MY CERPEN 02

Surat Untuk Bulan (PELACUR)
Penulis : Hafizi Samat

Malam, lewat malam. Waktu dijam tangan fossil aku memutar jarum pendeknya ke nombor 2 dan jarum yang lebih panjang sedikit menunjuk kearah 8. Seperti biasa sejak 2 minggu yang lalu, aku akan ke rooftop mengintai dan memerhati tingkah lakunya. Setiap malam pasti dia akan sendirian memenung ke dada langit yang pekat gelap itu, entah apa yang dia tatapkan tapi kelakuannya ini membuat aku rasa ingin tahu. Duduk berseorangan di hujung atap, tanpa bercakap, tanpa senyum hanya memegang pen dan kertas, seakan menulis sekeping surat tapi entah kepada siapa dia ingin hantarkan. Setiap malam, aktiviti yang sama dia lakukan, menulis sepucuk surat dan akhirnya, dia akan melipat surat itu menjadi sebuah jet kertas dan dilayangkan ke udara.

                Assalamualaikum, Si Bulan. Apa khabar kau disana? Ah, klise. Tidak perlu rasanya aku bertanyakan khabar kau yang tentunya sama sahaja sejak dahulu lagi. Sejak aku terpelanting dari syurga ke bumi ini, khabarmu tetap sama hingga ke malam ini. Bagaimana pula khabarku ?, aku tidak tahu. Kau yang senang sentiasa jadi teman aku mengadu dan sentiasa tidak jemu menerima surat-surat karangan dari aku. Terima kasih, Si Bulan.

                Bulan, hari ini sudah 7 hari aku bekerja disini. Aku selesa, pekerja-pekerja yang lain juga nampaknya selesa dengan aku. Penulisan telah bermula. Kata-kata pecah berkeping-keping dan bertaburan diatas kertas. Mulai baca, disangka permulaan terkadang monolog, mana satu yang betul aku juga tidak pasti. Setiap baris ayat punyai kekuatan rasa yang kebal dengan semangat hitamku sebagai seorang penulis yang masih terpaku duduk dikerusi sepanjang hari menemani Amin, pengurus di tempat aku bekerja ini yang sedang asyik penuh pengamatan merenung CCTV, menunggu pelanggan yang tidak pasti kedatangannya. Waktu terus berputar tanpa henti walau sesaat selagi lama bateri punyai kuasa.

                Lalu hari ini, kebencian aku pada watak si gemuk makin membuak-buak. Segala kehidupan aku menjadi huru hara gara-gara si gemuk itu. Klise, ramai orang kata yang aku tidak seharusnya menyalahkan siapa-siapa jika aku terjatuh namun cerita ini berbeza sekali dengan drama kehidupan orang lain diluar sana. Atas sebab janji si gemuk untuk membayar gaji terakhir aku itu, sebelum restorennya yang menjadi sumber rezeki halalku selama ini ditutupnya sendiri, kehidupan aku terheret ke lembah neraka. Aku seakan-akan terpelanting dari syurga kerana janji si gemuk itu. Selama 2 bulan gaji aku itu di tangguhkan hingga kau terpaksa akur pada hasutan (nasihat) si Pian untuk membuat pinjaman daripada si Mike, along Kuala Selangor untuk menyara hidup di kota besar ini sementara waktu. Aku fikir, dengan dapatnya gaji itu nanti, aku dapat langsaikan segala hutang aku dengan along ini tapi cerita ini berputar tidak seperti yang dirancang. Hingga ke hari ini, gaji itu masih tidak dibayar dengan alasan yang sama, tunggu dulu. Desakan dari along sememangnya semua orang tahu, penuh mara bahaya. Tapi, terkadang aku terfikir salah aku juga kerana terlalu percayakan kata-kata si gemuk itu, akibatnya, aku dikejar along. Rakan-rakan yang lain juga tidak dapat membantu kerana berkeadaan kewangan sama sahaja seperti aku. Bodohnya aku, aku buta, tidak dapat menilai mana satu intan mana satu kaca, aku terlalu percayakan si gemuk itu hingga sanggup bersandar pada gaji itu semata tanpa mencari lubang pekerjaan yang lain sementara menunggu itu. Dalam keserabutan untuk mencari duit, mencari kerja, timbullah satu watak kiriman tuhan kepada aku, Amin, sebagai kawan yang baru saja aku kenali. Namun mungkin sebab dia berwatak ringan sama dengan watak yang selalu aku bawa, kami jadi erat dan cepat untuk bergaul mesra. Dialah datang menawarkan aku kerja yang sedang aku lakukan sekarang. Industri yang jauh berbeza dengan kehidupan aku selama ini, tapi atas desakkan yang terlalu kuat, aku akur saja. Bergelumang dengan dosa setiap hari, aku akur juga kerana ingin membayar duit hutang dengan si along itu. Dan ini semua aku kaitkan dengan janji si gemuk itu. Semoga tuhan kasihani aku dan alihkan segala dosa ini ke bahu si gemuk yang telah menjerut aku ini.

Dulunya aku senang berada di Shah Alam yang aku panggilnya syurga dunia namun kerana si gemuk itu, syurga telah bergoncang dan aku yang lemah ini telah terpelanting keluar. Mahu mencari jalan pulang, pintu syurga telah terkunci rapat dan aku tidak punyai idea lain selain pergi menjenguk sementar ke neraka untuk mengambil kunci pintu syurga ini. Wahai Bulan yang setia melihat setiap keluahn aku ini, semoaga kau juga tidak akan pernah berjauhan dariku. Kau satu-satunya teman dan kawan aku walau setiap hari siang kau segera meninggalkan aku tapi bila malam, kau akan datang balik. Kau jugalah saksi untuk segala penyesalan aku ini dan andainya kau punyai seketul suara, campakkanlah suara itu untuk aku agar aku dapat senyum walau sedikit. Pernah dulu kau senyum, tika aku mendapatkan ijazah tapi kenapa senyum itu hanya untuk malam itu saja, bila siang datang, aku bermuram lagi. Walau ijazah itu jauh berbeza dengan bidang kerja ketika aku menjadi pekerja si gemuk itu, aku terima saja. Desakan hidup dikota ini, aku tidak dapat memilih, aku hanya menerima saja apa saja kerja yang ditawaran walau sebagai pengurus konsep restoren berhampiran kawasan Padang Jawa. Bermulanya kisah hitam aku ini bila si gemuk itu sengaja tutupkan restoren itu tanpa mengira walau sedikit kebajikan atau nasib aku dan pekerja-pekerja lain yang menyandar rezeki pada restoren itu. Sekarang, aku pasrah dengan kerja aku sekarang demi membayar hutang si along dan hutang rakan-rakan sekeliling aku.

Aku bukan Azazil yang sengaja mahu lari keluar dari syurga, namun situasi telah menjerat dan aku aku tiada daya merubahnya. Tenang dan aman kehidupan di syurga dahulu sudah berubah menjadi kacau bilau dan huru hara. Mungkin dan terkadang aku pasti, itu bukanlah syurga tapi neraka yang panas dengan tipu helah dan ketamakan manusia yang bertopengkan malaikat padahal lebih keji daripada syaitan. Mereka mencuba menyorok tanduk syaitan mereka dengan memakai kopiah setiap masa tapi tetap masih berbau kebusukkan mereka. Keji dan kejam, seolah ingin aku butakan mata kerana tidak sanggup melihat lagi wajah manusia celaka itu. Aku melihatnya dengan penuh dendam dan kebencian seolah melihat anjing didepan babi, berlapis-lapis kejijikan pada raut wajah mereka itu semua. Aku benci.

Pernah 2 minggu lepas aku bertanyakan sekali lagi soal status gaji aku itu dan aku juga telah menceritakan segalanya tentang along dan desakan lain yang semuanya bersandar pada gaji itu dengan harapan ada sedikit sifat kemanusiaan dari mereka untuk mempercepatkan pembayaran gaji aku itu namun, mereka hanya tersenyum dan ketawa. Seolah merah pekat darah yang mengalir ditubuh aku hanya dipandang bagai merah segelas air sirap saja oleh si gemuk itu. Sedangkan yang merah ini disandarkan sebagai cagaran dan sebagai pengganti bayaran oleh along. Watak aku yang sedia kecil dimata masyarakat ini diperkecil-kecilkan lagi oleh si gemuk itu tanpa keimanan dan belas kasihan. Tiada manusia yang mampu bertahan dalam situasi ini dan dalam situasi yang huru hara ini bagai sangkala telah berbunyi, kewarasan aku selama ini juga lumpuh. Aku berjalan terus saja tanpa bicara. Singgah seketika ke neraka, merisik khabar. Kuat menjadi persoalan disini, kenapa di dalam neraka ini suasananya lebih aman berbanding keadaan disyurga aku dahulu. Lalu, risikan khabar aku ke neraka ini disambut baik oleh watga-warganya yang laju, menyambut salam aku dan meminpin tanganku ke dalam isinya hingga ke hari ini.

14 Feb, perempuan lain yang seusia aku ini sedang asyik beromantisan bersama pasangan masing-masing termasuk juga rakan-rakan aku. Ada yang keluar makan malam bersama, tengok wayang bersama, jalan-jalan iCity bersama dan pelbagai aktiviti bersama yang lain juga. Namun aku, keluar sendirian ke Puchong untuk bertemu Amin, kawan aku yang menyambut tangan aku ketika aku rebah tersungkur setelah tercampak dari syurga. Aku bertemu Amin di Asia Café, One Puchong..”jom, Cherry…bos dah tunggu kat atas tu..”, ajak Amin untuk ke tingkat atas Asia Café itu. Terketar-ketar kaki aku untuk melangkah ke industry yang gila ini, tapi, aku tiada pilihan lain lagi. Sampai saja aku diatas sana, semua orang yang ada di meja bersama bos itu menyambut kedatangan aku. Semua pekerja pusat urut berpakej itu ada bersama, makan malam bersama dan berbual-bual. Aku hairan sedikit, mereka kelihatan ceria dan bagai satu keluarga. Disana, selain Amin, aku tidak mengenali siapa-siapa. Amin perkenalkan aku kepada bosnya dan Amin adalah seorang pengurus dipusat urut berpakej ini atau juga dipanggil Bapak Ayam dan orang yang paling dipercayai oleh bos yang berbangsa cina.

Pada malam itu, aku di taklimat terlebih dahulu segala pakej dan perjalanan pekerjaan ini. Aku selesa dengan semua syarat dan suasana pekerjaan yang diterangkan oleh Amin. Selepas mendapat arahan dari Amin, semua empat orang perempuan Thailand membawa aku ke “ladies room” dan salah seorang daripada mereka itu, meletakkan beg baju aku ke atas satu katil, menandakan disitulah tempat untuk aku tinggal, tidur dan baring-baring mulai saat ini. Amin pula tidur dibilik berasingan yang terletak kebelakang pusat urut ini. Inilah rumah kita dan kehidupan kita. Pada malam itu, kami berlima, si pekerja perempuan ini, tidur agak lewat daripada biasa, sesi berkenalan. Walau mereka warga Thailand, tapi ada yang fasih berbahasa English seperti Sherly, Akiaw, Alice dan seorang daripada mereka itu yang boleh berbahasa melayu, Memey. Mereka semua amat ramah dan baik, dengan perkenalan seketika ini, pandangan aku pada pelacur selama ini berubah sama sekali. Pelacur, bunyi keji tapi itu pekerjaan mereka bukan sifat mereka. Sekurang-kurangnya mereka ada meletakkan harga pada setiap jolokkan pada lubang nikmat mereka walau komisennya hanya RM90, itu lebih berharga daripada rakan-rakan perempuan aku yang aku kenal sewaktu di university dulu yang menerima jolokkan si lelaki (teman lelaki) dengan percuma sahaja, kadang-kadang dibelanja tengok wayang atau makan di restoren. Lagi murah!

Kelip-kelip mata. Aku tidak bias lelap mata, beserabut dan pelbagai rasa didalam dada. Apalah yang akan berlaku keatas aku esok. Aku segera meninggalkan katil dan menuju ke tandas untuk membasuh muka. Sedang aku meraut muka di singki, terkejut aku tiba-tiba saja si Amin muncul, keluar dari bilik mandi. “uik…Cherry,tak tidur lagi..?”, aku tidak menjawap dan tidak juga memalingkan muka. Aku hanya tersenyum, melihat Amin dibiasan cermin muka yang terlekat menghadap bilik mandi, tubuh aku tetap membelakangi Amin. Amin memberanikan diri merapati aku dari belakang, tangannya memegang pinggang aku, dia memeluk aku yang ketika ini hanya memakai pakaian tidur yang nipis tanpa alas, tanpa bra hanya seluar dalam berwarna merah jambu berbunga-bunga. Pelukkan Amin makin erat, sebelah tangannya menggosok perutku ke bawah manakal sebelah tangan lagi, meraba keatas. Aku hanya berdiam diri, tidak tahu apa yang harus aku buat. Cemas, takut dan sedikit kesedapan terasa dibalik hati yang berdebar-debar ini.”..jangan takut,Cherry…aku akan ajar kau full package…aku tak tahu nak tolong kau bagaimana lagi,sudikan diri kau..”, bisik Amin sambil laju memimpin tangan aku berjalan, masuk ke biliknya yang berada 4 langkah sahaja dari bilik mandi itu. Tiba sahaja di biliknya, Amin terus berbaring diatas katilnya dan sesi pengajaran urut bermula. Langkah demi langkah, titik demi titik, sendi demi sendi, Amin nampak ikhlas mengajar aku. Hampir satu jam juga sesi pengajaran ini, Amin mengurut aku dan aku mengurut Amin berselang seli. Hampir selesai, lalu Amin memberitahu tahu aku, bahagian yang paling penting dalam pekerjaan ini adalah pakej B dan pakej C. Aku tidaklah terlalu terkejut kerana aku telah faham dari awal lagi industry urut berpakej ini. aku senyum saja, tandanya aku memahami dan telah bersedia untuk sesi latihan urut pakej B dan pakej C pula. Bermula dengan body to body massage, kami teruskan ke pakej C iaitu  make love. Setelah hampir sepuluh tahun lubang nikmat aku ini tidak dimasuki sebarang batang berdaging, malam ini lubang ini ditembusi lagi. Sebagai tanda penghargaan dan ucapan terima kasih aku kepada Amin yang telah menyelamatkan aku dari sengsara, ikhlas aku merelakan Amin menikmati tubuh aku sepanjang malam itu.

Aku melihat dia, seperti setiap malam sejak dia tiba disini. Termenung, menangis, menulis dan melayangkan dengan penuh harapan agar jet kertasnya itu sampai ke langit dan dibaca setiap luahannya. Ingin saja aku turut menangis atas setiap kekejaman yang menekan tubuhnya tapi siapa aku, aku hanya terlekat didada langit hitam ini, hanya mampu melihat dan mendengar saja.

15 – 26 Feb, Bermula dan terus berjalan kehidupan aku di persinggahan ke neraka ini. Hari pertama, aku telah mendapat komisen sebanyak RM400 dan purata setiap hari RM300. Bermula pada jam 12.30 tengah hari, aku sudah siap sedia untuk menunggu pelanggan yang datang untuk merasai lubang nikmat aku yang masih sempit dan bergetah, kenyal ini hingga jam 12.00 tengah malam, lalu kami akan menukar watak menjadi seperti orang biasa yang mempunyai kerjaya yang lain, cuma kerjaya kami ini agak terselindung sedikit dan tidak dinyatakan di JobStreet atau mudah.my. Hari-hari aku berlalu seperti ini saja, bermula hanya untuk membayar hutang si along namun kini, telah menjadi kerjaya. Sampai bila? Aku juga tidak tahu. Namun disebalik setiap senyuman yang aku layangkan pada sepanjang hari ini, terselit keluhan yang tidak mungkin aku luahkan kepada siapa-siapa saja. Hanya si Bulan yang setia menunggu aku, tepat jam 02.30 pagi, disaat semua warga pusat urut ini lena,tidur, aku akan melayangkan sebuah jet kertas yang dilipat dari setiap helaian surat aku yang aku tulis sebagai keluhan dan aduan kepada si Bulan yang menjadi teman aku sejak lubang nikmat aku dsepuluh tahun lepas oleh ayah tiriku sendiri.

“Cherry, usahlah kau menangis lagi kerana tangisan bukanlah suatu yang mesti. Kesedihan akan tetap terlukis andainya engkau terus melakarinya. Selagi nadi kau masih berdenyut dan nyawa masih sebati di dada, kau mesti teruskan hidup walaupun berat, terpaksalah kau ringankan juga. Akan terbinalah titian cahaya ke langit dan terjalinlah jambangan mawar yang mengharum seperti yang engkau ingini selalu. Kesabaran tersembunyi kebahagiaannya andai penantian disusuli pengabdian kepada Yang Esa…Kembalilah ke syurga yang sebenar………Amin.”..siapakah itu..?


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Geng'S