah. Masih aku tidak diperdulikan. Ahhh.. Berasa lenguh seluruh badan aku, kira-kiranya mungkin sudah beberrapa hari ini aku sekadar pegun dalam baringan. Kaku seketika segala urat dan saraf aku. Uum… Seperti kata sahabat karibku, tiadalah kesedapan yang hebat selain sedapnya “geliat” ini, meregangkan otot badanku. Aku bangkit.
Sedang aku mengselesakan tubuhku ini sambil meregang-regangkan otot, aku lihat tiga orang jururawat menghampiri katil aku ini. Hipotesis aku buat, tentunya mereka akan tersenyum apabila melihat keadaan aku yang sudah mula bangkit dari baringan ini. Kesimpulan awal aku nyata palsu. Kian hampir kepada katil aku, mereka bertiga berwajah duka. Salah seorang daripada mereka itu terbutang ketat didada tag nama, Windy. Berwajah cerah dan berkulit nipis berurat merah, mungkin cina. Windy melebarkan pangkuan lengannya seakan ingin memeluk tubuhku. Aku menerimanya dengan hati yang rela namun, kian lengannya hampir ketubuhku ini, telus, bagai tiada jisim. Jelingan mata aku mengekori arah lengannya itu dan rasa kejut yang amat dalam degup jantungku yang sendiri aku rasakan kini kian lemah. Hilang separuh kewarasanku bila terlihat lengan Windy tepat pada bahu sekeping jasad yang masih berada dalam baringan mebelakangi aku. Aku terpaku melihat dan mengesan dengan penuh benar tanpa kesangsian, itu adalah jasad aku. Ya Allah…jika benar itu adalah aku, siapakah aku ini ?. adakah aku ini halimunan atau mereka semua ini yang tiada jisim. Wayang berlapis bagaikan ada dua keping putaran imej yang bertindih antara satu sama lain. Tiada kejutan yang pernah membuat degup jantungku sekuat ini. Melihat Windy memegang bahu jasadku itu benar-benar memberi satu sentuhan yang memerah rasa sedih dalam rohku ini.

Sedih kian jelas aku rasakan kerana aku telah mendapat kepastian. Benarlah jasad yang terbujur di baringan itu adalah jasadku yang aku damping sekian lama waktu. Tercatat terang nama dan nombor pengenalanku di papan tanda nama pesakit yang tergantung di kepala katil itu. Walau berat kenyataan ini, aku harus terima. Ini bukanlah dunia aku lagi. Aku harus menemukan pangkal alam yang zahir untuk aku, rohku ini. Rasa sedih pada hakikat ini, membawa aku untuk melabuhkan diri dari katil itu. Sempat melihat Windy mengusap airmata yang mengalir perlahan pada hujung tutupan mata jasadku itu. “jangan bersedih…awak masih disini, carilah puncanya untuk keluar dari situ”, lalu Windy menoleh kearahku dan memberikan aku sekuntum bunga senyuman. Aku terasa terkejut juga, seakan Windy dapat melihat rohku ini. Aku membalas senyumannya seraya kaki aku perlahan melangkah meninggalkan tempat itu. Wahai jasadku yang setia mendampingiku selama ini, damailah engkau seketika disitu sehingga aku kembali dengan pengertian hidup yang baru. Janganlah engkau lemah mahupun takut pada kenyataan ini, segala rasa dan ilusimu itu akan aku pertanggungjawapkan sendiri. Kuatkanlah azammu kerana itu juga semangat aku. Selamat tinggal jasad yang terkandung dengan cinta, setialah engkau menantikan kepulangan aku kepadamu.

Bagaikan satu ilusi seorang seniman yang melakar dan membentuk drama ini terhadap kisah hidupku. Aku terus melangkah keluar dari wad ini. Sebaik sahaja tiba dibalai menunggu di luar wad ini, aku lihat abang ngahku sedang bertengkar dengan pegawai keselamatan wad. Aku telah kuatkan diri untuk tidak lagi berasa sungguh terkejut dengan segala yang bakal terpamir dikaca penglihatan aku ini. Terlihat dihujung sudut sana, Jay dan para sahabat sedang berwajah duka. Segala kenalan yang kuat didalam ingatanku wujud dihadapanku namun aku juga hairan, tercari-cari juga aku watak Bunda kesayanganku. Masih mencari watak Bunda namun aku hanya menemui jawapan yang tiada. Mencari aku lagi kepada susuk watak Ayahanda andai mungkin akan kutemui tapi juga hampa. Sejenak aku terduduk disudut dinding bersebelahan dengan abang sulungku, menangis. Aku menangis, hiba yang setia menemaniku tika ini. Redup wajah setiap kenalan aku ini membuat aku mengerti hakikat yang sebenarnya kini. Hilang sudah segala suara didalam dunia itu, aku kini hidup dalam sepi tanpa suara seakan bisu dan wayang yang berputar tanpa suara.
Apakah jenis penyiaran ini, sedangkan aku yang masih buntu dengan pelbagai persoalan yang tertinggalkan, jenuh aku berfikir dan mencuba untuk menggali ke umbi jawapan namun segalanya hampa belaka. Kian masa berlalu yang tiada detik, aku makin kebisuan membicara soal keadaan yang aku pijak dan lihat ini. Hilang bias kesakitan lalu, tertimpa pula kesakitan batin yang tiada penawar ini. Keliru dan kian membingungkan. Segala alam sekeliling aku menjadi bisu tiada suara dan aku bagai terlambung ke udara. Terlayang-layang diri ku bagai tiada graviti lagi. Seraya aku meracau mencari pangkalnya cerita ini, menjerit memanggil Bunda. Rasa takut kian tumbuh dihati, suatu rasa yang amat takut. Ketakutan kian menebal didalam hati tatkala menyedari yang aku sudah hilang arah tuju. Segala tayangan tentang dunia nyata yang memiliki watak-watak kesayangan aku tadi hilang serta merta dan tiada lagi mampu aku melihat segala warna. Kini hanyalah seberkas sinar yang silau memancar iris mataku. Tiada awal dan akhir suatu pentas drama yang amat menakutkan. Tiada jalan. Tiada arah mahupun petanda untuk aku terus berjalan atau berlari.

“Bundaaaa…!!!!”, dengan jeritan seluruh jiwa, aku tenang seketika. Skrin ilusi ini kian pudar dan gelap. Cahaya terang sebentar tadi kian lenyap mengikut detiknya tersendiri. Namun aku masih tidak berpijak pada apa juga. Aku masih melayang-layang namun aku berada dalam layangan yang bertuju. Kemanakah arah tuju layangan aku ini, aku juga masih tidak mengetahui. Aku pasrah dengan segala ilusi dan rangkaian pada karya yang tiada berpusat ini. Alam kian gelap dan menjadi semakin gelap. Tiba-tiba, hilang tiada rasa resah yang melanda, kehairan pula kian timbul di hatiku. Terjelmalah bintang-bintang yang bersinar gemerlapan di setiap paparan gelap yang mengelilingi aku ini. Jelmaan bintang-bintang ini bagaikan membentuk penjuru dinding yang sanagat besar hinggakan aku hilang punca. Teringin dihati aku untuk menghampiri dan memetik gugusan bintang itu. Lalu merapatkan diri dan menghulurkan tanganku untuk menyentuhnya, tiada alasan yang tepat, tiba-tiba bintang-bintang bergerak dan pantas menjauhi aku. Aku melihat kesekeliling aku, terlihat semua bintang-bintang itu semuanya bergerak bagai berlari menjauhi aku. Makin pantas dan makin jauh. Didalam fikiranku tika ini hanya buntu dan tidak mahu untukku meracau mencari kesahihan semua ini. Aku memilih untuk tenang bersahaja melihat perubahan persekitaran ku ini. Apakah yang bakal terbentuk selepas ini, aku hanya menunggu.

Kitaran masa yang hanya seketika aku kira, bintang-bintang itu menjauh dari capaian aku kini. “Amin,…tengok tu…”, terkejut aku seraya melihat Diyana yang menyapa dan berdiri bersebelahan aku. Tidak pernah lagi berkata walau sepatah kata, hanyalah sapaan sebentar tadi. Renungannya tepat tersudut dihujung alam bintangan ini. Aku mengekori saja renungnya dan aku lihat, bumi mulai menjelma dengan jelas, dan aku menyedari suatu hakikat kini. Kini, aku berada di angkasa. Melihat bumi yang sedang berputar pada paksinya, cukup indah jika difikirkan pada daya pemikiran biasa namun aku tiada rasa seumpamanya itu tika ini. Aku hanya resah, pada mulanya aku berjalan terus dari baringan itu semata ingin mencari jalan keluar untuk kembali ke dunia yang nyata, namun, kini hakikatnya aku semakin jauh. Oh tuhan, apakah ini segala dugaan dari-Mu dan apakah yang sebenarnya ingin Kau jelaskan kepada aku sehinggakan aku di bawa terjauh dari hidupku yang sebenar ini. Sesungguhnya aku tidak terkira lagi detik yang semakin berputar. Ingatan aku pada dunia kian lupus dan segala kenangan semakin hilang. Aku mulai hilang segala ingatan yang terbaru, aku sudah lupa bagaimana boleh aku berada di hospital sebentar tadi. Aku lupa dan aku melayang lagi tanpa tujuan yang pasti dari ku.

Tanpa istilah rehat atau penat, aku dibawa lagi terus menerbangi alam. Terdampar aku terjatuh dari lambungan bagai layang-layang tadi. Bangkit aku bangun berdiri, aku lihat dinding berwarna merah. Dinding ini juga tiada atas, bawah mahupun sudut yang menjadi batas atau petanda untuk aku mentafsir keberadaan aku di alam ini. Dinding yang kosong merah ini mulai bercorak. Makin banyak dan makin bercelaru. Corak yang menghisai dinding ini bagaikan suatu bayangan pantulan pada cermin yang besar. Aku hanya di pamirkan bayangan aku sendiri. Kian masa berputar, bayangan-bayangan ini kian menjelma semakin jelas dan banyak. Segala bayangan ini kian menyerabutkan dan bagai menekan fikiranku. Tidak tertahan melihat kekacauan penglihatan ini, aku segera memalingkan pandangan dan mencuba untuk mendapatkan suatu pandangan yang berbeza daripada bayangan diri sendiri ini. Usaha yang tiada berakal ini nyata hampa. Semua paparan merah kini dipenuhi dengan bayangan diri aku sendiri. Tanpa landasan untuk berjalan, aku hanya menyakinkan diri untuk melarikan diri dari keserabutan ini. Dalam rasa yang kacau dan gundah, resah kian membuak dihati, meledakkan sebuah pemikiran yang rasional. Tidak tertahan dengan segala perihal yang membuntukan rasa ini, ingin saja aku mencungkil kedua belah mataku untuk menghindari dari pendangan seumpama ini namun kewarasan masih kuat difikiran. Namun begitu, aku hanya mampu untuk memejamkan mata dan sekuat hati aku menjerit dan memanggil Bunda.

Mungkin pereka ilusi ini mengetahui yang tayangan merah ini amat memedihkan pandangan mataku. Sejenak aku memejamkan mata, tercelik aku sekali lagi mencuba untuk melihat. Perubahan pada alam yang mengelilingiku berubah serta merta tanpa isyarat mahupun bunyi yang mungkin terhasil untuk mengatakan sesuatu kepadaku. Kini tayangan pada skrin merah tadi sudah hilang dan lenyap tanpa alasan lagi. Namun pengembaraanku didalam alam ini masih belum berhenti, dan kini aku cukup bersedia untuk melalui apa saja pandangan dengan berbekalkan semangat untuk terus hidup yang masih berbaki sekelumit rasa dihati aku ini. Alam berubah menjadi suatu kenyataan yang kian membingungkan fikiranku. Jelas semangatku yang aku fikir kuat itu terasa goyah. Aku diperlihatkan dunia aku sendiri namun mungkin untuk menambahkan kesannya pada jiwaku, drama kehidupanku yang dipamerkan ini mengimbas suatu kenangan yang amat persis pada kenyataan yang lampau aku sendiri tika dialam kehidupan yang nyata dulu. Wayang kali ini tiada suara dan juga tiada warna sekadar hitam dan putih.

Kali ini aku tidak melayang-layang bagai layang-layang terputus talinya. Kakiku terpijak nyata diatas permukaan yang membolehkan aku melangkah dan terus berjalan untuk mencari jalan keluar dari segala ilusi ini. Aku terus berjalan sendirian tanpa berteman lagi, merentasi segala kenangan ini. Perjalanan yang aku susuli dengan keinsafan yang nasuha dan martabat diri yang amat rendah. Aku mengesali segala dosa yang lalu. Jenuh berjalan, kian aku berlari untuk melewati segala drama ini. Drama yang amat aku kesali, terpamir jelas segala suka dan duka, segala kebaikkan yang sedikit dan jelas juga tertayang segala dosa yang aku telah lakukan samada sengaja atau tidak disengajakan dahulu. Aku terus berlari sehingga tiba ke satu persimpangan antara dua perjalanan. Satunya menuju ke jalan mati sementara satu lagi menuju ke rumah keluargaku di kampong. Segera aku tanpa berfikir panjang, melulu kearah rumah orang tuaku itu. Berlari. Sepanjang jalan itu aku berlari, semakin laju dan kian bersemangat namun drama ini tidak terlalu bersahaja untuk aku. Sedang aku berlari melulu ke rumah itu, semakin laju, jelas pada penglihatanku rumah itu semakin kecil dan menjauhi aku. Mungkin rumah itu akan kian jauh dan menghilang dariku, segera aku berlari lagi. Lidahku yang kaku sejak permulaan ilusi tadi, tergetar juga. Menjerit aku memanggil Ayahanda dan Bonda.

Mungkin rumah itu mendengari dengan jelas jeritanku tadi, segala kejauhan rumah itu berhenti bergerak. Pegun bersahaja terpaku disitu dan drama ini tidak lagi bisu sebaliknya nyata berwarna dan bersuara. Memandangkan rumah itu tidak lagi pergi menjauhi larianku, aku segera mendekati rumah itu. Setibanya aku di perkarangan rumah itu, terkejut juga aku melihat begitu banyak kereta dan motorsikal yang sedang parking, seolah-olah sedang berlangsung satu upacara dirumahku itu. Jiwaku semakin meronta untuk memasukki saja rumah itu. Kelihatan disudut tepi tangga untuk ke ruang tamu sekeping kad ucapan yang disertakan bersama sejambak bunga tulip putih dan kemboja. Aku menghampiri kad itu, “ya Allah…”, terang tertulis pada kad itu, “turut berduka cita” dan ucapan ini setahu aku hanya ada pada majlis takziah untuk suatu kematian sahaja. Apa mungkin Ayahanda atau Bonda yang telah meninggalkan dunia ini ?. aku tidak sempat berfikir apa-apa tika ini dan hanya melulu terus kedalam rumah. Terlihat begitu ramai kenalan aku dan saudara maraku berdiri dan bersandar ke dinding rumahku ini, berwajah sebal dan duka. Sedih mulai dirasai dihatiku, tiada lagi kehilangan yang pahit untuk aku telan selain kehilangan Ayahanda dan Bonda, bagiku.

Segera aku ke ruang tamu kedua yang pasti menjadi tempat takziah pada jasad yang sudah hilang batinnya. Setibanya aku di ruang buka untuk ke ruang tamu kedua itu, terlihat Ayahanda sedang berdiri tersandar ke dinding, segera aku mendekati ayah, “Abah…Bunda..?”, ayahku bagai mendengari pertanyaanku ini tapi dia hanya berpaling kepadaku tanpa sebarang penjelasan. Aku lihat wajah ayahku tika ini, sungguh berduka dan matanya sangat berkaca. Aku memahami jelas jawapan pada raut wajah ayah, tidak sepatah daya aku terucap, segera aku masuk ke ruangan takziah itu. Sedih kian mengalir dalam jiwaku, terlihat sebujur jasad tidak lagi bernyawa itu sedang dalam baringan yang kali terakhir untuknya dialam ini. Jasad yang dikelilingi beberapa orang sahabatku yang setia membacakan surah yassin, mataku yang sudah berkaca ini tidak lagi mampu menampung takungan airmata, melihat sebujur jenazah itu, airmata pilu mengalir laju ke pipiku. Terduduk aku melihat jenazah ini, kian sedih namun aku tahu, airmata yang mengalir pada ratapan kematian ini tidak sepatutnya menitis hingga membasahi jenazah atau juga lilitan kain kapan padanya itu.

Perlahan-lahan aku merapati jenazah itu sekali lagi aku terkejut besar, bagai luruh segala degupan jantung didadaku apabila melihat wajah si mati. “ya Allah…”, aku mengenali persis wajah ini, ini adalah aku. Menafikan dengan terkejut pada kenyataan ini, pantas aku menghindar dari baringan itu, takut dalam kebingungan diri aku ketika ini. Aku berdiri dalam ketakutan yang membingungkan ini, lalu aku dirapati dari arah belakang dengan kedatangan Bundaku. Aku memanggilnya namun bagai sia-sia sahaja, tidak diendahkan seraya ratapan seorang ibu pada kematian anak kelahirannya jelas mengalir sayu membasahi pipinya. Ingin saja aku menjerit namun aku sedar, tidak mungkin walau seorang daripada keramaian ini dapat mendengarinya. Aku melebarkan sayap pangkuan untuk memeluk tubuh Bunda namun terbias, aku bagaikan tidak berjisim, hanya melalui bersahaja tanpa rasa dakapannya. Mataku masih memaku pada Bunda, terlihat Diyana, datang menghampiri dan menenangkan Bundaku. Pastinya Diyana juga sebak dengan kenyataan ini apabila jelas basah pipinya. “ya Allah…apakah ini semua..”, kebingungan, terkejut dan pelbagai rasa kian menumbuh kedalam jiwaku tika ini. Tidak lagi tertanggung jiwaku untuk menatapi drama ini, segera aku keluar dari ruangan takziah ini dan terus melarikan diri dari rumah ini. Berlari dengan langkah yang teramat kaku dan berat aku rasakan. Seluruh jiwaku hancur selerai harapan kedua orang tuaku yang sedang meratapi kehilangan aku tika ini, sudah pastinya.
Walau aku sedar, selama ini aku bagaikan menghindar daripada mereka, namun kasih dan sayang mereka pada diriku ini tidak akan mungkin bercerai dari hati mereka walau kini jasad dan nyawaku telah terpisah. Dalam larian aku untuk keluar daripada drama yang kian membunuh jiwaku ini, aku terserempak dengan seorang ustaz yang pernah mengajarku di sekolah menengah dulu. Dia juga melihat pada keadaan aku yang sedang bergundah gulana ini, redup diwajahnya turut aku mengerti akan kesedihannya itu, dia juga sedang takziah kerumahku. Pastinya dia mengerti akan resah dijiwaku ketika ini. Lalu dia mengukirkan senyuman bagai ingin aku bertenang sedikit. “ustaz, apakah ini semua…?”, dia hanya tersenyum. “ustaz, saya insaf dan kesal atas semua yang telah saya lewati…dengan kejam saya menzalimi fitrah kehidupan saya dengan segala rahmat dan ehsan dari-Nya…aahhh…kenapa penyesalan selalu datang terlambat ?”. “sesungguhnya tiada istilah terlewat atau terlambat untuk bertaubat, lepaskanlah segala yang tersangkut dan pasrahlah pada kenyataan..dengan tenang, menerima takdir..dan lepas itu, mungkin kamu dapat aman, damai bersama rahmat-Nya..”. mengeluh aku seketika, aku seperti tidak mahu menerima kenyataan ini tapi mungkin ini adalah akhirnya hikayat kehidupan aku. Aku harus pasrah. Dan aku pasrah.

Serentak telah aku pasrah pada segala kenyataan dan dunia ini, segala wayang lesap dari pandangan. Aku kira, segalanya telah berakhir namun sekali lagi ilusi terus bertandang. Tanpa henti aku diduga dengan pelbagai cerita tanpa aku mengetahui apa maksud yang sebenarnya disebalik semua cerita ini. Kini alam yang tertayang tidak lagi terdaya aku perjelaskan walau dalam beribu patah perkataan. Mungkin atas sebab aku menafikan kasihnya seorang ibu dan selalu hidup dalam penafian untuk bergantung sesama manusia, kini aku berseorangan terlambung dan terapung di udara kayangan. Bumi telah menghalau aku juga pada langit yang tidak lagi terbuka untuk menerimaku. Tika ini aku hanya pasrah pada apa juga yang diperlakukan pada diriku ini. Andai manis yang terhidang, manislah juga yang aku terima mahupun juga pahit yang dihidangkan maka pahit juga yang akan aku telan. Aku pasrah atas segalanya. Pada ilusi ini, aku sememangnya tidak terdaya untuk berbuat apa-apa.

Dalam keadaan yang terlayang diudara ini, pelbagai hasuatan yang nasihat yang cuba menyesatkan aku dan cuba demi cubaan segala godaan agar aku menukar agama peganganku supaya langit dapat menerimaku. Sekuat mana imanku pada agamaku kini teruji. Sememangnya aku ingi kembali ke langit, namun terlalu berat untukku bagai tidak mungkin untukku menukar agamaku. Aku lebih rela diakhiri segala hakikat ini bersama agama peganganku selama ini. Berbekalkan sisa tenaga iman yang masih ada, aku pertahankan agamaku sekuat terdaya dihati. Ya Allah ya tuhanku yang satu dan tiada lainnya tuhan yang aku sembah melainkan Kau, dan hanya kepada Engkau aku meminta dengan penuh keyakinan sebagai seorang hamba, aku meminta pada rahmat-Mu, kelembutan ketentuan takdir-Mu…berikanlah aku petunjuk untuk kembali ke hidupku yang akan membawaku senang sentiasa bersama kerahmatan dari Mu..sesunguhnya telah aku menzalimi dirimu sendiri dan kepada-Mu kini aku bertaubat dan pasrah atas segala ketetapan-Mu.

Syukur pada tuhan, segala hasutan dan bayangan yang tidak menentu itu telah hilang dan lenyap serta merta tanpa isyarat. Diriku kini terdampar sendiri, terduduk diatas sebiji batu yang besar ditepi sebuah pantai yang membiru airnya. Disini aku tenang seketika dan indera pendengaranku kembali jelas mendengari segala doa-doa yang dibacakan menjurus kepadaku dan aku hanya meng-aminkan saja. Kerana hanya itu yang mampu aku lakukan pada ketika ini.
Kini, segala ingatanku kian pulih dan aku mengingati segala kenyataan yang membawa aku kealam ini. Pada bulan Julai tahun lepas, aku mendaftarkan diri untuk menyertai satu peluang perniagaan dengan harapan untuk merubah nasibku dan keluarga. Dengan permulaan yang cemerlang, aku teruskan perniagaan dan kelalaian pada study aku kian terasa. Aku berhenti menjadi pelajar dan hanya kebal dengan semangat keusahawananku saja. Persahabatan aku dengan Andy juga kian runtuh bagai aku merelakan saja. Atas segala kemurahan tuhan, segalanya kehidupanku berjalan lancar dan atas kuasa tuhan juga, seluruh kehidupanku dirampas kembali. Aku sedar, disebalik segala kekayaan rahmat yang tuhan kurniakan kepadaku, telah aku persiakan dengan rasa bongkak dan angkuh terhadap dunia dan fitrah aku sebagai seorang anak lelaki kepada keluarga.

Dalam kesempatan untukku merenung jauh kepada kehidupanku yang lalu ini, aku amat kesali atas segala khilaf yang telah aku lakukan. Dalam tangisan yang tidak terhenti ini, aku sememangnya kini amat menyesal dan sedih pada kehidupanku yang lalu itu. Aku hampir mengerti dengan segala ilusi yang bertandang selama ini, seakan ingin membongkarkan segala rahsia yang tidak aku sedari dimasa hidupku dulu. Pelbagai ilusi yang telah aku lewati selama hidup dalam alam maya ini, membongkarkan segala persoalan termasuklah soal cinta dan kasih, soal persahabatan 6A, persahabatan Miorajani dan juga persahabatan perniagaan. Dalam renungan bersama keluhan ini, aku masih terduduk dibatu besar ini meratap segala kenangan yang manis juga pahit di alam kehidupanku yang lalu. Terrindu aku seketika pada segala kenangan yang tidak mampu aku ulanginya semula. Tidak lagi mungkin untuk aku mengukirnya semula dan tidak mungkin lagi untukku kembali ke duniaku itu lagi.

Aku merindui saat suka dan duka tika bergelar seorang pelajar dahulu bersama segulung persahabatan Miorajani. Ketika itu, impian yang terfitrah sejak dibangku sekolah lagi, aku memburu impianku itu. Aku terjah sekuat dihati pada segala cabaran yang mendatang. Aku merindui segala senyuman berseri ketika dapat memenangi segala dugaan. Senyuman terukir ketika berada diantara pelajar teratas dalam senarai kecemerlangan. Aku amat merindui saat riang itu. Masih segar dalam ingatanku, ketika berada di akhir semester 5, aku dan Ian bersama-sama memerah otak untuk mendapatkan idea rekaan terhebat. Kami bersama bersengkang mata, makan dan tidur yang tidak menentu hanya semata untuk menghasilkan satu produk rekaan yang hebat. Dalam ingatanku ini, aku dan Ian telah bersama melawan fitrah normal seorang remaja tika kami berjaya menahan mata untuk tidak tidur dalam 51 jam. Dan segala pengorbanan ini berbayar apabila aku dan Ian mengungguli tangga pertama dan kedua dalam senarai kecemerlangan bagi semua pelajar senibina semester 5 di UiTM kampus cawangan juga kampus pusat di Shah Alam. Kami menjadi high achiever student untuk semester itu.

Aku kesal, hanya kerana mengikuti nafsu untuk segera berjaya didunia lalu, aku telah tersalah langkah dalam mengejar cita-cita. Adapun pernah aku menyalahkan takdir ini, namun aku sedar tiada siapa yang patut disalahkan dalam soal ini, hanya aku manusia bodoh yang terlampau ingin mendahului takdir sendiri. Aku gelojoh untuk berjaya. Mungkin juga kerana dendam aku kepada Alyssa, membuatkan aku menjadi hilang pertimbangan dan tidak lagi sabar untuk menjadi kaya sehingga aku memilih jalan yang tidak bersesuaian dengan masa dan jiwa aku. Sepatutnya aku menamatkan dahulu pengajian aku sebelum memilih untuk menukar langkah kerana pengajianku sudah hampir pada penamatnya dan pengajianku juga telah menjadi sandaran dan kebanggaan untuk seluruh keluargaku. “Abah..Bunda…ampuni aku…”.
Namun kini hanya penyesalan dan kenangan yang menemaniku. Seluruh nikmat kehidupan telah kembali diambil oleh tuhan. Sekuat ingatan yang terlekat didalam ingatanku kini, hanya pada ketika aku dibawa oleh abang sulungku bersama tunangnya ke ruang kecemasan hospital. Pihak hospital telah memberikan aku satu suntikkan penenang bagi melegakan aku dari kesakitan yang aku alami akibat daripada masalah pada usus kecilku ini. Hanya setakat itu sahaja yang dapat aku ingat. Apabila fikiranku melayang mengimbau segala kenangan itu, aku merapatkan mata, terpejam menangis atas segala khilaf yang kuinsafi dan untuk segala rasa perpisahan yang terpaksa aku relakan ini. Seketika aku terbelenggu dalam kesedihan yang tidak dapat aku ungkapkan. Tiada walau beribu bahasa mahupun penulisan yang dapat mengungkap tepat tentang apa yang aku rasakan ketika ini.

Selepas seketika yang lama aku kembali mencelikkan mata dan penglihatan aku yang sebelum ini menggambarkan tepat keberadaan aku di tepi pantai, kini berubah menjadi satu tempat yang tidak lagi asing bagiku iaitu satu ruangan wad rawatan rapi di sebuah hospital. Aku berbaring dikatil, tiba-tiba aku kedengaran satu arahan dari seorang wanita dewasa yang menyuruh agar para jururawat di sekitar itu membuang aku keluar. Mungkinkah aku masih berada didalam ilusi si penulis atau itu adalah sekadar arahan biasa, aku juga tidak pasti. Aku pasrah saja. Dalam beberapa kelip mata aku fikir, aku didatangi seorang wanita muda yang lembut tuturnya dan manis wajahnya. Berpakaian serba putih yang sememangnya menakutkan aku. Apakah ini juga masih seekor syaitan yang mendatang untuk menghasutku lagi. “adik…jangan takut ea..cuba pandang akak,cuba sentuh muka akak..”, apa sajalah si dia ini. Aku tidak melawan mahupun mengikut, aku sekadar berdiam saja tanpa berbuat apa-apa. Segera aku memalingkan pandanganku kearah bertentangan dengan si dia itu. “ adik…kalau tak nak pandang akak, hah, pandanglah ke jam itu, tengok dik, dah jam 1030 pagi…”, katanya lagi. Benar, tika itu aku melihat tepat ke jam yang tergantung di dinding itu. “sekarang dah pagi, dah…jangan tidur lagi…bangun ea…”. Aku fikir aku masih berada didalam ilusi si penulis yang sedang menguji kewarasan fikiranku dengan ciptaan wayang yang amat hampir dengan kenyataan yang sebenar seolah-olah tiada kecacatan lagi. Tidak mahu aku untuk melihat drama ini lagi, segera aku memejamkan mata dan hilang segala pemikiran akan drama yang baru saja aku lihat itu.

Hanya seberapa ketika yang aku rasakan, aku sekali lagi membuka mata. Tiada sangsi, segala pandangan yang terlihat di hadapanku kini adalah sama seperti sebelumnya, apakah masih tiada pertukaran wayang pada kali ini. Aku juga tidak pasti. Tiba-tiba aku didatangi sekali lagi oleh seorang wanita tadi, seoalan yang sama juga diperkatakan olehnya iaitu tentang jam dan juga mahu untuk aku menyentuh wajahnya. Mungki aku sudah tiada pilihan lain lagi ketika ini, aku menuruti saja apa kemahuannya itu. Terlihat dia tersenyum sebaik saja jari-jemariku menyetuh pipinya. Aku juga terkejut, setelah aku selamat menyampaikan jariku kepipinya, masih tiada apa-apa yang terjadi pada wayang ini. Apakah ilusi yang selama ini berputar mewayangi segala pandanganku telah berakhir atau mungkin detiknya masih belum sampai. Aku juga masih tidak pasti. Dengan senyuma yang mungkin paling manis darinya itu, dia mengangkat tanganku berselang seli, kanan dan kemudiannya sebelah kiri. “adik…dah sihat ni..haa,cubalah ‘tuk melawan tangan akak ni ea…”, dia ingin aku melawan lengan dengannya. Aku masih tidak mahu untuk melawaninya, sebaik saja tangan kami berjabak untuk melawan lengan, tanganku hanya mengulai ke bawah. Dia yang menyaksikan perihal ini, terus berwajah redup sedikit bagaikan kecewa dengan tindakbalas yang kuberikan itu. “haihhh…”, mengeluh aku sendiri.
Terasa juga ingin untuk aku melawan sekiranya dia mengulang untuk meminta aku melawaninya sekali lagi. Seperti dalam jangkaan aku, dia mengulangi aku untuk melawaninya, segera aku sambut genggaman jarinya yang lembut itu. Ketika dia mencuba untuk menekan dan menolak tanganku kebawah, dapat aku rasakan yang tenaga yang dia gunakan hanyalah sedikit. Bagai sengaja untuk aku melawaninya. Mungkin dia benar-benar ingin untuk aku melawan, aku turutkan saja. Segera aku menolak kembali tangannya keatas dan sekuat tenaga yang berbaki ini, aku menepis lengannya terangkat ke mukaku. “haa….kuat pun..sekarang ni, adik teruskan latihan dengan mengangkat kedua belah kaki adik berselang seli dan juga tangan seperti yang akak buat kat adik tadi ea….”. aku hanya membalas dengan senyuman dan menganggukkan kepala saja. Selepas meninggalkan pesanan itu, dia terus berlalu dari katilku.

Hanya seberapa ketika saja selepas wanita manis tadi berlalu, aku didatangi seorang lagi wanita berbaju putih labuh dan didalamnya sepasang baju kurung berwarna hijau gelap. “Amin, dah sihat ea..nak keluar tak ?..kejap lagi ada orang datang bawa awak keluar ea..”, suara ini amat aku kenali, suara yang sebelum ini ingin membuangku keluar. Rupa-rupanya dia seorang doktor yang bertugas menjaga wad ini. Namun, kenapakah wayang kali ini amat panjang dan terlalu sama dengan kenyataan, aku juga masih tidak pernah tahu apa maksudnya. Apakah kisah yang bakal aku hadapi kali ini pula, aku juga tidak tahu. Tibalah mengikut kata doktor tadi, seorang jururawat yang berumur sedikit menghampiri aku dengan senyuman kegembiraan. “jom..mama awak sedang tunggu kat luar tu…”. Sambil itu juga, dia menukar katilku dan membawaku yang masih lemah dan berbaring keluar dari wad ini. Aku hanya diam tidak berkata walau sepatah perkataan. Dalam perjalanan itu, aku dibawa memasuki satu lif untuk ke beberapa tingkat ke bawah katanya. Atas sebab lif itu tidak sebesar yang sepatutnya, dengan muatan melebar besar seperti katilku ini bersama sebuah tong gas hitam, tanpa seseorang yang boleh di muatkan bersama aku di dalam lif ini. Tiba-tiba jururawat itu menolak aku masuk kedalam lif dan dia tertinggal diluar bersama seorang wanita, Bunda ?.

Sebaik sahaja tiba ke tingkat yang dikatanya tadi, aku disambutnya dan Bunda semula yang sudah berada di luar lif, termengah-mengah. Mungkin mereka penat berlari tergesa-gesa menuruni tangga yang jelas dapat aku lihat berada di belakang mereka itu. Kembalinya mereka berdua menolakku terus ke dalam sebuah wad. Kemudian jururawat itu menempatkan aku di satu lokasi dan ditinggalkan aku bersama Bunda disitu. Apa mungkin ini adalah satu ilusi lagi, aku juga tidak tahu. Tidak mampu untuk aku melihat wajah Bunda yang pada ketika itu, berseri tersenyum. Aku berasa malu atas segalanya. Tanpa bercakap mahupun berbuat apa-apa, aku terus memejamkan mata. Aku tertidur, aku fikir. Namun, dalam tidurku yang tidak seberapa lena ini, dapat aku dengari Bunda yang sedang cuba mengejutkan aku dengan menyuruhku untuk bangkit dan bangun kerana kawan-kawanku telah tiba untuk melawati aku. Aku hanya bersedia kerana telah aku pasrah atas segalanya tika ini, walaupun berat, aku memaksakan diri untuk membuka mata dan melihat apa juga yang diperlihatan untukku.

Dalam penglihatan aku kali ini, aku lihat Ian, Lai, Din, Cop dan Chik sedang tersenyum melihat aku. Mereka semua sedang tercegak berdiri bersebelahan Bundaku yang juga tersenyum melihat aku. Aku juga bersenyum namun masih lagi kebingungan dengan kenyataan ini. Apa mungkin ini semua adalah kehidupan yang nyata atau masih ilusi yang sedang mengelirukan aku lagi. Mereka semua mendekati aku dan menghulurkan tangan untuk berjabak salam, dan aku hanya membalas salam yang dihulurkan kepadaku ini.
Sehinggalah sampai giliran terakhir dianatara mereka itu yang berjabak salam denganku iaitu Ian. “Min…bangun la…jangan tidur lagi…alhamdulillah…kau dah sedar…selamat kembali, Min..”. mereka semua termasuk juga Bundaku, mungkin mereka juga tertawa memikirkan yang aku kini sedar kebingungan dan keliru. Apa benar aku sudah kembali lagi ke dunia ini, ya tuhan, syukur sepenuh hatiku atas ehsan dan rahmat-Mu yang telah mengembalikan seluruh kehidupanku ini. terlihat disana, mata Bundaku berkaca kegembiraan. Setelah perbualan yang sedikit dan seketika, atas sebab keadaanku yang masih lemah ini, mereka semua menghentikan segala perbualan dan pulang rumah meninggalakan aku bersama Bunda. “Bunda, apa benar ini adalah kenyataan dan bukannya lagi ilusi ?”, aku bertanyakan Bundaku dan Bundaku hanya mengangguk tanda jawapannya adalah benar tanpa sangsi lagi.

Setelah malam tiba, siang terus menghilang. Malam pula kian lesap, berganti pula dengan siang. Setelah beberapa hari selepas keluar dari ilusi, aku kian pulih dan segala tiub juga wayar-wayar yang melekat di badanku kini telah dilucutkan. Aku sudah mampu untuk bercakap namun perlahan, mungkin atas sebab keberadaan tiub bantuan pernafasan yang berada didalam rongga mulutku selama ini meninggalkan kesan pada leherku didalam. Aku mulai berlatih berjalan dan menelan makanan. Dalam proses pemulihan aku ini, sempat aku bertanyakan Bunda tentang tarikh, hari, dan terkejut rasanya aku apabila mengetahui kisah yang sebenar disebalik ilusi yang aku lalui. Rupanya telah aku koma selama beberapa minggu dan Bundaku menjelaskannya dengan tepat kerana dia juga berada menemani jasadku ini sejak mula aku memasuki hospital ini lagi.

Dari pernjelaskan yang Bundaku berikan, aku kini mengetahui segalanya yang telah berlaku padaku. Pada tarikh 4 dibulan May, malam, aku telah dihantar oleh abang sulungku ke ruang kecemasan. Pada tarikh 5 dibulan May juga, petang, Bundaku tiba dari Kelantan ke Klang ini. setelah itu, pada 7 haribulan May, aku dibedah atas masalah lekatan pada usus kecilku. Pada 9 haribulan itu juga, aku sempat bergambar bersama Bundaku untuk kali terakhir sebelum aku terlontar kedalam ilusi yang panjang dan menakutkan itu atas sebab masalah jangkitan kuman pada paru-paru kananku. Atas sebab pernafasanku terganggu, aku telah mencemaskan segala manusia yang berada pada ketika itu, tidak pula aku menyedari yang pada malam aku mulai koma itu, seluruh kenalan aku termasuk kaum keluarga yang dekat mahupun jauh sedang berada disekelilingku sedang berduka menyaksikan keadaanku yang kritis itu. Pada malam itulah aku mulai koma dan serentak ilusi datang membayangi aku. Pelbagai kisah yang terjadi semasa aku sedang koma dan Bundaku juga bertanyakan kepadaku, kenapa aku pasrah. Pada ketika aku pasrah apabila ilusi datang bertubi-tubi itu, keadaannya amat mencemaskan dan menyedihkan bagi seluruh keluargaku terutamanya Bunda yang mendengarkan khabar pasrahnya aku itu secara langsung dari pihak unit rawatan rapi. Mereka semua tidak putus-putus mengerjakan solat hajat dan berdoa kepada Allah S.W.T untuk mengembalikan semangatku untuk terus hidup dan kekuatan untukku terus melawan segala ilusi juga fitnahtul dajal yang datang menghasutku didalam ilusi itu. Dan berita gembira tentang keadaan yang semakin pulih dan sedar dari koma itu dikhabarkan oleh doktor kepada Bundaku pada tarikh 24 May, mengenai tarikh ulang tahun kelahiran ayahandaku namun ketika itu mindaku masih lemah dan memaksa pihak hospital untuk menyuntik ubat tidur kepadaku untuk beberapa hari demi keselamatan aku.

Pada tarikh 2 dibulan Jun, aku pulih dari segala masalah kesihatanku dan aku dibenarkan pulang kerumah. Terima kasih atas budi pihak Hospital Tuanku Ampuan Rahimah, Klang.
Aku dan Bunda dibawa pulang oleh abang sulungku kerumahnya di USJ court 9, sebelum aku dan Bunda diterbangkan terus ke Kelantan. Pada tiket penerbangan pulang aku dan Bunda itu, tertera tarikh 8 Jun iaitu tarikh yang sama dengan perkahwinan antara Amir dan Aisyah. “maaf Amir, sahabatku…aku tidak berdaya untuk menyaksikan hari kebesaran kau..”, sendiri mengeluh dihati. Dan setibanya aku di lapangan terbang Sultan Ismail, Kota Bharu dari LCCT, Sepang, aku disambut, diambil oleh adikku dan ayahku yang setia menunggu kepulanganku bersama beberapa orang kaum kerabat yang lain. Aku terus dibawa pulang ke rumah yang berada hampir 5km dari lapangan terbang itu. Kepulangan aku kerumah telah sedia disambut oleh nenekku dan juga beberapa lagi kaum kerabat keluargaku yang setia menungguku dirumah. Kegembiraan pada wajah setiap manusia yang hadir dalam pandangan mataku tika ini membuatkan aku sebak sendiri dihati, kesulitan hidupku selama ini rupanya jelas telah merisaukan dan mengganggu ketenteraman semua orang. Aku tidak sudah-sudah menyusahkan orang. Maafkan aku sekalian.

Ketika berada dirumah ini, aku tidak putus-putus didatangi lawatan para tetangga, keluarga, para sahabat yang jauh mahupun dekat dan aku juga menerima pelbagai ucapan kegembiraan dan syukur di laman sosial juga di peti emelku. Masih aku ingat lagi setiap kisah yang diceritakan kepadaku ketika aku singgah beberapa hari dirumah abang sulungku itu. Bunda dan abang sulungku menceritakan segalanya dan tiada rahsia antara aku dengan keluarga juga keluarga denganku. Aku menyesal atas segala dosaku yang lalu.

Dan setelah dua (2) bulan dari tarikh kelahiran semula aku ini, aku masih terasa bahang kesedihan pada setiap perbuatanku kepada semua yang mengenaliku selama ini. Semoga kemaafan masih ada untukku. Aku merenung keawan. Bersandar di bingkai jendela didalam bilik aku, sambil mendengar lagu-lagu rock kapak 90’an dan digimikkan dengan cahaya lampu tidur yang malap kekuningan. Tatap dan terus aku merenung tepat ke dada langit yang sedang pekat dengan kegelapan malam. Kisah demi teladan terbayang, bermain-main di mataku. Alam juga tahu, terlampau banyak peristiwa yang datang dan pergi dalam setiap nafasku selama ini. Deruan angin sehalus sutera cina, bertiup menjamah pipiku dan terus membelai pergi sang bayu embun ke barat dan gemersik kicauan malasnya unggas yang berbisik di telingaku turut menghiasi suasana ini. Ditambahkan lagi dengan terang cahaya rembulan yang telah membawa aku terkenang semula kisah-kisah yang lalu itu. Jenuh sebegini aku menulis segala cerita yang terkandung didalam lipatan sejarah kehidupan aku, semoga tiada lagi wayang yang sama yang akan aku sendiri tayangkan di alam nyata ini kelak.

Namun kisah ini tidak mengukirkan senyuman yang selebarnya pada bibirku kerana dalam setiap kisah tentunya terselit watak yang tidak dapat dikembalikan lagi. Suatu watak yang tidak akan mengembiraan setiap insan yang meratapi kehilangannya. Watak Diyana dan Alyssa. Dalam renungan yang tidak mungkin habis ini, terlintas aku untuk mencari dan menjejaki semula watak-watak yang pernah ada dalam kehidupanku sebelum ini. Semua watak aku jejaki dapat dihubungi semula dan segera aku mendapatkan maaf dan keampunan dari mereka semua. Namun masih berbaki dua watak. Dulu, sebaik saja tersedar dari koma, aku terus memohon kemaaf dari Bundaku dan seluruh keluargaku dan sempat Bundaku mengatakan yang ada seorang perempuan cantik, kecil tubuhnya, setia menemani aku yang sakit selain rakan-rakan yang lain. Walaupun sebegitu, sudah hampir seminggu dia tidak kelihatan. Mungkin dia ada sesuatu yang masih belum diselesaikannya.

Selepas termenung di bingkai jendela untuk seberapa waktu, aku segera mendapatkan komputerku dan menunjukkan kepada Bundaku gambar Alyssa dan Diyana bagi mengenalpasti siapakah yang diperkatakan oleh Bundaku itu. Jelas, Bundaku mengatakan bahawa Diyana adalah gadis yang cuba dia maksudkan itu. Lalu, kemanakah watak kegilaanku selama ini, Alyssa. Kata Bundaku yang masih segar didalam ingatannya pada wajah setiap pelawat yang melawati aku ketika berda di hospital dulu itu, Alyssa tidak pernah Bundaku terlihat berada di hospital selama masa aku berada di hospital itu. Oh itulah kenyataannya. Selama ini aku buta untuk menyedari akan satu watak ini. Segera aku mencuba untuk menghubungi Diyana melalui emel namun setelah beberapa keping emel aku sampaikan kepadanya, masih tiada jawapan. Aku tenang seketika dan terus melewati waktu dalam usahaku untuk mencari dan menjejaki dua watak yang tercicir ini.

Siang keesokkan harinya, aku teruskan lagi usaha untuk menjejaki dua watak perempuan ini tanpa henti. Sesudah makan tengah hari bersama keluarga, aku kembali lagi ke komputerku yang berada di dalam bilikku itu. Aku lihat terdapat sekeping emel dari ID address si Diyana. Aku tersenyum seketika dan terus membuka dan membaca emel itu. Rupa-rupanya emel itu dihantar oleh Andy menggunakan ID address Diyana. Agak panjang juga emelnya ini. aku baca dan terus membaca. Andy menceritakan semua kisah yang terjadi antara dia dan Diyana juga kisah-kisah disebalik trajedi aku koma di hospital dulu. Kini baru aku mengerti dan memahami segala kisah yang berkait dengan watak Diyana. Andy juga memberitahui aku tentang kisah yang baru saja dia ketahui, melalui sumber-sumber yang boleh dipercayai, Andy memberitahu aku melalui emel itu tentang watak Alyssa. Aku mengerti setiap bicara yang diperkatakan dengan jelas didalam emel itu.

“every nights she crys herself to sleep, thinking why this must happen to her, why must every moment has to be so hurt, hard to believe it..” “ I’ll go home without you, I will always waiting of you here..”, dan inilah petikan daripada sepanjang emel yang Andy hantarkan kepadaku dan tidak akan aku lupakan sepanjang hidupku kini. Menurut emel dari Andy ini lagi, bapa kepada watak Diyana sendiri mengatakan kepada Andy yang Diyana telah meninggalkan Malaysia ke Arab Saudi untuk bertarung nyawa pada pembedahan otaknya atas sebab sakit barah otak yang Diyana alami sejak sekiana lama namun baru Diyana sedari selepas trajedi kemalangan jalan rayanya ketika ingin menemui aku (Amin) ketika dulu. Pembedahannya itu berjaya namun harapan untuknya terus hidup tidak lama lalu Diyana ke Makkah bersama ayahnya itu, Dato’ Zainal mengerjakan umrah dan memunanjatkan segulung doa kepada Yang Maha Kuasa. Dalam doanya itu, “Ya Allah ya tuhanku yang satu dan tiada lainnya tuhan yang aku sembah melainkan Kau, dan hanya kepada Engkau aku meminta dengan penuh keyakinan sebagai seorang hamba, aku meminta pada rahmat-Mu, kelembutan ketentuan takdir-Mu…berikanlah aku petunjuk untuk kembali kepada-Mu..sesunguhnya telah aku menzalimi dirimu sendiri dan kepada-Mu kini aku ingin kembali dan pasrah atas segala ketetapan-Mu. Andai ini adalah takdir akhir untukku, gantikanlah kesejahteraan hidup impianku kepada dia yang lebih menginginkannya dan hanya itu pintaku kepada-Mu yang Maha Mengasihani dengan selautan pengampunan-Mu, aku pasrah kepada-Mu..”. Oh, berlinangan airmata aku sambil meneruskan pembacaanku pada isi emel ini. Selepas bersidah memunanjatkan segala doa, mereka berdua pulang ke Malaysia. Dan sebaik sahaja tiba di lapangan terbang KLIA, Diyana menghembuskan nafas terakhirnya. Sempat berada didalam pelukkan kasih ayahnya yang tidak akan mati. Akhir kisah pada watak Diyana amat aku tangiskan namun inilah takdir.

Sedih yang terasa dihatiku ini, mengalirkan airmata ke pipiku. Apa mungkin kerana aku tidak menyedari akan rasa kasihnya kepadaku selama ini telah membuatkan aku tersudut ditinggalaknnya atau mungkin semua ini adalah ketetapan takdir yang tidak perlu di jerit dan tidak mungkin dapat dilawan. Aku meneruskan pembacaan ini ke perenggang seterusnya yang mengisahkan pula watak Alyssa. Andy yang juga seorang juruterbang didalam cerita ini turut menerima satu musibah besar tapi dia selamat. Dalam satu kecelakaan udara yang melibatkan sebuah kapal terbang yang dipandu oleh Andy terhempas di sebuah perkampungan di selatan Johor ketika dalam perjalanan ke Indonesia. Kecelakaan itu terjadi akibat daripada sebuah enjinnya rosak dan mempunyai satu masalah pada kawalan pusat kokpit yang memaksa para juruterbang membuat pendaratan kecemasan di sekeping padang sekolah di Johor itu. Dalam hempasan itu, ramai penumpang yang cedera ringan dan hanya beberapa orang sahaja yang parah dan meninggal ketika didalam perjalanan ke hospital. Syukur, Andy hanya mendapat luka ringan pada bahagian kakinya dan tiada membawa kesan yang teruk padanya juga pada kerjayanya.

Namun, tidak saja berita gembira yang Andy cuba sampaikan kepadaku yang melibatkan hempasan kapal terbang itu namun ada juga berita yang menyedihkan. Alyssa, wataknya dimatikan dalam kejadian hempasan kapal terbang itu. Alyssa yang juga dalam perjalanan untuk ke Indonesia bersama teman lelakinya, mendapat luka yang parah dikepala dan ketika dibawa ke hospital yang berdekatan, Alyssa dikatakan menghembuskan nafas terakhirnya. Perginya Alyssa meninggalkan teman lelakinya yang sekadar patah tulang paha kanan itu akibat terjatuh dan tersepit dibawah kerusi didalam kapal terbang yang terhempas itu. Kata terakhir dari Andy didalam emel itu, sekadar pesanan nasihat dan pedoman untukku yang telah melalui pelbagai liku-liku hidup ini. Semoga semangat aku dan Andy tetap utuh demi meneruskan perjalanan hidup yang lebih mencabar di masa masa yang mendatang ini.

Kisah aku yang telah menolak takdir sebelum ini, aku teruskan namun dengan keinsafan pada setiap khilaf yang telah aku lakukan. Aku akan menyambung semula pembelajaran aku seraya aku memohon kemaafan dari warga senibina yang telah menjadi korban dalam kerakusan aku untuk mengejar impian dengan jalan yang mudah dahulu. Sebagai seorang anak pula, aku akan meneruskan kerjaya aku dalam senibina ini demi mengukir senyuman manis ikhlas kegembiraan dari raut wajah Bundaku dan juga senyuman kebanggaan pada bibir Abahku. Bukan untuk sesiapa tapi hanya untuk aku kerana aku yang menginginkannya. Sebagai seorang manusia, aku akan menjadi seorang sahabat yang baik seperti mana sahabat-sahabatku yang baik kepadaku. Aku akan lebih menghargai segulung persahabatan dan tidak akan lagi aku membuang atau mengetepikan para sahabatku lagi. Untuk menyambung semula pembelajaran aku pada tahun hadapan, sememangnya aku malu dan kesal. Seharusnya aku telah menamatkan pengajian pada akhir tahun lepas namun atas sebab kesilapan yang telah aku lakukan. Khilafnya membuatkan aku jauh ketinggalan selama dua tahun lagi. Pada mulanya ingin aku mencapai impian lebih awal, tanpa disedari aku telah mendahului takdir dan padahnya kini, kian terlewat. Keinsafan ini membuatkan aku pasrah dengan segalanya. Aku akan menamatkan pengajianku ini dengan pengakhiran yang cemerlang kelak. Tiada istilah membina hidup baru dalam kehidupanku kerana apa yang telah terjadi adalah sebahagian daripada hidupku. Tiada yang lepas mustahil akan ada yang terkini. Segalanya akanku simpan diam didalam sejarah hitamku dan akanku gunakan sebagai pemangkin untuk terus menggapai bintang dilangit dan melompat lebih tinggi. Takdir, segalanya yang telah terjadi adalah ketetapan Allah S.W.T, sebagai hamba-Nya, aku pasrah dan ikhlas kerana semuanya bukan kerana Alyssa…………………………….(tamat)

1 comment:

  1. satu cerita yg diadatasi dari diari sy sendiri....

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Geng'S